Latest Posts

Bole Chudiyan Bole Kangana .. Haay Main Ho Gayi Teri Saajana .. lalalala ... Eh, eh, eh. Kejap!!! Kenapa tetiba nyanyi lagu Kabhi Khushi Kabhi Gham?? Apa sudah jadi?!

Inilah penangan Bollywood sempena Rumah Terbuka Deepavali Malaysia yang aku pergi baru-baru ini. Meriah wei. Dengan hindustannya, dengan Tamil Klasiknya, Baba Nyonya, Dondang Sayang dan lain-lain. Sesekali rasa macam nak join je diorang ni menari kat pentas. Haha. 

Turut hadir sama, PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Yang Dipertua Negeri Melaka, Menteri Besar Melaka, Presiden MIC Malaysia, Menteri Pelancongan Malaysia... dan lain-lain lagi. 

Kelassss Melaka terpilih jadi tuan rumah Rumah Terbuka Deepavali tahun ni. 

Khemah Media and VViP

Ibarat dalam filem hindustanlah. Menari, menyanyi, menari.. wahhhh!!! Hahaha. First time aku pergi Rumah Terbuka Deepavali Malaysia. Yang hadir bukan je kaum India, ada Melayu, ada Cina .. eh Bangla pun ada. Hahaha. Makanan yang dihidangkan mestilah berasaskan makanan-makanan tradisi India. Yummy!!


Bertempat di Melaka Alive (belakang Dataran Pahlawan), majlis ini dihadiri ribuan rakyat Malaysia. Oh, makan free suka kau yeee? Haha. Lepas ni Rumah Terbuka Malaysia Christmas pula. Yang tu, tunggu next month. Yeayy... meriahnya Malaysia. Hampir setiap bulan ada je event!

RUMAH TERBUKA DEEPAVALI MALAYSIA


dan penyanyi kegemaran aku pun ada... Awiiiiieeeeee !!!!!! Homaigodddd!!


_____________________________________________

Rumah Terbuka Deepavali Malaysia ini adalah sebahagian daripada itinerary trip Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sempena Mega Familiarisation Programme 2014. Terima kasih Motac kerana sudi mengundang Kisah Tatie untuk ke trip yang menyeronokkan ini. ~

Sydney, dikategorikan sebagai 'the most expensive city in Australia'. Biarpun mahal, orang tetap nak pergi. Sebut Sydney mesti teringat Opera House kan? Hehehe. Sebenarnya banyak cara untuk berjimat di Sydney ni. Tu nanti aku cerita. Tapi apa yang penting, kenalah tahu tempat-tempat menarik di Sydney.

Kalau ke Sydney Tak Sah Kalau Tak ....

Tengok Sunset di Circullar Quay
Naik Ferry 
Pergi Hard Rock Cafe (bagi aku lah)

Tu tiga kena buat kalau ke Sydney. Selebihnya adalah 10 tempat wajib pergi kalau ke Sydney. Omputeh cakap, 'Top 10 Tourist Attractions In Sydney'. Kalau tempat yang korang nak pergi tu takde dalam list, jangan marah tau. Pergilah. Maybe boleh suggest kat aku. 


TOP 10 TOURIST ATTRACTIONS IN SYDNEY


1) Opera House

Apa gunanya ke Sydney jika tidak ke Opera House? Inilah mercu tanda Sydney.


2) Harbour Bridge

Nombor dua mercu tanda Sydney. Kalau berani dan tak gayat bolehlah cuba panjat jambatan ni 'Bridgeclimb'. Aku awal-awal dah surrender. Takut! Jambatan ni kalau malam meriah dengan lampu. 


3) Manly Beach

Best!! Seronok!! Terletak 7km dari bandar Sydney. Korang perlu naik feri dari Circullar Quay. Kat sini terkenal dengan penguin. Kalau luck, dapatlah tengok. Kalau give up, tengok je kat Sealife Sanctuary yang ada kat Manly Beach ni. Haha. Oh ya, the best thing kat sini adalah Scenic Walkaway.


4) Bondi Beach

Famouskan pantai ni. Masa touch down Sydney, inilah tempat pertama yang aku pergi. Ombak dia lagi ganas dari Manly Beach dan sebab itulah ia jadi famous dengan aktiviti surfing. 


5) Blue Mountains

To die for. Kalau korang cintakan alam sekitar, dahagakan panorama cantik, bolehla ke sini. Ada dua cara untuk ke sini, satu amek pakej dan satu lagi pergi sendiri naik train ke bandar Katoomba which is lagi jimat. Nak drive pun boleh (50 minit dari bandar Sydney).



