Latest Posts

Pengalaman Menginap di Bagasta Hotel Kampung Baru

Walaupun sejauh mana aku pergi, perasaannya masih tak sama bila menginap di hotel yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. But to be honest, aku lagi excited dan teruja nak check-in hotel menghadap KLCC. Sumpah tak tipu.

Cahaya lampu KLCC tu seolah-olah memberi senyuman kat aku. I love that feeling. Bangun pagi, selak langsir, hadap KLCC. Wow!! Korang kena jadi tourist di negara sendiri barulah rasa perasaan yang bahagia ni. Kalau stay kat rumah atau opis kat KL, takkan timbul perasaan ni.

Tapi kebanyakan hotel-hotel kat tengah-tengah bandar Kuala Lumpur ni sangat mahal. Nak stay dua tiga malam, mau demam tengok bil. Ishhhhh!!

Panorama Menyejukkan Mata

Well, ada satu hotel ni memang strategik gila lokasinya. Nak makan pun senang. Just turun bawah je. Harga? Ini paling best sebab affordable aka murah yang amat. 

BAGASTA BOUTIQUE HOTEL

Ni kali kedua aku ke sini. Owner dia Melayu dan sangat friendly. Apa yang best, hotel ni ada rooftop. Kat rooftop tu la korang boleh lepak. Sarapan pagi or nak buat party ke and lain-lain pun boleh. View dia memang meletup! Boleh nampak KLCC dan KL Tower.

Bawah hotel ni adalah HR Steak House Kampung Baru
Lorong ke Bagasta

Tapi aku rasa, Ramadan nanti mesti lagi best. Sebab hotel ni hanya 5 minit jalan kaki je ke Masjid Jamek Kampung Baru. Bubur lambuk, bubur lambuk ... Hihihi

Tagline Bagasta "A Modern 'Kampung' Experience in Kuala Lumpur"

Penat mendaki tangga, akhirnya sampai juga ke lobi. Hotel ni takde lift atau elevator oit. Nak tak nak kenalah daki tangga tu. Tapi takdelah tinggi mana. Exercise sikit!


Konsep hotel ni modern kampung dan jauh beza dengan hotel-hotel lain yang aku pernah pegi. Something yang relax dan chill. Kalau korang nak buat sewa tempat rooftop tu untuk event, bolehlah menginap kat sini. Nak senang ambil je 9-10 bilik dan ruang tu boleh digunakan secara percuma.

Bahagian Rooftop 
Lobi Hotel
Setiap Tingkat Ada Telefon & Dalam Bilik Takde Telefon
Naik Tangga Lagi
Ada Surau Lelaki & Wanita
 
Bilik Aku Di Hujung Sekali ..
Tak Sabar Nak Masuk . Hahaha
 

Bilik kat Bagasta ni tak sama dekorasinya. Lain bilik lain dekorasinya but still tak lari dari konsep 'Modern Kampung'. Untuk datang dengan kawan atau maybe nak bajet okaylah. Aku recommend tapi untuk honeymoon, NO!



Bilik ni ada free wifi, aircond, pemanas air, tuala, sabun mandi, almari kecil, air panas, set kopi/teh, mineral water dan tv. Saiz katil sangat comel. Untuk 2 orang yang bersaiz besar tak okay. Kena amek bilik lain yang lagi besar. Haha.

Orang Kuat Bagasta KL
Pemandangan Matahari Terbit
 Breakfast Time
 Hihihihi. Sapelah Yang Gelojoh Sangat Tu?

Murah je uolsss nak stay sini. List price by Agoda untuk tarikh 12-16 May.


Cepatlah book. Alah, sesekali feeling pelancong di negara sendiri.. seronok tau!!
Have fun!

Pengalaman Menginap di Bagasta Hotel Kampung Baru

Hadirnya untuk disayangi, bukan disakiti ...

Dia .. Isteri Luar Biasa karya Umie Nadzimah terbitan Penulisan Enterprise. Tetiba je aku jadi kaki novel. Semua terpengaruh dengan cerita Melayu kat kaca tv. Novel ni aku beli sekali dengan novel Isteri Separuh Masa. Hehehe.

Novel ni bakal menjadi famous bila cerita ni didramakan nanti. Dengar cerita pelakon-pelakonnya pun hebat-hebat seperti Fatiya Latiff, Keith Foo, Uqasha Senrose dan lain-lain lagi. Memang meletuplah bila abam sado berlakon nanti. Hahaha.


Sinopsis Dia Isteri Luar Biasa

SINGLE is simple, double is trouble ....

Itu moto hidup dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan!

Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesis angkat-angkat ya, yang asli dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy.. Mesti ada jalanlah ...

Dewi seius! Walau dengan apa cara pun, Dewi tetap ingin punya anak dari darah dagingnya. Anak yang akan mewarisi syarika pernigaan Cik NAB a.k.a Nasi Ayam Bonda.

