Latest Posts

Lenanya tidur di atas kapal Superstar Libra. Biarpun bilik bersaiz comel, tetapi suasananya sangat selesa. Bagi yang takut laut, korang tak payahla takut untuk naik Star Cruise. Sebab kapal sebesar ni takde rasa apa-apa pun. Cuma kadang-kadang rasa goyang. Tu pun aku rasa dua tiga kali je maybe disebabkan ombak. Tapi takdelah teruk mana pun. 

Masa pula berlalu begitu je. Memang tak terasa jemu atau bosan bila berada kat atas kapal Superstar Libra ni. Pejam celik dah sampai Phuket. Pagi-pagi tu breakfast dulu kat Mariners Buffet. Lepas habis breakfast, ada Zumba Dance dengan Star Cruise Staff. Bab ni aku suka. Hahaha.

Zumba Dance

Habis je Zumba Dance, kitorang ada Fun Game with Pak Nil. Yang ni khas untuk mereka yang ambil pakej School Holiday Fun With Pak Nil dari Malaysian Harmony Tour and Travel. Semua game ini diinspirasikan oleh Pak Nil sendiri dan hadiah-hadiah dia pun, Pak Nil yang sediakan. Baikkan hati Pak Nil? Rugilah kalau korang tak join pelayaran ni. Sebab hadiah bukan calang-calang hadiah, ada yang mencecah RM500 untuk seorang pemenang. 

Game Rebut Kerusi
Siap Ada Pingat Lagi
Malaysian Harmony Tour & Travel Photo Group 

Macam aku cakap, bukan kitorang je yang ada kat kapal Superstar Libra ni. Sekali keluar, mak aih.. Ramai gila. So, untuk memudahkan diorang divide group. Kang kalau semua turun, sesak pula kat bawah tu kang. Contoh, group MHTT dijadualkan keluar jam 1.30pm. So, kena ikut time ni. Tak bolehlah keluar awal. Time nak balik pula, suka hatila nak balik jam berapa asalkan jangan lewat dari time kapal berlepas. 

 
Sticker dan Access Card

Kapal Superstar Libra ni tak berlabuh kat pelabuhan sebaliknya berhenti di tengah-tengah lautan. Sebab tu kena turun group by group. Keluar dan seterusnya naik kapal kecil untuk ke pelabuhan. Jadi, bersabarlah ye menunggu giliran korang.. Hihihihi.



Sampai je pelabuhan, korang akan nampak pemandangan kat bawah ni. Ramai betul yang menanti kat situ. Rata-ratanya jual pakej tour. Ada yang sewa kereta, ada yang siap semua sekali dalam satu pakej. Ni terpulanglah kat korang nak amek pakej ke atau nak jalan sendiri.

Actually korang boleh beli pakej tour dalam Superstar Libra tu. Cuma harga mahal sikitlah. Yang kat luar ni boleh nego lagi. Macam aku, Nannie dan Nazlan. Kami bertiga sewa kereta. Macam kat Indon tu. Suruh je bro tu bawa pergi mana-mana yang kitorang suka. Lagi berbaloi.


Jeti Phuket

Banyak tempat nak pergi tapi masa mencemburui kitorang. So, kenalah decide mana satu yang berbaloi. Memandangkan ini kali pertama si Nazlan dan Nannie sampai sini, kenalah bawa diorang pergi tempat-tempat tarikan tourist. 

Phuket Thailand

KARON VIEW POINT PHUKET

Tempat pertama kitorang pergi Karon View Point Phuket. Karon View Point yang terletak di antara Nai Harn dan Pantai Kata Noi yang dulu dikenali sebagai Kata Viewpoint. Tempat ni terkenal di kalangan mereka yang sukakan fotografi. Dari atas ni boleh nampak pemandangan indah Kata Noi, Kata Yai dan Pantai Karon. Cantik gila !!! 

