Latest Posts

Baru ... sesuatu yang baru . Masih panas dari flight hangar!

Tempat duduk A330 BUSINESS MALAYSIA AIRLINES kini berwajah baru.

Excited?? Of course I am. Sesuatu yang baru. I keep waiting for this long time ago. Yang lama ni pun dah selesa apatah lagi yang baru. Kan?

Benda ni dah diumumkan sejak November tahun lepas tetapi baru kini dilancarkan. Tapi tak semua flight A330 tau. One by one. Diorang jangka by September tahun ni barulah kesemua 15 kapal terbang A330 Malaysia Airlines berwajah baru di kelas perniagaan (business class seat).

Bukan itu je, sekarang A330 Malaysia Airlines ada premium economy seat. Tempat duduknya, aku rasa lebih kurang sama saiz macam tempat duduk ekonomi biasa. Cuma ada ruang khas dan lebih privasi. Yang ni aku review laterlah. Kita fokus dengan tempat duduk business class dulu.. Heee :)

Me at A330 Business Class Launch

Kalau korang nak tau rupa business class seat A330 yang lama, boleh baca kat entry yang dulu ni :


Majlis pelancaran ni berlangsung dengan penuh gilang gemilang pada hari Selasa yang lepas. Meletop habis!! Semua excited nak tahu apa yang best kat seat Business Class yang baru ni termasuklah aku. Teruja!! Heee ...

Emcee, Deborah Henry

And first flight adalah ke Sydney pada 23 Mac lepas. Ada sesiapa yang dah merasa tempat duduk Business Class yang baru ni? Kot-kot ada yang menjadi passenger pertama yang terbang ke Sydney. If yes, I just wanna say ... U ARE SO LUCKY! *mood jealous*

 Syafinaz menyanyikan lagu Opera .. sempena first flight ke Sydney

Tapi aku excitedlah nak cuba seat yang terbaru ni. Mahu taknya. Dengan lebar 20 inci dan katil empuk sepanjang 76 inci siap dengan sistem hiburan touch screen selebar 16 inci .. Fuh, hebat!! Sesungguhnya tempat duduk yang baru ni lebih flexible dan privasi berbanding yang lepas.

Cumanya dulu tempat duduk business di A330 Malaysia Airlines lagi banyak berbanding sekarang. Yang terbaru ni susunan tempat duduknya 1-2-1 dan 1-2-2 berbanding yang dulu 2-2-2.


Business Class Seat A330 Malaysia Airlines

 
Wah selesanya .. 

Alhamdulillah. Lega bila ada sesuatu yang baru di Malaysia Airlines. Biasanya yang baru inilah yang akan memberikan semangat kepada kaki jalan untuk terus terus mengembara di bumi ini. Lebih-lebih lagi bila naik Malaysia Airlines, aku selalu rasa seperti di rumah sendiri.

Rasa penat tu hilang bila cabin crew layan dengan penuh berhemah seperti kawan sendiri. So, jom terbang bersama Malaysia Airlines. :)


TERUJA ATAU TIDAK ??? Tempahlah tiket korang sekarang.. 


P/s : Harap-harap next month dapatlah merasa Business Class yang baru ni. Hiks!
Please H, pleaseeee.. bawalah isterimu ni pergi bercuti 😝
Argh, sakit !!! 

Sakit hati betul bila terdelete gambar dari kamera. Dahla terdelete, terformat pulak tu. Sakit!!! Luckily some of the pictures sempat diupload ke Facebook. Syukur!! If not, satu benda pun takde. And lagi sakit bila gambar Bosnia pulak tu. Isk!!

Korang pernah merasa pengalaman sebegini? Me? Dua kali! Dulu gambar ke Venice, now gambar ke Bosnia. Hopefully lepas ni alert sikit. Tangan jangan dok gatal delete gambar. Hahaha.

 Istanbul to Sarajevo via Turkish Airlines

Memandangkan gambar banyak dah takde, aku compilekan semua sekali dalam entry ni. Nak cerita satu persatu tak boleh. By the way, Bosnia sangat-sangat best!! One of my favourite country.

