Latest Posts

FESTIVAL MOON CAKE SARAWAK | Meremang bulu roma tatkala menjejakkan kaki ke Carpenter Street, Kuching baru-baru ini. Bukannya sebab ianya berhantu (takde hantu pun), tetapi disebabkan semangat warga Kuching dalam menyambut Festival Moon Cake baru-baru ini.

Festival yang dinamakan sebagai KUCHING INTER-CULTURAL MOON CAKE FESTIVAL ini diadakan selama 4 hari bermula 4 September sehingga 8 September. Meriah gila!! Kembang kempis, kembang kempis hidung bila melangkah kat sini. Haha.

Dah nama Inter-cultural, yang join pun pelbagai bangsa. Ada Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Semangat 1 Malaysia sangat! First time aku join festival mooncake ni. Selama ni tengok kat Mall je orang jual jual Moon cake.

Jalan Carpenter, Kuching
Jalan Carpenter, Kuching
Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival
Malam Terakhir Pun Masih Dihujani Dengan Pengunjung

Jalan Carpenter Kuching ini terletak di belakang Main Bazaar dan antara lokasi terkenal di Kuching. Kira kalau ke Kuching, tak sahla kalau tak pergi sini. Kebanyakan bangunan di sini adalah bangunan lama yang diwarisi turun temurun.


Sebut pasal Mooncake pula, ramai yang dah tahu. Apa tu Moon Cake? Moon Cake adalah sejenis kuih yang dimakan dan disambut pada pertengahan Autumn atau Mid-Autumn. To be honest, aku sendiri tak pernah makan Moon cake ini.

Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival
Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival
Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival

Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival ini dianjurkan oleh Persatuan Masyarakat Pasar Lama Kuching dan sememangnya WOW!!! Bukan senang nak mengumpulkan pelbagai kaum dalam satu tempat. Mereka ni buat persembahan di lain-lain lokasi di sepanjang jalan.

Antara Persembahan-Persembahan Yang Ada 

Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival
Chinese Live Band
Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival
Melayu Band
Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival
Persembahan Kung Fu
Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival
English Live Band
Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival
Persembahan Tarian Tradisional
Kuching Inter-Cultural Moon Cake Festival
Persembahan Nyanyian Lagu Tradisional Cina
Wannabe Buskers (comel je adik ni)

Selain tu, ada juga gerai-gerai jualan seperti :

Moon Cake
Henna
Toys
Motor
Makanan
For Non Muslim, Banyaklah Pub Yang Dibuka
Kedai Makan
Ice-Cream
Accessories

Tapi tak hairan pun, sebab kalau sebut je PERPADUAN, aku rasa Sabah & Sarawak menang kot. Kat negeri Sarawak ni sahaja ada pelbagai etnik dan mereka berjaya bersatu walaupun adat dan budaya berlainan. Pergi je Pasar Satok, tengoklah betapa harmoninya diorang ni.

Kat Carpenter Street ini juga terkenal dengan kedai kopi. Haa, ini korang wajib try!! Bagi backpackers, kat sini ada hostel untuk korang. Highly recommended dari kaki jalan. 


Backpackers Hostel in Kuching
Backpackers Hostel

Thank you SARAWAK TOURISM BOARD .. (^_^)
HOTEL BAJET DI BANGKOK | Aku mulakan entry khas dengan HOTEL CITIN PRATUNAM terlebih dahulu. Kenapa kami pilih HOTEL CITIN PRATUNAM?? Sebab lokasinya yang dikelilingi tempat-tempat shopping yang menarik. seperti Pratunam Market, Pratunam Plaza, Pratunam Mall, Pantip plaza. Aku sememangnya tak sempat pergi shopping memandangkan masa yang sangat terhad. Berbanding Ajikah, dia mempunyai banyak masa kat sini. T_T

Jadi sementara dia menunggu aku datang, sempatlah dia pergi shopping. Ishh, jeles tau! Kawasan hotel kami juga agak sibuk di waktu malam. Sana sini gerai pasar malam. Bagi sesiapa yang tak pernah ke Bangkok, kat area Pratunam ini terdapat Night Market @ Pasar Malam.

HOTEL CITIN BANGKOK
Lokasi Hotel Citin Pratunam

Terletak di Jalan Ratchapranrob, hotel ini berdekatan dengan Baiyoke Sky. Hotel bertaraf tiga bintang ini mempunyai dua bangunan. Okaylah, berbaloi bagi sesiapa yang datang ke Bangkok atas urusan business atau mungkin merancang PERCUTIAN BAJET KE BANGKOK bolehlah menginap di Hotel Citin Pratunam ini. Memang value for money.

HOTEL CITIN PRATUNAM
Bangunan 1 : Hotel Citin Pratunam
HOTEL CITIN BANGKOK
Receptionist Desk
HOTEL CITIN BANGKOK
Ruang Menunggu/Lobi
HOTEL CITIN BANGKOK
Persekitaran Di Waktu Siang

The best about Hotel Citin Pratunam ini, ia mempunyai servis tuk-tuk FREE untuk ke tempat-tempat shopping berdekatan dan Stesen Skytrain Phayathai.

