Latest Posts

Aku bukanlah peminat fanatik cerita Korea. 
Running Man? Lagilah aku tak pernah tengok.

Tapi dalam bebanyak tu mustahil lah tak pernah tengok satu pun kan?
And, WINTER SONATA lah satu-satunya drama yang aku tengok
pffffttt....!!

Oh man, dalam bebanyak tempat, inilah aku rasa paling okay. Kononnya must visit place bagi pelancong yang datang ke Seoul. Aku rasa takde Winter Sonata, tak famouslah Nami Island ni. 

First sekali korang kena buat naik train ke Gapyeong Station. Either naik Subway (jimat lagi) or naik ITX (cepat sikit). Depend .. Perjalanan agak jauh juga and memang sentiasa ramai. By the way, nak pergi pukul berapa, itu pun suka hati korang. Weeee... :p

Gapyeong Station

Sampai-sampai je kat station Gapyeong ni, perjalanan diteruskan dengan naik teksi atau bas. Naik bas murahlah. Tapi kena sediakan syiling secukupnya. Kalau naik teksi, dia ikut meter.

Aku berpengalaman merasai kedua-duanya. Pergi naik teksi, balik naik bas. Tapi aku menyampah dengan teksi kat sini. Garang nau pakcik tu. Ada ke patut dia maki aku sebab aku bagi duit besar (takdelah besar mana pun). Dahla berhenti kat tempat jauh, kena jalan kaki pulak tu. Pffffttt. 

Long que kat tempat tunggu teksi

ATAU


Dari Gapyeong nak ke Nami Island dah dekat sangat dah. Lebih kurang 15 minit macam tu. Teksi around 3000-6000 won. Bergantung pada jalan mana pakcik teksi tu bawa. Masa aku pegi tu time cuti sekolah. Memang hazab lah sebab jam and pakcik teksi gila tu bawa ke laluan jauh konon nak elak jam. *sakit hati... grrrr*

Ramai gila okay!!!

Immigrationlah sangat!! Haha.

HARGA TIKET KE NAMI ISLAND
8000 WON (foreigner)

Kat sini pun ada dua option. Nak naik feri yang padat macam sardin atau naik flying fox ke Nami Island. Kawww rasa?? Of course aku naik feri. Tak kose nak memanjat tangga untuk naik flying fox. Hahahaha.


ATAU


Alahai, dekat sangatlah pulau ni. Bukan seperti pulau lain. Just a small island. Tapi tak nampak rupa pulau pun? Nampak macam pulau yang ditambak. Konpius aku. Hahaha. Tapi hazab jugalah naik feri. Selagi ada space, selagi tu la diorang nak padatkan. Dah macam sardin dah! Grrr.

 

LOKASI MENARIK DI NAMI ISLAND

Banyak lokasi best-best untuk amek gambar kat Nami ni. Tapi semua bergantung pada musim. Aku pergi awal bulan 5. Jadinya waktu tu spring dah sampai ke penghujung. Sakura pun tinggal saki baki je. Selebihnya pokok hijau which is kat tempat lain pun hado. Haha.

The best time orang selalu suggest pergi masa spring (time sakura) and autumn. Tapi kalau autumn memang bombastic lah especially time pokok tengah nak tukar warna oren tu.

 
 


HOTEL DI NAMI ISLAND

Hotel yang betul-betul kat Nami Island ni ada satu je, Naminara Hotel. Selebihnya kat bahagian darat. Kalau kena musim syoklah duk sini. Hotel ni tak besar mana pun. Ada 46 bilik je. Dulu. si Bae Yong-Jun dan Choi Ji-Woo duk sinilah masa penggambaran Winter Sonata. Aha!

 
Naminara Hotel Jeonggwanru

ACTIVITY / TRANSPORT DI NAMI ISLAND


Ada banyak pengangkutan yang korang boleh cuba kat pulau ni. Kalau malas nak jalanlah. Tapi kalau bajet macam aku, jalan kaki pun dah kira bagus dah. Hahaha. Korang boleh beramal sambil naik keretapi biru (UNICEF Charity Train & Just bayar 2000 won je) and duit tu disalurkan ke UNICEF.

Atau sewa segway ke, basikal ke .. lantaklah nak naik apa pun! Hahaha.

 

SOUVENIR SHOP DI NAMI ISLAND

Ada banyak dan mahal .. ok skip!  =P

 
 

 WINTER SONATA DI NAMI ISLAND

Drama Winter Sonata ni kira penyumbang utama kepada populariti Nami Island. So, memana je mesti ada gambar pelakon Winter Sonata ni. Agak-agak kalau sampai je airport tanya orang, mana pulau Winter Sonata, aku yakin diorang jawab Nami Island. Melambak wei sana sini gambar diorang. Agak-agak tanpa drama ni femes ke Nami Island ni uol? Hahaha.

