Latest Posts

Memang tak dapat dinafikan, harga tiket public transport di Kota London kalau dalam sehari (pergi balik 2,3 trip) boleh makan kenyang-kenyang kat Chili's. Tapi mengapa kena bayar lebih kalau ada cara untuk berjimat?

Meskipun korang pakai oyster atau travelcard, well ... ada tips untuk lebih berjimat bagi sesiapa yang pertama kali menjejakkan kaki ke Kota London. Hari ni aku nak ajar korang bagaimana nak jimat duit dengan berjalan kaki di Kota London. 

Percaya atau tidak, dalam sehari sebenarnya korang cover hampir 60% tempat-tempat menarik di Kota London dengan berjalan kaki. Haaaa?? Rilekssss!! Kata omputih, tak feel la kalau datang London tapi 24 jam nak naik public transport je. Orang British memang suka berjalan kaki.

#throwback July last year

BUDGET TRIP TO LONDON | WALKING TRIP AT LONDON

Trip berjalan kaki bermula dari Oxford Circus. Kalau dari area Brent Cross ke Oxford Circus naik bas 189. Tapi kalau korang nak mudah, naik je Underground  ke Oxford Circus (Piccadilly atau Bakerloo lines) atau jalan kaki dari Oxford Street terus ke Oxford Circus. Oxford Circus ni terletak di penghujung jalan Oxford Street.

Oxford Circus
Oxford Circus

Dari sini ada simpang empat. Korang akan nampak kedai Tezenis (macam kat atas ni) kat hadapan. Bertentangan dengan Tezenis adalah kedai Nike dan sebelah kiri korang ada kedai H&M. So, bila semua arah yang aku cakap ni betul, korang ambil arah kanan.

Jalan terus dan terus ke arah Regent Street. Untuk pengetahuan korang, Regent Street ni antara jalan yang famous kat London. Nak shopping barang macam Burberry, Hackett, Hamleys, H&M (bersepah H&M kat London ni), Lush, Michael Kors dan lain-lain lagi. Click sini : REGENT STREET.

Regent Street
Regent Street

Jalan terus sampai penghujung jalan dan korang akan jumpa seperti tempat kat bawah ini. Ini adalah Piccadilly Circus. Apa yang menarik kat sini adalah :

- Ripley's Believe It Or Not 
- The London Pavilion (teater and etc kat sini)
- Billboard 3D (tourist attraction)
- Lilywhites (boleh tempat jersey and letak nama korang kat sini)
- Soho (ada kelab, bar dll)
- Restoran Melayu MELATI kat area Soho
- London Trocadero

Okay dari sini juga korang boleh ke
- Coventry Street (tempat orang-orang jadi patung)
- Leicester Square (mostly Premiere Filem buat kat sini)

Piccadilly Circus
Piccadilly Circus
Piccadilly Circus
Wajib ambil gambar berlatar belakangkan ini
Ripley's Believe It Or Not
Ripley's Believe It Or Not

Next, berdiri menghadap Lilywhite. Lilywhite? Apa tu?

Okay, okay. Nampak tak macam statue ni? Belakang dia ada Lilywhite. Haa, kedai yang jual barang-barang sukan tu. So, korang menghadap ke arah kedai tu dan nampak Tesco kecik. Lebih mudah, nampak Underground punya tiang. Kalau nampak, confirm betul la tu. Haha.

Ripley's Believe It Or Not
Kalau ini arah korang, sila ke arah kanan.

Then, korang akan nampak bangunan-bangunan macam ni. 
Tesco belah kanan, Lilywhite belah kiri.

Crimean War Memorial

Terus je sampai nampak Crimean War Memorial. Kat sebelah kiri korang ada Sofitel hotel. Kemudian, ambil kiri. Faham tak? Kehkeh. @_@

Crimean War Memorial
Crimean War Memorial

Jalan terus, nanti nampak ada basikal banyak-banyak ni. Kalau takde, nampak kedai ni pun takpe. Arghh, small matter lah. Terus je sampai nampak Trafalgar Square.

cycling in london
Nak naik basikal di Kota London ???

cycling in london
Harga Sewa Basikal Barclays di London 

P/s : Jangan lupa baca Rules & Regulation Cycling kat sini : Cycling.
Yang penting, WAJIB bayar pakai kad.

Macam aku cakap tadi, terus sikit je nampaklah Trafalgar Square. Ada apa kat Trafalgar Square ni? Apa yang menarik? Kenapa menjadi tumpuan?