HOTEL CITIN BANGKOK TUK TUK SERVICE
Tuk Tuk Service
 HOTEL CITIN BANGKOK
Tuk Tuk
 HOTEL CITIN BANGKOK
Memerlukan Khidmat Tour atau Berkaitan Pelancongan?
 HOTEL CITIN BANGKOK
Lif Bercirikan Keselamatan (Perlu Scan Untuk Naik ke Atas)
 HOTEL CITIN BANGKOK
Hallway

Hotel ni actually Ajikah yang pilih. Mula-mula agak peningla nak pilih mana satu. Aku pula memang pack dengan aktiviti sempena Tahun Melawat Malaysia. Malas nak peningkan kepala, suruh je Ajikah decide mana satu yang okay. Well, not bad huh. Biar tak cantik di luar, tetapi bila melangkah ke bilik. Terpukau. 

 HOTEL CITIN BANGKOK
Superior Room
 HOTEL CITIN BANGKOK
Ada TV, ada Safety Box, Ada Peti Ais... Not bad!
 HOTEL CITIN BANGKOK
Dressing Table
Toilet
Agak Sempit Sedikit Tapi Okaylah Dengan Harga

Bersih

Urm...

Ini Bangunan 2

Waiting Area

Pagi-pagi breakfast di bangunan 2. BTW, don't worry about breakfast. Hotel Citin Pratunam ini menyediakan vegetarian meals. Owner Hotel Citin Pratunam ini adalah keturunan singh dan vegetarian.


Untuk mereka yang check in di hotel ini.

Walaupun HOTEL CITIN PRATUNAM BANGKOK ini bertaraf tiga bintang, tetapi ia mempunyai kemudahan seperti sauna, gym dan massage. Overall, aku rasa convenient la stay sini. WIFI pun free.

Pratunam Night Market
OMGGG, terliur!!

For more info about Hotel Citin Pratunam ini, bolehlah layari website mereka :


PERCUTIAN BAJET KE BANGKOK | Memang singkat percutian ke Bangkok baru-baru ini. Ibarat hanya baru bertanya nama, belum sempat mengenali sudah pulang ke tanah air. Tempoh 24 jam di Bangkok, Alhamdulillah dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 24 JAM??? Gila ke?? T_T

 TRAVELOGUE TO BANGKOK

Sebenarnya ini adalah sebahagian dari Trip Jalan-Jalan Asean bersama Ajikah. Masih ingat trip kitorang ke Jakarta (link), Boracay & Manila (link) dan Ho Chi Minh City (link)?? Sedar tak sedar, ini negara keempat kami pergi dan ini adalah kali pertama aku pergi dengan Ajikah selepas dia bertukar title menjadi Puan. Hehehe. (See, KAHWIN bukan alasan untuk tidak travel).

Trip ke Bangkok ni pun sebenarnya, aku yang sampai lewat. Si Ajikah siang-siang dah sampai. Aku ter-delay kerana mengikuti Trip Ke Johor Bahru sebelum ke Bangkok.

Jadi, apa yang boleh buat sekiranya korang ada sehari je kat Bangkok?
Jeng, jeng, jeng .....

MALAYSIA AIRLINES
Journey To Bangkok

Soalan biasa orang akan tanya ..
"Selamat ke pergi BANGKOK??"

Sebelum aku ke Bangkok, macam-macam benda kat otak ni. Selamat ke? Masih ada demonstrasi ke? Ishh, macam-macamlah. Tapi actually semua ni hanyalah TANGGAPAN. Kalau tak selamat, takdelah mat salleh nak stay Bangkok, dan ada yang siap bermastautin kat sini. So, don't worry, Bangkok selamat.

 TRAVELOGUE TO BANGKOK
Suvarnabhumi Airport Arrival Halls

Sampai je Suvarnabhumi Airport, Bangkok, aku terus ke bawah. Untuk pengetahuan korang, actually lebih senang jika dari airport ke bandar dengan menaiki teksi. Nak naik train pun boleh. Up to your budget. Bajet lebih, naiklah teksi, bajet kurang naiklah train. Tapi macam aku, nak kejar masa terpaksa naik teksi. Nasiblah teksi kat Bangkok menggunakan meter. Kalau tak sakit nak membayarnya.  

SUVARNABHUMI AIRPORT
Lokasi teksi terletak kat bawah. Keluar je arrival hall, belok ke kanan. 
TAXI BANGKOK
Pastikan TEKSI berwarna macam atas ni tau
BANGKOK AIRPORT TAXI
Sila daftar di kaunter, dapatkan resit. Nanti bayar pada pemandu
TAXI FARE IN BANGKOK
Ini pula Taxi Fare ke Destinasi Popular Di Bangkok

Seterusnya, memandangkan aku sampai lewat kat Bangkok, jadi aku terus ke Sungai Chao Phraya untuk menikmati makan malam di atas bot sambil menyaksikan sunset. Dari Suvarnabhumi ke Chao Phraya kalau naik teksi 500-600 baht bergantung pada keadaan traffic.

