Latest Posts

Pengalaman Menginap di The Straits Hotel & Suites Melaka.

View menarik dari bilik 

Menginap di The Straits Hotel & Suites Melaka selama 3 hari 2 malam sangat-sangat menyeronokkan. Apatah lagi dapat bilik menghadap view cantik. Rasa macam taknak keluar bilik pun ada. 

The Straits Hotel & Suites Melaka

The Straits Hotel & Suites Melaka ni antara hotel baru di bandaraya bersejarah Melaka. Masih ada bau-bau baru dan segar. Nak cari hotel ni tak susah pun. Sebab ia dekat je dengan Dataran Pahlawan. Kalau rajin jalanlah kaki dari Dataran Pahlawan. Kalau malas naik beca jelah.


Hotel ni managed by Topotels. Kalau korang nak tau, Topotels ni company Indonesia dan mempunyai banyak hotel di sekitar Indonesia dan di Malaysia, The Straits Hotel & Suites ni adalah yang pertama sekali. Well done!

 Lobi Hotel
 
Self-service kafe di lobi

Hurm, people always said, don't judge a book by its cover. Memanglah kat lobi nampak seperti biasa. Tapi bilik dia meletopppp!! Dahlah meletop, luas gila pula tu bilik dia.. Oh.. emmm .. G!!!

Lift ada 3 .. Jangan berebut!!
Hallway

Hotel ni walaupun dia 4 bintang, tetapi harganya masih affordable lagi. Taklah semahal hotel lain. Kira kalau korang cek harga dia pun, mesti korang terkejut. Sebab tak masuk akal. Murah gila!! 

Access Card
That's my room

Jenis Bilik : Straits Suite

Bilik aku di tingkat 19 dan non-smoking room. Total bilik di hotel ini adalah 352 bilik. Banyakkan? Itu pun selalu FULL. And, masuk-masuk bilik, terus rasa excited dan teruja. Mana taknya, suite ni besar luas sangat. Nak sumbat ramai-ramai pun takpe. 

Ruang tamu dan ruang makan
Dapur, peti ais dan microwave
Mini Bar
Pinggan, sudu & garfu disediakan

Semua bilik di The Straits Hotel & Suites ni ada balkoni di luar. So, bolehlah menikmati pemandangan Melaka dari balkoni. Memang cantik!

 
 
Ruang TV

Bilik ni dilengkapi dengan WIFI percuma dan laju. Yang paling aku suka pasal Straits Suite ni adalah plug elektrik. Banyak gila okay. Tak tipu!! Sampaikan dekat atas bath tub tu pun ada jugak. Tak payah nak berebut dengan Encik H. Hahaha.


Bahagian bath room pula, ada tempat mandi berdiri (standing rain shower) dan juga bath tub. Malangnya aku terlupa nak bawa bubble bar. So, tak dapatlah nak berendam hari tu. Haks!


Kalau korang datang beramai-ramai, bolehlah buka lagi satu bilik ...

3 bilik sekali gus termasuk ruang tamu
Balkoni

Apa yang perlu korang tahu pasal bilik ni :
- WIFI percuma
- ada peti ais, microwave dan tempat masak
- ada balkoni
- ada bath tub dan water heater
- katil bersaiz KING
- aircond yang sejuk
- complimentary mineral water

Penginapan hari tu termasuk sekali dengan sarapan pagi. Haa, ini part paling cantik kat hotel ni, Restoran AMALAKA. Dekorasi kat sini moden dan trend zaman sekarang. *curi idea nak buat kat rumah.. hahaha*  

 

Sebelum jumpa Restoran Amalaka ni, korang akan jumpa gym dan dewan terlebih dahulu.


And last sekali, kita naik tingkat paling atas. Kalau bawa bebudak, tempat ni kira tempat wajib singgah. Kenapa? Sebab bebudak biasanya teruja jumpa kolam renang. Tak gittew? Hahaha. 

Tapi malangnya, kolam kanak-kanak bukanlah kat sini. Kolam renang kanak-kanak masih under construction di tingkat yang sama dengan Restoran Amalaka. Kat atas ni cuma tempat beriadah (kolam renang dewasa dan sauna) sambil melihat panorama dari tingkat atas. 

Memang cantik view dari sini. Siyes !! Nampak laut, nampak Dataran Pahlawan dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, cuaca hari tu pula cerah .. Memang lagi cantiklah view Melaka.
Tenung jauh bang.. Hahaha
Tempat BBQ
Sauna, shower room dan toilet for man
Jom kakak bawa korang jenjalan
Infinity Pool ... 
Ambil angin kejap
Tambak lagi dan lagi ...

Parking?? Don't worry. Bagi mereka yang stay sini of courselah FREE. Eh, untung tau. Dari sini boleh jalan kaki je ke Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Haa, jimatlah duit korang bila stay sini. Kan? Kan? *good idea*



Satu malam di kota Mataram dan dua malam lagi di Senggigi Lombok. Untuk di Senggigi, kami pilih Hotel Alam Mimpi Lombok.

Hotel Alam Mimpi ni bertaraf 3 bintang dan kelesaannya lebih terjamin berbanding Hotel Palapa. Bukan itu sahaja, hotel ini juga dilengkapi dengan kolam renang dan lain-lain lagi.

 
My Travelling Beruang 

Untuk penginapan di Senggigi ni, kami invite seorang ahli dari group backpacker untuk join kami. Secara kebetulan, dia datang seorang ke Lombok. Disebabkan kesian, kami ajaklah dia join sekali dan tambah katil extra untuk dia. Hehe.


Berbalik pada cerita hotel ni. Hotel Alam Mimpi ni takdelah besar mana. Ada 14 buah bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan wifi. Eh, jangan main-main. Nama je 3 bintang, wifi dia laju tau!


Untuk kemudahan para pelanggan, hotel ni ada menyediakan perkhidmatan seperti sewa skuter, basikal dan lain-lain lagi. Dari jalan besar nak masuk sini, memang kena menapak sikit. Tapi takdelah jauh ke dalam. So, nampak macam kawasan hotel ni agak private sedikit. Hihi.


Macam aku cakap, hotel ni kecik je. Just 2 tingkat sahaja. So janganlah berangan ada lift dek oi. Exercise sikit. Hahaha. Tapi kalau angkat luggage, bolehlah minta tolong orang hotel angkatkan.

Tangga untuk ke bilik

Jenis Bilik :
Deluxe Balcony Pool View

Kitorang sampai malam. Jadi macam gambar pun tak seberapa. Oh aku terlupa nak amek gambar dari balkoni. Next timelah aku amek. Errrr, boleh?


Okaylah bilik dia kan? Tak mahal pun. Dalam RM120/semalam je. Kalau nak jimat kenalah tidur hotel yang mampu nginap seperti Hotel Alam Mimpi ni. Hehehe. No complaint!


Harga RM120 tu termasuk sarapan pagi. Murah tak? Murahkan? At least kalau makan sampai kenyang, bolehlah skip lunch. Kihkih.

Segarnya udara Lombok
View dari tempat breakfast

Agak-agak terliur tak tengok gambar Lombok aku kat entry lepas? Hihihi. Bolehlah book flight tiket ke Lombok sekarang. Jangan risau pasal gadis kena bawa lari. Kami dah buktikan tempat ni selamat untuk dikunjungi. Cepat cepat. Lombok tengah 'HOT'.

~ bersambung.

American Airliner Plane