Kalau dulu, kat sini lebih meriah sebenarnya sebab ingat Trafalgar Square, ingat burung merpati. Zaman aku kecik-kecik dulu, memang wajib datang sini bawa makanan. Kengkonon nak bagi makan burunglah. Tapi kini tidak lagi. Bilangan burung merpati pun makin berkurangan. Bukan kerana kepanasan global etc etc, tapi dihalau dan pelancong dilarang untuk bagi makanan. Kotor katanya. 

Walau bagaimanapun, kawasan Trafalgar Square tetap menjadi pujaan, sebab kat sini kalau summer meriah. Kengkadang ada concert, ada event menarik dan banyak lagi. Kat sini juga sering menjadi pilihan warga British untuk buat demonstrasi. Haha.

Trafalgar Square
Trafalgar Square
The National Gallery, London
The National Gallery, London
Statue

Seterusnya, kalau National Gallery ni berhadapan dengan korang, korang perlu pusing ke belakang menghadap statue seperti gambar kat atas ni. Then, jalan terus sikit dan nampak Pejabat Tourism Malaysia London. (Excited tengok berdera Malaysia berkibaran)

Pejabat Tourism Malaysia London.
Pejabat Tourism Malaysia London

Seterusnya, lintas ke depan dan berjalan ke arah belakang bangunan Tourism ini.

 Admiralty Arch London
Korang akan nampak pintu gerbang @ Admiralty Arch

Terus ke depan, menuju pintu gerbang ini dan korang akan nampak pemandangan macam kat bawah ni selepas merentasi pintu gerbang tu.

 The Mall
The Mall

The Mall ini adalah laluan Queen Elizabeth dan segala kerabat dia. Kat sini juga selalunya diorang buat perarakan. Menariknya kat sini dikelilingi office-office government. Ala-ala Putrajaya gitu.

Kat sini terdapat beberapa bangunan yang menjadi tarikan pelancong seperti :
- St James Park
- Buckingham Palace
- The National Police Memorial
- King George VI Memorial & Queen Elizabeth
- Malborough House Gardens
- Clarence House
- Lancaster House
- Green Park
- The Guards Museum
- Ministry Of Justice
- Victoria Memorial
- The Supreme Court
- HM Treasury 
- Ministry Of Defence
- The Household Cavalry Museum

Buckingham Palace
Buckingham Palace

Kalau time summer, istana ini dibuka kepada public. Bagi sesiapa yang rasa nak masuk Istana Buckingham, kebiasaannya dibuka dari penghujung Julai sehingga akhir September. 

Buckingham Palace Opening Hours (Summer)

26 Julai - 31 Ogos
9.30 am - 7.30 pm
(last admission 5.15pm)

1 September - 28 September 
9.30 am - 6.30 pm
(last admission 4.15 pm)

Harga Tiket Masuk Istana Buckingham boleh check sini : Palace Tours

Royal Guards Parade
Royal Guards Parade

Dah habis melambai kat Queen? Hehehe. Dah, jom ke tempat lain pula. Bila Buckingham Palace menghadap ke hadapan korang, apa korang perlu buat, pusing ke arah Tenggara. Tahu tak arah Tenggara kat mana? Tak tahu tanya Mr Google.  Terus ke situ dan korang akan nampak pintu gerbang macam kat bawah ni. 

 
Pintu Gerbang - Tiang Tertera nama Australia

Terus dan sampai penghujung jalan, sila ambil kiri ke arah park. Ini adalah St James Park. Tempat paling best untuk lepak petang-petang. Sambil dijamu dengan keindahan semulajadi, korang juga turut diserikan dengan beberapa jenis itik dan burung. Memang cantik dan menarik. Tak kiralah musim autumn ke, winter ke, summer ke atau spring. St James Park memang cantik.

 St James Park
Bagi Makan Itik
 St James Park
St James Park Maps

Next, korang terus sampai nampak jambatan ni di tengah-tengah. Sila menyusuri jambatan ini. Actually boleh je kalau nak terus, tapi nanti korang termiss view lain pula. Hehe.

  St James Park
Meniti Jambatan di St James Park
Pemandangan Dari Atas Jambatan

Next, korang akan nampak papan tanda macam kat bawah ni dan sila ke kanan. 


Terus dan terus, ada macam gerai jual ice cream di belah kiri dan terus lagi sampai jumpa pemandangan macam kat bawah ini. Oh ya, nanti ada cafe 'Inn The Park'. Ada jual kopi, roti dan lain-lain lagi. Sekiranya korang datang time winter dan kesejukan, bolehlah singgah minum kopi.

