Latest Posts

Meow, meow, meow, meow ...

Motifff?? Hahaha. Tetiba terkenangkan zaman kanak-kanak. Dulu tak macam sekarang. Dulu cuma ada kartun Hello Kitty, sekarang ada Sanrio Hello Kitty. Ish, ini yang jeles ni. Hahaha.

Hello Kitty atau nama sebenarnya Kitty White ni berasal dari Jepun. Aku rasa orang Jepun memang suka gile kat kucing. Doraemon la, Hello Kitty la.. Haa, orang Malaysia suka binatang apa pula? Haha. Apa-apapun, Hello Kitty ni satu kartun yang sangat comel. Girlish sangat!

Sanrio Hello Kitty Town Johor Bahru

Memandangkan kartun ni mendapat sambutan hangat kat Jepun, maka wujudnya taman pertama Hello Kitty di Johor Bahru. Dengar cerita ia menelan belanja sebanyak RM115 untuk kos pembinaannya. Fuh, berpeluh dengar! 

Sanrio Hello Kitty Town Johor tak jauh mana dengan Legoland. Kot-kot dah boring dengan Legoland, bolehlah singgah ke sini pula. But don't worry. Kat area Puteri Harbour ni ada macam-macam selain dari Hello Kitty. Pasti korang tak bosanlah.


Harga tiket masuk ke Sanrio Hello Kitty Town ni boleh tahan juga harganya. Tapi kalau korang amek pakej combo, rasanya lebih jimat. Oh ya, jangan lupa bawah mykad. Kalau sayang duit bawalah, kalau banyak duit tak bawa pun takpe. Muahaha.

Harga Tiket Hello Kitty Town

Red Bow Cafe
Eiiii, Tak Sabar Nak Masuk
Tea Cup's Ride
Amboi Mengalahkan Bebudak.. Haha
Rasa Macam Kembali Ke Zaman Kanak-Kanak
Dream Photo Garden
Purrfect Stafe - Siap Ada Persembahan Lagi
Wishful Studio

Wishful Studio ni best sebab kat sini boleh tonjolkan kreativiti korang dengan mewarna, costume dress up dan lagi-lain lagi. Yang ni mesti bebudak perempuan suka. Orang dewasa pun boleh try skill mewarna dan lain-lain.

Gerai Jual Makanan
Heartful Forest
Cinnamonroll Cafe
Friendship Land

Paling menarik perhatian aku adalah Hello Kitty House. Ya Allah, cantiknya. Rasa seolah-olah Hello Kitty ni hidup. Lengkap !! Ada dapur, bilik tidur, ruang tamu, bilik mandi dan lain-lain lagi. Nak jeles boleh tak??  T_T



Haaa, tak mencabar sangat? Rasa wasting money? Lek, lek. Jom uji minda korang kat Hello Kitty Black Wonder. Kat sini korang perlu cekap dan pantas demi menyelamatkan Hello Kitty dan Dear Daniel yang telah diculik. Korang hanya diberi lampu dan harus menyelesaikan beberapa masalah. Kalau rasa diri tu power gila, trylah. Ehhhh, good luck tau! Hahaha.

Bergambar Kenangan


Amacam?? Teruja tak?? Kaum hawa mesti teruja lebih. Legend kot Hello Kitty ni.
Muahaaha.


So, kalau nak datang, nak tahu info lanjut ... layari :

Waktu Operasi :
10 pagi - 6 pm

Have Fun!!!

Budu, budu, budu ...
Tak dapat dipisahkan dari negeri Kelantan. 
Sebut je budu, mesti teringat Kelantan.
Sebut je Kelantan mesti teringat Budu.
Tapi sampai sekarang aku tak reti makan budu
Huahuahua.

Eleh, gelakkan aku. Korang reti ke?

Dahla cerita pasal budu. Kang ade yang kempunan nak makan budu. Tapi sebut pasal Kelantan ni kan, memang salah satu port pelancongan yang fofulerrr kat Malaysia ni. Especially bab makan. Tak sah kalau pergi Kelantan berat tak naik berkilo-kilo. Siyes!!