6) Royal Botanic Garden

Berdekatan dengan Opera House, tempat ni cantik bila musim bunga. Berkeluasan 30 hektar dan korang bolehlah naik Choo Choo Express yang beroperasi setiap 30 minit untuk mengelilingi Royal Botanic Garden ni. Kat sini juga ada Goverment House yang dibuka jam 10am - 4pm, Mrs Macquarie's Chair, Cadi Jam Ora, The Wollemi Pine, The Sydney Tropical Centre dan lain-lain lagi.


7) Paddy's Market

The best place to buy Sydney Souvenirs. Memang murah! Sangat murah. Berdekatan dengan sini juga ada beberapa buah restoran halal.


8) The Rock

Tapak penempatan pertama penduduk Eropah di Australia sekitar tahun 1788. Bangunan-bangunan di sini menggunakan batu 'local sandstone' dan masih kukuh sehingga kini.


9) Sydney Tower

Bangunan tertinggi di Sydney. Di bawahnya adalah shopping mall Westfield. Diilhamkan oleh Donald Crone dengan kos pembinaan sebanyak 36 million. Aku suggest korang pergi skywalk kat atas ni. Best!


Harga Tiket Masuk Sydney Tower :


10) Darling Harbour

Kat sini ada beberapa tarikan seperti Maritime Museum, Starcity Casino, Chinese Garden, Jambatan Pyrmont dan tarikan-tarikan lain under Merlin Entertainments (syarikat sama mengendalikan Legoland dan tourist attraction di United Kingdom). Tak perlu pergi jauh, kat sini juga ada Wildlife Sydney Zoo, Madame Tussaud, Sealife dan beberapa tarikan lain. Kat sini juga letaknya Hard Rock Cafe Sydney.

Untuk pergi Whale Watching, korang perlu naik feri dari sini.  Kat sini ada satu gerai makanan halal (kebab).


Korang... jangan takut untuk travel sorang-sorang. Percayalah. Bukan korang je yang travel sorang-sorang. Memang akan terasa sunyi, awkward dan sometimes rasa tak selesa. But trust me, bila ke tempat-tempat tarikan pelancong, mesti terjumpa orang yang travel solo macam kita.

Itulah yang aku alami bila ke Osaka. Tapi rasa malu dan takut tu dibuang jauh-jauh. Bila ke Tsutenkaku Tower, barulah aku jumpa beberapa orang yang travel solo. Ada wanita dan ada lelaki. Semua tak lokek hulurkan bantuan bila kita minta tolong ambilkan gambar. Tak payah susah-susah beli monopod. Haha.

Tsutenkaku Tower Osaka

Tapi aku bukanlah nak cerita panjang pasal travel solo. Sebab hari ni aku nak story pasal Tsutenkaku Tower ni. Tsutenkaku Tower ni digelar 'Nariwa's Eiffel Tower' oleh penduduk Osaka. Pemandangan dari atas memang mengkagumkan. 

Eh, eh... mekasih. *guna bahasa ayam itik je*

Disebabkan aku menggunakan Osaka Travel Pass, maka  tak perlu bayar apa-apa. Sebab dah masuk dalam pakej. Tapi kalau korang nak beli single tiket, entrance fee for Tsutenkaku Tower Osaka ni berharga 700 yen. Jadi, baiklah korang guna Osaka Travel Pass. Lagi jimat. Read here : Travel With Osaka Travel Pass.

Pintu Masuk

Tsukenkaku Tower ni terletak kat Shinsekai District dan dibina pada tahun 1912 (sama usia dengan Titanic). Ia adalah simbol kepada Osaka. 

Kat Tsukenkaku Tower ni banyak patung-patung Biliken. Apa tu biliken? Dia macam patung bawa tuah. Nak tahu lebih pergi google sendiri. Hahaha. =P

Simbol Biliken Di Lift

 [[ Tsukenkaku Tower Osaka ]]





Mekasihlah kepada mereka yang sudi ambilkan gambar. 
Lupa pula nak minta nama.. Haha. 

Operation Hour :
9 am - 9pm

Cara-Cara Nak Ke Tsutenkaku Tower :
3 minit jalan kaki dari Ebisucho Station (Sakaisuji Line subway)

Alamat :
1-18-6, Ebisu-higashi,
Naniwa-ku, Osaka-shi.

_______________________________________


American Airliner Plane