Latest Posts

Trip baru-baru ni memang sebak. Sesekali airmata tumpah mengalir di pipi. Tak mampu menahan diri dari terus menangis mengingatinya. Rindunya ya Allah. Siapa sangkakan, pergi holiday, bergelak ketawa, makan sama-sama .. Sekali balik, orang tersayang jatuh sakit dan beberapa minggu selepas tu meninggal dunia. Memang meninggalkan kesan mendalam betul.

Itulah yang aku alami. Kesannya sampai sekarang. Sedih dan pedih.

Last trip dengan ayahanda, aku nekad. One day aku akan datang lagi. Dengan teman hidup. I will repeat the moment meskipun feelingnya berlainan sama sekali. Alhamdulillah, wish menjadi kenyataan. Syukur!

BEFORE AND AFTER

Manhattan Hotel : Frankfurt, Germany
Pilatus Hotel : Lucerne Switzerland

(pssst, gambar kat atas ni tahun 1997, gambar terakhir dengan dia sikit je)

10 tahun lepas, sumpah aku menyesal. Kalaulah aku tahu itulah trip terakhir dengannya, akan ku habiskan kodak kamera dengan ambil gambar dia je. Aku tak sangka, dia demam dan penat kat bilik tu antara tanda-tanda dia akan pergi buat selamanya. Balik-balik dia jatuh sakit, kanser stage 4. Ingatkan demam biasa je. Sobsob.

Sempena 10 tahun pemergiannya, aku kembali ke tempat favourite dia, Switzerland. Merakam kenangan di tempat yang sama.

Abah, I miss you so much. Rindu abah. T_T

Kenangan di Zurich Semasa Trip Terakhir   December 2004 dengannya. Dalam gambar bersama mak tiri disnap oleh arwah abah.

Actually plan awal nak ke Amerika, tapi bila terdengar ura-ura mengatakan Malaysia Airlines bakal menamatkan laluan ke Frankfurt, terus cepat-cepat decide untuk ke Frankfurt. Hehehe. Dah lama gila tak pergi sini. Tu timbul idea nak buat 'Trip Memperingati 10 Tahun Pemergian Ayahanda' sebab last ke sini dengan dia dulu. T_T

Tak sampai seminggu balik Malaysia, keluar news 'Laluan Malaysia Airlines Ke Frankfurt Bakal Ditutup Pada Mei Nanti'. Fuh, nasib sempat! Hahaha.

Apa yang best kat Frankfurt ni? Kitorang tak sempat nak discover semua. Sebab kitorang kat sini hanya 3 hari 2 malam je. First day sampai lewat petang, hari kedua banyaklah masa tapi terspend kat outlet dan hari ketiga pula da kena pulang ke Malaysia. Rasa menyesal pula tak extend lama sikit. Sobsob. Tapi paling lama spend masa kat Wertheim Village Outlet Frankfurt. 


Memula pepagi tu macam nak berjalan-jalan di bandar Frankfurt. Tapi entah camana terbeli tiket bas untuk ke Wertheim Village Outlet. Menyesal juga wei. Kat sini takdelah semegah macam Bicester Village. Lagi boring dari Ashford Designer Outlet kat UK. Tak banyak barang barang best.

6 jam berada kat sini rasa macam wasting time pulak. Hahaha.

Wertheim Village Outlet
Wertheim Village Shopping Village

Al-kisah camana terbeli tiket bas tu. Mula-mula nak ke Frankfurt Main Hauptbahnhof, sekali ternampak bas ni kat tepi. Tak sempat nak cakap no, Encik H dah beli tiket dulu. Aiseyman, terus kelu lidah nak cakap. Hahaha. Ikut jelah, lagipun tak pernah pergi outlet ni lagi.


Jauh gila perjalanan dari bandar Frankfurt ke Outlet ni. Lebih kurang 2 jam gitu. Ingatkan dekat. Hahaha. Tambah lagi penyesalan dalam hati. Nasiblah dalam bas ada free wifi, Yeay!

Dah Sampai ... !!

Wertheim Village Outlet ni antara premium outlet di bawah kelolaan Chic Outlet Shopping Europe. Kalau tak silap dulu, Enrich Malaysia Airlines pernah hantar email, shopping kat Chic Outlet ni dapat reward. Aku tak pasti masih wujud ke tak reward ni sebab aku takde kad Enrich. Haha.

Setiap outlet di bawah Chic Outlet Shopping ni memang lain benar feelingnya. Jenama-jenama yang ada pun tak sama kat every outlet. Korang kena check dulu kat website dia sebelum pergi. Jangan jadi macam aku ok!


