Latest Posts

Hai... Masih dalam mood raya? atau tengah godek-godek Agoda dan merancang nak pergi somewhere? Sekiranya anda tengah pening dan tak tahu nak pergi mana... AYUH KE PORT DICKSON HUJUNG MINGGU INI.

PORT DICKSON INTERNATIONAL TRIATHLON 2014 julung-julung kali diadakan. Acara tahunan bertaraf antarabangsa. Menariknya PDIT ini juga turut disertai para peserta dari dalam dan luar negara. Sambutan hangat wei dari peserta-peserta luar negara.

Avillion Admiral Cove

sunset di Avillion Admiral Cove Port Dickson
Majlis PC baru-baru ini
Exco Pelancongan NS bersama penganjur-penganjur PDIT

Milik siapakah trofi ini nanti

Save The Date

Bukan itu sahaja, setiap kali ada event-event besar berlangsung kat pekan ni, pasti seluruh Port Dickson menjadi meriah lebih daripada biasa. Dari batu 1 sampailah batu-batu seterusnya. Alaaa, PD-KL or PD-Melaka takdelah jauh mana. Even, kalau korang kat Sabah sekalipun boleh datang. Haha.

Port Dickson International Triathlon 2014 bakal diadakan di Avillion Admiral Cove, Port Dickson. Sebuah resort yang boleh tahan cantiknya. Laut dia pun jernih berbanding pantai-pantai yang ada kat Port Dickson ni. Private beach kan? Haruslah terjaga rapi. 

Now, jom tengok gambar-gambar PDIT yang lepas..


alolo comelnya adik ni
Menyejukkan badan gitu
Gigih mereka ni semua
Tunggu apa ni??
Ohhh.. hahaha

SAVE THE DATE . SAVE THE DATE 


PORT DICKSON INTERNATIONAL TRIATHLON 2014
9-10 Ogos 2014
Avillion Admiral Cove/ Admiral Marina & Leisure Club
Port Dickson, Negeri Sembilan

Hai, Assalamualaikum.

Belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya. Walaupun raya tahun ni disambut dengan sederhana, tapi Alhamdulillah. Meriah dengan kehadiran saudara-mara dan sahabat handai. Anda pula bagaimana? Hopefully begitulah.

Raya ketiga sebagai isteri. Masih mengekalkan konsep yang sama, homemade cookies dan tidak beli di luar. Raya tahun ni aku buat 7 jenis kuih dan antaranya Tart Nenas, Biskut Red Velvet, Semperit Putar, Cornflakes Coklat, Chocolate Chips, Biskut Coklat Kisah Tatie dan Biskut Arab. Biskut-biskut ni dibuat dua hari sebelum raya. Bergegar kejap rumah. Last minute baru timbul mood raya. 

Manakala untuk open house pula (lain hari lain menu), aku buat Pavlova, Nutella Cheese Cake, Red Velvet Cake, Cheese Tartlet dan lain-lain lagi. Masih dalam perancangan. Hehe. Siapa FREE 10hb ni angkat tangan??!! Haha.

Ada yang tertanya-tanya, kenapa aku tak ambil je kuih kat kedai mummy. Kan senang dan tak payah penat-penat buat kuih. Jawapannya, simple sahaja. Inilah yang dikatakan kepuasan. Baking, baking, baking. Lagipun tahun ni, aku jarang bebenar 'memanaskan oven' dek kerana sibuk ke sana ke sini. =B

Kuih dan Kek

So, perkara pertama aku buat, adalah menghantar baju-baju raya tahun lepas ke dry cleaning. Bukan semua baju, tapi baju yang aku rasa nak pakai sahaja. Haha. Mujur sempat hantar dan ini pun last minute. FYI, diorang usually dah tak nak ambil lagi baju seminggu sebelum raya. Penatlah aku merayu dan berdrama kat kedai tu. >_<

Baju-baju tahun lepas

Selain dari baking, kalau korang follow blog ni dari tahun-tahun lepas, mesti tahu, tak sahlah kalau aku tak menambah-nambah manik kat baju. Tapi tahun ni agak malas sikit, plus baju siap lambat. So aku hanya sempat menambah manik kat satu baju je. Tambah manik dan tampal batu. Nampak tak kemalasan kat situ berbanding tahun lepas? Haha.

Sesi jahit dan tampal

Dan, baju raya tahun ni .... pun simple-simple je. Semua very last minute. 4 helai tempah, 3 helai beli siap. Thank you Ruby Exclusive Fabrics kerana sponsor satu baju. Yeay. Nak tengok?? Tunggu next update. Gamaknya bila Syawal dah habis kot. Haha. =P

Baju Raya Tahun Ni

DUIT RAYA, DUIT RAYA .. Siapa nak?
Sila bawa anak-anak korang ke rumah kami CEPAT

Terima kasih Encik Suami kerana memberi kepercayaan kepada aku untuk handle bab-bab persiapan raya, kepada mummy, mertua, siblings, kawan, saudara dan semua yang memeriahkan Syawal kami untuk tahun ni meskipun Encik suami terpaksa bekerja dari first sampai third raya..

