Latest Posts

Ramai yang tanya, aku tak travel ke bulan Ramadan ni. Sememangnya mood nak travel tu ada. Cuma kali ni aku rasa, baiklah aku spend time kat rumah. Lagipun inilah masa untuk berehat dan menikmati bulan Ramadan. Tapi adalah juga curi-curi masa ke Genting kejap last week. Selebihnya kat rumah.

Sebenarnya banyak entri bersarang kat draft. Tapi dek kerana Ramadan, aku tundakan kejap cerita pasal travel. Mesti korang rindu cerita travel aku kan? Eleh, ngaku jelah. Hahaha. *perasan*

Kenyir Water Park | Taman Air Tasik Kenyir

Ingat lagi tak percutian ke Tasik Kenyir aku tahun lepas masa Squid Jigging Festival 2014? Tahun ni event yang sama cuma explore tempat yang berbeza. Tahun ni relax sikit. Sempatlah aku amek kesempatan hirup udara segar sambil menghayati ciptaan Illahi ni. Link tahun lepas, rujuk sini :


Hasil tulisan aku di ruang Cuti-cuti Bajet .Com Utusan Malaysia

Tasik Kenyir makin lama makin maju. Kalau dulu hanyalah alam semulajadi di tasik buatan manusia ni, tetapi kini siap ada Kenyir Water Park yang baru je dibuka akhir bulan Mei.

Jeti Pengkalan Gawi

And masa trip ke sini baru-baru ni, kami diberi peluang merasai sendiri keseronokan di Kenyir Water Park ni atau dalam bahasa Melayu, Taman Tema Air Tasik Kenyir. Dengar cerita kos pembinaan taman tema air ni je dah menelan belanja sebanyak RM7.5 juta. Gulp!!
Naik bot dari Pengkalan Gawi

Berkeluasan 2 hektar, taman tema ini bakal menarik minat pelancong dari luar untuk datang ke sini. Tapi aku datang hari tu macam tak siap lagi semuanya. Just a small place. Maybe datang lagi sekali, mahu terjojol biji mata tengok tempat ni. Muahahaha.


Dari Jeti Pengkalan Gawi nak ke sini dekat je. Dalam 4 minit. Alah, bertentangan je. Belum panas punggung dah sampai. Hahaha.

Paddle Boat RM5/seorang

Aku perhatikan kat sini terbahagi kat atas darat dan juga kat tasik. Tapi nak lagi best, pergilah kat area tasik. Tasik ni dalam tau. Abang tu kata 30 meter ke dalam. Tapi kalau tak dalam, takkan Gopro si Moka yang terjatuh tak jumpa-jumpa kan? Sah, memang dalam!! Hahaha.


Bahagian Tasik (wajib pakai life jacket)


Dan kat sini nanti lengkap dengan chalet, surau, kafe dan peti simpanan. Bilanya tu...?? Entahlah. Kalau diberi kesempatan join Squid Jigging Terengganu lagi tahun depan, nanti aku update korang ya. Hehehe. In a meantime, korang rajin-rajinlah ke sini.

Gazebo untuk disewa RM15/satu.
Pandangan Dari Atas
Yang belakang sekali berjanggut tu Anil Kapoor ... Eh? :p

Taman tema air ni dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 5 petang. Aku sarankan korang check weather dulu sebelum ke sini. Bayaran masuk ke Kenyir Waterpark ni pun takdelah mahal mana.

RM20 (dewasa)
RM10 (kanak-kanak)

Pesanan aku :
- Check weather sebelum datang
- Dilarang bawa makanan
- Kalau nak cepat, silalah balik sebelum tutup. Sebab bot untuk ke Pengkalan Gawi tak banyak. Turn by turn. Siapa lambat, dia kenalah menunggu lama.
- Bawa baju secukupnya
- Bawa duit secukupnya
- Bawa pelampung anak-anak, boleh sewa tapi mahal sikitlah
- Line telefon kejap ada, kejap takde
- Have fun!!!

Jangan lupa like facebook mereka

Hari ni nak share pengalaman aku berbuka puasa di Rajawali Bazaar Ramadan, Awana Hotel Genting Highlands. Haa, jauh tak?? Kat luar negeri juga tu, Pahang ... Hahaha. =P


Inilah tempat yang paling jauh untuk buka puasa dalam tahun ni. Boleh katakan Ramadan tahun ni, aku tak kemana-mana sangat. Busy kat rumah.

Awana Hotel Genting Highlands

First time aku buka puasa kat Genting Highlands. Makanan yang disediakan di Awana Hotel Genting Highlands ni sangat tidak menghampakan. Banyak gila pilihan makanan kat sini.


