Latest Posts

RUMAH TERBALIK SABAH WUJUD | Terdapat pelbagai soalan mengenai Rumah Terbalik Sabah ni. Antaranya, betul ke rumah ini terbalik? Aslikah? Atau dibina kemudian diterbalikkan? Haaaa...


Dalam entry aku yang lepas, aku dah menceritakan pasal Rumah Terbalik Sabah ni. Tapi entry kali ni kita flashback balik. Sejauh mana keaslian Rumah Terbalik Sabah ni?

Rumah Terbalik Sabah
Kaunter Tiket


Rumah Terbalik Sabah ni berhampiran dengan Jambatan Tamparuli. Ingat lagi tak Marsha, bekas peserta Akademi Fantasia? Dia pernah meng-famouskan jambatan ini suatu ketika dahulu. Ingat tak?

Abaikan pasal Jambatan Tamparuli. Sekarang fokus pada Rumah Terbalik Sabah. Untuk pengetahuan korang, Rumah Terbalik Sabah ini adalah rumah terbalik yang pertama di Asia Tenggara dan nombor 5 di dunia. Hebat tak hebat, Malaysia pun ada rumah terbalik.

Rumah Terbalik Sabah

Harga Tiket Masuk Rumah Terbalik Sabah

Kanak-kanak (3 hingga 12 tahun)
RM5

Dewasa 
RM10 (dengan Mykad)
RM18 (tanpa Mykad/pelancong asing)

Kanak-Kanak Bawah 3 Tahun
Percuma

Dulu masa aku datang sini tahun 2012, Rumah Terbalik Sabah ni baru dibuka. Tapi tak banyak beza pun dulu dengan sekarang. Struktur rumah ni masih terbalik. Hahaha. Bagi siapa yang tertanya-tanya, betul ke, asli ke atau benar ke rumah ni terbalik, jawapannya ada kat bawah ni.

Rumah Terbalik Sabah
Rumah Terbalik Sabah

Memang betul-betul terbalik! Rumah Terbalik Sabah ni dibina dari bumbung terlebih dahulu. Originally terbalik. Dari bumbung sampailah bahagian lantai. Mesti peningkan siapa yang bina rumah ni. Hahaha.

Gong Yang Digunakan Sebagai Doorbell Pada Zaman Dahulu

Semua benda kat Rumah Terbalik Sabah ni terbalik, kecuali beberapa benda yang korang kena spot sendiri. Well, aku dah tahu dah apa yang tak terbalik. Jeng, jeng, jeng. Tetapi, jika korang masuk ke Rumah Terbalik Sabah ni dan mengalami pening, tandanya korang mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi dan lain-lain. Kata tour guide itulah. Aku pun iakan sahaja. Hehehe.

Kereta Kancil Terbalik

Tetapi apa yang tak best di Rumah Terbalik Sabah ni, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar dalam rumah terbalik ni. Alaaaa.. Tak bestlah macam tu. 

Peraturan Rumah Terbalik Sabah

Tapi untuk tidak mengecewakan, kat bahagian luar Rumah Terbalik Sabah ini juga terdapat dua kawasan yang dibina dalam keadaan terbalik, iaitu kereta kancil, tandas dan taman terbalik yang dibina khas untuk ruangan fotografi pengunjung. Bergambarlah puas-puas ekau kek situ yo.

Taman Terbalik
Tandas Terbalik

Dibahagian belakang kawasan Rumah Terbalik Sabah ini pula, terdapat kedai souvenir dan kafe untuk kemudahan pengunjung. Yang ni SAH tidak terbalik. Hahaha.

Kedai Souvenir Rumah Terbalik Sabah

Unikkan? Bukan murah kos pembinaan Rumah Terbalik Sabah. Menelan kos jutaan Ringgit wei. Gulp! Tapi berbaloilah. Dalamnya pula bercirikan masyarakat di Sabah. 


Waktu Operasi Rumah Terbalik Sabah
7 am - 7 pm

Untuk ke Rumah Terbalik Sabah ni, aku tak suggest naik teksi kalau korang tak familiar dengan tempat ni. Lagipun, teksi jarang lalu area ni. Seelok-eloknya, sewa kereta atau ambil tour pakej. Sambil-sambil tu boleh singgah ke beberapa tempat menarik lain di daerah Tuaran. 

Rumah Terbalik Sabah
Kampung Telibong, Batu 21,
Jalan Telibong, Tamparuli,
Tuaran, Sabah

Apa yang korang bayangkan bila aku sebut RUSA? Tanduk? Daging? Mata? Tapi bagaimana pula dengan Pusat Ternakan Rusa Kampung Semeliang? Ada sesiapa yang pernah dengar atau pernah singgah?

Pusat Penternakan Rusa Kampung Semeliang ni diusahakan oleh Nor Azhar Mohd Noor yang dahulunya seorang jurutera tetapi kini penternak rusa. Fuyoooo!!! Bukan senang dari kerja jurutera tiba-tiba terjun ke bidang penternakan. Memerlukan nekad dan semangat yang tinggi.