CHAO PHRAYA RIVER BANGKOK
Keadaan Traffic di Bangkok pun agak 'ganas' juga
CHAO PHRAYA RIVER BANGKOK
Yang ini aku akan ceritakan di entry khas ... TUNGGU!

Pakej Dinner Romantik di Loy Nava River Cruise ini datang sekali dengan pick-up pergi balik dari hotel ke Sungai Chao Phraya. Tak perlu pening kepala dah! Harga pakej Dinner Loy Nava River Cruise ini berharga 1648 Baht/seorang. Berbaloi la kan?  Untuk cruise, makan malam & transport pergi balik hotel. WORTH!

Perut dah kenyang, jom balik hotel pula. Untuk urusan hotel, aku serahkan 100% kat Ajikah. Sebab dia sampai dulu dan dia ada banyak kelapangan masa. Aku ikut je pilihan dia. Tak kisahlah, sebab aku hanya tidur semalaman berbanding dia. Hehehe.

Hotel kami terletak di Pratunam. Kawasan best untuk shopping kat Bangkok. Bagi pemborong, aku suggest stay kat area sini. Memang dikelilingi kedai-kedai dan kat sini juga senang nak cari makanan halal. Ingat PRATUNAM, ingat SHOPPING. Eh? Haha.

Hotel Citin Pratunam Bangkok
Hotel Citin Pratunam Bangkok

Hotel Citin Pratunam Bangkok ni bertaraf tiga bintang. Namun, ia dikelilingi dengan kawasan-kawasan shopping. Paling best, malam-malam ada night market. Jalan kaki je. Murah-murah pula tu. Ishhh, rambang mata. Sana sini murah. T_T

And, pasal Hotel Citin Pratunam ini, aku akan cerita kat entry khas later. Anggap sahajalah entry ini sebagai rumusan TRAVELOGUE 24 HOURS IN BANGKOK. Hehehe.

The next day tu, pagi-pagi terus check out hotel. Destinasi pagi ni melawat tempat-tempat WAJIB PERGI DI BANGKOK dengan menggunakan teksi. Alhamdulillah, menginap di Hotel Citin ni semuanya jadi mudah.

Pada mulanya, ingatkan macam tak sempat or maybe mahal lah kalau nak pergi tempat-tempat tarikan pelancong kat Bangkok ni. Sebab kalau ikutkan harga yang diorang tampal kat taxi masa aku sampai hari tu, boleh tahan mahal harganya. (rujuk gambar taxi fare kat atas).

Worth la juga dengan jarak tempat-tempat yang kitorang nak pergi ni. Kalau kat Kuala Lumpur ni, mahu bayar mahal. Haha. Untuk sewa teksi ni, kami minta bantuan Hotel Citin Bangkok dan Alhamdulillah dapat yang murah dan selesa. Weeee.

BANGKOK CHEAP TAXI

Sewa Teksi/Supir ni berharga 2000 baht/kereta. Tapi bahagi dua, jadilah 1000 baht seorang. Penyewaan ala-ala supir kat Jakarta. Haaa, murahkan?! Lebih kurang RM100 je seorang. Tapi malangnya, masa sangat terhad. Kami hanya dapat pergi ke beberapa tempat je sebelum ke airport.


Antara tempat-tempat Tourist Attraction yang kami pergi :
- Maeklong Train Market
- Damnoensaduak Floating Market
- Sekitar Grand Palace (lalu depan je tak sempat singgah)
- Wat Arun
- Chatucak Weekend Market
(semua ni akan diceritakan di entry khas)

Tapi harga tiket masuk tak campur sekali dengan sewa teksi tau. Lain-lain. Jangan confused! 


Teksi Kami
Wat Po (Reclining Buddha Temple)

Hehehe. Tak masuk tapi ambil gambar kat luar pun jadilah

Tempoh percutian 24 jam di Bangkok memang singkat. Tak puas rasanya berjalan kat Bangkok ni. Insyallah akan datang lagi di masa akan datang. Mungkin dengan sibling or mungkin dengan adik ipar or mungkin dengan Ajikah balik. Haha. Apa-apapun, Bangkok best. 

No wonder Mat Salleh ramai bermastautin kat sini. Asal jumpa mereka je, tanya pasal Asia mesti nombor 1 Bangkok. Ada yang dah siap beranak pinak kat sini. Everything murah kat sini except makanan. Pasal keselamatan jangan bimbang. Pentadbiran baru ni lagi safe.

Departure Hall Suvarnabhumi Airport
Departure Hall Suvarnabhumi Airport

BAJET TRAVEL DI BANGKOK
Hotel 1260 baht/night (bahagi dua RM63)
Teksi 1000 baht (kalau ramai lagi murah)
Dinner Loy Nava 1648 baht
Makan (makanan di Thailand agak mahal) 500 baht
Teksi dari airport ke Sg Chao Phraya 500 baht
Bot Floating Market 600 baht
Total : 5508 baht @ RM 548

Semoga Kita Bertemu Lagi Bangkok
(^_^)

American Airliner Plane