 PHUKET PEARL FACTORY

Jika korang penggemar mutiara, memang tak salahlah pilihan percutian korang untuk ke Phuket. Sebab kat sini boleh dikatakan syurga mutiara. Sana sini jual mutiara. Salah satunya Phuket Pearl Factory. Jika ada masa lebih bolehlah amek pakej ke Pearl Farm. Tapi kitorang rushing, so sempat singgah sini je. Beli tak pun, just cuci mata je. Haha. Phuket Pearl Factory ni terletak di Sa Pum Village di district Muang. Phuket Pearl Factory ni telah diusahakan dari turun temurun dan telah memenangi banyak award berkaitan mutiara. Jadi jangan was-was untuk beli mutiara kat sini. :)

 
 

SRI BHURAPHA ORCHID

Next ke Sri Bhurapha Orchid. Sri Bhurapha Orchid ni bukan je jadi tumpuan penggemar gajus, malah kat sini sentiasa padat dengan kedatangan pelancong. Kat sini boleh tengok camana diorang keluarkan isi buah gajus menggunakan mesin. Semua gajus-gajus ni dah disahkan Halal oleh Jabatan Agama Islam Thailand.Yang bestnya korang boleh try gajus-gajus yang diorang jual. Hahaha. Agak-agak korang, berapa kerap aku try tester gajus tu?? Hahaha. =P


THEP-PRASIT HONEY (BIG BEE FARM)

Dah alang-alang pergi Sri Bhurapha, singgahlah kejap kat Thep Prasit atau lebih dikenali sebagai Big Bee Farm ni. Kat sini korang boleh tengok camana madu dihasilkan. 

 

WHOLESALE -RETAIL CENTER

Souvenir murah! T-shirt murah! Fridge magnet! Sebutlah apa yang berkaitan, semuanya ada dijual kat sini dengan harga wholesale. Tempat ni agak jauh dengan Patong, tapi berbaloi pergi kalau korang nak beli souvenir untuk kawan dan sanak saudara. Sebab harga-harga barang kat sini murah. Boleh beli borong atau beli satu-satu. Tak kisahlah janji dilarang ambil gambar kat dalam bangunan ni. Pulak dah!!



Dah tour tempat-tempat tarikan pelancong, kini tiba masa untuk pulang ke Patong balik. Last stop Hard Rock Cafe Phuket. Siapa kat sini pengumpul tegar barang-barang Hard Rock Cafe angkat kaki!!! Hahaha. Rasanya tak lengkap pergi ke sesuatu tempat tu tanpa menjejakkan kaki ke dalam Hard Rock. Entahlah, lain orang lain pandangannya. Hahaha. Apa-apapun, tour kami bersama kereta sewa tu berakhir di sini. Actually nak pergi banyak tempat lagi, tapi takut terlewat pula nak balik.


Bergambar Kenangan Dengan Kereta Sewa dan Pemandu
Hard Rock Cafe Phuket

PATONG AREA

Masa yang tinggal dihabiskan dengan berjalan-jalan di area Patong. Cuma satu je tak pergi Bangla Road. Argh, tu next timelah. Ada rejeki pergi lagi. Ye dop??

 

PATONG BEACH

Ingat Tsunami, ingat pantai Patong!! Phewww.. Dasyat pantai ni. Tak rasa macam kat Thailand. Rasa macam kat Bondi cuma tak ber-wave. Hahaha. Penuh dengan mat salleh yang berjemur. Memanglah Phuket ni jadi tumpuan mat salleh. Sana sini kelab, sana sini pusat urut. Eh, paham-paham jelah eh. 


Actually masa free and easy kat Phuket sampai jam 12 tengah malam, tapi siapa nak dinner kat cruise baliklah awal. Sebab dinner disediakan dari jam 7 pm ke atas. Lepas dinner ada Colour of Asia - Crew Show Extravanga dan yang paling ditunggu-tunggu Pyjama Party with Pak Nil.

 
Good Bye Phuket

Colour of Asia - Crew Show Extravanga  ni sangat best. Tak sangka staff Superstar Libra sangat sporting dan menghiburkan. Seperti contoh ada satu dua manager pakai pakaian perempuan dan menari. Hahaha. Sangat mencuit hati. Sumpah kelakar. Tapi diorang ni bukanlah pondan betul. Just watak tu dibuat-buat saja. Bila takde show, kembali jadi laki gagah.

Diorang Ni Bukan Pondan Tau, Tapi Staff Bergelar Manager

Pjyama Party With Pak Nil ni khas untuk mereka yang amek pakej cruise dari Malaysian Harmony Tour and Travel (MHTT). Boleh katakan semua ikut tema malam tu, baju tidur. Begitu juga dengan aku. Pyjama Party ni sangat meriah. Ia juga meraikan hari kelahiran mereka yang lahir pada bulan November dan Disember (termasuk Pak Nil). Satu kek besar disediakan khas oleh Pak Nil. Pak Nil buat sendiri tau. 