Tapi takkan datang untuk makan je kan? Mestila nak jenjalan kat sini juga. Banyak benda menarik kat Kelantan ni. Especially kat area Kota Bharu. Ada banyak lagi yang aku tak explore sebenarnya. Next time.. Insyallah.

Tapi hari ni, aku nak listkan beberapa aktiviti yang boleh korang buat kat Kota Bharu. Walaupun ada aktiviti yang ala-ala makcik sangat, tapi memang berbaloi buat kat negeri ni compare dengan negeri lain. Feeeeeelingggggg tu lebih sikit! Kihkih.

1) Wayang Kulit 

Feeling tengok wayang kulit dengan tengok wayang kat cinema jauh beza. Kalau ke Kelantan, silalah tonton wayang kulit. Dah susah dah nak tengok wayang kulit ni. Kalau ada pun dah tak sama seperti dulu. Dulu siap jampi mantera lagi. Tapi still, wayang kulit. Hey, inilah warisan seni yang harus dikekalkan. Aku percaya, kalau tanya generasi zaman sekarang .. konpem tatau apa tu wayang kulit.

Wayang Kulit Pak Dain

2) Teh Ais Madu 

The best teh ais ever!!! Sumpah sedap. Minum segelas tak cukup. Pasti nak lagi dan lagi dan lagi. Sedap tahap bombastic. Tengok je dah meleleh airliur. Belum minum lagi. Teh ais madu kat Warung Pak Mat Pulau Pisang ni famous. Kat sini juga terkenal dengan sup campur daging dan ikan. Pelik kan bunyi? Ikan campur daging buat sup??! Haaa la.. Sedap!! Sila try kalau ke sini okay?

Teh Ais Madu Warung Pak Mat

3) Maggi Ketam

Aku konpius camana dia buat maggi ketam ni. Aku buat kat rumah asyik tak jadi. Tapi kalau makan kat Restoran Indra Tomyam ni rasanya best gila. Makan panas-panas lagi best. Ketam dia besar dicampur pula dengan udang galah. Terangkat bila makan!! Ni salah satu tarikan di negeri Kelantan. 

Maggi Ketam di Restoran Indra Tomyam Pasir Pekan Tengah

4) Batik Kelantan

Ingat Terengganu je famous dengan batik? Kelantan pun sama. Mungkin terdapat persamaan batik Kelantan dan Terengganu. Tapi aku rasa, corak batik kat Ayu Fashion ni lagi menawan hati lah. Entah. Rasa corak dia lagi modern and sweet berbanding dengan batik Terengganu.

Kilang Batik Di Ayu Fashion Chabang Empat

5) Kilang Mancis

Selama aku hidup, baru sekarang aku tau mancis yang famous tu berasal dari Kelantan. Hahahaha. Ala yang ada lambang cili tu. Dan, ini first time aku pergi Kilang Mancis. Nampak very old school sangat. Apa-apapun aku harap, mancis ni dapat dikekalkan untuk generasi akan datang. Pssst, jangan lupa simpan satu. Kot-kot lagi 30 tahun akan datang dah takde mancis, boleh jual kat muzium. Haha.

Kelantan Match Factory

6) Seniukur Kayu

Memang orang Kelantan ni berjiwa seni. Selebritilah, wayang kulitlah sampailah bab kraftangan. Diorang ni dilahirkan kreatif kot. Kalau aku nak ukir-ukir ni. Minta maaflah. Siang-siang dah surrender. Muahaha. Kot-kot nak tempah kayukraf, bolehlah ke A.Rahman Kayukraf kat Kampung Panjang. Nak tempah cermin ke, pintu ke dan lain-lain.

A.Rahman Kayukraf Kampung Panjang

7) Homestay dan Kelip-kelip

Bagi yang suka nature, bolehlah ke Min House Camp. Kat sini juga boleh tengok kelip-kelip dan melawat galeri madu kelulut. Nak sewa bilik kat sini pun boleh. Apa yang penting, kawasan sekitar Min House Camp ni sangat tenang. Sesekali terdengar bunyi cengkerik dan lain-lain lagi. Alamak, rindu suasana kampunglah!

