LEGOLAND JOHOR MALAYSIA REVIEW | Dah acapkali sampai sini, tetapi tak pernah masuk sehinggalah baru-baru ini diberi peluang untuk masuk dan merasai sendiri keseronokkan yang terdapat di LEGOLAND JOHOR BAHRU ini. Terima kasih Legoland Malaysia. :)
Ini adalah Legoland yang kedua saya pergi, selepas yang pertama di LEGOLAND WINDSOR LONDON. Terdapat persamaan dari segi tarikan dan permainan. Bukan nak bandingkan, tetapi masing-masing mempunyai tarikan yang tersendiri. Legoland Malaysia mewakili identiti Malaysia.
Boleh baca entri Legoland di sini :
Beli Tiket Di Sini
HARGA TERKINI TIKET MASUK
LEGOLAND MALAYSIA
Tapi bagi mereka yang gemarkan Lego atau duduk berdekatan dengan Legoland, saya suggest belilah annual pass. Lagi worth dan macam-macam benefit yang anda boleh dapat. Buy online di SINI.
Masa kami pergi tu cuaca agak mendung sedikit. Tidak ramai orang disebabkan masa tu adalah weekdays dan bukan cuti sekolah. Jadi, peluang untuk merasai semua permainan tu luas, cuma cuaca agak menyedihkan sebab hujan renyai-renyai yang membantutkan mood kami. T_T
Bagi yang ada anak kecil, anda boleh sewa stroller yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk taman tema Legoland ini. Mestilah kena bayar, dah nama sewa. Hehe.
Harga Sewaan Stroller Di Legoland Johor Malaysia
SEDIKIT INFO MENGENAI LEGOLAND JOHOR MALAYSIA.
Legoland Malaysia Resort ini dikendalikan oleh Merlin Entertainment plc, yang juga merupakan pengendali nombor 1 taman tema di Europe. (Thorpe park, The London Eye, Madame Tussaud, Chessington and etc etc tu semua under Merlin : klik sini)
Tetapi Legoland Malaysia Resort ini bukanlah dikendalikan oleh Merlin Entertainment semata-mata, ia juga turut dibantu oleh Themed Attractions & Resorts (TAR) dan Iskandar Investment Berhad (IIB).
Taman Tema Legoland Johor Bahru ini terbahagi kepada dua, waterpark dan themepark. Yang specialnya Legoland Malaysia ini, di kawasan Miniland. Kalau pergi Legoland Windsor, dia lebih kepada bangunan-bangunan di sekitar United Kingdom. Berbeza dengan Legoland Johor Bahru, kat sini terdapat 17 bandar yang berbeza di pelosok Asia seperti Malaysia, Singapore, India, Kemboja dan lain-lain lagi.
Ke Mana Hala Tuju Anda?
Star Wars Yang Baru Dibuka 6 September Lepas
Tandas
Berhadapan Dengan The Cafe
The Cafe
Kat Legoland Malaysia Resort ini juga terdapat kafe seperti The Cafe, restoran, gerai-gerai dan lain-lain lagi. Harga? Mahalnya. Sila bawa duit lebih! Seperti contoh, secawan kecil sweet corn berharga RM6. Belum lagi nasi, air dan lain-lain. *telan airliur*
Restoran
Kenal Tak Ini Siapa?? Hehe
Dan bagi umat Islam pula, kat sini terdapat surau yang disediakan khas untuk anda.
Surau Legoland
Alahai Comel kan?
Tatie Was Here
Mengenai theme park pula, kat sini terbahagi kepada beberapa bahagian, seperti Miniland, Imagination, LEGO Kingdom, LEGO Technic, LEGO City dan Land of Adventure. Kesimpulannya, memang sesuailah untuk kanak-kanak dan juga dewasa.
Project X
Roller Coaster
Kedudukan strategik Legoland Johor Bahru ini membuatkan sesiapa sahaja boleh ke sana. Jika anda dari Singapore, saya sarankan anda pergi ke sini dengan melalui Tuas Second Link yang mengambil masa hanya 10 minit. Manakala, jika anda dari bandaraya Johor Bahru pula, ia akan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke sini.
LEGOLAND THEME PARK
KEDAI SOUVENIR
LAIN-LAIN (HIASAN)
MINILAND
Memang best! Lebih-lebih lagi jika anda penggemar Lego. Saya recommend kepada mereka yang dah berkeluarga bolehlah ke sini. Anak-anak pasti suka.
BTW, saya tak sempat nak terjah kawasan Waterpark pula disebabkan hujan tiba-tiba lebat. Maybe next time, Insyallah. Kena bawa geng ke sini, barulah meriah. Kalau pergi seorang dua, tak best.
Waktu Operasi Legoland Theme Park Johor Bahru
10 pagi - 6 petang
Cara-cara Nak Ke Legoland Johor Bahru
- menaiki bas dari JB Sentral
- menaiki bas dari Gelang Patah
- menaiki bas dari Johor Premium Outlet (JPO)
- menaiki coach dari Larkin (setiap 30 minit)
- direct coach dari Singapore Flyer (setiap 30 minit)
- menaiki shuttle dari Tuas Second Link
Website :
[ Selamat Bercuti ]