Latest Posts

Baru ... sesuatu yang baru . Masih panas dari flight hangar!

Tempat duduk A330 BUSINESS MALAYSIA AIRLINES kini berwajah baru.

Excited?? Of course I am. Sesuatu yang baru. I keep waiting for this long time ago. Yang lama ni pun dah selesa apatah lagi yang baru. Kan?

Benda ni dah diumumkan sejak November tahun lepas tetapi baru kini dilancarkan. Tapi tak semua flight A330 tau. One by one. Diorang jangka by September tahun ni barulah kesemua 15 kapal terbang A330 Malaysia Airlines berwajah baru di kelas perniagaan (business class seat).

Bukan itu je, sekarang A330 Malaysia Airlines ada premium economy seat. Tempat duduknya, aku rasa lebih kurang sama saiz macam tempat duduk ekonomi biasa. Cuma ada ruang khas dan lebih privasi. Yang ni aku review laterlah. Kita fokus dengan tempat duduk business class dulu.. Heee :)

Me at A330 Business Class Launch

Kalau korang nak tau rupa business class seat A330 yang lama, boleh baca kat entry yang dulu ni :


Majlis pelancaran ni berlangsung dengan penuh gilang gemilang pada hari Selasa yang lepas. Meletop habis!! Semua excited nak tahu apa yang best kat seat Business Class yang baru ni termasuklah aku. Teruja!! Heee ...

Emcee, Deborah Henry

And first flight adalah ke Sydney pada 23 Mac lepas. Ada sesiapa yang dah merasa tempat duduk Business Class yang baru ni? Kot-kot ada yang menjadi passenger pertama yang terbang ke Sydney. If yes, I just wanna say ... U ARE SO LUCKY! *mood jealous*

 Syafinaz menyanyikan lagu Opera .. sempena first flight ke Sydney

Tapi aku excitedlah nak cuba seat yang terbaru ni. Mahu taknya. Dengan lebar 20 inci dan katil empuk sepanjang 76 inci siap dengan sistem hiburan touch screen selebar 16 inci .. Fuh, hebat!! Sesungguhnya tempat duduk yang baru ni lebih flexible dan privasi berbanding yang lepas.

Cumanya dulu tempat duduk business di A330 Malaysia Airlines lagi banyak berbanding sekarang. Yang terbaru ni susunan tempat duduknya 1-2-1 dan 1-2-2 berbanding yang dulu 2-2-2.


Business Class Seat A330 Malaysia Airlines

 
Wah selesanya .. 

Alhamdulillah. Lega bila ada sesuatu yang baru di Malaysia Airlines. Biasanya yang baru inilah yang akan memberikan semangat kepada kaki jalan untuk terus terus mengembara di bumi ini. Lebih-lebih lagi bila naik Malaysia Airlines, aku selalu rasa seperti di rumah sendiri.

Rasa penat tu hilang bila cabin crew layan dengan penuh berhemah seperti kawan sendiri. So, jom terbang bersama Malaysia Airlines. :)


TERUJA ATAU TIDAK ??? Tempahlah tiket korang sekarang.. 


P/s : Harap-harap next month dapatlah merasa Business Class yang baru ni. Hiks!
Please H, pleaseeee.. bawalah isterimu ni pergi bercuti 😝
Argh, sakit !!! 

Sakit hati betul bila terdelete gambar dari kamera. Dahla terdelete, terformat pulak tu. Sakit!!! Luckily some of the pictures sempat diupload ke Facebook. Syukur!! If not, satu benda pun takde. And lagi sakit bila gambar Bosnia pulak tu. Isk!!

Korang pernah merasa pengalaman sebegini? Me? Dua kali! Dulu gambar ke Venice, now gambar ke Bosnia. Hopefully lepas ni alert sikit. Tangan jangan dok gatal delete gambar. Hahaha.

 Istanbul to Sarajevo via Turkish Airlines

Memandangkan gambar banyak dah takde, aku compilekan semua sekali dalam entry ni. Nak cerita satu persatu tak boleh. By the way, Bosnia sangat-sangat best!! One of my favourite country.

Kalau ke negara europe lain, korang susah sangat nak dengar azan. Tetapi Bosnia tak! And kat sini banyak makanan halal. No need to worry. Berbeza dengan Dubrovnik & Kotor yang langsung takde restoran Halal.

Tempat-tempat kat Bosnia ni cantiknya semulajadi yang diciptakan oleh Allah. Bukannya bangunan atau ciptaan manusia. Terlalu indah. Sungainya yang jernih, tasiknya yang kehijauan dan orangnya pun cantik. The best feeling ever!! Tenang... I'm so in love with Bosnia.

Yes, Swiss and NZ cantik, but I prefer Bosnia more! Hahaha. =P

For this trip, I cover Sarajevo, Mostar & Blagaj. So enjoy the pictures kat bawah ni.

SARAJEVO

Paling senang nak dapat makanan halal. I love Sarajevo. Meskipun masih dalam proses nak bangun dari 'sejarah hitam 1993', Sarajevo best sebab i feel safe in here. Nak view cantik? Silalah ke Zuta Tabija.. Lebih-lebih lagi time sunset. View sangat ohseemmmm!! Heee :)


MOSTAR & BLAGAJ

The best view untuk tengok Mostar adalah dari menara Masjid. But u have to paylah. Its not FREE. Tapi berbaloi sangat. Hehehe. And Blagaj during summer sangat gempak! Kat Blagaj ada restoran Halal. Kat sinilah Muslim Monastery suatu ketika dulu.


Trip 2 hari 1 malam : Sarajevo
Trip 3 hari 2 malam : Mostar + Blagaj

I recommend korang stay di Villa For You (Mostar). Something like B&B. Owner dia Adna, sangat-sangat friendly and willing to help you anytime! Just email her. Trip ke Blagaj, dialah yang bawa. Drive from Mostar. Thank you Adna sebab jaga kita sepanjang kat sana. Hehehe. 
American Airliner Plane