Latest Posts

She's very humble, educated and friendly. Itulah gambaran yang aku dapat ungkapkan mengenai Chief Executive Officer Airasia Zest (Philippines), Joy Caneba. Pertemuan dengannya yang diatur oleh Airasia Berhad semasa lawatan ke Manila baru-baru ni begitu bermakna sekali.

Serious, dia sangat-sangat humble. Berperwatakan ceria, aku tak rasa kekok bila berborak dengan dia. Seperti makan malam biasa dengan rakan-rakan, tidak formal dan banyak benda kami bualkan. Pasal Airasia lah, pasal dunia bloglah, pasal Philippineslah dan macam-macam lagi. 

Chief Executive Officer Airasia Zest, Joy Caneba

Lokasi makan malam ini di salah sebuah restoran rangkaian Hossein di Serendra. Kalau korang ke Manila, tak perlu risau tentang makanan Halal. Sebab Restoran Hossein ni ada banyak cawangan. Kunjungan ke Manila pada tahun 2013 lepas, aku sempat makan di Restoran Gilak by Hossein di Makati dan kali ini di Serendra pula. Both mempunyai menu yang sama dan maintain sedap.

Group Photo With Airasia Staffs

Next target nak jumpa Group CEO, Tony Fernandez dan CEO Airasia Malaysia, Aireen Omar. Entah bilalah nak jumpa dua-dua tu. Tak sabar pula rasanya. Mereka ni inspire me a lot! Semangat diorang, perghhhhh!! Tak boleh nak describe macamana, tapi faham-fahamlah bila berada di keliling orang yang berjaya, pasti kita kena tempiasnya juga. Serious!


Terdapat persoalan yang diajukan kat aku, "KAT MANA TEMPAT MAKAN BEST DI SEREMBAN?". Susah sebenarnya nak jawab ni. Kalau kita asyik makan benda sama, tekak pun alah bisa tegal biasa. Sebab bagi aku, kalau first time makan sesuatu makanan tu, barulah ada aura. Barulah dapat bezakan best atau tak.
Tapi kan... Tapi kannnn.. ada je tempat makan best kat Seremban ni. Kira kalau femesla juga. Manalah tahu ada di antara korang yang plan nak turun Seremban, bolehlah singgah makan kat sini. Haaa, tapi jangan lupa roger aku bila korang datang Seremban. Haha.
KAT MANA TEMPAT MAKAN BEST DAN HALAL KAT SEREMBAN?? Aku bagi 14 tempat makan yang boleh korang singgah dan melantak di Seremban... Selamat menjamu selera. :)

1) Nasi Arab Damsyik
Kiranya ni paling wajib ko try kalau bila datang Seremban. Nasi Arab Damsyik ni famous. Kalau datang malam, sentiasa penuh. Bertemakan masakan arab yang berasal dari Damsyik, haa.. memang terangkatlah bila makan kat sini. Sedap sangat nasi arab kat sini. Restoran Nasi Arab Damsyik ni terletak di Jalan Paroi-Senawang. Kalau sesat, tanya je orang. Semua orang Seremban mesti tahu restoran ni.

2) Gerai Rajab, Benteng Seremban
Kalau dah ada darah dari Bukit Tinggi Sumatera, memang tak boleh dipisahkan dengan Satay Minang ni. Merata tempat yang aku pergi kat Malaysia ni, kat Seremban ni juga yang paling sedap. Tak percaya trylah. Pak Rajab ni memang asal dari sana dan dah berniaga lama. Kini Gerai Rajab ni terletak di Benteng (tengah bandar) Seremban dan dibuka dari petang sampai malam.

3) Haji Shariff Cendol
Ini pun salah satu tempat makan yang bertahan lama di Seremban. Mempunyai pengaruhnya sendiri, Haji Shariff Cendol semakin berkembang dan mempunyai beberapa cawangan di daerah Seremban. Actually kalau korang nak tahu, ada perbezaan di antara cendol Negeri Sembilan dan cendol di negeri lain. Itupun aku baru tahu bila join trip Tourism Negeri Sembilan. Hahaha. Cendol di Negeri Sembilan ni diorang menggunakan gula enau atau gula kabung.
Selain dari Haji Shariff Cendol, ada lagi gerai-gerai cendol yang famous di Seremban seperti Cendol Kampung Jiboi dan Cendol Leman Dawi Senawang.