Selain tu, ada juga game-game menarik dan pertandingan baju tidur menarik. Aku tersenarai top 10 untuk kategori baju tidur perempuan tapi malangnya kalah. Sebab pemenang berdasarkan jeritan. Sebelum menang kena buat catwalk la, lakonan la dan lain-lain lagi. Takpe, next time Tatie.. next time!! Hahaha.

 
Baju Tidur ditaja oleh Raja Ema Sleepwear Collection

Haa, dah tahu kisah percutian  kitorang kat Phuket kan?? Kot-kot ada yang nak pergi Phuket tu bolehlah jadikan ni sebagai panduan. Tak banyak info sangat pun sebab masa suntuk. Trip yang lepas pun aku tak buat entri. Korang doakanlah aku murah rezeki untuk ke sana. Boleh buat entri khas Percutian Ke Phuket. Weeee..


~ bersambung


Hari ni kita bercerita pula pasal aktiviti di atas Superstar Libra sepanjang berlayar ke Phuket dan Krabi. Aku tau, ada banyak blog dah cerita pasal ni. Tapi biasalah, lain orang lain pengalamannya. Aku harap korang tak bosan lah dengan entry aku kali ni. Sebab ia bersambung-sambung. 

Best sangat ke naik Star Cruise ni??

Bagi aku, best sekiranya jadual korang padat dengan aktiviti di atas kapal dan lagi best jika ini kali pertama korang berlayar dengan Star Cruise. Of course, korang rasa teruja dan excited sampai rasa nak terjun ala-ala Titanic. U jump, I jump. Hahaha.

Swettenham Pier

Percutian 4 hari 3 malam di atas Superstar Libra Star Cruise memang betul-betul buat aku teruja. Tambahan lagi ini first time aku naik Star Cruise. Boleh bayangkan tak camana excitednya aku time tu. Luar je tak excited, tapi dalam hati. Ya Allah, kalau boleh lari 360 darjah dalam tu memang aku dah lari. Ehhh, over betul!! Hahahahaha.


First sekali, mestilah mendaftarkan diri dulu. Ambil kad. Oh by the way, passport kita Superstar Libra akan simpan dan mereka akan bagi kad. Kad tu lah korang kena pegang dan wajib dibawa ke mana-mana. Even turun kapal kat Krabi dan Phuket pun kena bawa juga. Kalau tak, tak boleh masuk. So, please be aware dan jangan hilangkan. Kad tu jugalah kad shopping korang kat atas kapal, kad masuk bilik, kad naik kapal.. Arghhh, senang cerita anggap je kad tu nyawa korang. Haaa!


Oleh kerana aku berlayar dengan Malaysian Harmony Tour and Travel, jadi semua aktiviti dah disusun atur oleh mereka. Tak payah nak pening-pening. The best thing, mereka yang amek pakej dari MHTT ni ibarat VVIP di atas kapal ni. Contohnya, kalau ada aktiviti, kitorang je lah yang conquer tempat tu. Orang lain tak boleh masuk. Hanya mereka yang amek pakej dari MHTT je boleh masuk. Exclusive kan??

Aktiviti pertama kami 'Meet, Greet and Photo Session With Pak Nil'. Lebih kurang macam sesi suai kenal dan taklimat gitu. Pak Nil ni pemurah sungguhlah haih! Mana taknya, dia sanggup spend his own money untuk beli hadiah dan buat pelbagai game kat atas kapal ni. Wah, semoga rejeki Pak Nil sentiasa murah.

Menang Handphone Samsung Adik Kita Ni

Dah habis sesi bersama Pak Nil, semua yang berada Superstar Libra ini diminta berkumpul kat deck paling atas (pool side). Ingat kapal terbang je ada safety-safety tu? Kapal pun ada daa... Sebelum berlepas, kami diajar tentang langkah-langkah menyelamatkan diri yang dipanggil 'Safety Drill'.
Safety Drills

Then, bermulalah pelayaran kami. Orang pun makin memenuhi ruang kat pool side ni. Diserikan lagi dengan pelbagai persembahan dan live show band. Semakin hari nak gelap, semakin rancak pelayaran ni. Hebat!

