Latest Posts

Sebut je Mount Titlis, mesti orang tau especially peminat sukan ski. Lagi satu sebab Mount Titlis ni lah satu-satunya yang snow sepanjang tahun. Tapi kunjungan kami ke sini memang menyedihkan. Apatah lagi buat kesilapan beberapa kali. Tak pasal-pasal rugi duit. Sedih wei .. sedih!! T_T

Mount Titlis

Dari Zurich, kami ambil train ke Luzern. Then dari Luzern, tukar ke Engelberg. Perjalanan lebih kurang 38 minit sambil dihidangkan dengan pemandangan cantik sepanjang perjalanan.


Sampai je stesen Engelberg, terus tak sabar beli tiket naik atas. Ini kesalahan pertama dan sangat merugikan. Melainkan kalau korang taknak main ski, then okay beli kat situ. Tapi aku suggest, beli kat kaunter di pintu masuk Mount Titlis terus. Boleh tanya dengan lebih jelas.


Kenapa rugi? Sebab kami terpaksa beli tiket lagi satu. Patutnya, naik sampai atas dulu, then baru main ski. Ini tak, dengan peralatan ski, terus mendadak main. Dah penat main ski, takkan nak usung naik kan? Fyi, kitorang dibenarkan main ski di bahagian beginner. 

Kalau mat salleh, memang diorang angkut sekali ke puncak. Tapi bukan kami. Berat gila woi. Kasut satu hal, papan tu satu hal. Tak koser aku nak angkut. Tiket pula boleh digunakan sekali je. So, terpaksalah redha dan beli yang baru. Sobss!!

Dah sampai bawah, baru orang tu kata sebenarnya ada tiket ke Engelberg ke Trubsee cost CHF30/pax/return. Patut kalau nak main ski beli tiket tu dulu boleh jimat CHF 59. Lagi stress jika dikenang. Arghhh!! T_T

Tapi taknak sedih aku just return papan n kasut. Jaket still sewa. Hahaha. 

Tiket Ke Atas

Harga Tiket ke Mount Titlis

89x4 = CHF 356 .. Pasrah!! T_T
Sewa Peralatan Ski Di Mount Titlis

Sewa peralatan ski kat sini pun mahal. Segalanyalah mahal. Tapi nak buat camana. Aku pun first time main ski. Rasa excited tu melampau-lampau. Hahahaha.

 

Dari bawah naik cable car terus ke Trubsee. Kat Trubsee tu ada snow park and macam-macam. Permainan untuk bebudak pun ada. So, kitorang main ski kat situ. Haa, nak tau kesilapan ketiga tak? Kesilapan ketiga main ski tanpa ada cikgu or instructor. Hahaha. 

 
Pemandangan Dari Cable Car


Nampak je mudah. Tolak-tolak batang besi tu macam tu je. Tapi susah nak mati. Hahaha. Kitorang main kejap je. Lepas tu give up. Encik H mengadu sakit kaki. Rupa-rupanya orang tu tersalah bagi saiz kasut. Tips untuk korang, kalau nak sewa kasut ski tu, sila pilih besar sikit. Then try lompat-lompat ikut keselesaan. Kalau tak macam ni la akibatnya. Sakit dan tak enjoy.

 Kesian, Dah Injured .. Tak Sampai 15 Minit Main Ski
 
Serik Dah Nak Main.. Lepas Ni Kena Masuk Kelas Dulu Baru Start Main Ski
Candid by Encik H .. Hehehe
 
Nak Angkat Benda Ni.. Berat Hoi .. 
 
Titlis Rotair Gondola

Disebabkan kitorang miss ice flyer di bahagian ski kat bawah, maka belilah tiket khas untuk ice flyer chair lift di kat atas Titlis ni.

 

Aku lupa nak cerita pasal kasut. Haa, ni pun antara kesilapan jugak. Nak ke Titlis pakailah kasut yang betul. No Converse, no diva-boot! Hahaha. Lepas pulangkan boot ski, barulah aku perasan, kasut kitorang tak sesuai. Hahaha. Nasib ada tempat sewa kasut kat atas ni. (dekat bahagian area amek gambar pakaian rasmi Switzerland). Hehe.

Cantikkan Pemandangan Belakang Tu?
 Titlis Cave
 Titlis Cliff Walk
Burung Betul Tau.. Jinak!
Sewa Kasut & Ambil Gambar Kostum Switzerland Di Sini
Souvenir Shop
Nikmat Makan Brahim Cicah Roti Kat Puncak Titlis. Hahaha

Tapi yang tak bestnya kalau naik Titlis Rotair ni macam sardin. Padat sepadat-padatnya. Nasib musim sejuk. Takdela bau-bau yang tak diingini. Hahaha.