4) Nasi Lemak Balai Polis
Walaupun aku rasa harganya makin lama, makin tak diterima dek akal, tetapi Nasi Lemak di Gerai Senyum Senyum Selalu (berhadapan dengan Balai Polis Seremban) ni mempunyai kelebihannnya yang tersendiri. Sambal sotong, ayam, pedal dan lain-lain selalu menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung kat sini. Aku salah seorang pelanggan setia dari dulu hingga kini.
Nasi Lemak Balai Polis (nama famous) ni pun antara yang dah lama wujud di Seremban dan masih bertahan sehingga ke hari ini. Pengaruh kuat wei. Mahal-mahal pun, sodap bak kata orang nogori.

5) Starfresh Agropark, Jalan Bukit Putus

Ingat tak review aku beberapa bulan lepas pasal Starfresh Agropark? Walaupun Jalan Bukit Putus-Kuala Pilah ni semakin sunyi sejak adanya highway baru, tetapi bagi pelanggan setia Starfresh Agropark itu bukan penghalang untuk datang ke sini.
Tambahan pula, suasana di sini berbeza dengan tempat lain dan selain dari makan, macam-macam benda boleh buat kat Starfresh Agropark ni. Haa, nak tahu apa .. kenalah baca entry aku yang lepas. 

6) Mee Kari Railway Seremban
Boleh katakan semua yang aku suggest ni kebanyakannya dah established lama termasuklah Restoran Mee Kari Railway Seremban ni. Kenapa nama dia mee kari railway? Suatu ketika dahulu lokasinya adalah berdekatan dengan Stesen Keretapi Seremban. 
Sebuah gerai kecil kemudian berpindah ke Seremban 2. Mee Kari Railway Seremban ni tak kedekut ayam. Itulah yang menjadi tumpuan para pelanggan setianya saban hari.

7) Warung Lempeng Limet, Senawang
Teringin nak makan lempeng di waktu malam tapi malas nak masak? Tak payah susah-susah. Jom ke Warung Lempeng Limet Senawang. Kat sini macam-macam ada. Ada cekodok, lempeng dan lain-lain lagi. Haa, kalau gatal tekak craving for lempeng malam-malam tu bolehlah ke sini. 

8) Restoran Wadi Ar-Raudhah
Masakan panas, masakan panas. Tengahari kalau perut berkeroncong kelaparan, bolehlah singgah di Restoran Wadi Ar-Raudhah di Rahang. Restoran ni jadi tumpuan bila waktu tengahari sebab lauk pauk yang disajikan semuanya fresh dan pelbagai jenis lauk sampai rambang mata nak pilih. 
Cuma, harganya aku rasa agak mahal sedikit berbanding kedai lain. Well, mahal-mahal pun tetap menjadi pilihan warga Seremban. Tak percaya?? Datanglah sini waktu tengahari. FULL babe!!

 9) Restoran Nelayan Rahang
Sesekali kalau nak makan lain dari yang lain, datanglah Restoran Nelayan di Jalan Rahang. Bertentangan dengan Restoran Wadi Ar-Raudhah. Owner restoran ini adalah saudara aku. Memang dah lama restoran ni bertapak kat sini dan sering menjadi tumpuan penggemar-penggemar makanan eksotik. Kalau korang nak try daging landak, daging rusa dan lain-lain, bolehlah singgah sini. :)

10) Gerai Popia Kuala Kangsar Stadium Paroi
The best popia in Seremban of courssssssseeeee, Popia Paroi. Kalau time Ramadan, beratur panjang orang nak beli popia ni sebab sedap sangat. Kuah dia, perghhhh.. Kecur airliur! Lokasinya di luar Stadium Paroi. Tak payah susah-susah, rasanya penduduk Seremban tau lokasi Gerai Popia Kuala Kangsar ni. Tanya je diorang kalau sesat. Hehehe. 