Sail Away Party With Pak Nil & Captain

Dan, sekarang masa untuk makan - BBQ Dinner Party.


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.. Haha.

Next, pertunjukan silap mata oleh Richard Burr and Josette. Yang ni aku suggest korang datang awal. Sebab full house babe. Mana taknya Richard Burr ni dah dianugerahkan 5 kali berturut-turut oleh Guinness World Records for high speed coin manipulation. Hebat gila pertunjukan silap mata dia. Ramai yang berdiri dan tepuk tangan di akhir persembahan dia. 

Show Time by Richard Burr and Josette

Oleh sebab masa kitorang pergi tu bulan Christmas, mestilah ada event-event Christmas seperti Christmas Tree Lighting Ceremony. Yang ni turut disertai oleh captain kapal. Time ni aku terlewat sikit sampai. Event ni diorganize oleh Superstar Libra. So, sesiapa je boleh join termasuklah Richard Burr and Josette show tu.


So, tamatlah hari pertama kami di atas Superstar Libra. Hari pertama ni lebih kepada santai. Korang boleh buat apa sahaja. Tak terikat pada itinerary sangat. Makan pun disediakan tiga kali. First masa Meet, Greet and Photo Session with Pak Nil, second BBQ dinner party and third, supper kat Mariners Buffet deck 9.

Tapi kenyangnyaaaaa macam ular sawa. Hahaha.

Bersambung~


Jika sebelum ni aku dah listkan tempat-tempat makan best di Seremban, hari ni aku nak listkan 6 TEMPAT PENGINAPAN EXOTIC DI NEGERI SEMBILAN. Alhamdulillah, post pasal makanan mendapat feedback hebat dari pembaca. Memang banyak yang belum masuk list, sebab yang itu fokus pada bandar Seremban. Insyallah soon, aku buat pasal daerah lain okay?? :)

Hari ni, kita cakap pasal penginapan pula. Ramai yang tak tahu Negeri Sembilan ni mempunyai tempat-tempat penginapan yang menarik. Mempunyai konsep lain dari yang lain. Aku tahu ada di kalangan korang yang pernah pergi kat tempat-tempat ni. Ada yang tak pernah pergi langsung. Nevermind, lepas ni packing barang, start engine kereta dan jom pergi. Yeay!

Jom kita lihat, 6 TEMPAT PENGINAPAN EXOTIC DI NEGERI SEMBILAN.

1) Eagle Ranch Resort Port Dickson

Bagi aku, Eagle Ranch Resort Port Dickson ni sangat unik dan memang lain dari resort-resort yang aku pernah pergi sebelum ni. Harga dia pun taklah mahal sangat. Korang boleh pilih nak stay kat bandwagon ke, tepee ke, log cabin ke, paddock chalet ke dan lain-lain. Up to you.  Tetiba feeling-feeling cowboy bila stay kat sini. Lebih-lebih lagi menginap kat Tepee. Hahaha. 



Tepee

2) Awan Mulan 

Awan Mulan ni boleh tahan famous di kalangan mereka yang suka percutian nature dan santai. Ada yang cakap tempat ni pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem Melayu yang dilakonkan oleh artis popular tanahair. Entahlah. Banyak sangat versi. Entah betul ke entah tak. Tapi cuba bayangkan petang-petang korang bersantai di hammock sambil menghirup udara segar.. Layan~
Hammock

3) Grand Lexis Port Dickson

Tak keterlaluan kalau aku cakap ni antara resort yang famous di selatan tanah air. Sering dijadikan destinasi pilihan bagi mereka yang mahukan privasi. Rata-rata yang datang ke sini majority keluarga, pasangan berbulan madu dan lain-lain lagi. Setiap bilik di Grand Lexis mempunyai swimming pool yang tersendiri. So, bagi wanita berhijab, aku rasa ini resort terbaik untuk kalian. :)


Private Pool

4) The Shorea

The Shorea lebih kurang sama macam Awan Mulan, cuma both mempunyai kelainan yang tersendiri. Bagi aku, The Shorea ni lebih classy dan lebih cantik. The Shorea ni terletak di jalan nak ke Jelebu, 9 km dari bandar Seremban. Rata-rata yang datang ke sini sangat berpuas hati dengan tempat ni.


