Latest Posts

Bila sebut pasal Kedah je, mesti teringat Padi. Begitu besar jasa negeri Kedah dalam mengusahakan penanaman padi. Sehingga ada yang menggelarkannya, negeri periuk nasi Malaysia. 

Tapi bestnya kalau dapat makan sambil layan panorama padi. Dahla hijau, confirm menenangkan. Maklumlah, selalu hadap jam, sesekali kalau tukar angin... arghhh, masyuk!! 

"Tapi wa nak pergi Langkawi.. Ada ke tempat macam tu??"


Siapa kata takde?? Restoran Seashells Cenang yang terletak di kawasan laman padi di Langkawi sering dikunjungi pelancong yang dahagakan pemandangan yang cantik dan lain dari yang lain. Lauk pauk yang disediakan juga sedap-sedap belaka. Ada lauk pauk kampung dan lain-lain lagi.


Persekitaran kat sini sangat mengasyikkan. Korang takkan jumpa kat Kuala Lumpur. Laman Padi Langkawi ni sememangnya dah terkenal dengan Muzium Padi. Masa aku pergi sini pun tak putus-putus dengan kehadiran pelancong dari negara lain yang datang ke sini untuk melihat padi.

Pelancong-Pelancong Dari China

Kot-kot korang nak masuk Muzium Padi Langkawi tu harga tiketnya murah je. RM2 untuk orang dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma. Alang-alang dah pergi situ, singgahlah isi perut di Restoran Seashells Langkawi ni.

Makan kat sini taklah bermaksud korang duduk bersila menghadap padi. Kahkahkah. Kalau nak makan bersila kat pondok dia pun boleh. Kalau nak berjemur duduk kat meja pun boleh, tapi kalau korang puteri lilin, duduk je kat bawah tempat yang redup. 


Alamak, terkenang restoran ni buat aku laparlah. Kecur airliur. Dahlah sedap. Napelah jauh sangat. Isk, isk, isk. Ada sesiapa nak pergi Langkawi? Tapau please!! Muahahaha.

Nasi Periuk Kukus Antara Yang Famous Di Sini
Tu Dia.. Tengok Je Dah Tahu Sedap Ke Tak
My Favourite .. Habis, Hancur Diet!! Makan Tak Ingat Dunia.. Haha
 Dessert

Banyak gila aku makan hari tu. Tak boleh tahanlah tengok lauk pauk dia yang menggoda selera tu. Bau dia je dah menusuk ke hidung. Bila orang cedok nasi, aku dah ngap lauk. Hahaha. Entah berapa kali aku tambah pun aku dah lupa. Hewhewhew.


Memang tak sah kalau pergi Langkawi tapi tak singgah sini untuk makan. Rugi!!! Aku tahu kalau datang Langkawi je mesti korang ke Pantai Cenang untuk melantak seafood atau ke Pekan Kuah melantak western atau ke tepi Lapangan Terbang untuk makan Laksa Langkawi. Tapi untuk makan sambil bersuasanakan laman padi tu lagi rare dan jarang dapat kat mana-mana. Heee.

Burppppp, Alhamdulillah. :)



Antara masa dan wang, aku lebih menghargai masa. Kerana masa adalah sekali. Kalau boleh setiap saat dalam masa tu, aku sedaya upaya untuk menanam bibit-bibit manis agar ia menjadi satu kenangan yang tak boleh dilupakan. Layan jiwang pulak!! Hahaha.

By the way, korang dah pergi belum Penang Time Tunnel kat Pulau Pinang? Muzium ni takdelah baru mana pun. Tapi kalau korang ke Penang dan bercadang untuk explore segala bentuk lukisan 3D, haa.. jangan lupa yang satu ni tau!

"Penang Time Tunnel . Penang Time Tunnel . Penang Time Tunnel"

Penang Time Tunnel

Penang Time Tunnel atau Pinaon Time Tunnel dua-dua sama je. Kat sini semuanya ada. Dari zaman Portugis, zaman Francis Light, zaman Jepun sampailah ke zaman sekarang. Bagus bagi siapa yang suka subjek Sejarah macam aku. Ni dapat membantu untuk ingat fakta-fakta penting. Weeee.. :)


Harga Tiket Penang Time Tunnel
RM 22 (adult) RM12 (kanak-kanak)
*ada diskaun untuk warganegara Malaysia*


Bukan setakat sejarah, kat sini juga ada lukisan 3D. Muzium ni terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya seperti :
1) History Museum
2) 3D Mural Art
3) Fluorescence Room
4) 3D Inverted Room

3D Mural Art

Yang ni macam biasa tu lah. Cuma setiap tempatkan mempunyai mural art yang berbeza-beza. Kat sini ada lucu, ada serious, ada yang juga santai-santai. Hahaha.


Fluorescence Room

Memang kalau pakai kamera handphone, gambar jadi hancur. Haha. Fluorescence Room ni 3D glow in the dark. Make sure jangan pakai baju gelap kalau ke sini. Hahaha. Untuk gambar lebih best, pakailah kamera best. Hahaha.



3D Inverted Art

Yang ni kena kreatif. Terbahagi kepada dua benda.Satu gunakan pantulan cermin. Yang ni susah sikit dan lagi satu yang macam gambar terbalik tu. Haha.


Sebelum balik, singgah beli souvenir dulu. Ngeee.


Penang Time Tunnel
39, Green Hall, Georgetown.

Website :

Waktu Operasi :
9.30 pagi - 7 petang

American Airliner Plane