Min House Camp

8) Menara Jam Tambatan D'Raja

Menara jam atau Menara Tambatan D'Raja Kota Bharu ni antara yang boleh korang singgah kalau ke Kota Bharu. Kat sini korang boleh naik tangga sampai ke atas dan menikmati panorama Kota Bharu yang menakjubkan. Kat bahagian bawah pula, bolehla sewa basikal dan pusing-pusing sekitar Tambatan Diraja ni.


9) Sungai Kelantan

Sedih aku tengok keadaan sungai ni beberapa bulan lepas. Mana taknya, masa aku pergi, sungai ni tenang je. Tetiba datang monsun, habis negeri Cik Siti Wan Kembang ni tenggelam. Isk, isk. Kat sini korang boleh naik bot dan menyusuri sungai ni. 


10) Memorial Perang Dunia Ke-II

Sejarah lama jangan sesekali dilupakan. Kerana dengan sejarahla kita dapat menghargai jasa nenek moyang kita yang berhempas pulas mempertahankan negara. Nak tahu lebih pasal sejarah?? Datanglah Memorial Perang ni. Bangunan lama yang dibina pada tahun 1912 ni dulu digunakan sebagai 'The Mercatile Bank of India Ltd' atau dikenali sebagai Bank Kerapu. 


11) Muzium Adat Istana Diraja Kelantan

Istana Jahar atau kini dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan ni dibina pada tahun 1939 iaitu masa zaman pemerintahan Sultan Ismail. Dulu dikenali sebagai Istana Batu. Apa yang unik pasal istana ni, korang boleh tengok senibinanya dan juga barang-barang lama kepunyaan kerabat diraja Kelantan.

Istana Jahar

12) Borong Emas

Kalau sebut je Kelantan kat makcik-makcik, mesti diorang teringatkan emas. Emas kat Kelantan boleh tahan berkualiti dan murah. Maka tak hairanlah ada yang sanggup terbang jauh ke Kelantan semata-mata nak beli emas. By the way, aku tertarik dengan Kedai Emas Pak Chu Roni. 

Kedai Emas Pak Cu Roni ni femes dan korang boleh tengok sendiri camana diorang bertukang.


13) Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah ni tak perlulah aku cerita. Dah tau lagi bertanya. Haha. Nak beli segala benda, shopping sampai pengsan, silalah ke sini. Ada makanan, ada batik, ada souvenir dan ada macam-macam lagi. Jangan lupa tawar menawar okay?


14) Serunding

Kalau kat Keyell, harga serunding memang tak masuk akal. Mahal bebenar. Tak sedap pulak tu. So, alang-alang sampai Kota Bharu, singgahla Perusahaan Serunding Hajah Ramlah kat Kampung Laut Palekbang ni. Antara serunding paling sedap yang pernah aku makan.


Serunding Kampung Laut Palekbang

15) Nasi Ulam Cikgu

First-first tadi aku sebut pasal budu kan?? So, kat mana nak pekena budu yang best kat Kota Bharu ni? Jawapannya Restoran Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan. Memang sihat makan kat sini. Hahahaha. Eh kalau tak reti makan budu tu, tak yah buat-buat pro. Aku ni pun dah banyak kali belajar makan tak lepas-lepas sampai sekarang. Huh!


16) Nasi Kerabu Ayam Bakar

And last, takkanlah dah datang sini tak pekena nasi kerabu. Rugilah tekak. Haha. Last sekali ni aku nak ajak korang ke Restoran Yati Ayam Percik yang terletak kat Jalan Yong Yunus Kota Bharu. Kat restoran ni ada macam-macam jenis makanan. Ada juga jual kuih muih tradisional Kelantan. Yang penting, kalau datang sini konpem rambang mata pilih makanan. Sebab semuanya sedap! Habislahhhh dietku!! Arghhh!! 

Restoran Yati Ayam Percik Jalan Long Yunus

Yang selebihnya, nanti aku explore kat trip akan datang. Selamat bercuti ke Kota Bharu uolsss!
Have fun!!!!


American Airliner Plane