Latest Posts

Annyeong-haseyo ....

Tetiba je keluar dialek Korea kan?? Hehehe. Maklumlah, hati tengah berbunga mekar bak sakura. Ewah, ewah, ewah. Korang dah pernah tengok bunga sakura belum? Rugi weh tak tengok. Cantik giler! Tapi musim sakura ni sekali dalam setahun. Maka, ramaila berpusu-pusu ke Korea, Jepun dan beberapa tempat lain yang ada bunga Sakura ni. Hiks!!

Memandangkan sekarang, ramai yang pergi ke Korea untuk menikmati keindahan bunga sakura aka cherry blossom ni.. So, aku pun dengan senang hati nak hapdet review pasal hotel Courtyard by Marriot Korea ni. Kot-kot ada yang tengah survey penginapan best kat Korea bolehlah entri ni membantu korang. 

Courtyard by Marriot 

Courtyard by Marriot Seoul ni terletak di Yeong-Deungpo. Takdelah betul-betul kat bandar. Tapi lokasi hotel ni dekat je dengan tempat tarikan pelancong seperti Sealala Waterpark dan dekat juga dengan Stesen Keretapi Yeongdeungpo.

Jarak dari hotel ni ke airport adalah lebih kurang 10km. Jangan risau ada airport transfer.



Bilik? Bilik mestilah selesa uolsss.. Tak pernah pulak kecewa dengan memana hotel di bawah rangkaian Marriot. Semuanya selesa, tilam empuk dan bilik yang cantik. Rasa kalau dah landing kat katil, aduhaiiiii. Melekat terus takmoh keluar bilik. ZzzZZZzz.


The best thing, pemandangan luar bilik. Iolsss teruja!! Hahaha. Buka tirai, tak berkelip-kelip pandang luar. Manalah tau retis K-pop jalan kat luar. Hahaha. Pssst, aku bukanlah peminat citer Korea. Tapi kot-kot ada rejeki terjumpa diorang aku sapu je... Hahaha.


Pemandangan Dari Bilik
Gym

Aku tercari-cari gak kot-kot ada swimming pool ke tak. Rasa-rasa takde. Isk, isk. Tapi nasiblah ada Times Square shopping mall kat sebelah hotel ni. Takdelah mati kutu kalau menginap kat sini. Yahooooo. Eh, lupa nak bagitau. Hotel ni safe. Kot-kot travel solo ke apa ke, bolehlah stay sini. 


Keistimewaan hotel Courtyard by Marriot Korea ni :
- ada FREE Wifi
- ada airport transfer
- berdekatan dengan railway station
- selesa
- kemudahan 5 stars
- sebelah Times Square Shopping Mall

Kamsahamnida Courtyard by Marriot. Insyallah datang lagi. :)

RASA MACAM PATAH KAKI !!!! Fuh, fuh, fuh !!! 



Serik!! Tak pernah-pernah kereta aku rosak kat tepi jalan. Entah kenapalah si goog ni buat hal tetiba. Hari tu lepas beberapa minit Encik H hantar aku pergi event, aku dapat call dari dia .. 

"Kereta tak boleh start!!,". Arghhh, sudah. Tetiba je.

Beberapa bulan lepas, tayar kereta aku pecah. Tapi takdelah kena towing bagai macam ni. Kire ada penyelamat member Encik H dan lepas tukar tayar spare, settle! Kali nasib tak menyebelahi aku. Tengok bateri ok, check sana, check sini ok. Hurm, kenapa kau ni goog? T_T

Masih Tidak Bernyawa

Nak tak nak, terpaksa guna khidmat tow truck untuk tarik kereta. Alhamdulillah, insurance tolong bayarkan kos towing. Kalau bayar sendiri memang pokai lah aku jawabnya. Bukan murah pun kos tarik kereta ni. Silap haribulan boleh beli dua-tiga pasang kasut Converse. Ayoyo!

Kitorang sempat singgah kedai minum. Nasib baik kereta rosak kat Port Dickson. Adalah juga member tolong bawa kitorang pegi minum sementara menunggu towing. (mekacih!!) Tunggu lelama boleh jadi ikan kering hokayyy!! Panas terik cuaca hari tu. Pfffttt.

Kat Sinilah 'goog' Buat Hal

Adalah dalam sejam lebih menunggu tow truck sampai. Sebab tow truck dari Seremban. Pihak insuran yang carikan. Hurm.. Nasiblah!! Nak jimat kenalah tunggu. Ye dok?! Tak kuasa nak bayar memahal. Dari bayar baik pergi Bali... Eh?? Hahaha.