11) Satay Tulang Jelebu, Senawang
Actually, selama aku duduk di Seremban, baru tahun ni aku tahu kewujudan Satay Tulang. Sumpah tak pernah dengar sebelum ni. Entah bagaimana rasanya, entah bagaimana bentuknya.. Tapi disebabkan tercabar tengok rakan-rakan blogger lain dah sampai sini, maka aku pun menjejakkan kaki ke Satay Tulang Jelebu yang terletak di Dataran Senawang ni.
SATAY TULANG??? DIPERBUAT DARI TULANG KE?? Dok eh, nama je tulang bukan tulang pun. Tapi ia dibuat dari lebihan ayam yang terletak di celah-celah tulang. Satay Tulang ni famous di daerah Jelebu dan ianya adalah perniagaan turun temurun lebih 60 tahun.

12) Restoran Hard Wood Cafe, Seremban 2
Mungkin korang boleh pertimbangkan juga untuk makan tengahari di Restoran Hard Wood Cafe Seremban 2. I repeat Hard Wood Cafe. Bukan Hard Rock Cafe. Kuikui. Restoran ni menyajikan lauk pauk kampung yang sedap. Suasananya pun lain dari yang lain. Berdekatan dengan Aeon Seremban 2, bolehlah pergi nanti.

13) Restoran City Park Oriental 
Restoran City Park Oriental Seremban 2 ini adalah restoran favourite aku ni. Boleh katakan sebulan sekali harus makan sini. Restoran Chinese Muslim di Seremban 2 ni sentiasa padat dengan pelanggan lebih-lebih lagi public holiday. Semuanya laparkan makan sedap. Harganya pun boleh tahan. Antara yang aku suka kat sini mestilah butter prawn dia. 

14) Burger Ijan Paroi
Dari Kuala Lumpur, ia berpindah ke Seremban pada tahun 1995. Burger Ijan ni sentiasa menjadi pilihan warga Seremban yang mahukan hidangan burger yang sedap. Aku sentiasa mempunyai masalah kalau makan burger jalanan ni. Kurang sayurlah, kurang soslah, burger mentahlah. Nasiblah burger Ijan ni sempurna dari segi rupa dan rasa.
Burger Ijan ni tak kedekut sos dan tak kedekut sayur. Maka tak hairanlah perniagaannya berkembang dari sebuah gerai di tepi jalan kemudian beralih di sebuah tapak (bersebelahan dengan Restoran Syed Maju Taman Paroi Jaya). Pelanggan-pelanggannya bukanlah dari Seremban je, ada yang sanggup datang dari Melaka dan Kuala Lumpur semata-mata nak makan burger Ijan ni. Wow!! 
Dah tahu kan kat mana nak makan kat Seremban ni?? Tak payah pening-pening lagi. Sekiranya korang ada cadangan atau nak menambah restoran-restoran pilihan korang, nyatakan kat komen bawah. Mana tahu boleh dijadikan sebagai bahan rujukan pembaca Kisah Tatie yang ingin ke Seremban?
Majority restoran/gerai yang aku suggest ni kebanyakannya dah bertapak lama di Seremban dan mempunyai pengaruhnya tersendiri. Bak kata orang, nak tengok restoran tu berjaya atau tak, tengok usianya. Hehe.
Memang susah nak selitkan masa sejak dua menjak ni. Ada je tugasan yang perlu diselesaikan. Maka, banyaklah entri tertangguh. Alahai, nampaknya beberapa entry terpaksa dibawa ke tahun depan. Eh, eh, eh, macam lama pula bila sebut tahun depan, tapi sebenarnya besok je pun. Hikhik. =P

Kalau hari tu aku dah bagi teaser, PELAYARAN SUPERSTAR LIBRA STAR CRUISE BERSAMA PAK NIL KE PENANG, PHUKET DAN KRABI, jadi hari ni kita up sikit kepada Pengenalan Superstar Libra. Mesti ada yang dah merancang percutian di atas kapal mewah ni kan? Nak tahu apa yang ada kat kapal Superstar Libra ni .. kenalah baca entri ni sampai habis. 


Superstar Libra ni usianya sama dengan aku. Dibuat pada tahun 1988 di Finland sebagai Seaward untuk Norwegian Cruise Line dan kemudiannya pada tahun 2005, barulah Star Cruises beli dan tukar nama kepada Superstar Libra. Nak masuk 27 tahun dah usia kapal ni.


