Latest Posts

 Syok betul raya tahun ni sampai terabai kejap blog ni. Mihmihmih.
Mana taknya, tahun ni bermakna sebab Encik H dapat cuti. Yeay!!

Secara kebetulan dia offday. Nak minta cuti kemain susah. Tetiba dapat pula offday after few years koje. 5 hari kawwww!! Alhamdulillah.

Sebab dia excited, terus dia berbaju Melayu 4 days in a row. Lepas gian katanya. Hahaha. 

4 hari kami beraya kat Terengganu, selebihnya kat KL/Seremban. Lebih bermakna tahun ni sebab mertua baru pindah rumah baru, jadi feeling dia lain sikit. 

Ingatkan kitorang dapatlah beraya kat rumah kitorang jugak, tapi tak sempat siap. Tsk, tsk. So, this year memang 'close house' lah gamaknya. Aku pun tak buat satu kuih pun. Hahaha. Tapi, tapi .. kalau nak datang raya, boleh je.  Cuma takde kuih rayalah. Ngeee.


Raya belum habis lagi .. Banyak lagi baju belum pakai.Siapa buat open house jangan lupa ajak. Insyallah, aku datang.. But for now, busy juga sebab my sis balik summer holiday. Hahaha.

This year, 15 helai ... Follow my ig for update. Ewah! Hahaha.

I'm not a Duckscarves lover before this. Tudung pada harga RM120 (biasa) dan RM170 (limited edition) for me adalah satu harga yang sangat merepek. 

"Dahla simple, pastu bergigi-gigi kat tepi" - kata kawan aku.

Tapi demam Duckscarves ni memang melarat-larat. Everytime diorang announced kat Instagram pasal Limited Edition, mesti ramai gila beratur kat pop-up store di BSC. Kalau online jangan cakaplah, tak sampai beberapa jam dah sold out. 

Aku pun pelik. Hebat sangat ke Duckscarves ni? Hahaha. For me, macam biasa je. 

Then, bila Aere ni keluar, aku pun trylah beli satu. 


My first Duckscarves

Tapi masih tak puas hati lagi. Masih tak nampak apa yang bestnya Ducks ni. Sampailah dia announced ada koleksi LE kat BSC. 

Aku pun apa lagi, jam 8 pagi dah terpacak kat situ. Walhal dia buka jam 10 pagi. Even aku awal pun, ada yang lagi awal dari aku. Hahaha. Hari tu juga aku dapat tengok camana orang gila kat Ducks ni. Dasyat gila fenomena Duckscarves ni. Hahaha.

Dari nak beli satu, langsung terbeli banyak. Cis!!! Terpengaruh dengan sekeliling!!


Quack, quack .. quack !!

Pray for me..matilanak nak menjawab dengan Encik H nanti. Hahaha

Amir mana? AMIR NAWAWI lah.
Amir mana? AMIR NAWAWI lah.
Amir mana? AMIR NAWAWI lah.
Amir mana? AMIR NAWAWI lah.
Amir mana? AMIR NAWAWI lah.
Amir mana? AMIR NAWAWI lah.

Sampai ke sudah .. Tapi siapa Amir Nawawi tu?? Pfffttt.

Amir Nawawi adalah empunya blog amirnawawi.com.. Hari ni aku featured dia kat entry ni. Sebab gayanya yang bersahaja dan juga mempunyai muka yang sepesen. Kuikui. Tak percaya? Tengoklah nanti. Senyuman dan gaya yang sama je.


Masa trip ke Terengganu sempena Festival Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2015 baru-baru ni, kitorang ada free and easy di sekitar Pasar Payang Terengganu. Tapi aku yang berlakikan orang Terengganu ni, takdelah nak ke Pasar Payang. Bagilah peluang kat orang lain pulak. Aku anytime boleh pergi. Hehehe.

So, aku pun decide untuk jalan-jalan sekitar Kampung Cina yang terletak bersebelahan dengan Pasar Payang. Kat Kampung Cina ni banyak lukisan jalanan (street art) yang menarik. Ada juga butik-butik jual batik dan macam-macamlah ada kat sana. 

Salah satu butik jual batik Terengganu
Ini macam pun ada ka?
Ini port favourite untuk amek gambar

Street Art kat Kampung Cina Terengganu ni takdelah se-crowded kat Penang tu. Senanglah nak amek gambar. Takyah tunggu turn ke.. tak payah!! Masalahnya gambar aku dah banyak. Maka, carilah seorang model yang sesuai ... And Amir Nawawilah mangsanya. Nasib kaulah Amir.  Hahaha. 


