Latest Posts

Nak cerita ke tak nak .. Nak bagitau ke tak nak .. Haha.

Jom kita kembali ke Korea balik. Ada benda aku tak story lagi. Lul!

Kesahnya masa kat Korea tempoh hari, aku sempatlah pergi Jongmyo Shrine. Ini satu-satunya bangunan yang aku masuk masa kat Seoul. Itu pun lepas aku blur tatau nak pergi mana. Haha.

KISAH TATIE
Nak masuk ke tak nak .. dekat 10 minit nak decide.

Then, nak dijadikan cerita, hari tu pula wajib masuk dengan tour guide (guided tour group). Tapi freelah. Termasuk sekali dalam tiket. Only weekend je boleh bebas tanpa tour guide. Tour guide pula ada dalam pelbagai bahasa dan selang 15-20 minit.

Aku dah termiss yang bahasa Inggeris. Nak tunggu lagi satu jam. Aiyooo..!!


Ishhhh, tak sangguplah. Maka, aku pun decide join je yang seterusnya tu. Nak tau bahasa apa tak? Bahasa Mandarin!!! Kahkahkah. Memang satu patah pun aku tak paham. Mujurlah ada signboard dan info. So bolehlah baca dan paham sikit-sikit.

Tapi sepanjang kat dalam ni aku senyap. Dia cakap aku angguk. Kihkih.

Pilihlah mana satu korang nak
Inilah tour guide hari tu

Jongmyo Shrine ni adalah salah satu tapak Unesco kat Seoul yang dulunya tempat sembahyang raja-raja di seluruh Dinasti Joseon. Tapi aku miss event Korean  Royal Palace Culture Festival yang berlangsung setiap Ahad pertama di bulan May. Walhal masa tu kat sana lagi. T_T


Walaupun aku rasa macam sedikit persamaan (mungkin sama) dengan budaya masyarakat Cina kat China dari segi dinasti, tapi aku rasa budaya diorang ni cukup unik. Alah, takyah flashback zaman dulu. Tengok je sekarang. Memang lain dari yang lainlah.

Dari muka diorang, dari segi dialek diorang, dari segi percakapan diorang, kita boleh agak orang tu orang Korea. Hihihihi.


Cara-cara nak ke Jongmyo Shrine? 

Aku ke sini dengan bas sight-seeing. Tapi kalau korang nak naik subway, ada dua cara :

Turun kat stesen Jongno-3 (sam)-ga (line 1) dan exit nombor 11. Then jalan kaki selama 10 minit dari stesen.

atau

Turun di stesen Jongno-3 (sam)-ga (line 3 dan 5) dan exit no 8. Then jalan kaki selama 10 minit dari stesen.


Harga Tiket Masuk Jongmyo Shrine :
1000 South Korean Won (RM3.40)


Tapi , tapi , tapi FREE sekiranya :

Pssst, tutup setiap hari Selasa !!! Have fun!

Naik kapal di Langkawi? Best ke? Teruskan membaca entry ni.


Tapi tak semua kapal NAAM ni mahal. Ada juga yang affordable. Such as Sea Falcon. Cuma Sea Falcon ni tak berapa nak privasi sangat macam Blue Dolphin tu. Naik sekali dengan orang lain. Tapi harganya jauh lagi murah dari kapal lagi satu tu.

Harga ratus-ratus je dan ikut kepala. Around RM300 ++ (seorang). Takdelah cecah ribuan seperti yang lagi satu tu. Ini kenalah try sebab pengalaman sangat berharga. 

Royal Langkawi Yacht Club

And, again .. jangan jeles uol, sekali lagi aku naik kapal mewah NAAM Langkawi ni. 



Yang lainnya, kali ni kitorang naik dari Royal Langkawi Yacht Club berhampiran dengan jeti Kuah tu. Aku baru tau ada kewujudan tempat ni. Lepas ni bolehlah lepas situ petang-petang. Hihi.
Masuk-masuk seperti biasa .. diberi cold towel sebagai penyegar diri
Penerangan tentang keselamatan ketika kecemasan
Welcome drink

Kali ni lebih santai dan sempoi. Yang mana kaki selfie tu, memang selfie sampai puas, yang mana kaki makan tu makan sampai puas, yang mana suka terjun kolam tu, bolehla terjun dari kapal ni dan mandi kat laut.. And segalanya bestlah!! *rindu*

Group photo
Captain

Sea Falcon ni ada 3 bilik tidur. Satu bilik utama dan dua bilik biasa. Pengunjung boleh guna je bilik memana yang diorang nak. Semua dah termasuk dalam pakej. Kot-kot nak breastfeed anak ke or tukar baju ke or pening mabuk laut .. bolehlah stay kat bilik ni kejap.

Bilik dia unik. Tukar-tukar warna lampu selang beberapa minit. Gayat ahkak uol ni kejap! Haha.

 

Sepanjang perlayaran, kitorang cuci mata dengan keindahan pulau-pulau kecil sekitar Langkawi. Ada sekali tu kapten berhenti kejap berhampiran dengan burung helang yang tak terbang-terbang kat Kuah tu. Yang tak pernah ke pulau lagenda ni, ini adalah mercu tanda Langkawi. Make sure singgah sini at least once in a lifetime untuk bergambar.


Makan, makan, makan sampai kenyang !!! Sedap pulak tu. Cepat je makanan habis. Ssiapalah makan paling banyak tu kan?? Hahaha. =P


Trip berakhir dengan menikmati keindahan sunset dari atas kapal. As usual, sunset yang selalu diperkatakan pelancong luar ni sebagai salah satu yang tercantik kat dunia ni memang sangat ohsemmmm!! I really enjoy tengok sunset dari atas kapal ni. I miss this moment. :(


Cantikkan view sunset ni? Amazing!



Last, last and last ... Insyallah last entry pasal Cebu. Hahaha.

Last ni lah, aku nak story pasal penginapan kitorang kat Cebu. Tercicir pula satu ni. Haha. Sama macam kat Oslob, kat Cebu pun kitorang stay hotel bajet. Dah kata percutian bajet ke Cebu .. of course semuanya bajet!! Ngeee.

CAPITOL CENTRAL HOTEL & SUITES CEBU

Hotel ni aku yang pilih. Itu pun sehari sebelum pergi baru mengagau cari. Pening jugalah nak cari hotel kat Cebu ni. Tengok maps macam menarik, tapi lokasi haprak. At last, aku pilih je Capitol Central ni. Tengok bilik dia okay dan bersebelahan dengan convenient store .. okaylah kan? =)

Capitol Central Hotel & Suites

Hotel ni terletak kat Capitol Site Cebu. Senang cerita kat Corner F.Ramos Extension. Hotel ni berdekatan dengan beberapa attraction seperti Cebu Capitol, Rizal Memorial Library & Museum dan shopping mall, Robinson's Plaza.

Apalah yang diorang gosipkan tu??

Bertaraf 2.5 bintang, aku rasa okaylah hotel ni untuk mereka yang travel bajet. Kitorang pun ada kat sini dari jam 10 malam, then 3 pagi dah kena gerak ke Cebu. Berbaloi la kan? Duduk hotel memahal pun kalau asyik keluar pun macam membazir je. Isk, isk, isk.


- Lengkap dengan free wifi
- Mudah nak ke South Bus Terminal
- Mudah nak dapat teksi
- Bersebelahan dengan convenient store
- Free mineral water

dan harga semalam aku bayar hanya ......


Murahkan?? Tempahlah sekarang..!! Have fun :)

American Airliner Plane