Siapa kata duk terperap kat dalam negara sendiri membosankan? Sesekali cubalah jadi pelancong di negara sendiri. Tak payah pandu kereta pun. Beli je tiket bas Hop-On Hop-Off. Pastu pusinglah Kuala Lumpur puas-puas. Just imagine korang ni pelancong. Enjoy setiap tempat, ambil gambar, spend time dengan orang tersayang... tak ke best namanya tu?
Bagi aku best. Sebab aku dah merasa pengalaman jadi pelancong di negara sendiri. Kengkadang kita buat sesuatu yang berlainan dari hari-hari biasa. Tak semestinya kena jadi pelancong di negara orang je.
Bas Hop-On Hop-Off
Sebut pasal bas Hop-On Hop-Off, ini kali kedua aku naik bas ni. Malas nak citer panjang. Aku ringkaskan je la ok? Bas KL Hop-On Hop-Off ni dicipta untuk memudahkan pelancong bergerak dalam negara kita. Ia akan pergi ke beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Tak payah pening-pening, naik je bas ni. Dia akan bawa korang melawat beberapa tempat tarikan pelancong.
Bermula dari jam 9 pagi sampailah 8 malam. Kekerapan bas adalah setiap 30 minit. Bas Hop-On Hop-Off ni bukan je ada kat Malaysia, kat negara lain pun ada. Hop-On, Hop-Off, korang turun... then, naik bas lagi satu dengan menggunakan tiket yang korang beli tu. Begitulah perumpamaannya. Senang je
Taklimat Tourism Di Bangunan Sultan Abdul Samad
Ehem.. Pun Boleh
Double Decker Bas
Antara tempat-tempat yang kitorang pergi :
Bangunan Sultan Abdul Samad
Muzium Negara (lunch)
Istana Negara Baru
Panggung Bandaraya
Menara Kuala Lumpur
Anjung Felda KL
KL City Gallery
Muzium Diraja
Little India Brickfields
Stadium Merdeka
Bas Hop-On Hop-Off ni berhenti di melalui 40 attractions dan stop di 23 hentian.
Harga Bus Hop-On Hop-Off
(klik gambar untuk MEMbesar)
*kanak-kanak bawah 5 tahun percuma*
Yang selebihnya aku cerita kemudianlah... Hehehe.
For more info, sila visit FB & Website KL Hop-On Hop-Off sekarang :
Website :
Facebook :
____________________________________________