The Household Calvary Museum
Terus menuju ke bangunan ini.
The Household Calvary Museum
The Household Calvary Museum

Kat sini terletaknya The Household Calvary Museum dan Ministry Of Defence. Oh ya, kalau nak tengok horse guards parade, silalah ke sini. lagi besar dan lagi meriah. Parade diadakan pada setiap pagi dan setiap hari. Isnin hingga Sabtu jam 11pagi, manakala Ahad jam 10 pagi.

Sebelum terlupa baju mereka ni tukar-tukar. Summer pakai baju lain, winter pakai baju lain.

The Household Calvary Museum
Horse Guard

NEXT .. dah keluar dari bangunan Calvary tu, korang akan nampak view macam kat bawah ni.

The Household Calvary Museum

Bila dah menghadap view ni, cepat-cepat ke kanan. Or dengan lebih jelas, keluar je dari bangunan Calvary Museum tadi terus ambil kanan dan jalan terus ke hadapan.

Eh, kenapa kat gambar bawah ni ramai orang? Tiang pintu je pun. Haaa, kalau nak tahu ni la 10, Downing Street, Pejabat Perdana Menteri Britain. Bagi aku, lagi cantik pejabat PM kita kat Putrajaya. Sini dah macam penjara je aku tengok. Sometimes, korang boleh lihat orang buat demonstrasi kat depan pagar ni. 

 Downing Street
Downing Street

Terus, sehinggalah jumpa Westminster Station. Eh tapi jangan terus menuju ke station. Sebaliknya dari sini korang boleh nampak Wesminster Abbey.

Kat Wesminster Abbey inilah tempat perkahwinan Kate Middleton dan Prince William. Kat Wesminster Abbey ini terdapat banyak kisah berkaitan dengan Royal Family and kat sini jugalah terletaknya Big Ben. BIG BEN?? Yup, mercu tanda London tu. Ding dong bell ♪, ♫, ♪, ♫ ... Hehehe.

Westminster Station
Westminster Station
Westminster Abbey
Westminster Abbey
Big Ben London
Big Ben London

and terus lagi ke hadapan sampai jumpa Eye On London.

Dari sini, korang boleh teruskan perjalanan melalui 3 cara. Bagi siapa yang dah penat, bolehlah naik River Thames Cruise atau Underground Tube. Atau masih gagah boleh teruskan berjalan kaki.


River Thames Cruise ini mempunyai banyak station. Lagi hampir dengan Tower Of London lagi murah, tapi kena jalan sikitlah. Kalau dah penat sangat naik je lah dari Westminster ni. Haha.

The Price, refer here : River Thames Cruise

Okaylah. Selebih story aku continue dengan gambar lama. Sebab perjalanan aku hari tu terhenti di sini. Maklumlah bulan puasa. Lagipun, asyik-asyik pergi tempat sama. Hahaha. So, ampun maaf. Tapi, TAPI, tapi korang kena teruskan perjalanan. 

Eh, jap. Mesti nak tahu masa diambil sepanjang perjalanan kat atas ni kan? Kalau musim panas/summer, aku suggest korang mulakan masa perjalanan korang seawal jam 9 pagi. Kalau summer, by 430am pun dah terang. Jalan, jalan dan jalan, habis tour kat Wesminster  pada jam 3-4 petang. Kalau korang tak lepak lelama, ambil masa selfie semualah. Kalau tak boleh sampai malam kalau satu tempat selfie berjam-jam. Haha. *buang tabiat*. 

Okaylah teruskan perjalanan dengan berjalanan kaki. Dari Big Ben ni, korang terus berjalan merentasi jambatan ni. Nanti nampak St Thomas Hospital di hadapan belah kanan dan Eye On London di belah kiri. Nampak tak?

big ben london
Dengan Lina Itzmira January Last Year

Terdapat perbezaan kalau naik cruise dengan berjalan kaki. Kalau berjalan kaki, macam-macam korang boleh lihat dan feeling tu lebih lagi jika dibandingkan dengan naik cruise. Sebab tu la mat salleh gemar berjalan kaki. 

Berbalik pada arah, dari jambatan ni korang ke arah kiri menuju ke Eye On London. Kalau nak lihat London dari atas, naiklah Eye On London or cara lain, naik Cable Car London Emirates Experience. Harga tiket Eye On London boleh rujuk sini : EYE ON LONDON TICKET PRICE.