JETTY UNTUK NAIK SUPERSTAR LIBRA
Swettenham Pier, Penang

Swettenham Pier Pulau Pinang
Superstar Libra

Walaupun usianya 27 tahun, Superstar Libra masih gah berlayar di samudera. Masih menjadi pilihan pengunjung yang dahagakan percutian mewah di atas kapal. Masa aku pergi tempoh hari, boleh katakan kapal ni sarat dengan penumpang. At first, I was imagine, mesti tak ramai. Sebab aku perhatikan orang kita ni gemar percutian bajet. Tapi bila dah kat kapal, uwaaaa. Ramai gila!! Siap ada yang bawa 12 ahli keluarga lagi bercuti atas kapal ni. Kelasss kau jah!

Dilarang Membawa Barang-Barang Ini Termasuk Iron 
Hallway

Seperti yang aku beritahu sebelum ni, percutian atas kapal Superstar Libra ini ditaja penuh oleh Malaysian Harmony Tour & Travel. Kami berlayar dari Penang menuju ke Phuket dan Krabi Thailand. Aku ditempatkan di tingkat 4, bilik jenis Inside Stateroom.

Kat atas Superstar Libra ni ada macam-macam jenis bilik. Nak paling mahal pilihlah Executive Suite, kalau honeymoon aku suggest stay kat Deluxe Oceanview Stateroom. Kalau bajet dan pergi dengan kengkawan, bolehlah stay kat bilik macam aku ni Inside Stateroom. Tepuk wallet, tanya poket. Hehe.

JENIS BILIK : INSIDE STATEROOM
(Deck 4)


Bersyukurlah walaupun bilik ni bersaiz comel, tapi ianya cukup selesa. Ada kemudahan TV dan lain-lain lagi. Siap ada live maps kat TV lagi ala-ala waze. Haha. Oh by the way, aku nak suggest tempat letak toiletries yang aku rasa sesuai untuk dibawa ke dalam kapal. Yela, nak bawa besar-besar, ruang bukannya besar. So, inilah yang paling sesuai untuk simpan toiletries korang. Hehe.

Boleh Dibeli di Diva atau Sephora
Toiletries Kapal Pun Ada

Cuma yang tak syok, takde iron. Tak boleh bawa iron tau. Jangan sesekali seludup. Setiap kali nak masuk Superstar Libra je harus melalui scan. Kena rampas baru tahu. Oh, lupa pula. Kat atas kapal ni menggunakan international plug. Kalau korang lupa nak bawa, boleh je pinjam dari kaunter. Kalau hilang atau tak pulangkan, kena denda. Sebab kat atas kapal ni semuanya guna kad. Nak beli apa-apa pun guna kad. Just swap and pay bila nak balik nanti.

MAKAN?? Oh kat atas ni ada restoran halal, pork free and non halal restaurant. Tapi semua makanan dah termasuk dalam pakej. Makanlah bila korang nak, makanlah bila korang lapar, makanlah puas-puas sampai pitam. Hahaha. OMG, gain weight sangat bila naik Superstar Libra ni. Keje melantak je.

 Makan, Makan dan Makan
 Guest Services

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN ATAS
 SUPERSTAR LIBRA

 Swimming Pool
 Restoran & KTV (karaoke)
 Club
 Duty Free Shop
 Massage
Saloon
 Jakuzi
Ping Pong
Basketball
Kasino 
Porthole (Children's Playroom)
Kalau ibubapa nak pergi shopping, boleh tinggalkan anak-anak kat sini. Ada babysitter yang jaga.
Star Dust Lounge
Photo Gallery & Printing Service

Kemudahan lain seperti sauna dan banyak lagi di atas kapal Superstar Libra yang sepanjang 709.64 feet dan seluas 107.09 feet ni. Tak turun Phuket dan Krabi pun takpe. Kat atas ni pun dah cukup menghiburkan.


Seronoknya percutian atas Superstar Libra Star Cruises ni. Satu pengalaman yang cukup berharga. Walaupun tak semewah kapal Titanic, tapi bagi aku ni pun dah cukup mewah. Seronoknya pagi-pagi menyaksikan matahari terbit di atas kapal, berhibur dan menggunakan kemudahan atas kapal sepuas-puasnya. Memandangkan semua kat atas kapal, korang bolehlah tambah kenalan. Maklumlah, balik-balik jumpa muka sama, secara tak langsung merapatkan silaturahim sesama umat.

Untuk info lanjut mengenai Percutian Superstar Libra Bersama Pak Nil bolehlah klik sini :

American Airliner Plane