Terdapat kontroversi yang terpalit di sebalik nama Ladang Anggur Tasik Beris ni. Ramai yang tak puas hati termasuklah baru-baru ni ada yang komen kat entri aku yang lepas. Benarkah Ladang Anggur Tasik Beris ni cekik darah? Bayar RM6 tapi bila masuk pokok tidak berbuah?
Ladang Anggur Tasik Beris, Sik, Kedah
Semasa kunjungan bersama Sahabat Media Santai Travel Magazine dan Tourism Malaysia Kedah sempena Discover Kedah Agrotrail 2014 baru-baru ni, kami sempat singgah ke Ladang Anggur Tasik Beris yang terletak kat daerah Sik. Setibanya kat kawasan ini, mata aku terpandang keindahan Tasik Beris.
Tasik Beris ni adalah tasik buatan manusia yang terhasil dari pembinaan Empangan Beris pada tahun 2010. Memang cukup cantik dengan kehijauan pokok-pokok dan air tasik yang mengalir tenang. Lepak petang kat sini mampu menenangkan jiwa yang tengah bergelora.
"Wah, cantiknya,"
Tapi masa aku pergi ke Ladang Anggur Tasik Beris ni pun pokok togel. Tak semua pokok berbuah. Nampak tak kehampaan kat situ? Baru nak feeling-feeling petik buah anggur, sekali tak boleh. Isk! T_T
Kata mereka, buah anggur kat sini bermusim. Dua kali setahun dan masa kami pergi tu baru je harvest. Tapi sempatlah tengok beberapa buah cuma dilarang petik.
Harga Tiket Masuk Ke Ladang Anggur Tasik Beris
RM6 (dewasa)
RM3 (kanak-kanak)
Mahal? Hurm...
Tiket Masuk Ke Ladang Anggur Tasik Beris
Ladang Anggur Tasik Beris ini adalah ladang anggur yang terbesar di Asia Tenggara. Diusahakan sejak tahun 2007 pada keluasan 26 ekar. Terdapat 100 pokok anggur yang ditanam kat sini dan 4 jenis anggur. Kesemua pokok-pokok ini menggunakan baja organik yang bermutu tinggi.
Pintu Masuk Utama
Pokok 'Togel'
Antara Kawasan Yang Ada Buah
Hanya Dapat Hidu, Tetapi Tidak Boleh Makan
Selain Ladang Anggur, kat sini juga terdapat Ladang Strawberry. Yang ini kami tak sempat pergi dek kerana mengejar masa. Lagipun Ladang Strawberry banyak kat tempat lain. Nak highlightkan anggur je. Tang rasa pula, korang jangan tanya aku. Seketul anggur pun aku tak dapat rasa. Huuu.
Cafe de Beris ini adalah kafe yang terdapat di Ladang Anggur Tasik Beris. Makanan-makanan yang dijual adalah berasaskan anggur seperti mufin anggur, air anggur dan lain-lain lagi.
Tapi aku tak hairan sangatlah dengan anggur (sebenarnya frust tak dapat makan anggur. haha). Ada yang lagi best kat sini. Iaitu pemandangan Tasik Beris. Kalau korang masuk ke Ladang Anggur Tasik Beris ni, korang boleh bersantai kat satu kawasan yang menghadap tasik buatan manusia ini.
Thanks YB belanja minum dan makan
Rumah Pemilik Ladang Anggur Katanya
Kedai Souvenir Ladang Anggur Tasik Beris
Macam-macam Ada
RM10 satu
Anggur Siap Dipetik
Hijaunya landskap
Andai korang kata korang kecewa tak dapat makan anggur, aku lagi kecewa datang jauh-jauh tapi tak dapat petik satu biji pun. Isk, isk, isk. Maybe no luck for me. Diharap tuan punya ladang ni dapatlah buat inisiatif lain bagi menyerikan lagi Ladang Anggur Tasik Beris ni. Kasihan orang yang datang jauh macam aku ni. Balik dengan tiada hasil.
And some info for those yang plan untuk ke sini.
Waktu Operasi Ladang Anggur Tasik Beris
9.30 pagi - 6.30 petang
Alamat Ladang Anggur Tasik Beris
Beris Lake Vineyard
Lot 264, Kampung Ternas
08200 Sik, Kedah
Pulang Dengan Tangan Kosong *Kukecewa*