Masa nak balik baru nampak tasik kecik ni.. Ala, tak sempat singgah. :(


Bajet Kisah Tatie Ke Mount Titlis :
CHF 356 = RM1380 (tiket masuk untuk 2 orang x 2kali)
CHF 174.25 = RM675 (rental baju, kasut, papan untuk 2 orang)
CHF 24 = RM93 (chairlift ice flyer untuk 2 orang)
CHF 4 =  RM15(1 locker)
CHF20 = RM80 (shoes rental at Titlis untuk 2 orang)
________________________________________
RM 2243

( Lesson Learned! )

Entri percutian ke Switzerland tak habis lagi oit! Banyak lagi nak dikongsi. Hehehe. Tapi hari ni kita masuk bab transport pula. Switzerland memang segalanya mahal. Makan, minum, souvenir, penginapan sampailah pengangkutan. Air Evian tu pun aku rasa kat Jepun jauh lagi murah walaupun air dia diambil dari Lac Leman. Hish! T_T

Nak tak nak, terpaksa juga beli Swiss Travel Pass. Harga? Boleh kenyang makan sedap-sedap kat hotel 5 bintang di Kulumpo selama seminggu atau lebih. Hahaha. Walaupun mahal, aku rasa berbaloi untuk korang yang merancang nak ke sana. Tak payah nak pening kepala.


Swiss Travel Pass ni ikut hari. 3 hari, 4 hari, 8 hari dan sebagainya. Minimum 3 hari lah untuk CHF 336 bersamaan RM1311 (seorang) dan korang boleh naik keretapi, bas, bot, keretapi pemandangan dan sebagainya yang berkuatkuasa di bawah Swiss Travel System Network.

Bukan tu je, pass ni korang boleh masuk ke 480 muzium dan exhibitions yang ada kat Swiss ni. Bagi aku 3 hari tu tak cukup. Terlalu pendek! 

Mana taknya, dengan pass ni korang boleh pusing ke serata Switzerland. 

Harga Swiss Travel Pass
Jangan Lupa Print & Bawa Passport Setiap Kali Keluar .. Diorang Check.

Last minute plan, tak de buat research satu pun. Sebahagian ada dalam memori, nak pergi beberapa tempat kenangan terakhir bersama arwah abah. Tempat lain semua kitorang main redah je dengan pass ni. Malam cakap nak pergi tempat ni, besok sampai Zurich HBF pergi tempat lain pulak. Tak menentu. Hahaha. 

Memang rushinglah nak kejar masa. Tapi kitorang amek 4 hari pass dan hari selebihnya spend kat sekitar Zurich je. Cuma satu kesilapan kitorang - stay kat Zurich selama kat Swiss ni. I think wasting time dari Zurich nak ke bandar lain.

Bukan dekat mana pun. Cara terbaik korang stay dari bandar ke bandar. Contoh malam ni stay kat Zurich, besok stay kat Bern, lusa stay Geneva dan sebagainya. Takde membazir masa yang lama kat keretapi. Lainlah kalau korang spend 1 minggu lebih kat sini. Tu takde hal lah.

Swiss Travel System Map

Walaupun 4 hari amek travel pass, tak semua tempat kitorang sempat pergi. Muzium? Jangan cakaplah. Memang tak jejak kaki langsung. Nak kejar masa yang sangat terhad. Tapi terkilan tak sempat nak bawa Encik H naik bot. Sobsob. 

Masa banyak dihabiskan kat dalam train even bangun pagi jam 6, keluar .. Masa suntuk kat satu tempat pun masih tak boleh cover satu Swiss. Tak sempat pergi St Gallen, Lugano, Basel, Chamonix & St Moritz. Arghhh, stress!!! T_T

 Golden Pass Panoramic Wajib Naik .. Untuk Ke Bahagian Atas Alps
 Dalam Bas
 Tram
 Dalam Train 
 Sampai Tertidur ... Hahaha
Jangan Sesekali Beli Air Dalam Train. Kopi Kecik Camni CHF4 .. T_T

View sepanjang perjalanan memang superb!! Subhanallah, cantik sangat pemandangan kat sini. Rasa macam nak terjun dari tingkap je. Haha. Next trip, nak sewa motorhome lah. Geram sangat!! 


Swiss Travel Pass boleh dibeli kat sini :


American Airliner Plane