Tapi... ada tapi ... hehehe. Tapi, aku menggalakkan korang beli combo. Lagi murah dari beli satu-satu. Maksud combo, korang beli tiket combo beberapa tempat.

Contoh :

London Eye + Madame Tussauds
London Eye + Sea Life Aquarium
London Eye + Madame Tussauds + London Aquarium
London Eye + Madame Tussauds + London Dungeon

JIMAT BANYAK WEH ...

Next, teruskan perjalanan korang. Di London Eye ini juga terdapat Sea Life Aquarium dan County Hall Entertainment. Kalau nak cuba London Duck Tour, kat belakang Country Hall ni lah tempatnya. (berdekatan dengan Waterloo Station). Tapi kat Melaka pun ada. Huh.

Teruskan perjalanan korang. (asyik ayat ni je.. kering idea eh?). Sepanjang perjalanan macam-macam gelagat manusia korang boleh saksikan. Ada yang jadi patung (hey diorang ni kengkadang student university tau.. buat sekadar hobi), ada gerai-gerai dan banyak lagi.

 Jubilee Line
Hahaha. Dua-dua Ni Manusia Tau

Nanti korang akan melintasi
 * Jubilee Gardens
*  Queen Elizabeth Hall
* Hungerford Bridge
* National Theatre
* IBM
* London Television Centre
* Oxo Tower
* Millenium Footbridge
* Shakespeare's Globe
* Tate Modern
* London Bridge (jangan keliru London Bridge & Tower Bridge)
* HMS Belfast
* City Hall

Tower Bridge London
Manusia Kreatif. Pasir Seciput Pun Mampu Mengukir Sebuah Karya

And finally, sampai juga ke Tower Bridge London. Okay sila jangan konpius. Aku dah cakap, Tower Bridge and London Bridge lain. Aku tahu ramai di antara korang diajar dengan nyanyian London Bridge Is Falling Down... Tapi itu bukan London Bridge. London Bridge takde apa-apa yang menarik except London Dungeon yang terletak kat situ. 

Tower Bridge London
Behind Me Tower Bridge London (throwback 2008)

Sesudah sampainya korang kat sini, maka korang dah cover 60% attraction di Kota London ni. Sila tepuk tangan untuk diri sendiri. Yeay!!! Bagi yang naik cruise, korang boleh teruskan perjalanan ke Greenwich (kat situ terletaknya Cable Car). Kalau naik Underground dari Tower Hill Station pun boleh. Jalan kaki aku tak pasti. Tak try lagi. Usually aku akan stop jalan kaki kat sini. 

Di Tower Bridge ini juga terletaknya Tower Of London, sebuah istana lama. 

http://www.hrp.org.uk/TowerOfLondon/admissionsprices/toweroflondonadmission
Untuk Info, sila rujuk sini : Tower Of London


Behind Me, Tower Of London (throwback 2010)
With Haizan (throwback last year)

Itu sahaja buat kali ini. Sebenarnya banyak lagi aku nak cakap. Tapi kang korang cakap aku dera korang pula. Hahaha. Pejam celik-pejam celik, dah cover 60%. Nak tips jalan kaki? Jangan mengeluh, penat, penat, penat. Sebaliknya, cuba berjalan dengan rileks dan santai. Aku pasti korang datang berteman. Kasut make sure pakai yang elok. I mean yang selesa untuk dibawa berjalan. Never ever pakai heels. Melainkan korang pro macam si Haizan ni. Hahaha.

TIPS LAIN??

Ada beberapa route  jalan kaki di mana korang boleh mulakan dari Bayswater.

Bayswater - Hyde Park - Kensington Palace - High Street Kensington - Royal Albert Hall - Knightbridge - Harrods - Sloanne Street

atau

St John Wood Station - London Mosque - Regent's Park - London Zoo - The Sherlock Holmes Museum - Madame Tussauds - Oxford Street - Marble Arch

atau

Oxfod Circus - Regent Street - Piccadilly Circus - Leicester Square - Covent Garden - Royal Opera House - Royal Court Of Justice - St Paul Cathedral - Museum Of London


Jalan lupa ambil gambar di telephone booth, bas double decker lama (boleh jumpa di Tower Bridge) dan peti surat. Entah 10 tahun akan datang lagi ada ke tak benda ni semua. At least, keep it as a memory.