Pusat Penternakan Rusa Kampung Semeliang Kuala Nerang
Pusat Penternakan Rusa Kampung Semeliang

Tapi selalunya tempat perternakan rusa yang aku pergi mesti terbiar, atau lebih kurang rusa-rusa diorang kurus dan tidak terjaga. Berbeza dengan Pusat Penternakan Rusa Kampung Semeliang ni. Rusa dia gemuk-gemuk dan bersih. Mana taknya, pengunjung datang je bagi makan, memangla gemuk.

Pusat Penternakan Rusa Kampung Semeliang Kuala Nerang
First Time Pegang Tanduk Rusa

Selain menternak rusa untuk diagihkan kepada penternak-penternak dan juga pembeli, Pusat Penternakan Rusa Kampung Semeliang Kuala Nerang ini juga dijadikan sebagai tempat pelancongan. Kat sini juga terdapat chalet yang boleh korang sewa. 

Manalah tahu pergi Kuala Nerang kan. Kot-kot melawat anak convo di Koleh Mara Kuala Nerang, bolehlah menginap di chalet ni. Harganya pun berpatutan. Tak mahal mana pun. Sesiapa cari homestay atau penginapan murah di Kuala Nerang, roger-rogerla Encik Azhar ni ye.

Pusat Penternakan Rusa Kampung Semeliang Kuala Nerang
Rusa-Rusa Kat Sini Sangat Jinak
Pusat Penternakan Rusa Kampung Semeliang Kuala Nerang
Memberanikan Diri Mendekati Rusa
Pusat Penternakan Rusa Kampung Semeliang Kuala Nerang
Selfie Time .. Rusa Senyum!! Hahaha

Selain rusa, terdapat juga binatang lain seperti ayam, burung dan lain-lain.

Pusat Penternakan Rusa Kampung Semeliang Kuala Nerang

Pada pendapat aku, bagus bawa anak-anak ke sini pada musim cuti sekolah nanti. Sambil-sambil tu bolehlah diorang belajar pasal binatang. Yelah kan, kat Kulumpo tu, mana ada Pusat Penternakan Rusa sebesar Pusat Penternakan Rusa Kampung Semeliang ni. Isk, isk!


Untuk Keterangan Lanjut, Boleh Hubungi Mereka :

Dalam banyak-banyak tempat dalam pakej Osaka Amazing Travel Pass, yang paling aku suka adalah Santa Maria Cruise. Santa Maria Cruise ni lah satu-satunya tempat dalam Osaka Amazing Travel Pass yang sentiasa dipenuhi pengunjung. 

Sampai aku terpaksa berebut-rebut nak beraturlah. Hahaha. Untuk ke sini, aku menaiki Subway Chuo Line dan turun di Stesen Osakako atau Cosmosquare. Yang tak bestnya, aku pergi seorang. Jadi sepanjang pelayaran, ibarat lone rangerlah aku. Tsk Tsk. T_T

Tempozan

Santa Maria Cruise ni terletak di Tempozan Harbor Village. Kat sini juga terdapat attraction lain seperti Tempozan Ferris Wheel, Osaka Aquarium Kaiyukan dan Captain Line. Dalam semua ni, hanya Osaka Aquarium Kaiyukan sahaja tak termasuk dalam pakej. Yang tu kena bayar asing.

Tempozan Harbor Village

SANTA MARIA CRUISE OSAKA

Ramai yang suggest pergi malam. Sebab waktu malam, pemandangan  sekitar bay sangatlah cantik. Diserikan lagi dengan limpahan cahaya malam. Tapi aku lagi suka siang sebab boleh nampak pemandangan jauh (kalau tak hujan dan tak berkabuslah). Ha, tak kisahlah mana-mana. Dua-dua pun okay.


Bila aku naik Santa Maria Cruise ni, maka aku boleh skip Captain Line. Captain Line tu kat mana-mana pun ada. tapi Santa Maria Cruise ni unik sikit sebab reka bentuk kapal yang sangat menarik dan antik. Pelayaran selama 45 minit dan mengelilingi kawasan-kawasan menarik di Osaka.

Dan, bagi yang suka anti-social, kat Santa Maria Cruise ni juga ada FREE WIFI untuk korang. Bahaha. Untunglah kan? Boleh update Instagram terus.

Santa Maria Cruise

Antara Pemandangan-Pemandangan Dari Atas Kapal

Tempozan Bridge
Bridge lagi
Pemandangan Bangunan

Santa Maria Cruise Osaka ini sangat luas. Korang boleh pilih nak duduk atas, dalam (beraircond) atau bawah. Tapi kebiasaannya, orang tak duduk tetap pun. 45 minit tu dipenuhi dengan jalan-jalan di atas kapal. Rugi kalau duduk setempat je.

Bahagian Atas Kapal


Bahagian Bawah Kapal


Bahagian Dalam Kapal

Kafe

Terdapat juga galeri mengenai dunia pelayaran dan lain-lain..


