Latest Posts

Sebelum ke Semenggoh Wildlife Centre Sarawak, perkara pertama korang perlu tahu adalah waktu bilakah yang sesuai untuk ke sana? When is best time to see Orang Utan in Semenggoh Wildlife Centre Sarawak? Jeng, jeng, jeng. 

http://www.kisahtatie.com/
Semenggoh Wildlife Centre

Ini kerana pada musim buah, Orang Utan akan mencari makanan sendiri dan peluang untuk melihat Orang Utan tersangatlah tipis. Seperti contoh, masa mula-mula aku ke sini dua tahun lepas, tak perlu tunggu feeding time, Orang Utan akan keluar cari makanan.

Berbeza dengan baru-baru ni, aku pulang dengan kekecewaan bila seekor Orang Utan pun tak keluar. Puaslah penjaganya memanggil-manggil. Tapi seekor pun tak kelihatan.

http://www.kisahtatie.com/
Semenggoh Wildlife Centre Sarawak

Semenggoh Wildlife Centre Sarawak ini adalah Pusat Pemulihan Orang Utan terbesar di Sarawak. Orang-orang Utan kat sini dilepas serta dipantau dari semasa ke semasa. Tapi AWAS, disebabkan diorang ni dilepaskan, maka bahaya akan berlaku anytime seperti serangan Orang Utan terhadap pengunjung.

http://www.kisahtatie.com/
Semak Nama Orang Utan
http://www.kisahtatie.com/
Paling Tua, Seduku 43 tahun dan Paling Muda, Ruby 1 tahun.
http://www.kisahtatie.com/
Terjumpa Pula Cicak Ni (Cicak ke?)

Harga Tiket Masuk Ke Semenggoh Wildlife Centre :
RM5 (dewasa)

http://www.kisahtatie.com/
Tiket Masuk Ke Semenggoh

Masa perjalanan dari Kuching ke Semenggoh Wildlife Centre ni kira-kira 30 minit dan untuk ke sini korang bolehlah sewa kereta (pandu sendiri), naik public bas, shuttle bas yang disediakan oleh sesetengah hotel, teksi dan juga tour guide.

http://www.kisahtatie.com/
Taklimat
http://www.kisahtatie.com/
Main Feeding Platform Site
http://www.kisahtatie.com/
Menunggu Orang Utan 
http://www.kisahtatie.com/
Tempat Pengunjung Duduk Dan Lihat

Meskipun terdapat dua masa yang berbeza untuk sesi feeding time di Semenggoh Wildlife Centre, tapi aku sarankan korang datang pagi. Sedangkan manusia pun pagi-pagi lapar, ini pula haiwan. Kan?

Feeding Time Orang Utan in Semenggoh Wildlife Centre
9 - 10 am (pagi)
3 - 4 pm (petang)
* Mengambil Masa Satu Jam *

http://www.kisahtatie.com/

Selain Orang Utan, korang juga boleh lihat buaya katak.

http://www.kisahtatie.com/
Crocodile Cage
http://www.kisahtatie.com/
Terdapat Empat Sangkar Buaya Di Sini
http://www.kisahtatie.com/
Buaya Katak

Kita throwback balik kunjungan kali pertama aku ke Semenggoh Wildlife Centre Sarawak ni. Masa tu pula bukan seekor, tapi empat ekor Orang Utan keluar. Tengah lapar lettew! Hahaha.

http://www.kisahtatie.com/

http://www.kisahtatie.com/

Geram je kan tengok keletah Orang Utan ni kan? Boleh dilihat tetapi tidak boleh datang dekat diorang. Terlalu bahaya dan unpredictable. Anyway, thank you Sarawak Tourism Board. :)


Yuhuuuu.. Hai, masih dalam mood raya? Samalah. High 5 sikit! Okaylah sebab tak nak ganggu mood raya korang, jadi hari ni aku nak bercerita pasal Filipino Market.

Siapa kat sini suka SHOPPING? Angkat kaki! Haha.

Filipino Market Kota Kinabalu

Masa kat Kota Kinabalu tempoh hari, kami diberi masa free and easy. Terpulanglah nak buat apa petang tu. Jadi aku tak lepaskan peluang menghabiskan masa di Filipino Market. Filipino Market ni kira tempat wajib aku pergi setiap kali ke Kota Kinabalu. 