Kalau korang tanya aku pasal stadium, aku recommend korang pergi Emirates Stadium (Arsenal). Walaupun korang ni fanatic Manchester ke or Chelsea, tapi stadium arsenal worthla kalau pergi. Dekat dan besar. Chelsea dan Wembley pun dekat cuma, kalau compare struktur dan nak ambil gambar, elokla pergi Emirates Stadium. Puas hati sedikit.

Kalau nak tanya pasal premiere film atau teringin nak berjumpa dengan celebrity Hollywood, bolehlah rujuk laman web ini : London Premiere Film. Tak dapat tengok filem, dapat tengok artis pun, bersalaman dan bergambar dengan mereka pun jadi jugalah kan?

ROBERT DOWNEY JR
2 kali jumpa Robert Downey Jr secara live .. rasa nak pengsan... !!
OMGGG ...

P/s : Sila datang awal especially filem yang dibintangi artis popular. Macam Iron Man ni, aku terpacak jam dari 1pm, walhal dia start 7pm. By 230-3pm biasanya diorang dah tutup pagar. Nak menang tiket premiere?? Sila alert. Kengkadang diorang buat contest, pakaianlah, soalan la and blabla.

and alert juga dengan festival-festival atau event yang berlangsung kat London
click sini : Event In London

Terakhir sekali.. nak beli souvenirs mana murah? Selalunya aku akan bawa kawan-kawan jalan ke arah Debenhams. Ada sebuah gerai bersebelahan dengan Debenhams. Kat situ harganya jauh lebih murah dari tempat lain dan boleh tawar menawar. Kalau malas, depan Selfridges (berhampiran dengan The Perfume Shop) ada sebuah gerai lagi. Tapi tu ikut mood tuan kedai. Kengkadang dia bagi diskaun banyak, kengkadang tak.

souvenirs in London

Itulah sahaja buat kali ini. Kalau aku terpeningkan korang, ampun maaf. Haha. Moga korang dapat berjimat sepanjang kat sana nanti. Kalau ada yang terkurang mohon bagitahu. Kalau nak bertanya, silakan or boleh email aku kat sweet_tatie88@yahoo.co.uk 

Selamat bercuti .. Kiss London for me. Have Fun!

 Next Entry Mengenai London
- Restoran Melayu Di Kota London
- Simkad Murah Di Kota London
- Restoran Arab Paling Sedap Di Kota London

Korang nak tahu tak?? Aku ni HANTU STEAMBOAT. Kalau dapat makan steamboat hari-hari pun aku tak kisah. Takkan pernah ada istilah jemu dengan steamboat dalam kamus hidup. Tapi kalau korang nak belanja, lagi aku suka. Muahaha. =P

Jadi bila Ewana FM ajak untuk join berbuka puasa di Majlis Iftar Ramadan Ewana FM 2014 di Pak John Steamboat E-Curve Damansara baru-baru ni, haruslah aku melompat kegirangan. Yeay. 


Majlis diadakan sangat meriah. Di samping meraikan anak-anak yatim, kami juga berpeluang beramah mesra dengan beberapa orang artis antaranya Ana Raffali, Iqwal dan lain-lain lagi. Mereka juga turut mengadakan persembahan bagi menghiburkan hadirin yang hadir pada hari itu.

Menariknya kat Pak John Steamboat ni terdapat banyak pilihan makanan dan paling penting harganya pun sangat berpatutan. Bagi sesiapa yang tak gemarkan steamboat, terdapat juga pilihan lain seperti bbq dan yong tau foo. Aku suggest korang try honey chicken wings (bukan ayam masak coke eh POJIE.. haha), honey beef dan lain-lain lagi. Ini untuk BBQ tau. Sedap Gila Wei!!

Kalau steamboat pula terdapat banyak pilihan makanan. Rambang mata mak uolsss. Nasib habis. Kalau tak habis, memang aku salahkan si Budak Pacak Khai. Haha. Untuk Ramadan Buffet ni korang boleh terjah dari 28 Jun sehingga 29 Julai. Tak payah tunggu minggu depan, kalau boleh pergi besok juga. Pssst, aku pun tengah plan nak datang balik. Insyallah.

HAK KISAH TATIE

RM 39++ JEEEE????
Yela, kan aku dah cakap berpatutan. Murah kan?

Berbalik pada Majlis Iftar Ramadan Ewana FM 2014, kat majlis ini juga berlangsungnya sesi pelancaran ALBUM EWANA RAYA. Wah, hebatnya korang. Siap ada album gitewwww!! Okay bagi pendengar-pendengar Ewana FM jangan lupa beli album ni pasaran okay?

