Latest Posts

Benda yang paling aku excited nak pergi masa kat Korea adalah ...
CAT CAFE 


Inilah satu-satunya tempat yang aku 'melekat' lama. Kalau tak, biasanya.. sampai je amek gambar 15 minit untuk blog, terus blah ke tempat lain. Tapi di Cat Cafe Korea ni, 3-4 jam pun rasa berat sangat nak balik. (takde limit time kat sini).Hahaha.

Masa kat Seoul hari tu, aku pergi dua Cat Cafe, satu di Gangnam dan satu lagi di Myeongdong. Dua-dua aku nak cerita tapi hari ni kita cerita pasal Cat Cafe Gangnam dululah. Hehe.


Entah kenapa dalam banyak-banyak benda kat Korea ni, ni je yang paling aku suka. Yang lain, macam tak kena pada jiwa. Maybe aku bukan peminat KPOP atau makanan sini kot. Shopping pun macam so-so je. Serba tak kena. T_T

Berbalik pada cerita Cat Cafe Gangnam, kalau korang naik subway .. Turun di stesen Gangnam dan ambil exit no 10 , nanti ada simpang ke kiri dan lalu situ. Cat Cafe ni di bahagian atas Riahn. So, rajin-rajin jenguk atas. Kang terlepas pulak kang. 

Kengkadang ada orang berpakaian seperti kucing dan memegang sepanduk Cat Cafe di tepi jalan exit subway. Tapi diorang keje ikut shift. Kengkadang ada, kengkadang takde. Hehe.


Dah naik, dah masuk. Seterusnya korang perlu menanggalkan kasut dan memakai selipar yang disediakan. Jangan risau, kasut mahal korang tu takkan hilang. Oh ya, korang juga diwajibkan untuk cuci tangan korang dengan hand sanitizer sebelum masuk.


Masuk-masuk je, disapa pekerja Cat Cafe ni dengan penuh mesra. Weeee.. yang ni memang tak kekok untuk datang sorang. Hiks! 

Bayaran masuk Cat Cafe Korea? 
8000 won untuk seorang dan percuma satu air minuman. 
(air boleh pilih nak air apa)

Penyambut Tetamu .. Hihihi
My Drink & Peraturan Di Cat Cafe
Kenapa Dikurung? Itulah Tempat Mandi Diorang.. Haha.

Ada pelbagai jenis kucing kat sini. Yang takde bulu sampailah yang berbulu tebal. Saiz ada yang besar gila dan ada yang sederhana. Ada yang manja melampau, ada yang sombong. Haha.

And korang boleh main dengan diorang, tapi tak boleh angkat dan peluk cium. Tak boleh bagi makanan manusia dan tak boleh pukul ke tarik ekor ke, tak boleh. Kucing-kucing kat sini memang dijaga dengan betul. 


Ada satu masa korang akan tengok, kucing-kucing yang tadi tidur 'lembik', tetiba jadi cergas dan aktif. Rupa-rupanya tuan diorang ni nak bagi makan. Hahaha. Dengan serta merta kucing-kucing ni berkumpul di bahagian tengah. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman bagi diorang makan.

Yang Ni Dengan Sendiri Duduk Kat Atas Orang Ni. Haha. Comel

Jangan lupa simpan barang di locker. Memang kucing ni dah terlatih untuk kencing dan berak di toilet diorang. Tapi mereka bukan secerdik manusia. Kengkadang boleh 'terlepas' juga. Haha.


Ini tempat favourite aku. Insyallah next trip, aku akan datang ke sini lagi. Rindu si gebu, si montel, si temban dan si takde bulu. Hahaha.


Cat Cafe Gangnam
Exit no 10 (Green Line)

No Telefon :
02 3481 3123

HOLIDAY IN FRANKFURT

3 hari kat Frankfurt tak banyak benda yang boleh dibuat. Memandangkan badan pun dah letih akibat berjalan sakan kat Swiss, so kitorang decide kat Frankfurt ni jalan santai-santai je. Hehe.


Apa yang best kat Frankfurt ni adalah shopping and makan. Memang jauh beza harga makanan kat sini dengan kat Swiss. Kat Swiss tu kena fikir banyak kali sebab mahal. Hahaha. 

3 hari tu pun tak cukup sebenarnya. First day habiskan kat Wertheim Village Outlet, another day kat Frankfurt city and hari last tu masa suntuk sebelum berlepas balik ke Malaysia. Hehe.

