Kalau di Switzerland, aku menaiki scenic train (SBB) untuk menikmati panorama indah di pergunungan Alps, begitu juga di South Korea.
Trip Media dan Blogger Airasia X ke Busan baru-baru ni, memberi peluang kepada aku untuk merasai sendiri pengalaman menaiki V-Train atau nama lainnya, Valley Train. Pengalaman indah menaiki V-Train ini hanya dapat dinikmati di daerah sana sahaja.
Feeling-feeling balik kampung
Perjalanan V-Train atau Valley Train ini melalui kawasan pergunungan kecil di Gangwon-do dan Gyeongsangbuk-do. Mata korang pasti tertumpu dengan keindahan pergunungan dan kejernihan air sungai yang terdapat di sepanjang perjalanan.
Stesen Yeongju
Jadual Perjalanan
Siap ada free blood test machine lagi. Haha
Kami memulakan perjalanan di Stesen Yeongju dan mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai di Stesen Cheoram dan kemudiannya dari Cheoram ke Stesen Bucheon mengambil masa 1 jam 10 minit. Tapi dalam masa yang sama adalah berhenti di beberapa perhentian.
Antaranya di Stesen Yangwon (stesen paling kecil di Korea), Stesen Seungbu dan lain-lain. Tak lama pun, dalam 5-10 minit untuk memberi peluang kepada penumpang untuk bergambar, pergi toilet dan beli makanan.
Apa yang menarik? Mestilah rekaan dalaman kereta api ini. Masih mengekalkan ciri-ciri lama, bagi aku sangat-sangat unik. Bukan itu sahaja, hiasan di siling kereta api ini juga mempunyai motif 'glow in the dark'. Setiap kali melalui kawasan terowong, pasti happening.
Glow In The Dark
Bukan itu je, pekerja-pekerja yang bekerja di dalam kereta api ini juga turut memakai pakaian seragam yang bercirikan tahun 1970-an.
Eh, tapi jangan risau. Kat beberapa perhentian ada tandas. Nothing to worry!
Vending Machine
Salah satu pit stop
Marilah, kita tengok sama-sama panorama sepanjang perjalanan aku menaiki V-Train ini ...
Harga Tiket V-Train??
8 400 won (Bucheon - Cheoram)
11 700 won (Yeongju - Cheoram)
Jadual Perjalanan V-Train
Bagi siapa yang selalu tanya, apa yang best dekat-dekat Busan sana tu .. Haa, ini salah satu jawapan. WAJIB naik!!! Memang gerenti puas hati.. The best season adalah masa musim sejuk (snow) dan luruh .. Keadaan persekitaran lagi mempersonakan!