HAK KISAH TATIE
Segmen bersama Iqwal
HAK KISAH TATIE
Anak-anak yatim yang diraikan
HAK KISAH TATIE
Tempat Daging, Ayam dan Seafood
HAK KISAH TATIE
Tempat Sayur-sayuran 
HAK KISAH TATIE
Tempat nasi, kuih and etc (Hi Abam Hot, Pojie)
HAK KISAH TATIE
Dim Sum Area
HAK KISAH TATIE
Hamboi, ni paling ramai .. Apa yang best sangat ni uolsss??
HAK KISAH TATIE
Ohhhh, waffle rupa-rupanya...

Rawlin : Ouchh, ini saya punya
Madi : Hek ele, aku yang ambil, mengaku hak kau pulak
Fitri : Argh, gaduhla korang! Aku mencekik dulu..

HAHAHA. Gasaklah korang. Tapi memang best pun waffle dia.

dan yang paling best pasal Pak John ni, dia ada pelbagai variasi sup

BESTNYAAAAA... 5 meja 5 sup.. boleh rasa semua
(ehemmm.. tamaknya..!! hahahaha)

Antara menu-menu yang aku suka kat Pak John Steamboat seperti :
- honey chicken wings
- rendang ayam (bestttt!!!)
- nasi pulut sumbat (ni memang rare!!)
- waffle 
- aneka seafood yang FRESH!!! (rambang mata oit!!!)

HAK KISAH TATIE

Pada hari tu memang Pak John Steamboat ditutup untuk orang awam dan dikhaskan untuk event ini. Memang ramai gila okay. Aku dengar lebih 300 orang yang join. Makkk aih, ramainya. Lebih 70 orang blogger, VIP, artis dan anak-anak yatim. Alhamdulillah, semua kenyang dan puas hati.

Aku pun banyak kali tambah. Maklumlah favourite. Hahaha. Habislah diet

HAK KISAH TATIE
Meja kami yang paling riuh
HAK KISAH TATIE
Makan-makan .. 
HAK KISAH TATIE
All You Can Eat katanyaaa.. (Ini baru round pertama tau)
HAK KISAH TATIE
Nampak tak kesedapannya? Especially kepak ayam tu? 
HAK KISAH TATIE
Steamboat and Bbq 
HAK KISAH TATIE
Bersama Pakar Makanan, Maha dan Cik Lily serta Businessman Syukri.
HAK KISAH TATIE
Say cheeesseeeee !!!

Selain tu, terdapat juga beberapa aktiviti lain seperti penyampaian sijil penghargaan untuk Segmen Hai Blogger (Sila Join Cepat Segmen HAI BLOGGER NI, click sini : Hai Blogger), Penyampaian Sumbangan kepada Rumah Anak-Anak Yatim, Cabutan Bertuah dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, terdapat juga Segmen CARTA BLOGGER 30 EWANA FM kat Ewana FM. Perghhh!! Tapi camana nak dengar EWANA FM? Macam mana???!!!

Korang boleh download aplikasi TuneIn Apss atau buka sahaja laman web mereka



HAK KISAH TATIE
Masing-masing menunggu nombor bertuah naik


Kemeriahan Majlis Berbuka Puasa Ewana FM

And last sekali, terima kasih Ewana FM dan Pak John Steamboat. Makanan best, event best dan seronok dapat berjumpa dengan kengkawan blogger. Hopefully, ada lagi event-event seperti ini di masa akan datang. Rumah Terbuka Aidilfitri maybe? Hehehe. 

HAK KISAH TATIE

Bagi sesiapa yang dah terliur dari tadi tu, bolehlah ke 

Pak John Steamboat Cawangan E-Curve
Lot LG-13A, LG-15,
Lower Ground Floor,
E-Curve, No 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, Petaling Jaya

ATAU

Pak John Steamboat Cawangan Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02,
Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1,  Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur

Website :
http://www.pakjohn.com


Facebook :
Pak John Steamboat & Yong Tau Foo

Jangan lupa like Facebook page Ewana FM sekali
Ewana FM

dan Facebook Page Kisah Tatie
Kisah Tatie

KEPUTUSAN FINAL PIALA DUNIA 2014 | FINAL RESULT FIFA WORLD CUP 2014

Hai assalamualaikum semua. Genap dua minggu kita berpuasa. Sekejap je kan? Begitu juga dengan PIALA DUNIA 2014 yang kini dah sampai ke final. Siapakah yang akan merangkul juara pada musim bola kali ini? Adakah Germany? Adakah Argentina? Dupdapdupdap.