Lebih Indah Di Kala Senja Berlabuh

5) The Dusun

Satu lagi tempat adalah The Dusun. Actually, The Dusun, The Shorea dan Awan Mulan ni dekat-dekat je. Cuma The Dusun ni best jika korang datang masa musim buah. Kenapa namanya The Dusun kerana dahulunya ia adalah sebuah dusun durian yang kini dijadikan resort. Tapi apa yang tak best, aku dengar terdapat anjing-anjing yang berkeliaran di sini. Mungkin sesiapa pernah pergi sini boleh komen dan share pengalaman korang di ruang komen kat bawah.


Unik dan Tradisional

6) Avillion Port Dickson

Antara keenam-enam ni, the latest yang aku pergi adalah Avillion Port Dickson. Masih menjadi resort favourite aku, Avillion Port Dickson ni sangat best sebab kat sini macam-macam ada seperti Pet Farm, Cooking Class, Sauna, Kids Cabin, Art Space dan lain-lain lagi. So, takdela bosan sangat. Tambah lagi, Avispa kat Avillion Port Dickson ni selalu menang award 'The Best Spa'.  Masa aku pergi hari tu, ramai gila mat salleh. Jadi paham-pahamla, mat salleh ni kan fussy, so kalau diorang datang dan stay maknanya resort ni bestlah.Tak gittewww? Hahaha.


Kerusi Yang Menjadi Trademark Avillion

Have a nice day!! :)

MALAYSIANS TRAVELLING TO FRANCE | Tahun baru ni, mestilah ada macam-macam benda baru. Ada yang diubah dan ada yang maintain seperti tahun-tahun lepas. Ada yang ubah untuk kebaikan kita semua seperti Peraturan Baru Bagi Sesiapa Yang Ingin Ke France (Paris). 


Bagi aku, peraturan ni bagus. Yela, seperti yang kita tahu kat Paris tu terkenal dengan jenayah pickpocket. Aku pergi sana pun sentiasa rasa tak selamat. Sentiasa curiga dengan persekitaran kat sana. Sebab tu kita perlukan travel insurance. Eh, tapi aku bukan agent insurance tau. Kahkah!

Aku pun baru tahu kepentingan travel insurance ni. Ada yang cakap, ia tak termasuk kat life insurance and of course, tak termasuk dalam travel insurance yang selalu korang beli masa beli tiket Airasia tu. Lain-lain okay.. Tak sama! Yang tu pun wajib juga, anything terjadi seperti QZ8501, bolehlah claim. 

Apa yang aku faham, anything terjadi kat korang semasa mengembara, travel insurance inilah yang akan membantu korang. Contoh, kena ragut ke, passport hilang ke, accident ke dan lain-lain lagi. 

Maybe, oleh kerana banyak sangat terjadi kes-kes sebegini ... Terdapat PERATURAN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG INGIN MELANCONG KE PARIS DAN SELURUH FRANCE. Bab ni korang wajib alert dan jangan sesekali terlepas pandang. Karang tersekat kat immigration kang susah. Maklumlah, orang Malaysia suka sangat pergi Paris. Most Romantic City gittew!!


PERATURAN BARU NI BOLEH DIBACA DI WEBSITE KLN
(http://www.kln.gov.my)

Malaysians travelling to France for tourism and business purposes do not need a visa for a stay less than three months. However, for visit and stay with relatives or friends in France, travellers are required to present to the French Immigration at the point of entry the following documents: 

i)           ‘Lettre de Hebergement’ (letter of Resident) from family or relative issued by the ‘Mairie’ (Mayor’s Office).
ii)             Proof of sufficient money (credit card/cash). Cash of 30 Euros per day for duration of stay in France.
iii)            Travel Insurance
iv)        Full address, telephone number and copy of Identity Card of the family or relative in France

Children below the age of 18 years (minors) travelling unaccompanied to France must produce the above document together with a letter from parent/guardian specifying information and address and telephone number of the family/relative who will be receiving the minor.

  2.   MALAYSIANS TRAVELLING TO FRANCE FOR TOURISM AND BUSINESS PURPOSES FOR LESS THAN THREE MONTHS

While Malaysians do not need a visa for tourist and business purposes of less than three months, it is strongly encouraged though, to bring along the following documents:

i)               Confirmation of hotel booking
ii)             Travel Insurance
iii)           Proof of sufficient cash for their stay in France  



 Thank you.





EMBASSY OF MALAYSIA
PARIS
5/01/2015 





Aku pendekkanla untuk kesenangan korang ...