Penatnya Nak Tunggu
Fuhhhh... Nasib Dah Sampai
Berdebar-debar Rasanya Duduk Dalam Kereta Atas Tow Truck
Jauh Lagi Nak Sampai

Insuran hanya cover kos tow truck, tapi diorang tak cover cost toll dan servis kereta. Bab bayar toll, aku kena bayar kat driver tow truck. Nasiblah dari PD ke Seremban toll murah saje. Hiks!!

Dah Semakin Hampir
Sempat Lagi Selfie .. Haha..

Tengah-tengah selfie, sekali ada dua lori sampah melintas kat tepi kereta. Arghh, sudah. Lagi satu dugaan!! Terpaksa tutup cermin dah berpanas di dalam. Kata Encik H, sauna semulajadi. Hahaha. Lama juga nak tunggu lori sampah ni pergi jauh. Sebab time tu tengah jem. Argh, sudahhhh!! Mereputlah duduk dalam kepanasan. Hahaha.

Depan Tu Lori Sampah... Haha
Yahooo, Finally Sampai Seremban
Segala Peluh Keluar .. Peluh Jantan, Peluh Betina, Peluh Mak Nyah.. Haha

Bukan setakat keluar peluh, aku dari pakai topi, terus jadi macam ....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni .. Hahaha. Panas Gila Kat Luar!! 
Get Well Soon Baby G

Setelah dianalisis, rupa-rupanya valve kereta bengkok. Adoi..!! Sebab tu kereta tak boleh start. 4 hari kereta masuk bengkel. Rasa tunggang terbalik dunia. Hahaha. Nak pakai kereta Encik H, kereta dia leceh. Nak tak nak terpaksalah duduk rumah sesenyap. 

Kesimpulannya, aku dah serik!! Harap-harap ini last kereta rosak kat tepi jalan. Janganlah dia rosak masa aku drive sengsorang. Ngeri woi. Terima kasih Rozeti and husband sebab tolong kitorang masa kat PD. Tanpa diorang, mungkin aku dah mereput kepanasan. Haha.

Korang ada pengalaman camni tak?? Jom kongsikan. Hehe.

Yea, yea ... cuti sekolah!!! 

Kalau zaman kanak-kanak dulu, time-time macam ni la aku menghitung hari. Pagi petang siang malam buka kalendar. Excitednya lahai!! Masa tu memang tak fikir apa sebab semua orang tua aku yang uruskan. Aku pula ikut je. Kihkih. =P

Tapi bila usia dah meningkat tua ni, banyak benda nak kena fikir. Nak pergi bercuti pun kena sendiri-sendiri. Tabung tak penuh duduk diam-diam kat umah. Kengkadang telan airliur je tengok instagram member pergi sana pergi sini. Makan hati woi!!

Nasiblah sekarang banyak hotel-hotel murah. Contohnya Cenang Plaza Beach Hotel kat Langkawi tu. Oh ya, ada tak sesape plan nak ke Langkawi musim cuti sekolah nanti? Bolehla stay kat hotel ni. Yela, kot-kot ada yang tengah mencari hotel murah kat area Pantai Cenang. Kannn?!

Hotel Murah Di Langkawi di Pantai Cenang

Memang best menginap di sekitar Pantai Cenang ni. Sebab happening giler dan senang nak cari makan. Pantai kat sini pula sentiasa ramai dengan pelancong. So, hotel pilihan aku adalah Cenang Plaza Beach Hotel yang baru je dibuka bulan lepas.

Bertentangan dengan hotel ni adalah Cenang Mall. Kat Cenang Mall tu ada Old Town White Coffee, Mcdonalds, Starbucks, Maybank dan lain-lain lagi. Manakala di belah kanan jalan kaki tak kurang dari 5 minit ada The Zone Duty Free Shop. Meriah kawwww!! Hahaha.

Cenang Mall Terletak Berhadapan Dengan Cenang Plaza Mall
Lobi Cenang Plaza Beach Hotel 

Sungguhpun kitorang datang sini sejam dua untuk beristirehat dan solat sebelum bergerak balik ke airport, tapi masa yang ada tu sempatlah untuk kitorang tawaf hotel ni dulu. Tengok apa yang best kat sekitar ni. Sempatlah merasa keempukan katil kat bilik. Kahkah.

 
Jom Ke Bilik

Hallway (agak sempit juga)

Katil Yang Empuk
Almari, TV & Etc

Dalam Meja 
Air Mineral
As Usual
Toiletries Yang Digunakan

Kalau tengok keadaannya, memang mengingatkan aku kat Tunehotels. Seakan-akan sama dari segi kemudahan dalam bilik. Cuma memasing ada kelebihan tersendiri. Kalau ke Langkawi bolehlah menginap kat sini. Murah, lokasi yang strategik dan selesa. Best, best!

Psssst, 17 hingga 21 Mac ni LIMA 2015 tau!!! 

Tidur-Tidur Ayam.. Hahaha

American Airliner Plane