Latest Posts

KELEBIHAN MANDI KOLAM AIR PANAS | Kolam Air Panas Annah Rais ni tiada dalam itinerary semasa trip ke Kuching tempoh hari. Tapi aku kawtim dengan abang driver untuk ke sini. Nasiblah Encik Bong layankan aje permintaan aku ni. Haha. 

Dah nama pun Kolam Air Panas Annah Rais mestilah terletak berhampiran dengan Rumah Panjang Annah Rais. Apa yang membezakan kolam ini dengan kolam air panas yang lain, kedudukan kolam ini.

Tempat Letak Kereta

Yeay, Berjaya Juga Sampai Sini

Notis

Bayaran Masuk Kolam Air Panas Annah Rais
Dewasa RM5
Pelajar dari umur 7 hingga 17 tahun RM3


Jalan Masuk Ke Kolam


Yang Ni Aku Tak Tahu Apa Fungsi Dia.. Haha

Kedudukan Kolam Air Panas Annah Rais ini terletak di tepi sungai. Jadi, korang boleh pilih. Nak mandi sungai ke, nak mandi kolam. Nak dua-dua pun boleh. *ish, tamaknya* haha.

Kolam Air Panas Annah Rais ini juga dikatakan antara kolam yang dapat menyembuhkan penyakit. Haa, nak tahu sejauh mana kebenarannya, trylah mandi kat sini. Tapi dalam konteks kesihatan pun terdapat pelbagai manfaat jika mandi air panas. Eh, kolam air panas. Antaranya elok untuk pesakit kencing manis, sakit jantung, sakit kulit, asma, sakit otot dan lain-lanin lagi.


Kolam Air Panas Annah Rais
Sungai Yang Bersih

Nanas
Tangga Menghubungkan Atas Ke Bawah
Tandas
Ruang Lepak
Jangan Tertipu  - Sebenarnya Tinggi Benda Shower Ni

Hehehe, pendek je kan entri aku kali ni. Aku tak mandi pun. Sekadar survey untuk trip akan datang. So far, Kolam Air Panas Annah Rais ni tiada cacat cela. Datang ke sini 2 in 1, mandi sungai dan mandi air panas. Jimatkan? Air bersih dan jernih pula tu. Hehehe. 



Masa on the way balik, terlihat rumah comel ni. Encik Bong kata ini adalah homestay.




Legoland Malaysia ni tak sudah-sudah buat aku excited. Sampaikan aku rasa nak bina rumah terus kat sebelah Legoland. So that, everyday bolehlah aku pergi Legoland. Haha.

Apa lagi ni? GOOD NEWS AGAIN?

Yes. Tapi kali ni untuk kanak-kanak. I repeat untuk kanak-kanak ya. Bermula dari bulan Oktober, Legoland Malaysia Resort bakal diserikan dengan hiasan Halloween. Dengan tema 'Brick or Treat', sambutan kali ini amat luar biasa kerana satu lego gergasi berbentuk LABU telah dibina oleh Master Builders Model dengan menggunakan lebih daripada 28000 batu bata. Wow, banyak tu. Tak penat ke? Hiks!


Sambutan Halloween Di Legoland Malaysia Ada Dua Peringkat :
24  October - 26 Oktober 2014
31 October - 2 November 2014

The best thing, kanak-kanak yang berpakaian mengikut tema Halloween (hantu) diberi masuk percuma ke Legoland Malaysia pada tarikh yang tertera kat atas. WOW WOW WOW. Apa kata kanak-kanak di seluruh Johor pakat ramai-ramai pergi Legoland time tu? Mesti meriah. Haha. Jangan lupa hashtag #legolandmalaysia tau. Enjoy~

PULAU MANTANANI SABAH DESTINASI PELANCONG | "OMG, Mantanani Island?", benda pertama terungkap bila semak itinerary Domestic Media Fam Trip Sabah 2014 baru-baru ini. Itulah kali pertama aku tahu kewujudan Pulau Mantanani. Sebelum ni, hanya tahu Mabul, Mamutik, Gaya, Sapi, Sipadan, tetapi Pulau Mantanani memang tak pernah dengar.

Pulau Mantanani adalah sebuah pulau yang terletak di Kota Belud Sabah, kira-kira 70km dari Kota Kinabalu. Perjalanan darat mengambil masa kira-kira satu jam atau lebih terpulang pada cara pemanduan.

Enjoy The View At Mantanani Island

Kalau ikut sumber google, kat Pulau Mantanani ni dulu terdapat dugong jinak, tetapi bila sampai sini barulah kami diberitahu dugong tu telah mati sejak beberapa tahun lepas. Sayangnya!

