Latest Posts

ANAK PATUNG VERSI SABAH DI CHANTEEK BORNEO GALLERY | Kalau anak korang gila dengan watak Elsa dalam filem Frozen, aku pula gila dengan anak patung yang terdapat di Chanteek Borneo Gallery Sabah. Ahhhh-maaaa-zing!

Persamaannya dua-dua ni anak patung, tetapi pakaian anak patung ni berbeza. Kat Chanteek Borneo Gallery ni anak-anak patung dipakaikan dengan pakaian tradisi masyarakat Sabah. Comel sangat okay!

Chanteek Borneo Gallery

Sesungguhnya menjejakkan kaki kat Chanteek Borneo Gallery ni buat aku terkenang zaman hingusan suatu ketika dahulu. Nasiblah kat satu sudut kat Chanteek Borneo Gallery ni ada Interactive Corner. Apa lagi, aku lepas gianla main anak patung kat situ. Hahaha. 



Banyak info yang aku dapat berkaitan dengan pakaian-pakaian etnik masyarakat di Sabah kat Chanteek Borneo Gallery ni. Mana taknya 200 anak patung yang mewakili lebih 40 etnik di Sabah. Wow.. banyakkan? Interesting sungguh.

Tapi kat Chanteek Borneo Gallery ni bukan setakat anak patung je, tetapi ada juga alat muzik tradisional, replika kecil rumah-rumah tradisional dan banyak lagi.



Harga Tiket Masuk Chanteek Borneo Gallery 
RM15 (dewasa)
RM10 (kanak-kanak)

Sambutan Dari Pihak Chanteek Borneo Gallery

Susunan Yang Teratur

Kalau korang nak tahu, pengasas Chanteek Borneo Gallery ni bukanlah pereka fashion. Basic dia dalam bidang IT tetapi kerana minat mendalam dalam mengetengahkan budaya masyarakat Sabah, dia tampil dengan idea penubuhan Chanteek Borneo Gallery ni.

Good job Ms Anne Antah.

Alat Muzik
Masyarakat Pakaian Dusun Tobilung
Cute tak?

Sabah Kaya Dengan Budaya
Ni Boleh Aku Tiru Untuk Baju Raya Next Year

CHANTEEK BORNEO GALLERY DIIKTIRAF LUAR

Chanteek Borneo Gallery ni juga telah menarik minat orang luar. Buktinya, University of Zurich Switzerland telah menempah beberapa anak patung dalam pakaian Sabah. Susah gila kot nak dapat tempat di hati mat salleh yang selalu perasan hebat ni. 

Pencapaian Chanteek Borneo Gallery ni telah membuktikan ia bukan sebarang galeri. Galeri yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. *tumpang bangga*

Antara Yang Ditempah Oleh University of Zurich

Interactive Corner



Marimba Room


Souvenir Shop


Kat bahagian luar Chanteek Borneo Gallery pula, terdapat ruang-ruang permainan seperti 'keng-keng', tiup sumpit dan juga galeri pakaian etnik Sabah. 

Tiup Sumpit

Belajar Tiup Sumpit

Galeri Pakaian

Ini bukan FREE tau. Tapi kena bayar ikut saiz gambar yang korang nak. Okaylah kan? Bila lagi kan nak merasa pakai baju etnik Sabah. Walaupun baju mereka ni nampak simple, tapi sebenarnya susah gila nak pakai.


Contohnya pakaian yang dipakai oleh blogger Farah (link) kat bawah ni mengambil lebih kurang 30 minit untuk siap pakai. Yang menjadi susah adalah accessoriesnya. Too complicated! Sangat menguji kesabaran. Kalau aku, memang tak sesuai. Kurang sabar! Hahaha.

Unikkan pakaian diorang ni? =)

Pakaian Tradisi Masyarakat Dusun Lotud

Thank you
 Chanteek Borneo Gallery, Airasia & Sabah Tourism Board.

Souvenir From Chanteek Borneo Gallery

Chanteek Borneo Gallery
Kampung Lakang, Jalan Telibong,
Tamparuli, Kota Kinabalu.

