PULAU MANTANANI SABAH DESTINASI PELANCONG | "OMG, Mantanani Island?", benda pertama terungkap bila semak itinerary Domestic Media Fam Trip Sabah 2014 baru-baru ini. Itulah kali pertama aku tahu kewujudan Pulau Mantanani. Sebelum ni, hanya tahu Mabul, Mamutik, Gaya, Sapi, Sipadan, tetapi Pulau Mantanani memang tak pernah dengar.
Pulau Mantanani adalah sebuah pulau yang terletak di Kota Belud Sabah, kira-kira 70km dari Kota Kinabalu. Perjalanan darat mengambil masa kira-kira satu jam atau lebih terpulang pada cara pemanduan.
Enjoy The View At Mantanani Island
Kalau ikut sumber google, kat Pulau Mantanani ni dulu terdapat dugong jinak, tetapi bila sampai sini barulah kami diberitahu dugong tu telah mati sejak beberapa tahun lepas. Sayangnya!
JETI KUALA ABAI
Untuk ke Pulau Mantanani, korang kenalah naik bot dari Jeti Kuala Abai. Dari sini mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke Pulau Mantanani. Tapi ni semua bergantung kepada keadaan ombak. Nak balik pun kena bergantung pada ombak. Terdapat satu kes dimana ada orang terperangkap dan tidak boleh pulang dari Pulau Mantanani dek kerana ombak kuat.
Selain dari Jeti Kuala Abai, korang boleh juga naik bot dari Jesselton Point, Kota Kinabalu. Cuma masa perjalanan bertambahla sikit. Dari 45 minit terus up ke 2 jam ++.
Sebelum ke Pulau Mantanani, korang wajib sign agreement seperti di bawah ini.
1, 2, 3, 4 ... let's go to Mantanani Island
Pulau Mantanani Sabah
Dah sampai ke tempat dituju, Pulau Mantanani. Tak berkelip mata memandang pulau ini. Airnya jernih dan pasirnya putih halus. Wow, nice. Kalau tempat ni dijaga dengan lebih rapi, mesti lagi cantik.
Antara aktiviti-aktiviti yang korang boleh buat di Pulau Mantanani ni seperti
- snorkeling
- kayaking
- diving
- island trekking
dan lain-lain ....
Penginapan di Pulau Mantanani Sabah seperti Mari Mari Backpackers Lodge, Mantanani Dream Resort, Bembaran Beach Resort dan akan datang hotel bertaraf empat bintang yang akan dibina di Pulau Mantanani Besar. Wah, i'm looking forward to come again next time. Yeay!
Harga Pakej Pulau Mantanani Sabah
RM300 per person (Snorkeling)
RM480 per person (Diving)
Tuala Untuk Disewa
Minuman Pagi
Sewaan Peralatan Snorkeling
AWAS, jangan bagi hilang
KOLAM , PULAU MANTANANI
Tempat snorkeling pertama kami pergi adalah Kolam. Kat Pulau Mantanani ni bot akan berhenti di tengah-tengah lautan, kemudian semua akan terjun ke bawah. Please jangan panik. Just enjoy aktiviti snorkeling.
Terjun....
Opss, terlupa kamera
Enjoy
MAKAN TENGAHARI DI PULAU MANTANANI
Dalam banyak-banyak pulau yang aku pergi, makan tengahari di Pulau Mantanani ni lah yang paling mewah. Biasanya dalam pakej diorang bagi nasi goreng, ayam seketul dan buah-buahan. Tetapi berlainan dengan Pulau Mantanani. Makanan yang diorang sediakan sedap dan mewah.
Buffet Lunch Mantanani Island
Makanan Saya
Ini bukan free, tapi kena bayar
Pose Wajib Di Pulau
Kekenyangan
Aktiviti Pulau Mantanani
Melepaskan Batuk Di Jeti
Selepas makan tengahari, kami diberi masa sedikit, free and easy sebelum aktiviti snorkeling seterusnya. Masa ni lah ramai yang mengambil peluang untuk island trekking, melakukan aktiviti pantai dan lain-lain lagi.
PULAU MANTANANI KECIL
Next, ke Pulau Mantanani Kecil. Pada mulanya, aku rasa malas nak teruskan aktiviti snorkeling. Tapi bila fikir-fikir balik, mana boleh miss. Nak pergi lagi, entah bilanya. By the way, thank you Miza and
Thatsofarah sebab sudi share gambar.
Dari Kamera Mieza (Menggunakan Olympus TG850)
Psst, aku suka kamera Mieza. Tak perlu filter. 100% original and pure dari kamera. Kalah Go Pro aku. Hahaha. Anyway, cantikkan Pulau Mantanani ni. *Drooling*
Spot Me, Annahita and Hamizah .. Haha
Disebabkan terlalu lama berendam di lautan, maka aku mengalami sunburn yang teruk. Apa-apapun aku sangat berpuas hati dengan Pulau Mantanani. Satu pengalaman yang best! Bagi sesiapa yang merancang ke Kota Kinabalu, singgah-singgahlah di Pulau Mantanani ini.
Jom Balik
Sampai di Jeti Kuala Abai, kami dihidangkan dengan minuman petang. Ohsem sangatlah diorang ni. Tak habis-habis dengan makanan. Sedap-sedap pula tu. Hancur dietku!! Haha.
Minuman Petang
Hugs & Love.
I'm a mermaid. Hahaha.
___________________________________________________
Cerita pasal Pulau Mantanani Sabah
Lokasi Pulau Mantanani Sabah