Soalan bonus : Siapa FREE 10 HB Ogos ni?? Haha.
Hai, assalamualaikum. Berhabuk sekejap blog Kisah Tatie ni. Jika korang follow blog ni dari dulu pasti memahami sangat-sangat kebusy-an aku pada akhir Ramadan. Yaaaa, busy dengan persiapan RAYA. PERSIAPAN RAYA yang very-very last minute. (-_-)

Oh by the way, sebelum Ramadan melabuhkan tirai, baiklah aku berkongsi cerita mengenai majlis iftar yang aku join baru-baru ni. Terlebih dahulu terima kasih PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC) kerana sudi menjemput kami semua. *happy tummy*

Memang kenyang. Memang lumayan. Memang berbaloi. Korang ada pergi tak beriftar di Putrajaya International Convention Centre sempena Ramadan ni?? Rugiiiiii kalau tak pergi. Happening sangat-sangat okay. Lauk pauk yang memikat selera, cheese cake yang sedap dan banyak lagi.

Putrajaya International Convention Centre
meja kami

habislah bila semua ni berkumpul
selfie dengan Rosma AF

Bergambar dengan bos PICC

Putu Piring pun adaaa

Ish dia ni lagi ...

Ulam-ulaman

Ben Ashaari pun adaaa
Ni lagi seorang suka sangat interframe. haha

PICC turut meraikan anak-anak yatim

Sorry Madi... Too cute to handle =P

Persembahan dari Rosma
Jangan lupa LIKE Facebook PICC

Okay, Ramadan pun bakal melabuhkan tirai. Sedihkan? Entahkan dapat berjumpa lagi ke tak dengan Ramadan akan datang. Well, terima kasih kepada semua yang menjemput Kisah Tatie untuk beriftar bersama. Thank you so much.


Thank You PICC

Kad raya ke-2

Bergambar kenangan

Happy dapat berjumpa dengan semua orang. Blogger baru, blogger otai, blogger famous.
(^_^)
Maafkan diriku
Aku terlalu lemah untuk menghadapi semua ini,
Meskipun ia tidak berlaku kepada saudara atau ahli keluarga terapat,

Namun,
Ia memberi kesan mendalam terhadap aku
Aku sedih, terlampau sedih

Setiap kali aku terkenang peristiwa itu, 
Aku menjadi paranoid, 
Aku menjadi trauma,
Aku menjadi takut, 
Takut dengan masa hadapan,

Ya, percaya pada Qada' dan Qadar,
Tapi aku tidak mampu untuk menghadapinya,
Jika ia berlaku terhadap diriku di masa akan datang,
Kerana aku insan yang lemah.

Bertabahlah wahai hati. 
Minta dijauhkan dari sebarang malapetaka

Doaku untuk Malaysia Airlines 
Agar kita semua tabah dalam menghadapi semua ini
Insyallah.

Tiada istilah raya untuk tahun ini. 

Pray for MH17, MH370 & Gaza.
12 am - Encik H telefon.

Encik H "Tengok Awani sekarang, MH kena tembak"
Me : Tipu.. mustahil lah.. Tak percaya (aku memang susah nak percaya)

Then, aku buka Awani dan terkejut. Dua tiga kali juga menampar-nampar pipi. Betul ke? Bermimpikah? Mimpi ngeri jadi realiti? Selama ini, peristiwa ini yang paling aku takut sekali kalau naik flight. Especially bila lalu atas Afghanistan dan kawasan-kawasan sebegitu. Aku sering tanya Encik H macamana keadaan kalau pesawat kena tembak? 

Nampaknya sekarang, aku faham keadaannya. Trauma MH370 masih bersarang di hati. Walaupun aku dah acapkali naik flight, tapi sejak peristiwa MH370 hilang, aku seperti trauma. Masakan tidak, masa lalu di kawasan india, terdapat tarbulence kuat. Kecut dan mengigil.

MH17,
Aku bersimpati. Aku sedih. Aku terkedu.

Sebaik sahaja aku dapat tahu, aku seperti trauma, takut, seram, sejuk.

Ya Allah, beratnya dugaan Malaysia Airlines.
Ya Allah, tolong selamatkan Malaysia
Ya Allah, beri kekuatan pada kami 

Kenapa mesti Malaysia Airlines? Why?  Why? Why????!!
Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaa????

Mungkinkah aku terpaksa bersara dari arena blogging??
Dan mengikuti Encik H setiap kali dia bekerja? 
Mungkinkah aku terpaksa korbankan blog kesayangan?
Aku buntu.

Duit boleh cari, pasangan tidak mungkin bertukar ganti.

Ya Allah, selamatkanlah Encik H kemana sahaja dia pergi.
Aku tak sanggup kehilangannya. Sungguh!

Malaysia Airlines please be strong.
I love you so much.

Al fatihah kepada penumpang MH17

Serba sedikit mengenai MH17

Aku tidak kira, aku mahu tahu siapa dalang semua ni?
Kenapa mereka tembak MAS? 

Doa orang teraniaya selalu termakbul. Berdoalah wahai rakyat Malaysia.
Semoga persoalan mengenai MH370 dan MH17 terjawab cepat

akhir sekali,
Salam Takziah kepada ahli keluarga mangsa MH17
T_T

American Airliner Plane