Latest Posts

Bersawang kejap blog Kisah Tatie untuk beberapa minggu ni. Mana taknya, orang jauh pulang bercuti. Sekali sekala diorang balik cuti summer .. Kenalah entertain. Ye dop? Hihihi. 

Dalam pada masa yang sama sempatlah ke beberapa tempat such as Jakarta, Legoland, Singapore and etc, etc. Tapi sayangnya banyak event tak dapat pergi dek kerana kepadatan jadual setiap hari. Ada je benda yang kitorang nak buat. Isk, isk, isk.

Well, aku masih hutang dengan korang story Terengganu. Tak habis lagi bicara pasal negeri Terengganu. Macam aku khabarkan tahun lepas, Tasik Kenyir kini bukan sekadar tasik. Ada macam-macam benda kat sini.

Seperti Perkampungan Gajah Tasik Kenyir ..!! 


Perkampungan Gajah Tasik Kenyir atau in English, Kenyir Elephant Village ni baru je dibuka tahun lepas. Lebih kurang seperti yang sedia ada kat Pahang tu, kat sini pun ada keistimewaannya tersendiri. Tapi kejap je gajah-gajah ni membesar. 

Kunjungan tahun lepas, tempat ni baru dibuka beberapa minggu, kunjungan sekali lagi tahun ni .. Oh gosh ...!! Banyak betul perubahan yang ada kat sini.

Meniti jambatan gantung

Lokasinya di Sungai Telemong, Hulu Terengganu. On the way to Tasik Kenyir, nampaklah Perkampungan Gajah ni. Kalau sesat, tanya je local. Sure diorang tahu punya. Hehe.


Kat sini juga ada jambatan gantung dan menara tinjau di mana korang boleh melihat sendiri habitat gajah ni. Lagi feel tau!! Bukan jenis macam kat zoo. 


PERTUNJUKAN GAJAH 


Korang boleh menyaksikan pertunjukan gajah dan bagi diorang makan. Gajah-gajah ni memang bijak. Terpegun kejap tengok aksi diorang ni. Then, dari situ bolehla ke sungai berhampiran untuk sesi mandikan gajah dan sebagainya.


Comel tak gajah-gajah ni??? Comel kan?? Kan??


SESI MANDIKAN GAJAH


Luas gila tempat ni. Adalah lebih kurang 109 hektar. Alang-alang ke Tasik Kenyir, singgahlah ke sini sekali. Sambil datang tu, sambil la derma dengan membeli tebu yang diorang jual masa pertunjukan gajah tu. Hasil jualan tebu tu akan disalurkan ke gajah-gajah ini juga nanti. Hehehe.


Waktu Operasi
9 am - 5 pm (setiap hari) 
Jumaat (ditutup kejap jam 12.30-2.30 pm)


Makin lama, makin tak sabar aku nak tunggu kemunculan 'baru' Genting Highlands. Sesuatu yang bakal menggegarkan industri pelancongan tanahair tak lama lagi. Mana taknya, taman tema 20th Century Fox pertama di dunia, Genting Premium Outlet dan juga pusat membeli belah Sky Avenue dan Sky Plaza yang sememangnya hebat. Tak caya? Tunggulah nanti. =P

Hotel-hotel yang dah sedia ada pun kebanyakannya dinaiktaraf bagi memberi nafas baru kepada pengunjung. Termasuklah First World Hotel Genting Highlands.

Genting Highlands yang lama

First World Hotel pernah dinobatkan sebagai hotel terbesar di dunia yang mempunyai 6118 bilik. 6118 bilik ni pun sentiasa FULL especially masa peak hour. Sentiasa jadi pilihan sebab mudah. Dalam hotel ni ada indoor theme park dan juga pusat membeli belah. Harga semalam pun berpatutan dan tak mahal sangat compare dengan yang lain.

Pengiktirafan
Please be aware
Berdekatan pintu masuk First World
Starbucks di Lobi First World Hotel Genting
Dengan member, Dikbee

Aku suka datang sini sebab suasana Genting macam oversea. Paling tak pun macam kat China lah, sebab ramai gila pelancong dari Singapore dan China. Hahahaha.

ATM machine di First World Genting

Berbalik pada cerita tower di Genting, sebelum ni dah ada tower 1 dan tower 2 dan terbaru tower 2 Annex (tower 2A) yang baru je siap beberapa bulan lepas. Ini semua bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin hari semakin ramai.