Antara jenama ada kat sini seperti Ralph Lauren, Bally, Tumi, Escada, Versace, True Religion, 7 For All Mankind, Tommy Hilfilger, Swarovski, Coach, Longchamp, Samsonite, Pandora, Michael Kors, Furla, L'occitane, Hugo Boss, Fred Perry, Aigner dan lain-lain.

Ada juga jenama high street macam Nike, Bench, Converse, Birkenstock, Fossil, Guess, Lacoste, Levi's, Puma, Superdry dan lain-lain.

Tapi aku rasa macam murahlah barang-barang kat sini. Hurm!!

Hah, Penat!!

Kalau korang tak tau nak buat apa kat Frankfurt, bolehlah pergi sini. Otherwise, boleh je skip outlet ni. Shopping kat bandar pun okay juga. Ada Primark segala bagai tu. Jangan lupa claim VAT. 

Dari 10, aku bagi 5 bintang kat outlet ni. Kurang menggembirakan! Hahaha.

Hey, hey, hey .... Hari ni kita cakap pasal makanla. Actually banyak benda aku nak story pasal Macau ni. Entah bilalah nak masuk part percutian ke Germany and Swiss tah. Hahaha. Tetiba time-time ni, tekak dambakan Portuguese Egg Tart Macau yang sedap gile tu. Halamak!!!

Sumpah!! Egg tart kat Macau sedap gila. Masa sebelum pergi adalah aku dengar bisik-bisik orang pasal Portuguese Egg Tart Macau ni. Tapi masa tu macam endah tak endah je. Biasanya aku makan blueberry cheese tart je. Yang lain-lain usually macam so-so. 

Egg Tart by Sheraton Cotai Macau

Lebih-lebih lagi egg tart. Dulu pernahlah try masa KFC buat promo. Pastu macam blergh. Tapi sedap sangat ke PORTUGUESE EGG TART MACAU ni?? Hewhewhew.

Belum cuba, belum tau. Dah cuba, hamek kau!! Ketagih. Hahaha.

Tu Dia, Tu Dia ... Pengemudi Gondola The Venetian Pun Teruja Nak Makan

Sedap gila. Berbeza dengan apa yang pernah aku makan sebelum ni. Very rangup dan lazat. No wonder ni tersenarai dalam list 'Must Eat In Macau'. Memang sedap gilalah. Hahaha. Bahan-bahan nak buat egg tart pun simple je. Butter, tepung, telur, gula, susu dan air. Very simple.

Egg Tart Macau

Urmmm, Sedapnya!!

So, kalau ke Macau .. silalah tapau Portuguese Egg Tart ni banyak-banyak. Sebab takkan rugi. Sedap sangat. I don't know kat Malaysia ada jual ke tak egg tart sesedap macam ni. Yang pasti, jika datang Macau, silalah cuba. :)

Nak tips percutian ke Macau?? Naah!!!

Pergi Macau jangan lupa makan Egg Tarts
Pergi Macau jangan lupa makan Serradura
Pergi Macau jangan lupa Kisah Tatie 

Dah, dah, jangan berangan!! Pergi take note segala tips kat bawah ni
Hahahahaha .. Have fun!


DOKUMEN PERJALANAN
Tidak perlu visa untuk ke Macau
Takde cop passport. Jangan harap!! Diorang bagi kertas same like HK
Tak perlu isi arrival card ke apa ke, terus je pergi Immigration diorang

MATAWANG
Hong Kong Dollar (HK$)
Macanese Pataca
*tukar duit HK$ lagi senang. nanti nak tukar balik ringgit lagi laku*

BAHASA
Official langugage diorang adalah Kantonis. Tapi ada juga dipengaruhi dengan bahasa Portugis. Nama-nama jalan masih dikekalkan dalam bahasa Portugis.

MAKANAN HALAL
Terdapat beberapa restoran makanan halal di Macau seperti Taste of India, The Golden Peacock Macau dan lain-lain lagi. Namun, status-status halal di Macau ini disahkan oleh The Incorporated Trustees Of The Islamic Community Fund of Hong Kong.

PENGANGKUTAN
Teksi dan Bas. Akan datang, light rail.

SUHU
Beriklim subtropika lembap dan dipengaruhi dengan monsun. Perbezaan yang sangat ketara masa musim sejuk dan musim panas. Aku difahamkan kalau musim panas, suhunya boleh jadi lebih tinggi dari Malaysia (bulan Julai macam tu). Phewwww!!! Manakala bulan Januari dikatakan bulan paling sejuk. Awww~

SPECIALTY DI MACAU 
Egg Tart. Sila cuba uolsss!!! Sedap gile.