Kalau ke negara europe lain, korang susah sangat nak dengar azan. Tetapi Bosnia tak! And kat sini banyak makanan halal. No need to worry. Berbeza dengan Dubrovnik & Kotor yang langsung takde restoran Halal.

Tempat-tempat kat Bosnia ni cantiknya semulajadi yang diciptakan oleh Allah. Bukannya bangunan atau ciptaan manusia. Terlalu indah. Sungainya yang jernih, tasiknya yang kehijauan dan orangnya pun cantik. The best feeling ever!! Tenang... I'm so in love with Bosnia.

Yes, Swiss and NZ cantik, but I prefer Bosnia more! Hahaha. =P

For this trip, I cover Sarajevo, Mostar & Blagaj. So enjoy the pictures kat bawah ni.

SARAJEVO

Paling senang nak dapat makanan halal. I love Sarajevo. Meskipun masih dalam proses nak bangun dari 'sejarah hitam 1993', Sarajevo best sebab i feel safe in here. Nak view cantik? Silalah ke Zuta Tabija.. Lebih-lebih lagi time sunset. View sangat ohseemmmm!! Heee :)


MOSTAR & BLAGAJ

The best view untuk tengok Mostar adalah dari menara Masjid. But u have to paylah. Its not FREE. Tapi berbaloi sangat. Hehehe. And Blagaj during summer sangat gempak! Kat Blagaj ada restoran Halal. Kat sinilah Muslim Monastery suatu ketika dulu.


Trip 2 hari 1 malam : Sarajevo
Trip 3 hari 2 malam : Mostar + Blagaj

I recommend korang stay di Villa For You (Mostar). Something like B&B. Owner dia Adna, sangat-sangat friendly and willing to help you anytime! Just email her. Trip ke Blagaj, dialah yang bawa. Drive from Mostar. Thank you Adna sebab jaga kita sepanjang kat sana. Hehehe. 
Ramai yang minta itinerary. Tapi sumpah, aku tak pernah ada itinerary kalau solo travel. The real life, i'm so lazy to plan. Kalau plan itu ini, mesti akhirnya ke laut. Tak ikut satu pun apa yang aku plan tu. Lebih baik tak payah dan ikut suka nak pergi mana. Haha.

Usually apa yang aku buat, dah sampai sana .. Baru mengagau buka tripadvisor dan tengok tempat yang best. Di samping tu minta hotel maps kawasan tu. Jarang benar ada itinerary ni. Haha. Plus, aku jenis main redah and always last minute plan. Haih.

Tapi for Balkan trip ni, ramai yang nak itinerary. Aku pun pening camana nak bagi. But, aku summarize kan jelah ye. Hehe.


3 February 2016

0730 am  : Dari Istanbul ke Sarajevo via Turkish Airlines.
0830 am  : Sampai di Sarajevo

Sampai-sampai Sarajevo, aku blur. Memang tak buat research langsung .. *pemalas*. Tahu-tahu keluar cari bas. Tapi bas takde. Memang takde bas kat airport. Cuma ada teksi. Yang ni korang kena alert ya!! WAJIB.

Ada pesanan dari orang Sarajevo...

WARNING !!! : 

Some TAXI drivers in Sarajevo are not honest people, but most of them are. 

If you come to bus or train station or airport, and decide to take services of company Sarajevo TAXI, following things might happen to you : 

a.) you will be often charged up to 3 times more than the real value of your ride 

b.) you will maybe not be taken to our hostel nor any decent accommodation, but you will be taken outside of the city to accommodation of TAXI driver or drivers friends or into some shady tourist agency , because they get percentage of every accommodation they sell 

c.) you will maybe be accommodated in not adequate accommodation 

d.) if you refuse the scheme of the TAXI driver you risk verbal conflict or in worst case being left in a middle of nowhere 


Companies that we would recommend are : RED TAXI and YELLOW TAXI.

Sebenarnya aku kena SCAM!!! And paling worst, memang booking aku takde langsung. So nasihat aku, korang silalah email kat tempat penginapan korang tu sebaik sahaja lepas booking. Janganlah mengedik nak cari tempat penginapan bila dah sampai sini. 

So, hostel yang aku book tu dah berpakat dengan teksi ni. Tak pasal-pasal rugi je. Baru nak acah-acah feeling backpacker. Demm.