 

MAKANAN HALAL DI NAMI ISLAND

Lapar?? Singgahlah kejap kat restoran halal Asian Family Restaurant Nami Island. Kat sini ada restoran halal siap ada sijil lagi. So takde rasa was-was. Harga? Affordable. Aku order nasi termasuk lauk macam tu (ape ntah nama dia), and hanya 10k won je. Cheap kan? Portion banyak ok!! Kebab kat Itaewon yang kecik tu pun dah 8000 won. Dahlah kebab kecik, mahal pulak tu. Sobsss!! Kat sini free air kosong sejuk. Okaylah, jimat banyak!

 

PRAYER ROOM (SURAU) IN NAMI ISLAND

Jangan tatau, kat sini ada surau juga ok. Fuyooo...!! Boleh access dari restoran kat atas atau pintu lain. Ala, apa nak peliknya. Memang ramai pun muslim stay Seoul. Hehehe.


Amacam?? Seronok tak tengok gambar?? Cepat book tiket ke Seoul. 
Ingat Seoul, ingat Namee Roslan .. Eh silap .. Nami Island ..
Hahahaha. =P

Ini Wajib Cuba. Kat Luar Pintu Masuk Ke Nami Island


Hello, assalamualaikum. Maaflah sehari dua ni blog ni terpinggir kejap. Tuan empunya blog busy melampau dengan trip. Try nak update tapi takde line internet. Kalau ada pun slow gila. T_T

Rasa-rasa banyak benda nak update. Banyak benda aku nak share dengan korang. Frankfurt tak habis lagi, Cebu tak update lagi, Langkawi tak update lagi, Korea tak habis lagi and semalam baru tambah satu Kuala Terengganu. Huwaaaaaaa...!!

Dah-dah tak yah berdrama sangat, moh kite ke Ramada Encore Dongdaemun Korea. Aha, aku tau ramai orang Malaysia suka pegi Korea. Kalau tak masakan flight Malaysia Airlines fully booked. Airasia nasib tinggal 3-4 seat saja aritu. Korang buat apa reramai kat Korea ni? Hehe.

Kalau ke Korea, mehla stay kat Ramada Encore Dongdaemun. Aku highly recommended hotel ni compare dengan hotel kedua and ketiga aku. Lokasi Ramada ni strategik. 3 minit jalan kaki ke station Sinseol-dong dan the most important thing, affordable. Murah sangat! 

Hotel Ramada Encore Seoul

Tak plan pun nak duk sini. As usual, sebelum travel aku book hotel dulu then baru mengagau cari flight. Tapi malang sungguh masa tu. Flight full untuk 2 hari berturut-turut. Nak tak nak kenalah pergi awal sebab yang lain-lain dah book. Rugi, rugi kalau tak pergi. T_T

Sehari sebelum fly, aku panik cari hotel. Akhirnya pilih Ramada Encore sebagai hotel pilihan. Sebelum ni pernah jugalah stay Ramada masa kat Mumbai dulu. Memang harga dia murah seperti 3 bintang tapi hotel bertaraf 4 bintang. Not badlah kan?

 


Dari airport ke hotel ni pun senang. Satu line je. Tak perlu tukar. Semuanya senanglah. Free wifi, bilik luas dan lain-lain lagi. Sebab tu lah aku suggest hotel ni kat korang. Memang bagus!

Harga last minute pun murah via Agoda

JENIS BILIK :
Encore Superior Double

 


By the way hotel ni masih baru lagi dan dibuka pada bulan Julai tahun lepas. Bagi yang malas nak naik subway, hotel ni menyediakan perkhidmatan free shuttle ke bandar. Haaa, khususnya warga emaslah. Tapi subway Sinseol-dong ada lift. So, takde hal lah nak angkut barang dari airport. Hiks.


Pemandangan Luar Bilik .. Halamak, hadap bangunan.. Haha.
Kafe Bawah Kat Lobby

Hotel ni berdekatan dengan Seoul Folk Flea Market dan Gyeongdong Yangnyeong Market. Just walking distance je. Kalau nak beli topap ke, apa ke, kedai macam 7e tu melambak kat sini. Jangan jadi macam aku. Tak sabar nak berinternet, terbeli traveller simpack kat airport. Mahal gila dan rugi. Sobsobsob. Kat Seoul ni, tak payah susah-susah dek oi. Beli topap wifi kat 7E, pastu cari port. Everywhere ada. Susah-susah, balik je Ramada ni. Ada free wifi. Laju pun laju! Huh.

Tempat Tunggu Bas Depan Hotel

American Airliner Plane