Yang pasti, pagi ni pasti ramai yang berjaga demi nak menyaksikan PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA 2014 ANTARA GERMANY VS ARGENTINA. Memang sengit. Dua-dua hebat. Meskipun aku bukan kaki bola, tapi bahang tu aku terasa juga. Phewwww!!! Tapi aku tengok Germany hebat untuk musim ni. Mana taknya, kesemua game, mereka bermain tanpa masa tambahan. Marvellous! Marvellous! Gaya Jarjit Upin & Ipin

FIFA 2014, FIFA 2014, FIFA 2014. Tetiba aku bersemangat pula pagi ni nak tahu SIAPA MENANG WORLD CUP 2014. Siapa korang rasa bakal memenangi Piala Dunia 2014???!

Terlebih dahulu, tahniah kepada pemain-pemain pasukan Argentina dan Germany
Hebat !!! Hebat !! Hebat !!!

KEPUTUSAN FINAL PIALA DUNIA 2014
ARGENTINA

vs

KEPUTUSAN FINAL PIALA DUNIA 2014
GERMANY

dan keputusannya ....

Separuh Masa Pertama Piala Dunia 2014
Germany 0 Argentina 0

Separuh Masa Kedua Piala Dunia 2014
Germany  0 Argentina 0

Masa Tambahan 
Germany 1 Argentina 0
Gol Melalui Sepakan Mario Gotze pada minit 113


siapa Mario Götze
 Mario Gotze

KEPUTUSAN PIALA DUNIA 2014 JATUH KEPADA
GERMANY 

nahhh lagu untuk Argentina. Kahkahkah



Maka, tutuplah tirai  Estadio do Maracana
Semoga kita bertemu lagi di masa akan datang wahai FIFA
(^_^)

p/s : bola-bola juga, jangan lupa DOA UNTUK GAZA

Ramai yang dah jatuh cinta kat bumi Oxford. Ada yang dah excited dan teruja nak ke sana nanti. Alhamdulillah. Tak rugi rasanya kalau kita mengembara ke tempat orang. Lain tempat, lain budayanya. Lagi jauh kita pergi, lagi banyak kita belajar. Hehehe.

Oxfordshire atau Oxford ni terkenal kerana salah sebuah universiti terbaik di dunia terletak di sini, tak lain tak bukan, University Of Oxford. Bukan itu sahaja, kat sini juga tempat kelahiran Richard The Lionheart iaitu King Of England.

TRAVEL TO OXFORD

By Bus
Kalau korang dari Heathrow Airport, korang boleh naik bas The Airline (setiap 20 minit), atau dari Gatwick Airport (setiap sejam). Bas ini beroperasi selama 24 jam. Kalau korang dari London, korang boleh naik bas National ExpressOxford Tube atau X90 dari Station Bas Victoria London. 

By Train
Cara mudah untuk ke Oxford sebenarnya adalah dengan menaiki keretapi dari Stesen Paddington, London. Tapi aku nasihatkan korang, kalau nak beli tiket, belilah seawal yang mungkin. Untuk booking tiket sama dan train ni mahupun EUROTRAIN, aku suggest guna website ni : Trainline.com

By Car
Dari London ke Oxford jaraknya adalah 62 KM. Untuk ke Oxford  dengan kereta, sila guna highway M4, M25 dan M40.

By Water
Yang ni baru aku tahu rupa-rupanya ada cara lain untuk ke sini dengan menggunakan laluan air. Sama ada dengan menaiki private boat atau Salters Steamer dari Abingdon

TOURIST ATTRACTION IN OXFORD


University Of Oxford mempunyai 38 college, antaranya seperti Trinity College, Magdalen College, Balliol College, Christ Church College, Exeter College, Jesus College, Nuffield College dan lain-lain lagi. Tapi yang famous seperti Christ Church College dan Bodleian Library (tempat penggambaran Harry Potter di Oxford). Ada kolej yang korang boleh masuk secara FREE, ada yang masuk berbayar dan ada juga yang langsung korang tak boleh masuk.