Filipino Market terletak di Jalan Tun Fuad Stephens. Kat sini macam-macam ada. Dari yang basah sampailah yang kering. Di sebelah malam pula ada gerai-gerai jual seafood. Sedap gila okay. Fresh dari laut. Bagi wanita, confirm korang rambang mata dengan mutiara-mutiara kat sini except aku yang tak berapa gemar dengan mutiara. Hehe.

Filipino Market ni umpama 'drug'. Sekali pergi mesti ketagih. Kesudahannya, aku dah addicted untuk ke sini sejak kali pertama menjejakkan kaki ke sini beberapa tahun lepas. Korang macamana pula? Haha.


Mutiara kat sini ada yang asli ada yang tiruan. Harga dari RM5 sampailah ribuan. Ada kerongsang, rantai, gelang, subang dan lain-lain lagi. Selain mutiara, antara barang lain yang turut mendapat perhatian seperti ikan bilis, souvenir Sabah, seaweed, udang segar, makanan jajan Sabah dan lain-lain lagi.

Bahagian Souvenir Filipino Market

Souvenir
Baju Sabah
Cute tak?
Kain/Shawl
Kain Sarung
Komen Anda?? Hurm.

Bahagian Basah Filipino Market


P/s : Kami sampai lewat, ikan dan lain-lain pun dah habis.

Bahagian Kering Filipino Market

Mahalnya Benda Ni RM488. Apa ni?
Timun Laut

Dan aku sempatlah memborong ikan bilis untuk dibawa balik.

Ikan Bilis Gred A .. kan Semenanjung mahal tau.
Siap Dipack Untuk Dibawa Pulang

Filipino Market Di Waktu Malam


Syokkan Filipino Market ni? Kalau nak souvenir murah-murah pergilah sini. Frozen prawns or ikan bilis berkualiti gred A, udang kering atau mutiara cecantik Filipino Marketlah tempatnya. 

Have fun you all!

Dengan perasaan sengaja, kali ini aku nak buat korang terliur dengan kelazatan makanan yang terdapat di Harbour Cafe, Traders Hotel Johor Bahru. Hahaha. *evil laugh*

Harbour Cafe

Bukan setakat korang je yang terliur, dengan aku sekali terliur. Adeh, sedap wei. Nak pergi jauh pula. Tapi mana tahu kot-kot korang ada perancangan untuk ke Johor Bahru pada musim cuti sekolah akan datang. Bolehlah singgah makan tengahari di Traders Hotel Johor ni.

Actually ni sebahagian dari trip Sahabat Media ke Johor Bahru bulan Ogos lepas. Tapi tiba-tiba tekak mendambakan makanan-makanan sedap. Maka, teringatlah kat Harbour Cafe Traders Hotel Johor ni. 

Tapi masa kunjungan aku ke sana, aku mendapati ramai warga Singaporean singgah sini untuk makan. Mungkin sebab lokasi Traders Hotel ni berdekatan dengan jambatan Tuas yang menghubungkan Singapore dan Johor. 


Makanan-makanan yang diorang sajikan memang cukup enak. Terdapat pelbagai pilihan makanan dari western, mee-mee, salad, Indian food, Chinese food sampailah ke dessert dan macam-macam lagi. Rambang mata wei. Tetiba jadi tamak. Semua benda aku nak makan. 

Laparnya bila tengok balik makanan-makanan kat Harbour Cafe ni. T_T


Yang paling WAJIB try kat  Harbour Cafe :


Alhamdulillah. Aku dapat merasai keenakan makanan yang terdapat di Harbour Cafe ni. Terima kasih Santai Travel Magazine dan Tourism Johor. Next, nak try stay sini pula lah. Hehehe. =)


Gendang Gendut Tali Kecapi, Tatie Kenyang Suka Hati

Harga Buffet Harbour Cafe Traders Hotel
RM78 (dewasa)

Traders Hotel Puteri Harbour
Nusajaya, Johor Bahru

No Telefon
07 560 8888


American Airliner Plane