Latest Posts

APA YANG MENARIK DI BOHOL?? Nah aku senaraikan 10 tempat-tempat menarik di sekitar Bohol yang boleh korang kunjungi. Jangan teragak-agak untuk ke sini, sebab kat sini best. Bohol kaya dengan keindahan semulajadi, pelbagai aktiviti menarik yang boleh dicuba dan banyak lagilah. 

Tagline Bohol, 'Behold Bohol'. Jom Visit Bohol tahun ni sempena Visit Philippines Year 2015 !!!

Group Photo With Bohol Governor, Edgar Chatto

1 - Chocolate Hills Adventure Park (CHAP)


2 - Tarsier Sanctuary


3 - Abatan River Life Tour


4 - Loboc River Cruise

 

5 - Lamanok Mystical Island


6 - Sunrise at Panglao Island


7  - Blood Compact Shrine


8 - Anda White Sand Beach


9 - Santa Monica Church & Museum


10 - Bohol Town


Menarikkan? Bestkan? Banyak lagi tempat best kat Bohol ni. Cukuplah 10 di atas, selebihnya korang terokai sendiri. Bagitahu semua kang tak suprise. Hehehe. 

______________________________________________
Negeri Perlis memang terkenal dengan MEE REBUS. Sana sini orang bercakap pasal mee rebus. Sampai ada yang sanggup ke Perlis semata-mata nak makan mee rebus. Tapi dalam banyak-banyak RESTORAN MEE REBUS KAT PERLIS, yang mana satu paling sedap?? Any idea??

Tapi masa aku ke sana tempoh hari, adalah satu dua cadangan... Salah satunya RESTORAN MEE REBUS AZMI. Lokasi restoran ini di Arau Perlis. Kalau tanya student-student UiTM, confirm diorang tahu. Sebab RESTORAN MEE REBUS AZMI ni bukan sekadar restoran, tapi diorang juga menyediakan kelas untuk mereka yang nak belajar cara-cara buat mee rebus.

 Restoran Mee Rebus Azmi di Perlis
Restoran Mee Rebus Azmi di Perlis

Ramai yang dah datang sini untuk belajar CARA-CARA BUAT MEE REBUS. Tidak ketinggalan selebriti dan juga lain-lain. Maka, orang kata kalau dah cikgunya pun handal, mestilah makanan dia pun sedap. Tak gitu?? Memang terliur dibuatnya. Tak sampai beberapa minit, dah licin dah pinggan tu. Burppp. Sedap!

Anak Tauke Yang Serve Kan Makanan
Mee Rebus Azmi

Tu Dia, Tengok Abang Ni Makan
Mari Belajar Buat Mee Rebus
Bahan-Bahan Yang Digunakan

BAHAN-BAHAN BUAT MEE REBUS
Tepung
Garam
Silikat
Serbuk Pewarna
Air Suam
Sodium Carbonate

Cara-Caranya?? Haaa, ni kena datang sini dan belajar .. =P

 The Making Of Mee
 Ingat Lagi Air Ni?? Kenangan Sangatkan??
Macam-Macam Ada

Siapa-siapa nak rasa keaslian MEE REBUS PERLIS ni, bolehlah ke Restoran Mee Rebus Azmi. Actually ini bukanlah first time aku ke sini. Masa arwah abah hidup pun, aku pernah ke sini. Tapi dah lama.. About 10-13 years ago. Alhamdulillah, aku kembali ke sini untuk makan mee rebus kegemaran arwah abah. Abah, I miss you so much! :(

Alamat Restoran Mee Rebus Azmi
No 1-G, Plot 1, Jalan Arau-Kodiang,
Taman Utara Fasa II, 
Mukim Arau, Perlis.

No Telefon

[Selamat Menjamu Selera]

Jika korang bercuti ke Bohol Philippines, aku suggest korang menginaplah di SOUTH PALM RESORT BOHOLSOUTH PALM RESORT BOHOL ni adalah satu resort yang terletak di Panglao Island. Cantik resort ni, first time datang sini, hati terus terpaut.

PULAU PANGLAO ni adalah sebuah pulau yang terletak di Bohol. Menjadi tumpuan para pelancong dan air kat sini sangat jernih sekali. Mempunyai keluasan 80.5 km persegi ia terletak di Wilayah Bohol dan ditadbir oleh dua majlis perbandaran, Dauis dan Panglao.

Tapi takdelah sampai kena naik bot bagai kalau nak ke Pulau Panglao ni. Naik pengangkutan darat pun boleh melalui jambatan Borja atau Causeway Bridge yang menghubungkan antara bandar Bohol dan bandar. Tapi kalau naik bas tu, aku 50-50.. Tak nampak pula bas kat situ. Hihihi.

Matahari Terbit Di South Palms Resort

SOUTH PALMS RESORT BOHOL ni sangat cantik. Seperti gambar kat atas, gambar matahari terbit. Memang sangat mengasyikkan. Kalau tak, manakan aku dan si Ila tu excited nak bangun jam 4 pagi semata-mata nak melihat matahari terbit ni. Terlebih semangat!

Tapi bukan kami berdua je tau, pergi ke tepi pantai .. ramai lagi rupanya yang seperti kami. Haha.

Receptionist Counter

Kalau ikut Agoda, South Palms Resort Bohol ni bertaraf 5 bintang. Mungkin la kot. Tapi resort ni memang luas dan mempunyai pelbagai facilities yang menyenangkan pengunjung. Aku suka sebab suasana kat sini very quiet and so peaceful. Kalau nak cari ketenangan, memang aku suggest staylah kat SOUTH PALMS RESORT BOHOL ni.

JENIS BILIK : 
DELUXE GARDEN VIEW

Deluxe Garden View
Souvenir Famous - Peanut Kisses
Dressing Table
Fruit

Food
Dalam Almari (turut ada selipar jepun untuk pergi beach)
Toilet
Toiletries
Diorang Menggunakan Product Face Made In Stockholm

Selain dari sunrise dan persekitaran yang menarik, of course ada yang tertanya-tanya, bagaimana keadaan pantai kat SOUTH PALMS RESORT BOHOL ni? Pasir-pasir kat sini putih dan halus. Pantai kat sini adalah pantai yang terpanjang di bahagian Panglao. Manalah tahu kot-kot nak main kejar-kejar ala-ala dalam citer romantik tu kan, ha bolehlah main kejar-kejar kat tepi pantai. Hahahaha.

Swimming Pool 1
Swimming Pool 2

Bean Bag Chairs
Palm The Spa
Diorang Kata Hasil Dari Earthquake Tahun 2013
Terjumpa Pula Tapak Sulaiman Ketika Air Surut
Sea Urchin Memang Banyak Kat Pantai Bohol
Syoknyaaaa Resort Ni.. Tanak Balik!!!
Dive Shop
Coffee House
Jalan Ke Jalan
Pusat Rekreasi

Kalau ikutkan, memang aku tak puas menginap kat sini selama 2 malam. Tak puas nak berlari mengejar matahari terbit, tak puas berenang, tak puas baring di bean bag sambil menyaksikan bintang bertaburan, tak puas melayani alunan bunyi pantai yang mempersonakan, ishhhh...segalanyalah.  Entah bilalah boleh ke sini lagi. Maybe 5-6 years... Insyallah. 


Relax and Enjoy The Sunrise

SOUTH PALMS RESORT BOHOL
Brgy, Bolod, Panglao Island
Bohol 6340 Philippines

No Telephone
+63 38 502 8288
1 800 1888 7777

Email
info@southpalmsresort.com
_______________________________________________
American Airliner Plane