SHOPPING IN FRANKFURT

Kalau korang staff airlines, bolehlah ke Airliner Shop berdekatan dengan airport. Kat situ Tumi, Rimowa, Samsonite dan lain-lain murah (tahap murah gile). Memang diskaun habis. Dengan syarat, tunjukkan kad kerja baru boleh beli.

Peminat Primark, kat Frankfurt pun boleh ada Primark. Hahaha. Murah!!

Wertheim Village Outlet, tak banyak barang high-end brand.

Jangan lupa singgah Zeil Fussgaengerzone.


MATAWANG GERMANY 

Semestinya euro (). Psst, jangan lupa ambil gambar kat logo Euro di bawah ni tau, berhampiran dengan European Central Bank. Wajib! Hahaha.


HALAL FOOD IN FRANKFURT

Paling aku excited sekali Restoran Tatie. Ehem, ehem. Terkejut bak hang ada restoran Tatie kat sini. Hahaha. Bertentangan dengan Frankfurt HBF pula tu. Sila-silakan datang meskipun bukan saya punya. Hahaha.

Makanan Kat Sini Not Bad.. 

Selain dari Tatie, ada satu jalan just jalan kaki je dari European Central Bank and sepanjang tu banyak gila kedai makanan halal yang boleh korang pergi (Munchener Straße). Dekat je dengan Frankfurt HBF. Kalau rajin, just jalan kaki je. Kalau malas, naik tram sudeyyyy! Haha.


PUBLIC TRANSPORT IN FRANKFURT

Kebanyakan masa kitorang naik tram je. Keluar dari Frankfurt HBF terus naik jumpa tram. But dari airport Frankfurt nak ke bandar, korang perlu naik train ke Frankfurt HBF. Tak mahal mana pun harga tiket train and tram kat sini. 


Tapi aku tengok orang kat sini macam ramai je skip beli tiket tram. Itu kena pandai-pandailah. Kalau kena tangkap, pun kena pandai-pandailah jawab ye. Aku memang tak berani nak buat macam tu. Takut kantoi! Hahaha.


And, kitorang sempat rasa naik teksi kat sini. Macam aku cakap kat entry sebelum ni. Teksi kat sini pakai Mercedes. Ala, setakat Mercedes, Audi dan BMW tu apalah sangat kat sini. Ibarat Myvi dengan Proton je. Hahaha. Trylah naik. 


TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI FRANKFURT

Tak sempatlah nak cover semua. Nak cerita pengalaman masa pergi sini masa kecik-kecik dulu pun bukan aku ingat sangat. Haha. Tapi adalah beberapa benda yang wajib korang singgah and sememangnya ada dalam list kat notebook aku, seperti :

- Muzium Stadel
- Frankfurter Romer (Romerberg)
- The Main Tower
- Adolf Wagner
- Palmergarten


______________________________________________

Aku suka Frankfurt tapi bukan penduduk dia. Macam takut sikit nak keluar malam. Haha. Tapi students Malaysia kat sini cakap keluar je and orang-orang kat sini tak kacau orang pun. Lain orang lain perasaannya kot. Tapi jujur aku takut.


Kat sini pun banyak kes pickpocket. Kenalah hati-hati kalau keluar. Dulu arwah abah kehilangan beg laptop dalam sekelip mata je. Masa nak check in hotel, letak kejap kat lantai, then berdesup hilang. Pantas diorang buat kerja. 


Tak puaslah 3 hari kat Frankfurt. I need more. Dulu pun sama juga datang kejap je. Hurm, maybe next time kena lama sikit kat Germany memandangkan Germany ni pun banyak tempat-tempat menarik especially kat bahagian countryside.


Kalau korang tanya aku, kat mana aku nak pergi sangat di Switzerland ni. Jawapannya, Mount Pilatus. Maybe because I miss my late dad so much. Dah 10 tahun dia pergi, tapi takde seinci pun rindu dalam hati ni padam. Rindu gila. T_T

 
Sebak Bila Berdiri Kat Sini .. *Nangis*
Time Summer 1997 .. Gambar Terakhir 2004 Hilang Entah Ke Mana

Camana nak pergi ke Mount Pilatus? Dari Stesen Keretapi Luzern/Lucerne korang perlu naik bas di Stop A (Luzern Bahnhof) dan ambil bas no 1 (Kriens - Obernau). Berhenti di Pilatusplatz.