Berbuka di satu tempat setinggi 3000 above sea level ni adalah satu pengalaman yang sangat berbeza dari sebelum ni. Memang terbaik makanan kat sini sampai penuh sepenuhnya perut ni la melantak makanan-makanan yang dihidangkan kat sini. Haha.

Aku cuba mencari kelainan yang ada di Awana Genting ni. Eh, ada.. Jumpa pun!! Kat sini menyediakan pelbagai jenis sup. Ayam dan daging. Kalau daging tu semua part ada. Tapi paling cepat licin, sup urat tunjang (keting lembu). Psst, si Mawardi tu siap tambah menambah lagi.


 

By the way, jangan ingat takde orang nak travel jejauh untuk buka puasa ye. Masa kitorang pergi tu, Rajawali ni full house. Ramai gila. Wow!!

Dan bagi yang particular pasal status Halal, restoran kat Awana Genting ni dah dapat sijil Halal dah pun. Don't worry and enjoy your food. Ngeee.

 

Habislah diet aku kalau hari-hari makan sedap. Hahaha. Oh ya, mesti nak tahu berapa harga buffet sekepala di Awana Hotel ni kan?

Harga Buffet Ramadan di Awana Genting

RM88 (dewasa)
RM60 (warga emas)
RM48 (kanak-kanak)

Waktu Buffet Berbuka 
6 pm - 9.30 pm


Rajawali ni bertemakan bazaar jalanan yang menghimpunkan pelbagai jenis makanan mengikut booth seperti Arab Street, Cold Kitchen, Abe Kelate Corner, Kebabs Pak Arab, Anne Gopal Sappede, Gerai Satay Osman Jelani, Ayam Percik Mat Zin, Hot Soup Pot dan banyak lagi.


Kat sini juga turut menyediakan juadah sahur untuk pengunjung. Manalah tahu ada yang merancang nak pulang ke kampung (khususnya orang Pantai Timur), bolehlah singgah sahur kejap kat Awana Genting ni alang-alang on the way tu. Hehe.

Waktu Sahur 
3 am - 5.30 am


Untuk booking, bolehlah layari :

And again, its all about FOOD.

Bilalah edisi makanan ni nak habis? Makin berisi Ramadan ni. Hahaha. Nak pulak dihidangkan dengan makanan-makanan yang sangat menyelerakan. Alahai, spoil terus diet aku. Isk, isk.

Lebih-lebih lagi bila dapat selera negeri. Pergh!! Rugilah kalau tahan selera makan tu. Haha. Itu terjadi kat aku masa buka puasa kat PALM HOTEL SEREMBAN last week.

Sago Coffee House Palm Hotel 

Tahun lepas berbuka kat sini bersama Tourism Malaysia Negeri Sembilan dan tahun ni sekali lagi ke sini tapi berdua je dengan Encik H. Nampak tak camana sedapnya makanan kat sini sampai aku boleh datang dua tahun berturut-turut?


Yang dah lama tak pergi Seremban, PALM HOTEL SEREMBAN ni antara hotel yang terbaru kat Seremban. Kedudukannya yang terletak di atas PALM HOTEL SEREMBAN ni memang strategik. Sebelum buka puasa bolehlah jenjalan cuci mata dan shopping kat bawah dulu.


Yang syoknya, hotel ni 5 minit je dari rumah aku. Hahaha.Berbalik pasal buffet Ramadan kat Palm Hotel ni, aku tertarik dengan kepelbagaian minuman yang disajikan kat sini. Biasanya aku pergi makan buffet paling banyak pun dalam 4-5 jenis je. 

Tapi kat sini lebih 10 jenis air dihidangkan termasuk minuman panas seperti teh dan kopi, lai ci kang dan macam-macam lagi. ABC pun ado!! Ni payah ni tatau nak minum air mana satu. Semuanya best, semuanya sedap. Just nice!!

Sago Coffee House Palm Hotel Seremban ni dah dapat pengiktirafan HALAL dari Jakim. Tak payahlah risau dan was-was. Makanlah sampai kenyang. Burppp!


Harga pun taklah mahal mana macam buffet Ramadan kat Kulumpo tu. Harga buffet Ramadan di Palm Mall murah je. Berpatutan dan sangat berbaloi-baloi.

RM65 (dewasa)
RM32.50 (kanak-kanak/warga emas)
*dah termasuk GST tau*


Yang special kat sini of course masakan Negeri Sembilan seperti daging salai masak lomak dan lain-lain. Lagi istimewa kat sini ada mee yang sentiasa ditukar-tukar menunya mengikut hari. I think, kat sini makanan dia setimpal dengan apa yang kita bayar. Banyak dan puas hati.


Kebanyakannya dimasak sejam sebelum berbuka. Fresh dan panas gitu. Seperti satay, daging, kambing, murtabak and even western food seperti spaghetti tu pun diorang masak on time. Takdelah istilah panaskan lauk semalam kat sini sebab semuanya segar-segar belaka.