Kalau korang beli Osaka Amazing Travel Pass ni, kira free je masuk Santa Maria Cruise. Sebab termasuk dalam pakej. Tapi kalau beli asing, korang kena bayar 1600 per entry untuk ke Santa Maria Cruise ni. But for me antara Captain Line dan Santa Maria Cruise ni, lagi baik naik Santa Maria Cruise. Lain dari yang lain.


Santa Maria Cruise
Kaigandori Minato-ku, Osaka

Operation Hours :
11am - 4 pm

Harga Tiket :
1600 yen 
(Free Jika Guna Osaka Amazing Travel Pass)




Next ke Tempozan Giant Ferris Wheel Osaka.

Tempozan Giant Ferries Wheel

Sebelum kewujudan ferris wheel  London Eye, Tempozan Giant Ferris Wheel menduduki takhta nombor satu sebagai ferris wheel tertinggi di dunia. Berdiameter 100 meter dan tinggi 112.5 meter, Tempozan Giant Ferries Wheel ini mempunyai 60 buah tempat duduk.


Setiap orang dibenarkan naik satu pusingan. Kalau nak naik lagi terpaksalah beratur sekali lagi. Dari atas ni korang boleh nampak pemandangan sekitar Tempozan Harbor Village, Jambatan Akashi, Gunung Rokko dan bandar Osaka.

Ini Baru Selfie.. Haha
Pemandangan Bawah

Tempozan Ferries Wheel
Kaigandori Minato-ku, Osaka

Operation Hours :
10am - 9.30 pm

Harga Tiket :
700 yen 
(Free Jika Guna Osaka Amazing Travel Pass)

Dari jendela, kelihatan nelayan sedang gigih mengemudikan bot ke tengah laut di kala senja sedang berlabuh. Sambil menyaksikan keindahan sunset, sambil minum Sabah Tea yang enak. Bahagianya hidup bila menginap di Hotel Grandis baru-baru ini. Lebih-lebih lagi bilik menghadap laut. 

Hotel Grandis ini adalah hotel baru di Kota Kinabalu. Bersebelahan dengan Suria Mall Sabah, hotel ini mempunyai kedudukan yang sangat strategik. Nak pergi Jesselton Point pun dekat. 5 minutes berjalan kaki. Nak pergi Filipina Market pun dekat. Senang cerita, aku suka lokasi hotel ni yang sangat mengancam! 

Jendela Bilikku

Grandis? Apa tu? Haa, Grandis ni adalah sejenis Orkid atau nama penuhnya Ascidieria Grandis  yang tumbuh di Gunung Kinabalu. Nak tahu lebih, pergilah google. Huh!! Hahaha.


Hotel Grandis Kota Kinabalu
Lobi
Hallway

For first timer, korang akan rasa biasa-biasa je bila menjejakkan kaki ke lobi Hotel Grandis ni. Sebab lobi dia kecil. Tapi once korang masuk bilik, perghhhh.... kagum! Nampak je kecil, tapi sebenarnya besar. Nak cakap bentuk L pun boleh. Sebab Hotel Grandis ni bercantum dengan Suria Mall Sabah. Eh, entahlah. Susah nak describe. Haha.

Hotel Grandis ni bertaraf 4 bintang, tapi bilik dia... Pergh! Like 5 stars hotel. Comfortable, Huge and Classy. I like it so much!

My room
Meja Menulis
Dalam Almari
Kain Batik
Coffee & Tea .. Sabah Tea you all!

Itu baru bilik tidur, belum bilik airnya lagi. 

Bilik Air Hotel Grandis
Ada 3 jenis .. Pilihlah Nak Mandi Macamana.. Haha
Toiletries Set
3 Benda Wajib : Shampoo, Conditioner & Shower Gel

Kesimpulannya, antara empat-empat hotel yang pernah aku pergi, Hotel Grandis ni lah yang paling best. Mungkin sebab lokasinya yang strategik dan pemandangan dari bilik yang sangat menarik.


Nak Terjun Je Rasa .. Haha
Pemandangan Dari Bilik

Hotel Grandis Kota Kinabalu
Keselesaan 5/5
Sarapan Pagi 4/5
Harga 4/5
Lokasi 5/5
Kemudahan 5/5

Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Hotel Grandis :

Ke Bahagian Rooftop
Panorama View Camera
Swimming Pool & Sky Blu Bar
Gym 
Piano Lounge
Rosea cafe

Nak tahu lebih kenalah stay sini. Memandangkan ini hotel baru, harganya pun masih boleh tahan. Cepat-cepat, jadilah yang terawal stay sini. Hahaha. Harga yang sangat berpatutan. So, kalau nak ke Kota Kinabalu, nak berehat, nak view cantik, nak hotel yang senang nak pergi mana-mana, staylah kat Hotel Grandis ni. Hehehehe. =)

Hotel Grandis Kota Kinabalu
Jalan Tun Fuad Stephens,
Kota Kinabalu, Sabah
American Airliner Plane