Jika sebelum ni aku dah listkan tempat-tempat makan best di Seremban, hari ni aku nak listkan 6 TEMPAT PENGINAPAN EXOTIC DI NEGERI SEMBILAN. Alhamdulillah, post pasal makanan mendapat feedback hebat dari pembaca. Memang banyak yang belum masuk list, sebab yang itu fokus pada bandar Seremban. Insyallah soon, aku buat pasal daerah lain okay?? :)
Hari ni, kita cakap pasal penginapan pula. Ramai yang tak tahu Negeri Sembilan ni mempunyai tempat-tempat penginapan yang menarik. Mempunyai konsep lain dari yang lain. Aku tahu ada di kalangan korang yang pernah pergi kat tempat-tempat ni. Ada yang tak pernah pergi langsung. Nevermind, lepas ni packing barang, start engine kereta dan jom pergi. Yeay!
Jom kita lihat, 6 TEMPAT PENGINAPAN EXOTIC DI NEGERI SEMBILAN.
1) Eagle Ranch Resort Port Dickson
Bagi aku, Eagle Ranch Resort Port Dickson ni sangat unik dan memang lain dari resort-resort yang aku pernah pergi sebelum ni. Harga dia pun taklah mahal sangat. Korang boleh pilih nak stay kat bandwagon ke, tepee ke, log cabin ke, paddock chalet ke dan lain-lain. Up to you. Tetiba feeling-feeling cowboy bila stay kat sini. Lebih-lebih lagi menginap kat Tepee. Hahaha.
2) Awan Mulan
Awan Mulan ni boleh tahan famous di kalangan mereka yang suka percutian nature dan santai. Ada yang cakap tempat ni pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran filem Melayu yang dilakonkan oleh artis popular tanahair. Entahlah. Banyak sangat versi. Entah betul ke entah tak. Tapi cuba bayangkan petang-petang korang bersantai di hammock sambil menghirup udara segar.. Layan~
Hammock
3) Grand Lexis Port Dickson
Tak keterlaluan kalau aku cakap ni antara resort yang famous di selatan tanah air. Sering dijadikan destinasi pilihan bagi mereka yang mahukan privasi. Rata-rata yang datang ke sini majority keluarga, pasangan berbulan madu dan lain-lain lagi. Setiap bilik di Grand Lexis mempunyai swimming pool yang tersendiri. So, bagi wanita berhijab, aku rasa ini resort terbaik untuk kalian. :)
Klik sini : Grand Lexis Port Dickson
Private Pool
4) The Shorea
The Shorea lebih kurang sama macam Awan Mulan, cuma both mempunyai kelainan yang tersendiri. Bagi aku, The Shorea ni lebih classy dan lebih cantik. The Shorea ni terletak di jalan nak ke Jelebu, 9 km dari bandar Seremban. Rata-rata yang datang ke sini sangat berpuas hati dengan tempat ni.
Klik sini : The Shorea Negeri Sembilan
Lebih Indah Di Kala Senja Berlabuh
5) The Dusun
Satu lagi tempat adalah The Dusun. Actually, The Dusun, The Shorea dan Awan Mulan ni dekat-dekat je. Cuma The Dusun ni best jika korang datang masa musim buah. Kenapa namanya The Dusun kerana dahulunya ia adalah sebuah dusun durian yang kini dijadikan resort. Tapi apa yang tak best, aku dengar terdapat anjing-anjing yang berkeliaran di sini. Mungkin sesiapa pernah pergi sini boleh komen dan share pengalaman korang di ruang komen kat bawah.
Klik sini : The Dusun Negeri Sembilan
Unik dan Tradisional
6) Avillion Port Dickson
Antara keenam-enam ni, the latest yang aku pergi adalah Avillion Port Dickson. Masih menjadi resort favourite aku, Avillion Port Dickson ni sangat best sebab kat sini macam-macam ada seperti Pet Farm, Cooking Class, Sauna, Kids Cabin, Art Space dan lain-lain lagi. So, takdela bosan sangat. Tambah lagi, Avispa kat Avillion Port Dickson ni selalu menang award 'The Best Spa'. Masa aku pergi hari tu, ramai gila mat salleh. Jadi paham-pahamla, mat salleh ni kan fussy, so kalau diorang datang dan stay maknanya resort ni bestlah.Tak gittewww? Hahaha.
Klik sini : Avillion Port Dickson
Kerusi Yang Menjadi Trademark Avillion
Have a nice day!! :)