TIPS TAMBAHAN
- Kat Macau ni lebih senang berjalan. Silalah pakai kasut yang sesuai.
- Sejujurnya aku rasa selamat bila jalan kat Macau ni
- Setiap hotel mempunyai tarikan yang tersendiri
- Tarikan kat hotel itulah antara tarikan di Macau
- Hati-hati bila makan ye! Ingat-mengingatkan je
- Nak beli souvenir, kat gerai-gerai Ruins of St Paul lagi murah
- Almond cookies, egg tarts, peanut candies, redbean soft cake, phoenix rolls with seaweed antara souvenir yg korang boleh beli untuk dibawa balik. tapi tak semuanya boleh makan.


Seperti yang aku sarankan sebelum ni, for first timer kot-kot teragak nak pergi jalan mana atau buntu bolehlah try naik bas pelancongan atau kalau kat Malaysia, diorang panggil Hop-In Hop-Off. Tetapi di Macau ia lebih dikenali sebagai Open Top Bus Macau. Kebanyakan negara yang aku pergi, memang ada bas ni.

Bas ni lebih senang untuk bergerak sepanjang mengembara di negara orang. Kerana dia berhenti di beberapa top spot dan kemudian korang boleh turun naik berulang kali sampai lebam! Hahaha.

Open Top Bus Macau

Macau terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Taipa Island dan lain-lain . Tapi untuk pergi satu tempat ke satu tempat macam agak susah sikit sebab kat sini bergantung pada teksi dan bas. In future. Insyallah ada light rail. =)

Weeeee, Tak Sabar Nak Naik

Yeay, I'm The First Timer

Harga Tiket Open Top Bus Macau
HK$ 150 (adult) HK$ 100 (kanak-kanak)

Waktu Operasi :
9.30am - 4.15 pm

Harga tiket Open Top Bus Macau adalah HK$ 150, kalau convert lebih kurang RM70.34 macam tu. Berbaloi lah bayar mahal-mahal sebab kalau nak pergi gitu-gitu je rasanya boleh sesat. Satu hal pulak, orang kat sini tak semuanya fasih berbahasa Inggeris. Jadi kalau naik bas ni macam memudahkan pergerakan korang.


Perjalanan kami bermula di tempat letak bas bertentangan dengan Terminal Maritimo De Passageiros Do Porto Exterior. Arghh, susah betul nak sebut kan? Sonang cito, depan Terminal Feri ni ha. Oh ya, kalau korang dari Hong Kong dengan feri, inilah terminal dia. Hehehe.

Jom Kita Naik

Tempat duduk penumpang Open Top Bus Macau ni semuanya kat atas berbeza dengan bas Hop-In Hop-Off Malaysia. Mujur masa aku pergi tu, cuaca masih sejuk lagi. Hahaha.

Ia berhenti di beberapa 15 perhentian seperti :
- Macau Fisherman's Wharf
- Macau Science Centre
-Kun Iam Statue
Lisboa
- New Yaohan
- Macau Tower,
- A-Ma Temple
- Sofitel Macau at Ponte
- Best Western Hotel Taipa
- Rua Do Cunha
- City of Dreams
- Sands Cotai Central
- The Venetian Macao
- Galaxy Macau

Fisherman's Wharf
Macau Science Centre
Kun Iam Statue
Salah Satu Hotel Di Macau, Whynn Hotel
Macau Tower,
Merentasi Jambatan Famous 


And Gambar Ni Pula Dari Braun Master Khai 
Singgah di Kedai Souvenir Macau
A-Ma Temple
Versi Macau .. Hehehe
Beca Di Macau
Sofitel Macau at Ponte (Berdekatan Dengan Ruins of St Paul)

Jalan-Jalan Ambil Angin Macau.. Layan!!!

Cuba Teka Ni Kat Mana?? Hehehe
Tempat Wajib Singgah : Hard Rock Hotel/Hard Rock Cafe

Setiap Hotel Mesti Ada Mall .. Gempak Kan??
Rialto Bridge Versi Macau Di The Venetian
Galaxy Macau

And yes, hari tu kitorang tersangatlah rushing. Tak sempat nak turun di semua perhentian.  Lepas habis tour, kena bergegas ke airport. Flight pulang hari yang sama. But, its okay. Ada rezeki, Insyallah datang lagi. Hehehe. 



American Airliner Plane