Then dia berhentikan aku kat area dekat-dekat dengan Bascarsija. Malas nak fikir, terus check in kat guesthouse yang ada kat depan mata.

Penginapan : Focin Han Guest House 

NOTE : JANGAN TERTIPU DENGAN HARGA TEKSI. MAKE SURE PAKAI METER.

So after check-in aku jalan-jalan area Sarajevo.

4 February 2016

0830 am : Dari Sarajevo ke Mostar dengan bus GetbyBus. Most of the time kat Balkan ni, aku beli tiket bas dengan website ni je. Senang!!!

Tapi please take note, korang kena bayar station fee tax whatsoever kat bus station. Depend pada tempat. Memang semua passenger kena bayar. Tak kira naik bas apa.

Scenery dari Sarajevo ke Mostar sangat-sangat indah!! Tak kisahlah nak duduk kanan ke kiri ke.. Memang terindah. Tapi aku suggest duduk belah kanan dan jangan tidur! Rugi. Haha. Aku suggest korang naik dari Sarajevo ke Mostar. Jangan Mostar ke Sarajevo. Sebab diorang kat sini memandu belah kiri. Tapi kalau nak juga, suka hati koranglah. Haha.

And, bas aku delayed. Tak tahu kenapa. That time jelah. So sampai Mostar dalam jam 12 tengahari.

1230 pm : Dijemput oleh owner Villa For You. Highly recommend this place. Owner dia very helpful, very friendly and minta je tolong. Cepat je dia datang! Aku siap request nak minta tolong ke Blagaj lagi. Hehehe. 

Villa For You : Just 3 minutes to Mostar Old Bridge. Dekat gila. 

Lepas check in, jalan-jalan sekitar Mostar Old City. Small city. Sehari pun boleh cover! Haha.

5 February 2016 

Pagi-pagi lagi Adna dah bawa pergi Tekija Blagaj. Haa, kat sinilah Muslim Monastery. And sini ada restoran halal. Takde was-was. Cuma kalau datang time summer, tempat ni happening sikit. Datang time winter, ala-ala suam kuku. Takde orang. Jauh tempat ni. Dalam 11 km dari Mostar.

Kitorang spend masa kat sini dari jam 8 pagi sampai 11 pagi.

Then, balik ke Villa and free and easy. Berpandukan maps yang Adna bagi, aku dapat cover semua tempat kat Mostar ni. Thanks Adna.

Note : Jalan dia tak best. So make sure pakai kasut yang sesuai.

Even kat sini banyak masjid, tapi susah gila nak dapat makanan halal. Tak sama macam Sarajevo, sana sini restoran halal.

WAJIB naik minaret untuk view yang lebih menarik.

6 February 2016

1015 am - Naik bas ke Dubrovnik, Croatia via Eurolines Croatia. Okay, eurolines kat sini tak seperti eurolines kat belah Paris, London, Belgium & Amsterdam which is ada FREE WIFI. Nan hado.

As usual, aku nasihatkan duduk belah kanan.

For those yang gila kumpul cop kat passport, ini berita gumbiraaaa!! Hahaha. Sepanjang perjalanan dari Mostar ke Dubrovnik, banyak gila immigration. So dapatlah 4 cop. Banyakkan? Haha.

Sampai je station, korang kena amek bas lain kat luar station untuk ke Old City. Tambang bas dalam 15 kuna/sehala. Kalau naik teksi dalam 10 euro. Kalau takde duit Kuna, boleh tukar kat station bas. Ada money changer. Duit kuna memang susah dapat. Kat Istanbul pun takde.

Bas berhenti betul kat depan pintu Old City.

The worst adalah, kalau korang pakai salah kasut! Hahaha. Sebab kat sini jalan bertingkek-tingkek. Agak lenguh jugalah kalau bawa beg tarik. Memang ada sesi memaki diri sendiri. Hahaha.

So, kat sini aku stay kat Apartment Carmen. 