Website :

Facebook :

Waktu Operasi Chanteek Borneo Gallery :
Selasa - Sabtu  9 am - 6 pm
Ahad 10 am - 4.30 pm
Public Holiday 9 am - 5 pm
Isnin Tutup

Sesetengah orang dah lupa. sekarang kita ada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, akta 588. Iaitu akta yang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia. mungkin dia dah terlupa.. satu cara je buat dia ingat balik, report polis, settle kerja. mungkin kalau dia masuk penjara, insaf sikit. kalau tak insaf, kita report lagi. mungkin hobi dia keluar masuk penjara. hahaha. okay, just joking. :p

well, mengugut, mengancam atau apa-apa sahaja, boleh dikenakan hukuman PENJARA atau denda. kalau nak rasa hidup penjara, buatlah. kalau terlepas sekarang, besok-besok nak mati... belum tentu lepas. betul tak?

tapi ada sesetengah orang tu, mulut berpuaka tak berinsuran. kerja nak menyibuk pasal hal anak orang lain. hal anak sendiri tutup sebelah mata. macam mak cik peah dan mak cik bedah.. get a life mak cik. jagalah anak-anak makcik tu. jangan depan mak cik je baik, kat belakang mak cik buat hal tak senonoh.  bersekedudukan dengan bukan muhrim.. ha, ni banyak kes ni sejak kebelakangan ni. buka je newspaper metro, mesti ada. (maybe karma, sebab terlalu sibuk jaga tepi kain anak orang lain kan? kan?)

Tapi lantaklah orang tu. Pelik dengan dunia zaman sekarang. makin maju, makin busy body. low class minded betul. buatlah hal sendiri. tak payah penat-penat mengejar story. kalau wartawan takpe lah juga. ini mak cik bedah yang ntah apa-apa. hoho. okaylah sakit mental pula jadi kalau duduk fikir pasal orang ni. jom, kita tengok dan fahami apa tu akta 588. boleh dikongsi buat blogger-blogger lain. bukan setakat blogger, semua orang pun. wajib tahu!


Akta 588, Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998
BAHAGIAN X - AM

Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan
Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang : -

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar : -
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan

(2) Seseorang yang secara sedar : -

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),
adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

TOP ONLINE TRAVEL SITES | Aku tahu. Ada di antara kita yang meragui website yang menyediakan tempahan hotel atau flight secara online. Ada yang sanggup melaburkan sejumlah wang yang besar untuk mengambil pakej dari travel agent. Tapi sebenarnya korang boleh buat sendiri di rumah. Sangat menjimatkan.

Semuanya terletak di hujung jari. Rajin atau tidak sahaja. Tapi apa website online yang boleh korang percaya? Hari ini aku nak recommend beberapa online website yang boleh korang guna untuk membuat tempahan hotel atau flight.

Website-website ni adalah website yang sering aku pakai setiap kali nak pergi jalan. Pakai semua? Taklah. Nak booking hotel secara online ni, korang perlu rajin survey.

TIPS BOOKING HOTEL SECARA ONLINE
1) Plan dahulu nak pergi mana
2) Kemudian survey tempat korang nak pergi tu
- tengok map berkaitan
- tentukan area mana
3) Register dahulu di website berkenaan sebelum booking 
4) Book di laman sesawang travel seperti di bawah
5) Dah bayar? Jangan lupa print booking korang tu tau
6) Masa pergi ke 'tempat yang dituju tu', tunjukkan kertas print

[Selamat Mencuba ]

TOP ONLINE TRAVEL BOOKING WEBSITES

1) Agoda

2) Booking

3) Wego

4) Expedia

5) Hotels

6) Trivago

7) Laterooms

8) Hotelroom

9) AsiaRooms

10) Kayak

Hari ni tekak tetiba gatal nak makan seafood. Nak pergi Sabah jauh. Nak pergi Sarawak pun jauh. Huwaaaaa... Kesudahannya, aku hanya mampu scroll handphone dan lihat gambar-gambar seafood yang aku makan masa kat Kota Kinabalu tempoh hari.