Tower 1

Tower 2

Susur ke Tower 2 Annex

Kafe Terminal 2 Annex

Tower 2 Annex ni semuanya baru termasuklah suasana persekitarannya yang berbeza dari tower sebelum ni. Rekabentuk moden dan sangat menarik. Teringat jap kat Heathrow London bila tengok bahagian ceiling lobi tower baru ni. Haha.

Boleh tengok lift tu berada di tingkat mana
Kad bilik

And taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... inilah biliknya!! Wah, wah, wah.

Terdapat 1286 bilik di Tower 2 Annex yang merangkumi 2 jenis bilik, XYZ Deluxe Room dan XYZ Triple Room. Berkonsepkan moden dan simple, aku selesa tidur di sini semalaman. TV pun tv baru  flat screen 32". (some of the rooms di bahagian lama menggunakan tv lama). 


Bahagian toilet pula terpisah 3. Tandas, ruang basuh tangan dan ruang mandi. 

 

Bagi yang ambil pakej sekali dengan breakfast, tempat breakfast masih di tempat dulu di tower lama. Korang tak perlu runsing sebab jalan menghubungkan tower lama dan tower baru ada di setiap tingkap. Rajin atau tak je untuk jalan ke sana. Huhu.


Breakfast in here
Haus waktu malam?

And yes, tempat drop card untuk check-out juga disediakan di lobi Tower 2 Annex.



Overall, aku berpuas hati dengan tower baru First World Hotel Genting ni. Nak lebih feel, ambillah bilik menghadap pemandangan. Bilik yang aku stay ni menghadap bilik lain, bersaiz sederhana dan sesuai untuk 2 orang dewasa.

Bersih memang bersih. Masih lagi bau baru dan segar. Arghh, nyaman~

Aku paling benci bila disuruh beratur lama. Jenuh kaki ni wei. Nak pulak time tu tengah high peak season. Mak aih, penat!! T_T

Korang bukan tak tahu First World Hotel Genting. Sentiasa ramai orang. Tengah dinaiktaraf besar-besaran pun masih ramai tourist datang. Tak putus-putuslah dikunjungi pelancong luar. Yang beratur, yang duduk menunggu ... argh, setiap sudutlah. 

Tapi nak buat camana, ini salah satu tempat best untuk dikunjungi kat Malaysia. Sebab tu sentiasa ramai pelancong. Lebih-lebih lagi bila semuanya siap, 20th Century Fox. Homai, tak sabarnya!! First in the world. Negara ko hado? *jeling*.

Tak sanggup nak beratur

Maka, banyaknya benda yang dinaiktaraf kat Genting ni. Termasuklah hotel, cable car dan macam-macam lagi. Bakal ada premium outlet (jangan tak tahu JPO Johor tu under Genting jugak okay), shopping mall yang besar gila dan macam-macam lagi. 

Tak kurangnya First World Genting. Diorang pun naiktaraf jugak. Dari 2 tower, kini ada 3 tower. Ini pun masih tak cukup lagi. Orang sentiasa ramai.

Kalau dah ada 3 tower ni, mesti dalam otak pun rasa ... "Mak aih, mesti beratur lagi panjang".


Salah sama sekali. Kini korang boleh check in kat kiok di lobi First World Genting. Sangat mudah dan jimat masa. Cuma kat sini harganya takdelah semurah beli kat Agoda dan lain-lain tu. Dah kata walk-in, haruslah sama macam bayar kat kaunter.


Self Check-in Kiosk ni sangat membantu especially time peak season. Sistem ni baru je diperkenalkan kat Genting. Korang boleh book sendiri bilik dalam masa yang sangat singkat. Terdapat 29 mesin di kat First World Genting ni. 


Cara nak guna mesin ni pun senang. Siap ada manual kat situ lagi dari step 1 sampailah step 9. Kalau tak faham, berdekatan mesin tu ada staff hotel yang sedia membantu.

Oh ya, jangan lupa bawa mykad atau passport tau. Ini wajib.

 
 


Dan, nak keluar pun ada self check-out juga.. Haa, senanglah kalau nak pergi Genting lepas ni. Tak perlu beratur panjang. Jimat masa, jimat tenaga. Yahoooooo!!!


American Airliner Plane