"Aku akan kahwin! Syaratnya aku nak kahwin sampai mengandung aje ya, lepas tu aku chaw. No husband anymore. Sebelum aku sakit hati ditinggalkan, lebih baik aku blah dahulu" - Dewi.

Maka bermulalah usaha Dewi untuk mendapatkan 'Suami Sementara' dari lelaki baik-baik, gen terhebat, genius dan stok sembahyang atas kapal terbang.

"Saya Amzar .. errr .. Raden Amzer yang duduk sebelah you dalam flight dari Heathrow hari tu.." Raden Amzar.

Bagai nak tercabut jantung Dewi dengar. Lelaki edisi terhad tu hubungi dia? Macam tak percaya pun ada. Ingatkan lelaki tu akan terus hilang. Tuhan berikan Dewi peluang ke ni?

Berjayakah rancangan Dewi Yusra untuk memerangkap Dr Raden Amzar, lelaki terpilih sebagai 'Suami Sementara' untuk seorang zuriat? Bagaimana pula rancangan Kamarul yang terlalu menyintainya?

Dia .. Isteri Luar Biasa

Kesudahan novel Dia Isteri Luar Biasa ...

- Dewi berjanji mahu jadi isteri mithali kepada suaminya Raden Amzar. 
- Kes menfitnah Cik NAB, Eda direman pihak polis kemudian dilepaskan.
 - Dr Kamarul dan Dr Akmawati kahwin.
- Raden beli banglo baru dinamakan dengan nama Dewi Yusra.

dan selebihnya kenalah beli novel ni kat kedai buku berhampiran korang.  

Harga Novel Dia .. Isteri Luar Biasa :
Semenanjung Malaysia RM24
Sabah/Sarawak RM27

"Itinerary Macau please .... "

Lepas je aku buat entri pasal Macau, ramai yang email minta itinerary. Huh. Itinerary kitorang simple je. Al-maklum je lah, ikut famtrip ni segalanya disediakan oleh penganjur. Aku follow je apa yang dirancang. Maybe korang boleh ubah sikit-sikit itinerary ni ikut suka. Hehehe.

Macau best. Sebab kat sini masih dikekalkan lagi peninggalan zaman dulu kala. Something yang unik dan historic. And, paling penting, silalah pakai kasut yang sesuai untuk berjalan kat Macau ni. Hehehe. Kalau ada lebih masa, bolehlah ke Hong Kong balik hari. Weeee ;)


ITINERARY KE MACAU


30 APRIL
2.10 pm  
Berlepas dari KLIA 2 (AK186)
6.00 pm 
Sampai di Macau International Airport
Check In di Harbour View Hotel
7.30 pm 
Dinner di Taste of India, Fisherman's Wharf

31 APRIL
8.00 am 
Breakfast di hotel
9.30 am 
Pick up di hotel
10.00 am 
"Footsteps into the Historic Centre". Bermula dari :
Avenida da Praia Grande - Leal Senado Building - Senado Square - General Post Office Building - St Dominic's Church - Sam Kai Vui Kun (Kuan Tai Temple) - Heritage Exhibition of a Traditional Pawnshop Business - Tung Sin Tong Historical Archive Exhibition Hall - Carpentry Guildhall - Rua de Camilo Pessanha - Happiness Street (Rua da Felicidade) - Cheng Peng Theatre - Rua da Caldeira - Inner Harbour - Opium House - Praca de Ponte e Horta
12.30pm 
 Lunch at Escada Portuguese Restaurant  (pork free restaurant)
2.00 pm
Free time at Senado Square (beli souvenir kat Ruins of St Paul)
4.00 pm
Spend time di Venetian & naik gondola
5.30 pm
Dinner di Golden Peacock  Indian Restaurant, Venetian (Halal)
10.00 pm 
Balik ke hotel

Pengemudi Gondola di Venetian Macau

1 APRIL
8.00 am 
Breakfast di hotel
9.30 am 
Pickup di hotel
10.00 am
"Bygone Days of Taipa Village" walking tour. Bermula dari :
I Leng Temple in Taipa - Kun Iam Temple in Taipa - Museum of Taipa and Coloane History - Tin Hau Temple in Taipa - Pak Tai Temple in Taipa - Rua do Cunha - Carmo Hall - Our Lady of Carmo Church - The Taipa Houses Museum.
12.00 pm
Makan tengahari di Grand Coloane Resort (Halal)
3.00 pm
Spend time di Sands Cotai Central 
5.00 pm 
Visit Grand Prix dan Muzium Wine
6.00 pm 
Visit Indoor and Outdoor Observation Decks di Macau Tower
10 pm 
Balik Hotel

2 APRIL
8.00 am
Breakfast di hotel
09.30 
Check out dan tinggalkan barang di hotel
10.15 am 
Free time untuk explore Macau dengan Open Top Bus 
4.30 pm
Kembali ke hotel, ambil luggage dan terus ke hotel
6.30 pm
Depart ke Kuala Lumpur (AK187)

Langkawi, Langkawi, Langkawi ... Alang-alang Airasia tengah buat sale RM1 ni, apa salahnya jika kita kembali kejap ke cerita pasal Langkawi. Pssst, dengar cerita ada yang dapat tiket flight return ke Langkawi dengan harga serendah RM25. Omg, seriously?  