Good place. Belakang Cathedral. Masa aku sampai tu diorang ada festival apa tah. So happening gila. Cuma kat Dubrovnik ni jalan dia memeningkan. Aku nasihatkan korang sila buat research kat mana tempat penginapan tu dulu. Aku ni 5x pusing cari apartment ni, rupa-rupanya senang gila nak cari. Cis!!! Buat penat je. Silly mistake!

Lepas je check in, bermulalah sesi jenjalan. Old City pun kecil. But alert dengan atas. Aku hampir-hampir terkena belon air. Bebudak nakal baling dari atas.

Then aku jalan-jalan di luar area Old City. Berhampiran sini ada beach, ada fort, dan lain-lain lagi. Jangan lupa tengok sunset! Cantik.

7 February 2016

Pepagi aku dah buat mistake. Terformat memori kad kamera. Bermulalah episod meroyan selama 10 saat. Hahaha. Hilang gambar kat Bosnia. Pasrah jelah. Nasib ada sikit yang aku dah upload kat FB. Hopefully ada rezeki lagi untuk datang ke Bosnia.

Bila dah format, mood terus down. Actually aku panik bila semua memory card tetiba full. Gambar satu pun xde. So bila dah panic, mulalah lupa mana satu yang aku baru keluarkan dari kamera. Hah. Takde rezeki lah tu.

Tapi di sebalik kesedihan, ada kegembiraan juga. Macam free entrance hari tu ke city wall, ada parade apa tah kat dalam old city dan macam-macam lagi. 

So basically, hari kedua di Dubrovnik ni jalan-jalan kat Old City. Nak ke Cable Car tak boleh. Sebab ditutup masa tu. But kalau korang rajin, pergi je kat atas bukit. View lagi cantik okay!

8 February 2016

Check out and naik bas. Kalau dari bus station ke Old City 15 kuna, berbeza harga dari Old City ke bus station lagi murah which is 12.50 kuna je. Bas ke bus station ada banyak. So tak payah rushing! Termiss satu, naik lagi satu lagi. Tapi make sure tanya orang k? Jangan salah naik.

12 am : Dari Dubrovnik ke Kotor via Getbybus. Sila duduk belah kanan jugak. Haha. And kat sini pun dapat cop passport yang banyak tapi tak sebanyak Mostar-Dubrovnik. Dapatlah dapat 3 cop.

2.00 pm : Sampai di Kotor.

Kotor ni dinobatkan sebagai BEST CITY IN THE WORLD by Lonelyplanet. Tapi sejujurnya, aku tak rasa best pun bandar ni. Hahaha. I prefer Zurich ke Auckland ke or New York. This place is so boring. Ops!! 

Takde makanan halal. Takde. Kat Dubrovnik pun takde. Memang TAKDE.

And kat Kotor, aku stay di Apartment Samardzic. JANGAN STAY SINI sebab jauh. Kalau rajin jalan kaki bolehlah stay. But jauhlah. Kena jalan sikit dalam 15 minutes ke Old City.

Akibat letak harapan tinggi and sampai-sampai macam "ini je?", maka mood aku pun kecundang nak jenjalan hari tu. Just jalan beli telur dan roti untuk masak kat apartment.

And the weather was not so good. Hujan and petir. (petir in europe?? OMG first time dengar sekuat ini. Berdentam dentum).

Haih, haih, haih.

9 February 2016

Pepagi dah bangun. Alhamdulillah malam sebelum tu tidur awal. So ada banyak energy! Eh apahal tetiba energy ni? Haaa, sebab hari ni aku akan mendaki. Kerja gila. Dahlah hujan renyai-renyai. Memang gila. Tapi orang kata, tak sah kalau sampai Kotor tapi tak panjat gunung dan pergi Fort tu. So, ku gagahkan diri untuk panjat sorang diri. Muahaha.

8.30 am : Start panjat ke St John Fortress. Memang scary panjat sorang-sorang. Bangunan yang terbiar lama, plus sunyi takde orang, Cuaca pula memainkan peranan dalam menghasut diri supaya lebih takut. Sumpah menyumpah? Jangan cakaplah. Tapi sebab nak tengok view cantik, gagahkan diri naik juga.