Rakyat Malaysia Yang Pergi France Untuk Tujuan Melancong Atau Business 
Untuk Tempoh Kurang Dari 3 Bulan
- Confirmation Hotel Booking
- Travel Insurance
- Duit belanja yang mencukupi sepanjang berada di France

Rakyat Malaysia Yang Pergi France Untuk Tujuan Melawat Keluarga Atau Rakan 
Untuk Tempoh Kurang Dari 3 Bulan
- Lettre de hébergement (surat Residen) dari keluarga atau rakan yang menetap di France. Surat ni dikeluarkan oleh Mairie (Pejabat Datuk Bandar)
- Duit belanja yang mencukupi sepanjang berada di France at least 30 Euro sehari 
- Travel Insurance
- Alamat penuh, nombor telefon, salinan kad pengenalan keluarga yang menetap di France
- Kanak-kanak bawah 18 tahun yang travel solo kena mengemukakan dokumen di atas bersama surat kebenaran dari ibu bapa.

Tak Faham?? Nahhh, amek nombor embassy Malaysia di France just in case you stuck kat airport or nak tanya apa-apa.. Nombor ni pun penting dan wajib simpan. Malang tidak berbau kan?? So simpan sekarang!!! Hahaha.

00 331 45 53 11 85
00 33 6 32 60 61 84 - after office hours

Email : 
mwparis@kln.gov.my

Peraturan ni biasa sahaja. Tak berat mana pun sekiranya korang follow the flow. Bukan setakat France je, pergi negara-negara lain pun kadang-kadang diorang minta tunjukkan booking hotel dan wang tunai seperti di London. Tapi tu ikut nasib adakala dia tanya, adakala tak. Tapi macam kat France ni sekarang wajib. 

Selamat Melancong ~

TEMPAT MENARIK DIKUALA LUMPUR | Kuala Lumpur, adalah lambang kemegahan negara. Begitu juga aku anak kelahiran Kuala Lumpur, sebut je 'keyel'.. perghhh!! Terus bersemangat. Lebih-lebih lagi bila melihat pembangunan pesat di ibu kota negara kita ni. Of course bangga. 

Lebih membanggakan lagi bila Kuala Lumpur mendapat tempat keempat tempat shopping paling best di dunia oleh CNN selepas New York, Tokyo dan London, mengalahkan Paris, Hong Kong dan lain-lain. Tu pun masih ada yang bangga bila shopping di oversea walhal dah jelas dan nyata negara kita pun setanding dengan negara luar. Kannnnn??

Kalau ikut perancangan mereka, ada banyak lagi benda menarik yang akan dilaksanakan kat Kuala Lumpur ni. Tunggu dan lihat saja.. Tak sabar!!!! :)

Dan hari ni, kita semak 10 TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR yang disenaraikan oleh Tourism Malaysia Kuala Lumpur. Banyak lagi sebenarnya, tapi cukuplah 10 TEMPAT MENARIK, kang bagi lebih tak larat pula korang baca entri ni kang. Hahaha.

1) Muzium Diraja Kuala Lumpur
Muzium Diraja Kuala Lumpur ini adalah istana negara lama yang sekarang dijadikan muzium. Kalau dulu ia tertutup, tetapi kini korang boleh masuk dan lihat sendiri apa yang ada kat dalam. Aku dah buat entri pasal ni dulu, klik sini : Muzium Diraja Kuala Lumpur.
________________________________

2) Panggung Bandaraya - Teater Mud
Kalau pergi Kuala Lumpur, tak best kalau tak tahu sejarah asal Kuala Lumpur. Kenapa nama dia Kuala Lumpur? Kenapa tidak Kuala Bandar, Kuala Malaysia atau sebagainya... Jadi, nak tahu pasal sejarah Kuala Lumpur dengan lebih sempoi tanpa perlu membaca, kenalah tengok Teater Mud yang dipentaskan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Baca entry sebelum ni pasal Teater Mud Kuala Lumpur di sini : Teater Mud Arahan Datin Seri Tiara Jacquelina.

________________________________

3) Little India Brickfield
Kat sini meriah bila tiba musim perayaan kaum India. Sana sini lagu tamil dan hindustan. Eh bukan Deepavali je lah, hari-hari lain pun. Hihihi. Okay sape pernah pergi sini angkat tangan!! Haha. Kalau korang mencari inai tangan, threading eyebrow, maruku sedap atau nak makan nasi daun pisang kat sinilah tempatnya. Boleh baca entri lepas : Little India Brickfield KL. 