Oxford ni takdelah besar mana. Kalau jalan kaki pun boleh. =)


1) Museum Of Oxford

kisah tatie PUNYA

2) Sheldonian Theatre

kisah tatie PUNYA

3) Ashmolean Museum Of Art & Archaelogy

kisah tatie PUNYA

4) Radcliffe Camera

kisah tatie PUNYA

5) Carfax Tower 


6) The University Church Of St Mary The Virgin

(Tower kat sini adalah terbaik untuk korang panjat .. view yang cantik)



7) University Of Oxford Botanical Garden



8) Christ Church College / Christ Church Meadow



9) Folly Bridge (Boat Trips)



10) The River Cherwell

Chauffeured Punts
£25/30 minit : maximum 4 org

Self Drive 

£20/hour : maximum 5 org



Aku suggest beberapa tempat lain seperti :
++ Oxford Castle Unlocked
++ Bridge Of Sighs
++ Pitt River Museums
++ Iffley Lock

HALAL FOOD IN OXFORD


Mengenai makanan HALAL pula, aku boleh cakap, kat Oxford ni harga makanan dia lebih mahal dari London. FUH..  *berpeluh jap*

Antara yang korang boleh singgah RESTORAN HALAL DI OXFORD seperti Kebab Kid, Restoran Aziz di Cowley Road, As-Salam di Park End Street (belakang Hotel Royal Oxford), Nandos di Cowley Road dan pendek cerita, kat Cowley Road terdapat banyak restoran halal. 

Korang boleh rujuk website Zabihah untuk dapatkan list-list restoran halal di serata dunia.


Kebab Kid

Open Doner Kebab

SHOPPING IN OXFORD

Yang ni paling best, sebab ia adalah terapi STRESS. Muahahaha. Bagi kaki-kaki shopping, kat Oxford | Oxfordshire ni ibarat sebuah tempat shopping yang macam-macam adaaaa...

Bicester Village

Terletak jauh sikit dari bandar (lebih kurang 25 minit perjalanan dengan bas), kat sini adalah tumpuan masyarakat dari serata dunia. Kalau cakap je outlet di UK, rata-rata mesti bagi jawapan Bicester Village. Bicester Village ni adalah rangkaian Chic Outlet.



Oxford Campus Shop

Tak teringin ke nak menyarungkan sweater University Of Oxford? Meskipun hajat nak masuk belajar kat sana tak kesampaian, at least bila menyarungkan sweater-sweater ni dapat jugalah aura mereka. Muahaha. 

Kalau nak beli sweater atau apa sahaja produk yang ada label University Of Oxford, sila-silalah ke kedai ni. Harga memang berpatutan dan paling penting, ORIGINAL babe.

\

Cornmarket Street

Street paling aku suka sebab semua ada. Nak cari Lush, Gap, WHSmith and etc, sila cari kat sini


Oxford City Markets

Ala, lebih kurang macam carboot sale. Jualan barang antik samada baru mahupun terpakai. Eh, bukan antik je, ada juga buku, makanan, baju, scarf dan banyak lagi. Tapi agak mahal la jika dibandingkan dengan tempat lain macam Kent atau Scotland. Terletak di Gloucester Green (berhadapan dengan Kebab Kid). Arghhh, senang cerita belakang stesen bas je.. Hihihihi.


The Covered Market

The Covered Market ini pula adalah sebuah market yang besar. Kat dalam ni pun boleh tahan, macam-macam ada. Ada jual daging, ada jual roti kasut, bunga dan banyak lagi. But, dia lebih kepada makanan. Cubalah try milkshake yang dijual kat dalam ni. Sedap!! Oh ya, aku boleh simpulkan tempat ni lebih kurang macam pasar lah, cuma up sikit dan dipelopori oleh lebih 50 orang peniaga.


Clarendon Centre

Looking for shopping mall at Oxford? Silalah ke sini. Selain dari Westgate Shopping Centre, Clarendone Centre ni juga antara yang menjadi tumpuan. Persamaan Clarendon dengan Westgate adalah dua-dua ni bangunan setingkat. Tapi macam-macam brand ada. 

Kalau kat Clarendon Centre ni, dia ada H&M, The Perfume Shop, Claire's, Zara dan etc.



Itu sahajalah buat kali ni. Hopefully dapat membantu korang yang pertama kali ke Oxford. Kat Oxford ni boleh ambil bas Hop In-Hop Off, lebih senang. 

Or jalan kaki pun boleh. Terdapat jugak University Tour yang boleh korang join. Masuk ke kolej-kolej di University Of Oxford dan melihat sendiri pelajar-pelajar cemerlang ini. FYI, aku dapat tahu terdapat 100 orang pelajar dari Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti ini. WOW, bravo. 

Apa-apapun, have fun you all. Kalau ada apa-apa nak tanya, bolehlah email direct ke sweet_tatie88@yahoo.co.uk  .... :)
American Airliner Plane