Satay
Murtabak
Kerang Rebus
Daging Lembu & Ayam (kambing kat tempat lain)
Yong Tau Foo
Ice-cream corner

Juadah makanan yang disediaakn bukan setakat kat luar, tetapi kat dalam juga. Memang banyak. Yang dalam ni kejap je dah licin. Tetiba aku rasa, banyaknya orang Nismilan makan.. Hahaha.


Seperti yang aku cakap tadi, fresh western food. Korang order, barulah diorang masak.


Ini baru sebahagian makanan tau. Banyak lagi actually. Tunjuk semua nanti berjela-jela. Memang harga RM65 tu sangat worth bila makan kat sini. Oh ya, lepas makan mestilah nak solat. Kat sini ada surau yang disediakan buat pengunjung. 

Makanan untuk berdua. Opsss!!

Buffet ramadan kat Palm Hotel Seremban ni dari
19 Jun sehingga 15 Julai saja tau!!!

Dari jam
 6.30 petang hingga 9 malam

Untuk tempahan buffet Ramadan di Palm Hotel, boleh hubungi diorang di
06 - 768 0088 (ext 3)

Assalamualaikum uol ..!!

Aku pasti ramai yang dah tak sabar nak raya. Kan? Kan? Amacam puasa? Masih penuh tak? Buat penggemar-penggemar makanan (ada ke yang tak suka makan?? Lol!), jomlah ke RESTORAN PAPERO Shah Alam. Sebut betul-betul, PA-PE-RO ...!!

Memang memula aku ingat biskut coklat tu. Haha. Tapi bila check balik, owh PAPERO. PAPERO ni sebuah restoran yang menghidangkan masakan dari timur tengah. Chef-chef dia semua import dari Syria. So kalau nak rasa yang asli punya, maila sini. Makanan dia pun boleh tahan sedap.

 Restoran Papero Shah Alam

RESTORAN PAPERO ni dah lama dah buka. Kalau tanya orang yang menetap kat Sri Petaling, confirm tahulah. Tapi cawangan yang kat Shah Alam ni baru je buka beberapa bulan lepas.

Kot-kot nak pergi malam ni ke besok ke, bolehlah. Lokasi strategik berhampiran Restoran Tupai-tupai. Senang cerita korang cari je Kondo Acapella yang berhampiran Stadium Shah Alam tu. Restoran ni kat bawah dia je.


RESTORAN PAPERO ni dikendalikan oleh company Orient Dam Sdn Bhd. Tapi kan... kalau sebut padang pasir je, mesti korang teringat kebab, nasi arab dan lain-lain kan?? Haa, janganlah samakan semua restoran. Kat RESTORAN PAPERO ni bukan setakat hidangkan masakan arab, tetapi kat sini juga terkenal dengan pizza dan sandwich. 

Haa, bukan itu je tau. Restoran ni turut menghidangkan makanan Mediterranean juga. Yang paling penting, aku tengok restoran ni bersih. Sempat juga tinjau kat  dapur dia. Puas hati wei!!

Tarikan utama dia Pizza, Sandwich dan Shawarma.

Pizza Rice
 Shawarma Chicken Meal
 Grill Chicken
Roti Fatayer (inti cheese kat dalam dia)
Yang ni aku dah lupa nama... Isk, isk..

RESTORAN PAPERO ni halal. Masa buka puasa kat sana baru-baru ni, aku tengok staff dia siap solat kat situ. Tersentuh hati aku. Yela, dalam pada sibuk melayan customer, diorang sempat curi-curi masa menghadap Tuhan.


Bagi yang malas nak drive dan cari parking (yee aku tau kat sini susah nak parking), korang tak payah pening kepala sebab RESTORAN PAPERO menyediakan khidmat delivery. Tapi di sekitar Sri Petaling dengan Shah Alam je lah. Kalau Keyell ke, Semban ke .. Toksah mengada-ngada.


Keseluruhannya, aku bagi 8/10 bintang kat restoran ni. Best dikunjungi masa bulan puasa ni. Bawalah family dan rakan taulan berbuka puasa kat sini. Lepas berbuka, boleh terus solat tarawikh kat Masjid Shah Alam. Hehehe.

RESTORAN PAPERO SHAH ALAM
Kondo Acapella, Seksyen 13, 
Shah Alam, Selangor.

Dibuka dari jam
 5.30 pm - 12 am (bulan puasa)
4 pm - 12 am (selepas raya)

RESTORAN PAPERO SRI PETALING
Sri Petaling, Kuala Lumpur

Dibuka dari jam
5.30 am - 4 am (bulan puasa)
2 pm - 2 am (selepas raya)

Untuk delivery PAPERO, sila hubungi
017 - 3113459 atau 017 - 3113150

American Airliner Plane