JETI KUALA ABAI

Untuk ke Pulau Mantanani, korang kenalah naik bot dari Jeti Kuala Abai. Dari sini mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke Pulau Mantanani. Tapi ni semua bergantung kepada keadaan ombak. Nak balik pun kena bergantung pada ombak. Terdapat satu kes dimana ada orang terperangkap dan tidak boleh pulang dari Pulau Mantanani dek kerana ombak kuat.

Selain dari Jeti Kuala Abai, korang boleh juga naik bot dari Jesselton Point, Kota Kinabalu. Cuma masa perjalanan bertambahla sikit. Dari 45 minit terus up ke 2 jam ++.


Sebelum ke Pulau Mantanani, korang wajib sign agreement seperti di bawah ini.


1, 2, 3, 4 ... let's go to Mantanani Island


Pulau Mantanani Sabah

Dah sampai ke tempat dituju, Pulau Mantanani. Tak berkelip mata memandang pulau ini. Airnya jernih dan pasirnya putih halus. Wow, nice. Kalau tempat ni dijaga dengan lebih rapi, mesti lagi cantik. 


Antara aktiviti-aktiviti yang korang boleh buat di Pulau Mantanani ni seperti 
- snorkeling
- kayaking
- diving 
- island trekking

dan lain-lain .... 


Penginapan di Pulau Mantanani Sabah seperti Mari Mari Backpackers Lodge, Mantanani Dream Resort, Bembaran Beach Resort dan akan datang hotel bertaraf empat bintang yang akan dibina di Pulau Mantanani Besar. Wah, i'm looking forward to come again next time. Yeay!



Harga Pakej Pulau Mantanani Sabah 
RM300 per person (Snorkeling)
RM480 per person (Diving)

Tuala Untuk Disewa
Minuman Pagi
Sewaan Peralatan Snorkeling
AWAS, jangan bagi hilang

KOLAM , PULAU MANTANANI

Tempat snorkeling pertama kami pergi adalah Kolam. Kat Pulau Mantanani ni bot akan berhenti di tengah-tengah lautan, kemudian semua akan terjun ke bawah. Please jangan panik. Just enjoy aktiviti snorkeling.  


Terjun....

Opss, terlupa kamera

Enjoy

MAKAN TENGAHARI DI PULAU MANTANANI

Dalam banyak-banyak pulau yang aku pergi, makan tengahari di Pulau Mantanani ni lah yang paling mewah. Biasanya dalam pakej diorang bagi nasi goreng, ayam seketul dan buah-buahan. Tetapi berlainan dengan Pulau Mantanani. Makanan yang diorang sediakan sedap dan mewah.


Buffet Lunch Mantanani Island
Makanan Saya

Ini bukan free, tapi kena bayar
Pose Wajib Di Pulau 
Kekenyangan
Aktiviti Pulau Mantanani
Melepaskan Batuk Di Jeti

Selepas makan tengahari, kami diberi masa sedikit, free and easy sebelum aktiviti snorkeling seterusnya. Masa ni lah ramai yang mengambil peluang untuk island trekking, melakukan aktiviti pantai dan lain-lain lagi.


PULAU MANTANANI KECIL

Next, ke Pulau Mantanani Kecil. Pada mulanya, aku rasa malas nak teruskan aktiviti snorkeling. Tapi bila fikir-fikir balik, mana boleh miss. Nak pergi lagi, entah bilanya. By the way, thank you Miza and Thatsofarah sebab sudi share gambar. 

Dari Kamera Thatsofarah (Lumix DMC FT5)


Dari Kamera Mieza (Menggunakan Olympus TG850)


Psst, aku suka kamera Mieza. Tak perlu filter. 100% original and pure dari kamera. Kalah Go Pro aku. Hahaha. Anyway, cantikkan Pulau Mantanani ni. *Drooling*

Spot Me, Annahita and Hamizah .. Haha

Disebabkan terlalu lama berendam di lautan, maka aku mengalami sunburn yang teruk. Apa-apapun aku sangat berpuas hati dengan Pulau Mantanani. Satu pengalaman yang best! Bagi sesiapa yang merancang ke Kota Kinabalu, singgah-singgahlah di Pulau Mantanani ini.

Jom Balik 

Sampai di Jeti Kuala Abai, kami dihidangkan dengan minuman petang. Ohsem sangatlah diorang ni. Tak habis-habis dengan makanan. Sedap-sedap pula tu. Hancur dietku!! Haha.

Minuman Petang


Hugs & Love.

I'm a mermaid. Hahaha.

___________________________________________________

Cerita pasal Pulau Mantanani Sabah
Lokasi Pulau Mantanani Sabah

American Airliner Plane