Salah satu tarikan kat pulau lagenda ni adalah Oriental Village. Wajib pergi uolssss!!! Yang dah pergi Langkawi pun mesti tak jemu-jemu datang ke sini. Kan? Kan? Ngaku jelah. =P

Oriental Village Langkawi

Kat Oriental Village Langkawi ni, korang kena spend time at least 4-5 hours or more than that. Sebab banyak sangat benda yang best-best. Shopping, makan and etc, etc yang sesuai untuk kanak-kanak, remaja, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan warga emas.

Aku listkan beberapa tarikan di sini. Weeeee....

1) Langkawi Cable Car


2) Offroad ATV, Revo, Motor-Cross & Etc


3) Kafe & Gerai Makanan


4) BC Power Boat


5) Fish Feeding & Flying Fox


6) Kedai-Kedai Pakaian & Etc


7) 6D Cinemotion


8) Langkawi 3D Art In Paradise


9) Penginapan di Oriental Village Langkawi
 (Geopark Hotel Oriental Village)


10) Keindahan Landscape Dan Lain-lain


10 je?? Cukuplah. Nak tahu lebih, pergilah sendiri. Hehehe.

Disebabkan trip ke Germany-Swiss baru-baru ni so called 'last minute plan', kitorang terpaksa berjimat cermat dari pelbagai sudut termasuklah kos perjalanan dari Frankfurt-Zurich-Frankfurt. Agak sakit hati juga tengok perbezaan harga bas, keretapi dan flight. Lol!

Lebih-lebih lagi time pergi tu tengah easter holiday, lagilah segalanya cekik darah. Hotel, flight, makan, shopping .. etc, etc. Perbezaan harga yang sangat ketara. Uwaaaaa...*Nangis*.

Yang masih boleh dipertimbangkan dari segi harga time tu :

Lufthansa Airlines :
200/ dua orang (return)

Keretapi :
64/seorang (sehala)

Bas :
18/seorang (sehala)

Entah kenapa low-cost Ryan Air, Easyjet dan Germanwings tak membantu sangat time tu. Pffftt!!! Harga tak masuk akal langsung.


Meinfernbus

Malas nak serabutkan kepala, kitorang beli je tiket bas Meinfernbus. Lebih-lebih lagi harga tiket bas Meinfernbus je yang murah time tu jika dibandingkan dengan lain-lain. Setakat 5-6 jam perjalanan pejam celik dah sampai. Jangan tanya kenapa tak naik Eurolines semua tu. Sebab semuanya MAHAL. Arghhhhhhhhhhhhhhh!! :(


Isk, Laki Sapelah Ni??
First Time Naik Meinfernbus. Hahaha.

Takdelah teruk sangat pun Meinfernbus ni. Ada meja kecil kat kerusi, free wifi, tv, toilet dan siap jual kopi dan snack lagi. Selesa sangat. Cuma masa balik dari Zurich, tak dapat connect to Internet. Entah nape tah. Memang mati kutu jap. Hahaha.


Menu Di Bas

Free Wifi Internet

Sepanjang perjalanan berhenti di dua perhentian. Perhentian pertama tu agak lama sikit kat Freiburg ZOB. Lebih kurang 30 minit macam tu. Sempatlah kalau korang nak berlari kejap amek gambar kat jambatan femes kat sini.

Stop Kejap di Freiburg ZOB
Jangan Lupa Print Segala Yang Perlu
Gunting dan Tampalkan Pada Luggage (Bawalah Stapler or Gam)
Take Care Luggage 

Selain ada free wifi, bas ni juga ada plug yang terletak kat bahagian atas aka tempat letak beg kat atas kepala. So, korang kenala bawa tali atau extension yang panjang sebab kebanyakan charger handphone pendek-pendek. Hahaha. Bawa sekali international plug adapter.  :)

Meja Kecil
Toilet 

Bas ni 3 kali lagi selesa dari bas kat Malaysia. Dari segi kebersihan dan kemudahan yang ada pada bas. Tak payah risau sangat. Dalam bas, tidur jela. Bangun-bangun dah sampai. Hehehe.


Nahhh, kot-kot korang nak booking. Terus ke laman web diorang :

American Airliner Plane