Jom tengok 8 gambar Amir Nawawi di Kampung Cina Terengganu.
(Pssst, ini bukan iklan Colgate!!)


And last, bergambar ramai-ramailah .. Yang lain mana tah. Pergi Pasar Payang lettew. Haha.


Ini benar dan bukan main-main. Tapi tak ramai yang mampu lihat sampai habis pameran ni. Ramai yang kesian, sedih dan ada juga yang loya sebab semua yang dipamerkan benar-benar dan real. 

90% daripada organ kat dalam ni asli (diawetkan dengan cecair formalin bagi tahan lama) dan 10% je replika. Sila amek peluang untuk lihat sendiri organ manusia ni. Bukan senang nak tengok tau!


Pameran Organ Manusia yang kini berlangsung di Muzium Negeri Terengganu ni something yang exclusive dan dibawakan oleh Pusat Pengajian Sains dan Perubatan USM, Hospital Sultanah Zahirah, APEX dan lain-lain lagi. 

Ini pengalaman pertama aku lihat dengan dua biji mata. Aku memang suka bab-bab anatomy ni. Minat dari kecik tapi apakan daya, cita-cita nak jadi pakar bedah mayat atau pakar forensik tak kesampaian. So, bila ada pameran sebegini umpama pucuk dicita ulam mendatang.


Masa memula masuk, aku pun ingat tipu. Nasiblah ada abam Pojie. Secara kebetulan dia pun kerja bab sebegini kat UPM. Dialah yang menerangkan serba sedikit.. kenapa ada wayar macam biru merah, kenapa itu kenapa ini.. Tengs Pojie. Hehe.

Pameran ni bertujuan bagi pengunjung lebih mengenali dan memahami organ-organ manusia secara lebih dekat melalui disiplin perubatan serta sains dan teknologi. Ya, memang betul. Bila lihat dari dekat barulah aku faham tulang, tangan, ovari dan lain-lain.

Bila tengok organ-organ ni dijangkiti penyakit seperti kanser, cyst, diabetis dan lain-lain terus rasa insaf. Takut pun ada. Aku kan jenis tak jaga pantang dalam bab makanan. T_T

Abam Pojie sedang bagi penerangan kat Moka

ORGAN-ORGAN MANUSIA

Tangan (kiri) dan Organ Pembiakan Lelaki (kanan)
 Janin Kembar Siam
 Janin berkepala saiz besar (hydrocephalus)
 Siku
 Kaki yang dah lama
 Lutut
 Organ seperti ginjal, perut dan hati
 Tulang rahang (kiri) dan muka (kanan)
 Gigi manusia
 Tumor sel tulang
 Bahagian Atas Peha
 Jantung
 Ovari dan rahim yang dijangkiti serous cystadenoma
 Testis
 Ovari yang terkena Sistik Teratoma Matang (kiri) dan Kanser Pangkal Rahim (kanan)
 Kanser Payudara
 Kanser Servik

 Kanser Pangkal Rahim 
 Salur Fallopian/kandungan tubal (kiri) Kanser Rahim Endometrium (kanan)
 Usus Besar 
 Usus Besar  Divertikulosis (kiri) Usus Kecil Askariasis (kiri)
 Kanser paru-paru
 Kaki yang terkena diabetis/gangrene 
 Otak

Dan kat situ juga ada booth derma organ, derma darah dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Aku dah berikrar jadi penderma.. korang bila lagi? Ramai yang memerlukan organ kita. Don't worry, benda ni dah dikaji dan dibenarkan dalam Islam.

Kalau tak mampu nak sumbangkan apa-apa masa hidup, why not sumbang sesuatu yang berguna buat mereka yang sangat-sangat memerlukan organ kita tu.. Kan? Just my two cents. 


And I really love this exhibition. Insyallah kalau berkesempatan, balik raya ni nak singgah lagi. Pameran ni sangat berguna khususnya buat adik-adik yang belajar Sains dan Biologi. Kadang-kadang bila tengok real lagi senang ingat dari tengok gambarajah je. Hehe.


Pameran Organ Manusia | The Human's Organ Exhibition

6 April hingga 31 Julai 2015
9 am - 5 pm
Dewan Mandalika, Muzium Terengganu

Dengan kerjasama Hospital Sultanah Zahirah, Pusat Pengajian Sains dan Perubatan USM, Jabatan Patologi USM, Jabatan Anatomi USM, APEX, Tourism Terengganu, MedikSCOM,  .. etc

American Airliner Plane