Bila dah takut dan seram, automatik korang akan cepat sampai atas. Hahaha. Samalah macam aku. And yes, pemandangan sangat-sangat cantik. Tapi yang tak bestnya, langit tak biru. Mendung je. Alahai. Frust betul lah. Grrrrr,,,,,

10.50 am : Turun balik and jalan-jalan kat area Old City. Old City diorang sama je. Baik Mostar, baik Dubrovnik, baik Kotor. Sama!! Tapi aku suka Mostar. Hehehe.

6 pm : Kembali ke apartment and ZzzzZZzz. 

10 February 2016

Check out. Hari ini ke Podgorica pula. Supposedly check out late sebab tiket bas jam 3 petang. But honestly, Kotor bosan. One day is enough, so aku pun amek keputusan untuk beli tiket bas baru. Taknaklah tunggu. Hahaha. So, check out around 11 am, then ke bus station. Nasib ada bas. Not a real bus lah. Orang Melayu panggil mini van. Hehe. 

Tapi mini van ni berhenti-henti. Macam bas RapidKL. Hehe. Singgah situ sini sana. Tapi menakutkan juga perjalanan time hujan. Sebab kabus tebal and tanah runtuh sana sini. Arghhh.

2 pm : Sampai di Podgorica. Nasib lah hotel depan bus stop je. Jalan kaki je. Hehe.

So kat Podgorica, aku stay di Hotel Evropa. 

Lepas je check in, keluar balik. Naik teksi ke city centre kononnya. Tapi blergh. Ku sangkakan bila dah ke Capital City of Montenegro, adalah juga serinya. Tapi lagi worst dari Kotor. Hahaha.

Aku gelarkan Podgorica ni bandar koboi. Haha. Nasib ada Hard Rock Cafe je, selebihnya macam .......... sila sambung sendiri. hahaha.


11 February 2016

Pepagi lagi dah keluar. Konon nak pergi tempat-tempat menarik kat sini. Bolehlah cover dalam 2 jam. Sebab tak banyak pun tempat menarik kat sini. Oh kedai souvenir aku tak nampak langsung. So better buy kat Kotor. Sana lagi senang dan banyak pilihan.

2.30 pm Fly dari Podgorica ke Istanbul via Turkish Airlines.

-TAMAT-

3 negara, 5 bandar = paling disukai Bosnia 
Makanan halal = senang di Bosnia, tempat lain takde
Bajet dalam RM500 termasuk makan, city bus dan souvenirs. Tak termasuk penginapan dan bas Getbybus dan Eurolines.

Penginapan :
Focin Han Guest House Sarajevo 30 euro/night (harga walk in)
Villa For You Mostar 20 euro/night via booking.com
Apartment Carmen 35 euro/night via booking.com
Apartment Samardzic 20 euro/night via booking.com
Hotel Evropa 30 euro/night via booking.com
+ city tax bayar masa check in. Harga tertakluk pd city

Currency :
Bosnia : Marka (KM)
Croatia : Kuna (KN)
Montenegro : Euro

Sila berhati-hati setiap masa di Balkan. Sentiasa waspada dengan beg dan poket korang. But nothing to worry kalau sentiasa alert. Hehehe.


Huk, huk ... 
Berdebu, berhabuk belog ni.
Lama sangat kena tinggal

Eh, rindu tittew tak? Mih, mih.

Actually lepas umrah hari tu, iol terus ke London
Stay sana sampai early Januari, then fly ke Istanbul
Laki iol posting kerja sana 3 bulan 

And now, lepas berbulan-bulan ..
Maka kami pulanglah ke pangkal jalan

Gitulah ceritanya...


Banyak benda nak cerita. Tapi sad news, gambar kat Mostar & Sarajevo HILANG!!!
*nangis*

Tapi takpe, ada beberapa gambar yang sempat disave... 
Tapi kualiti faham-fahamlah eh .. 

But now, bagi kita hilang jetlag dulu. Teruk naw jetlag kali ni
Tahap terbungkang kiut macam dolphin. Eh... Hahaha

Istanbul, aku pulang ... Hahaha

Mekah - Doha - London - Istanbul - Santorini - Athens - Cappadocia - Bursa - Sarajevo - Mostar - Dubrovnik - Kotor - Podgorica - Dubai (transit) - Malaysia 

American Airliner Plane