________________________________

4) Kuala Lumpur Tower
Sebelum wujudnya Petronas Twin Tower, inilah lambang kemegahan rakyat Malaysia. Kuala Lumpur Tower atau KL Tower, yang terletak di Jalan P Ramlee Kuala Lumpur ini masih gah walaupun ada Petronas Twin Tower kerana ia mempunyai keunikan dan kelebihan sendiri. Kot-kot korang terasa nak makan malam romantik dan istimewa bersama yang tersayang bolehlah ke sini. Sambil melihat panorama malam di Restoran Berputar KL Tower.

________________________________

5) KL City Gallery
Nak tengok before and future Kuala Lumpur?? Datanglah ke KL City Gallery. Dari sini dengan Panggung Bandaraya just jalan kaki je. KL City Gallery ni terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka. Haa, aku tak bolehlah bagitahu camana plan Kuala Lumpur di masa akan datang, so kalau korang nak tahu.. Kenalah datang sini sendiri. Dari sini juga boleh naik kereta kuda atau tram untuk bersiar-siar di kawasan sekitar ni.

________________________________

6) Dataran Merdeka
Cakap Dataran Merdeka tapi kenapa Bangunan Sultan Abdul Samad?? Haa, inilah dia. Bila sebut je Dataran Merdeka, mesti terbayang-bayang Bangunan Sultan Abdul Samad sebab dua-dua facing each other. Dah sinonim dah. Hahaha. Bagi siapa yang dah lupa pasal sejarah, meh aku bagitahu. Kat sinilah bendera Union Jack diturunkan masa merdeka 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan.

________________________________

7) Petaling Street
Nak shopping murah? Nak barang triple A? Atau nak fresh flower yang murah?? Chinatown Petaling Streetlah tempatnya. Kat sini memang famous di kalangan pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Majority yang datang Kuala Lumpur mesti singgah sini. Itu pelancong luarlah. Tapi memang best sekali-sekala datang sini cuci mata tengok barang-barang triple A, tengok gelagat manusia dan lain-lain lagi.


________________________________


8) Central Market
Antara tempat yang famous kat Kuala Lumpur adalah Central Market atau Pasar Seni. Apa yang best kat sini kalau korang cari barang-barang seperti karpet, batik, songket atau nak cari mereka yang pro dalam lukisan potret, haaa.. bolehlah datang sini. Kalau Petaling Street lebih kepada barang-barang keperluan, kat Central Market pula lebih kepada souvenir atau barang-barang seni. 


________________________________

9) Bukit Bintang
Dah pergi Petaling Street dan Pasar Seni, kini ke Bukit Bintang pula. Bukit Bintang ni pesat sebagai tempat shopping paling best di Kuala Lumpur. Sana sini shopping mall dan diserikan lagi dengan hotel-hotel mewah di sekelilingnya. Kat sini juga tumpuan pelancong dari pelosok dunia. Kat sini ada restoran-restoran makanan yang menyajikan makanan sedap, tak kiralah makanan dari mana .. Arab, Cina, India, Melayu... semuanya ada!! Hahaha. Nak best, datang waktu malam. Memang cantiklah kawasan ni dengan lampu malam yang menaikkan lagi aura di kawasan Bukit Bintang ni. 

________________________________

10) Batu Caves
Last but not least, Batu Caves Kuala Lumpur. Dari dulu aku teringin nak daki tangga di Batu Caves ni tetapi selalu tak menjadi.  Datang penuh semangat, tapi bila kira anak tangga, alahai... Simpanlah hasrat tu. Hahaha. Batu Caves ni meriah bila Hari Thaipusam. Haa, Thaipusam 3 Februari ni bolehlah korang ke sana. 



Banyak lagi benda yang menarik di Kuala Lumpur ni. Maklumlah, saban tahun ada je benda baru kat Kuala Lumpur ni. Tapi sebagai anak Malaysia, korang kenalah pergi 10 TEMPAT MENARIK DI KUALA LUMPUR kat atas ni terlebih dahulu sebelum ke tempat lain. I Love You Kuala Lumpur!! #muahciked. Hahahaha.
_______________________________

American Airliner Plane