Sampai di Pilatusplatz, korang kena berjalan kaki lebih kurang 5-10 minit ke cable car. Bergantung camana korang jalanlah. Kalau terhegeh-hegeh lenggang kangkung hai mak minah sayang, lambatlah sampai. Kalau jalan cepat macam robot, cepatlah sampai. Sesat? Dok eh, ada map merata-rata. Kalau tak nampak lagi aku tataulah nak cakap apa. Mohon pakai kanta besar please. Hahahahaha.


Jalan rileks-rileks je. Enjoy pemandangan kiri kanan korang. Rumah kat sini cantik-cantik. Tapi yang paling aku berkenan macam gambar kat bawah ni la. Ini rumah ke apa? Besar gila. Maybe duduk sampai cucu cicit kot. Hahaha.


Sampai juga akhirnya. Masa ni sebak gila. Tak dapat nak tahan airmata. 10 tahun lepas dah tekad, one day akan datang sini with someone special. Alhamdulillah, Tuhan tunaikan. Syukur.

Kriens Cable Car Station
Harga Tiket Mount Pilatus

Dan, mestilah kena beli tiket dulu. Korang boleh pilih nak naik cable car terus je ke or nak naik Cogweel Railway. Errr, Cogweel Railway tu aku pernah naik dulu. Seram gila. Fyi, ia dinobatkan sebagai World's Steepest Cogwheel Railway. Tak berani den nak naik. Gerun!

Note : Kalau nak naik Cogweel Railway, sila naik dari Alpnachstad.

Dua Pemandangan Berbeza.. Makin Atas Makin Salji

Kitorang pilih untuk naik cable car. Cable car ni takdelah terus sampai Mount Pilatus. Dia berhenti di dua stop, Krienseregg dan Frakmuntegg. Tapi nak pergi atas kan? So, turunlah kat Frakmuntegg.


Kat Frakmuntegg ni pun ada macam-macam. Kalau pergi time summer bolehlah naik Toboggan Run. Yang ni pun aku tercari-cari gak hari tu. Ingat nak naiklah dengan Encik H. Tapi tutup. Buka hanya waktu summer je. Isk, isk, isk..  Toboggan Run ni best gila dan wajib naik kalau korang datang sini time summer. Ingat , TIME SUMMER JE ye! Hahaha.

Pilatus Rope Park
Time Summer Bolehla Buat BBQ Kat Sini .. Haha.

Belum sampai sepenuhnya lagi. Dari Frankmuntegg naik pula Aerial Cableway ke Pilatus Kulm. Yang ni tak best sebab kena berdiri dan berhimpit macam sardin. No privacy at all. Haks!

 
Nasib Tak Seramai Kat Mount Titlis. Hewhew.
 

Mount Pilatus ni takdelah se-crowded Mount Titlis. Kalau Mount Titlis tu padat sebab ramai yang datang untuk main ski. Tapi kat Mount Pilatus ni dia ikut musim. Tapi kat atas ni ada hotel dan lain-lain lagi. Dua-dua cantik, dua-dua ada kelebihan yang tersendiri.

Entah Kenapa Aku Asyik Teringat Cerita The Grand Budapest Je. Haha.
Gigih Dia Mendaki
Macam Lukisan ... Kan?

Yang paling aku ingat sekali, gua kat bawah ni la. Masa first time sampai sini dulu, aku teringin sangat nak masuk sini. Tapi dihalang oleh babah. Katanya, gua ni tempat tinggal nenek kebayan. Aku yang naif masa tu pun percayalah. Maklumlah budak kecik mana tau pape. Haha.

Rupa-rupanya, babah malas nak temankan aku pergi situ. Yela kena turun dan ikut jalan lain untuk masuk ke gua tu. Masa tu pula kejar masa. Cisss!! Hahaha.

Gua Nenek Kebayan?? Hahaha. Babah, Babah.. :
Ada Pameran History Pasal Mount Pilatus



Banyak lagi yang menarik kat Pilatus ni. Tapi sebenarnya, lagi menarik kalau datang time summer. Macam-macam aktiviti boleh buat. Tapi make sure datang beramai-ramailah baru havoc. Datang berdua pun okay but not for solo traveller. 


See You Again In The Future Zurich

Bajet Kisah Tatie Ke Mount Pilatus

Bas - Free (guna Swiss Travel Pass)
Cable Car  & Ariel Cableway - CHF36/pax
______________________________________

CHF 72 (untuk 2 orang)


American Airliner Plane