SABAH & SARAWAK KAYA DENGAN SEAFOOD SEGAR

Sabah dan Sarawak antara tempat WAJIB MAKAN SEAFOOD bila ke sana. Seafood kat sana segar berbanding Semenanjung Malaysia. Harganya pun murah. Makanlah sampai muntoh. Takde sapa kesah.

Salah satu restoran seafood yang sedap di Kota Kinabalu ialah Restoran Kampung Nelayan. 5 Bintang aku kasi. Dah lah sedap, korang takkan rasa bosan bila makan kat sini. Sebabnya, ada persembahan tarian tradisional masyarakat Sabah. Apa? Teringin nak menari sama?



Haaa, boleh. Siapa cakap tak boleh? Sekeh kang! Sesekali diorang akan invite pengunjung menari sama. Best! Best! Best! Aku enjoy makan kat Restoran Kampung Nelayan ni. Sedar tak sedar tambah nasi empat kali. Opsieee!! Hahaha.

Dua Budak Baru Keluar 'Penjara'

Makanan-Makanan Yang Selamat Dilahap :

Lobster .. OMG!!!
Soup ..Anyone?
Udang... nyum, nyum
Ikan Masak Merah
Ostrich Masak Blackpepper
Sabah Veggie
Soft-shell Crab
Coconut Jelly

Enak sampai ke tekak. Sememangnya makanan seafood kat sini tak pernah menghampakan. Semuanya segar. Terima kasihlah Sabah Tourism Board kerana belanja kami semua. Puas hati dapat makan kat sini especially lobster tu. 

Pempaham je la, harga lobster ni berapa. Kan? Terima kasih kerana menaja percutian ke Sabah. Thank you so much!! Airasia, Sabah Tourism Board and of course, Gaya Travel Magazine. Eh, kejap.. belum habis dah. Mana persembahannya?

Nasib Masa Ni Aku Tengah Makan, Kalau Tak Confirm Join
Menari Bersama Pengunjung

Okay last, last... pleaseeee!! Hahaha.

Hahahaha.

Actually restoran ni floating (terapung). Tapi kami sampai malam. Manalah nampak. Muahaha. So, kalau korang ada masa datanglah sini. Nak juga tengok camana Restoran Kampung Nelayan ni di waktu siang.


Sesetengah orang berpendapat travel is a waste of money. Tetapi sebenarnya tidak. Betapa pentingnya pergi bercuti dalam kehidupan seharian. 

Bekerja 24 jam pun tidak bagus. Sesekali pack barang, hidupkan enjin kereta dan pergilah bercuti. Rehatkan minda, jauhkan dari segala kesibukan kota. Korang akan rasa betapa valuenya masa yang ada tu untuk dihabiskan bersama insan tersayang. 



Hari ini, aku nak share 10 Famous Quotes yang sering digunakan pengembara-pengembara di luar sana untuk motivate diri kita supaya lebih aktif dalam mengembara bumi Allah. Bumi Allah ini luas, sayangnya jika kita tidak explore.

1) The world is a book and those who do not travel, read only a page - Saint Augustine

2) Travel is the only thing you buy that makes you richer - unknown.

3) Once a year, go someplace you've never been before - Dalai Lama.

4) To travel is to live - Hans Christian Andersen

5) The journey of a thousand miles begins with a single step - Lao Tzu.


6) Travel doen't become adventure, until you leave yourself behind - Marty Rubin.

7) Walking 10 000 miles of world is better than read 10 000 scrolls of books - Chinese Proverb.

8) Ones destination is never a place, but a new way of seeing things - Henry Miller.

9) Twenty years from now, you will be more disappointed by the things you didn't do than by the ones you did do - Mark Twain.

10) Travel makes one modest. You see what a tiny place you occupy in the world - Gustave Flaubert.

Kisah Tatie pun ada quote tersendiri. "I learn, I go and I share in my blog". Hehehe. 

Apa-apapun,  pergilah bercuti selagi kaki masih mampu berjalan, mata masih celik, telinga masih mampu mendengar. Kerana setiap tempat kita pergi tu mempunyai cerita yang tersendiri. 



American Airliner Plane