Latest Posts

Bila up je gambar trip Superstar Gemini, mulalah ramai yang tanya berapa RM per person kalau nak naik Starcruise ni? 

Aku dah mention hal ni kat entri sebelum ni. Kot-kotlah ada yang bertanya lagi berapa harga pakej Starcruise Superstar Gemini ... Nahhh, aku lampirkan sekali lagi.


Harga per person dan based on twin-sharing. Tapi dengarnya orang kedua dapat diskaun dan orang ketiga FREE. Hahhhhhhhh?? Yang tu korang kena tengok sendiri kat website Starcruises.com atau contact mana-mana travel agent yang berdaftar.

Tapi kalau lihat pada harga memang korang rasa mahal. Come on gais!! 4 hari 3 malam .. makan dah tersedia, tak perlu nak serabut pasal hotel dan transport .. just enjoy bawa badan sahaja. Simple dan memudahkan. Tak payah pening kepala. Dahla cover beberapa tempat & negara.

Fore more details, silalah lawat website STARCRUISES.COM

__________________________________________

Dulu masa naik Superstar Libra, aku banyak spend time kat luar, tapi kali ni ..... Oooohhhh-EMMM-Geeeee .. AKU TEWAS DENGAN GODAAN BILIK sampaikan aku rasa pelayaran 4 hari 3 malam tu terlalu singkat. Kejap betul masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai Pelabuhan Klang balik.

Nampak je macam hampir sama level dengan laut tapi jauh lagi.. haha

Dalam banyak-banyak benda kat Superstar Gemini ni, bilik yang aku stay ni lah paling aku rindu!! Aku sanggup stay seharian dalam bilik sambil menikmati view laut. Memang best dan seronok hokeyyy!! Memang layan tengok view laut dari tingkap bilik. 😍

Superstar Gemini Access Card 

Lokasi bilik aku adalah di Deck 5. And aku memang recommend korang pilih deck 5 atau deck 6. Lebih privasi dan lokasi dia pun tengah-tengah tingkap kapal. (Superstar Gemini ada 12 Deck). And silalah pilih bilik yang sama jenis dengan aku supaya percutian korang lebih awesome dengan pemandangan yang sangat WOW.

By the way, kad ni bukan sekadar kad bilik. Kalau nak beli apa-apa dalam kapal, kena guna kad ni and nanti hari terakhir korang kena bayar kat kaunter reception di tingkat 7. Sila bawa kad ini kemana-mana jua anda pergi dan jangan sesekali hilangkan.

Deck 5

Masa first day tu, aku memang tewas pada godaan bilik. Mana taknya, ingat nak pergi ambil gambar la apa la malam tu, tapi menjelang jam 9pm, dah tertidur kat katil. Haha. Katil dia pun boleh tahan kawww dia punya level selesa. Sumpah tak tipu.

So kali ni, aku dapat bilik jenis OCEANVIEW STATEROOM WITH WINDOW. Harga around RM899 - RM1949 per person based on twin-sharing (depend pada pakej, day and season).

 Oceanview Stateroom With Window
 I miss my room so much
Voucher dan Star Navigator

Mengenai wifi pula, semua bilik dilengkap wifi. Tetapi kena beli dan satu password untuk satu gadget sahaja. Nak jimat korang beli masa kat Phuket je. Sebab kalau kat perairan Malaysia, sometimes still dapat line phone lagi. Tapi tak mahal pun kalau korang nak beli wifi.

View from My Room
Free Mineral Water 

Dari segi keluasan bilik pula, for me .. takdelah sempit sangat oceanview stateroom with window ni. Luas juga dan selesa. Bolehlah kalau nak muat 3 orang dewasa or mungkin 2 dewasa 2 kanak-kanak. And toilet dia agak kecik sikit tapi selesa.

Toilet Amenities & Towels

Maafkan ku kerana gambar berbelang-belang 💆


 Dilengkap dengan air panas (water heater) dan hair dryer.

Harga-harga bilik Superstar Gemini

AND SERIOUSLY AKU TAK BOLEH MOVE ON

Semoga aku ada rezeki untuk naik Superstar Gemini ni lagi atau kapal Genting Dream. And aku pun doakan korang cepat-cepat naik Superstar Gemini ni dan terokai pengalaman yang menyeronokkan ni. Kalau tak silap, Superstar Gemini ni sampai bulan 5 tahun 2019 je kemudian dia akan berlayar ke tempat lain. Cepat .. cepat .. jangan .. lambat-lambat!!


T A K N A K B A L I K P L E A S E


Kalau dulu aku naik Superstar Libra dari Penang, tapi kali ni pengalaman berbeza bila menaiki cruise dari Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang.

Actually dah lama aku dok jeling-jeling Pelabuhan Klang ni. Asyik datang pekena ikan bakar & seafood kat area sini je, bilalah nak merasa naik cruise dari sini pula. Ye dop?? Hahaha. Alhamdulillah ... 

Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang
Untuk mereka yang tinggal di bahagian Selatan (Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor dan tak ketinggalan juga negeri Perak), Boustead Cruise Centre ni adalah lokasi yang strategik untuk kita naik cruise. Tak jauh dan senang nak pergi. Let say kalau korang touch down di KLIA, boleh naik ERL ke KL Sentral kemudian naik KTM ke Pelabuhan Klang. Tapi sebahagian travel agents menyediakan khidmat transport ke Boustead Cruise Centre ni dari Kuala Lumpur. Haaa, senang kan? Ini cara-cara untuk ke Boustead Cruise Centre Pelabuhan Klang ni la.

Me and blogger, Dik Bee

5 November lepas adalah acara sambutan ketibaan Superstar Gemini di Pelabuhan Klang. Seperti yang aku cakap sebelum ni, Superstar Gemini ni menggantikan Superstar Libra yang dah pencen dan dihantar ke Germany. Superstar Gemini adalah milik Star Cruises under Genting Cruise Lines.

And aku berbesar hati bila diundang untuk sama-sama berlayar dengan Superstar Gemini ni. Alhamdulillah. 

Check in time 

Yang seronoknya mengenai Boustead Cruise Centre ni, dia ibarat Subang Airport. Hahaha. Tak besar mana dan sangat mudah proses naik Cruise. Dari korang check in, immigration, scan bag hinggalah korang naik cruise. Sangat mudah dan sangat menyenangkan. 

Settle check in tak sampai 5 minit

JANGAN, JANGAN dan JANGAN !!!!
- Jangan lupa bawa passport
- Jangan bawa elektronik seperti iron & lain-lain yg memerlukan pemanasan
- Jangan lupa bawa universal travel adapter
- Jangan lupa bawa duit, kot-kot tershopping dalam kapal

 Settle semua benda, mohla kita cepat-cepat naik Superstar Gemini ni

 Manis-manis diorang ni semua

Turut sama dalam majlis sambutan Welcome Ceremony ni adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Haslina binti Abdul Hamid.


And tahun ni juga adalah ulang tahun ke 25, Genting Cruise Lines bertapak di perairan dunia. Huh, lama juga kan? Kurang beberapa tahun je dari umur aku. The best thing about Star Cruises ni, diorang dapat pengiktirafan "Travel Hall of Fame" by Travel Trade Gazette (TTG) more than 10 years!! Wooot !! Wootttt!! 

 Make-A-Wish Malaysia - menunaikan hasrat adik ni nak jadi Kapten

Antara pakej yang korang boleh pilih :

 4 hari 3 malam
(P Klang - Phuket - Langkawi - P Klang)

4 hari 3 malam 
(P Klang - Phuket - Penang - P Klang)

5 hari 4 malam
(P Klang - Phuket - Krabi - Penang - P Klang)

3 hari 2 malam
(P Klang - Singapore - P Klang)

Boleh book terus dari website Star Cruise atau dari travel agent yang berdaftar. Layari website Star Cruises : www.starcruises.com

Tajuk dah seakan-akan sama dengan Tatie is backkkkkkkk!! Hahaha ... Well, this is my first trip after berehat sekian lama. Sampaikan my friend tanya ... "kenapa dalam bebanyak invitation, aku pilih yang ini?". Sebab dia special! Hah, gittewwwww.. 

Masa aku dapat invitation dari Tourism Malaysia untuk Welcome Ceremony SUPERSTAR GEMINI ni, rasa nak melompat-lompat keriangan. I'm sooo excited. Bertambah-tambah bila tahu Superstar Gemini kembali. So, I decided untuk buat comeback dengan trip ni. 


Untuk pengetahuan korang, SUPERSTAR GEMINI ni menggantikan Superstar Libra yang dah pencen dari dunia pelayaran. No moreeee SUPERSTAR LIBRA lepas ni. Tapi kalau korang rindu, bolehlah jenguk-jenguk entri lama aku dengan klik Superstar Libra kat bawah ni.


Kedua-duanya ada pros and cons. Tapi sumpah dua-dua kapal ni best gila. Tak rugi kalau korang spend duit untuk menikmati pelayaran Starcruise ni. 


~ bersambung ~

Hi gais.. uhuk! uhuk!
Lama kan tak update blog ni. Kan? Kan?

Walau bagaimanapun aku terharu ada di antara korang masih mengikuti saya di Instagram. Thankssss. Weeeee.... Aku banyak update aktiviti travel di Instagram dan share bersama anda di email. :)

Banyak yang korang termiss ni. Jika korang mengikuti aku di Instagram dan Facebook, korang tahu aku baru je balik dari roatrip gila ke Hatyai. Letih uolsss. Semua main redah ...!! Ehhh, korang nak tau ke ape yang best kat sana? Kalau ada yang nak tau, nanti aku share story ye... Hahaha.

Semestinya sekarang ramai yang plan nak ke Hatyai dengan keretapi. And actually benda tu aku dah pernah share masa tahun 2014. Godek-godekla balik entry lama. Tapi untuk ber-roadtrip ke sana, aku tak share lagi. Hehehe..

Okaylah .. nanti sambung cerita. Weeeeee....!!!

Psssst, anybody miss me? 😆😆 
Angkat tangan cepat!!! 





American Airliner Plane