Latest Posts

Seperti yang aku sarankan sebelum ni, for first timer kot-kot teragak nak pergi jalan mana atau buntu bolehlah try naik bas pelancongan atau kalau kat Malaysia, diorang panggil Hop-In Hop-Off. Tetapi di Macau ia lebih dikenali sebagai Open Top Bus Macau. Kebanyakan negara yang aku pergi, memang ada bas ni.

Bas ni lebih senang untuk bergerak sepanjang mengembara di negara orang. Kerana dia berhenti di beberapa top spot dan kemudian korang boleh turun naik berulang kali sampai lebam! Hahaha.

Open Top Bus Macau

Macau terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Taipa Island dan lain-lain . Tapi untuk pergi satu tempat ke satu tempat macam agak susah sikit sebab kat sini bergantung pada teksi dan bas. In future. Insyallah ada light rail. =)

Weeeee, Tak Sabar Nak Naik

Yeay, I'm The First Timer

Harga Tiket Open Top Bus Macau
HK$ 150 (adult) HK$ 100 (kanak-kanak)

Waktu Operasi :
9.30am - 4.15 pm

Harga tiket Open Top Bus Macau adalah HK$ 150, kalau convert lebih kurang RM70.34 macam tu. Berbaloi lah bayar mahal-mahal sebab kalau nak pergi gitu-gitu je rasanya boleh sesat. Satu hal pulak, orang kat sini tak semuanya fasih berbahasa Inggeris. Jadi kalau naik bas ni macam memudahkan pergerakan korang.


Perjalanan kami bermula di tempat letak bas bertentangan dengan Terminal Maritimo De Passageiros Do Porto Exterior. Arghh, susah betul nak sebut kan? Sonang cito, depan Terminal Feri ni ha. Oh ya, kalau korang dari Hong Kong dengan feri, inilah terminal dia. Hehehe.

Jom Kita Naik

Tempat duduk penumpang Open Top Bus Macau ni semuanya kat atas berbeza dengan bas Hop-In Hop-Off Malaysia. Mujur masa aku pergi tu, cuaca masih sejuk lagi. Hahaha.

Ia berhenti di beberapa 15 perhentian seperti :
- Macau Fisherman's Wharf
- Macau Science Centre
-Kun Iam Statue
Lisboa
- New Yaohan
- Macau Tower,
- A-Ma Temple
- Sofitel Macau at Ponte
- Best Western Hotel Taipa
- Rua Do Cunha
- City of Dreams
- Sands Cotai Central
- The Venetian Macao
- Galaxy Macau

Fisherman's Wharf
Macau Science Centre
Kun Iam Statue
Salah Satu Hotel Di Macau, Whynn Hotel
Macau Tower,
Merentasi Jambatan Famous 


And Gambar Ni Pula Dari Braun Master Khai 
Singgah di Kedai Souvenir Macau
A-Ma Temple
Versi Macau .. Hehehe
Beca Di Macau
Sofitel Macau at Ponte (Berdekatan Dengan Ruins of St Paul)

Jalan-Jalan Ambil Angin Macau.. Layan!!!

Cuba Teka Ni Kat Mana?? Hehehe
Tempat Wajib Singgah : Hard Rock Hotel/Hard Rock Cafe

Setiap Hotel Mesti Ada Mall .. Gempak Kan??
Rialto Bridge Versi Macau Di The Venetian
Galaxy Macau

And yes, hari tu kitorang tersangatlah rushing. Tak sempat nak turun di semua perhentian.  Lepas habis tour, kena bergegas ke airport. Flight pulang hari yang sama. But, its okay. Ada rezeki, Insyallah datang lagi. Hehehe. 



Aku suka gila hotel ni. Aku suka segalanya tentang bilik yang aku stay tempoh hari. Definitely, ini adalah yang paling best pernah aku pergi. Meskipun dari luar, hotel ni nampak tidak segah seperti hotel-hotel lain yang ada kat Macau ni, tapi once masuk ke dalam bilik dia, korang akan rasa berat hati untuk keluar. Terlalu ohsem!!

Harbourview Hotel Macau ni hotel terbaru kat Macau. Lokasinya di Fisherman's Wharf. Berdekatan hotel ni terdapat restoran halal, Taste of India. Ini buat aku lagi excited untuk menginap kat sini. 

Harbourview Hotel Di Waktu Malam
Persekitaran Luar Hotel Di Waktu Siang

Kebanyakan attraction kat Macau ni adalah kat hotel. Boleh dikatakan setiap hotel ada keistimewaannya tersendiri. Tapi hotel ni, bilik dia memang terbaik. Even kitorang buat trip ke beberapa hotel ternama di Macau ni pun, belum boleh menandingi bilik kat Harvourview ni.

Persekitaran Lobi
Jom Check-In Dulu
Hallway Pun Dah Cantik
Ini Bilik Aku

Setiap sorang diberi satu bilik dan bilik aku kat tingkat atas sekali, tingkat 9. Buka je pintu terus ternganga. Subhanallah, cantiknya bilik. Feeling-feeling princess gittew. Dengan katil yang super empuk, bau bilik yang masih baru dan perabot-perabot cantik. Marvellousnya, ishhhh. 


Tengok dengan real, lagi korang jatuh hati. Terus aku amek gambar untuk diilhamkan kat rumah baru nanti. Hewhew. Tapi memang cantiklah. Jatuh cinta aku dibuatnya. Bilik mandi pun cantik. 

 
 

Language Boleh Pilih

Menarik pasal bilik ni :
- masih baru dan fresh
- tv ada adult movie (tapi ni kena purchase)
- free wifi
- kalau tertinggal kepala charger, don't worry banyak gila tempat usb
- toilet guna product L'occitane
- siaran tv yang banyak

Yang paling aku adore, haruslah tandas dia ... 

Bathtub Kegemaran .. Hahaha
Toiletries
Taknak Mandi Bathtub, Nak Mandi Shower Pun Boleh
Almari & Peti Ais
Pemandangan Dari Luar Bilik

And, I miss my room so much. Cantikkan bilik dia? Suka gila toilet dia. So classy and elegant. Memandangkan toiletries yang sangat best, memang aku tak pakailah. Simpan dan bawa balik untuk kegunaan bila diperlukan nanti. Hahahaha.

Facilities Lain Yang Terdapat Di Hotel Ini :

Inilah Tempat Kami Breakfast Selama Beberapa Hari Di Macau
Praha Bar
Gym Dia Kecik Je
Indoor Swimming Pool (Ini Pun Cantik Gak)
Jacuzzi
 Kedai-Kedai Di Dalam Hotel (Same Level Dengan Lobi)
Tempat Menunggu Teksi

Hotel ni hotel 4 bintang je uolsss. Tapi gaya bilik macam 5 bintang kan?? 



Harbour View Hotel Macau
Macau Fisherman's Wharf,
Avenida Dr. Sun Yat-Sen,
Macau City, Macau.

Website
http://www.harbourviewhotelmacau.com/

 (( Have Fun ))

American Airliner Plane