Latest Posts

Ramai yang dah jatuh cinta kat bumi Oxford. Ada yang dah excited dan teruja nak ke sana nanti. Alhamdulillah. Tak rugi rasanya kalau kita mengembara ke tempat orang. Lain tempat, lain budayanya. Lagi jauh kita pergi, lagi banyak kita belajar. Hehehe.

Oxfordshire atau Oxford ni terkenal kerana salah sebuah universiti terbaik di dunia terletak di sini, tak lain tak bukan, University Of Oxford. Bukan itu sahaja, kat sini juga tempat kelahiran Richard The Lionheart iaitu King Of England.

TRAVEL TO OXFORD

By Bus
Kalau korang dari Heathrow Airport, korang boleh naik bas The Airline (setiap 20 minit), atau dari Gatwick Airport (setiap sejam). Bas ini beroperasi selama 24 jam. Kalau korang dari London, korang boleh naik bas National ExpressOxford Tube atau X90 dari Station Bas Victoria London. 

By Train
Cara mudah untuk ke Oxford sebenarnya adalah dengan menaiki keretapi dari Stesen Paddington, London. Tapi aku nasihatkan korang, kalau nak beli tiket, belilah seawal yang mungkin. Untuk booking tiket sama dan train ni mahupun EUROTRAIN, aku suggest guna website ni : Trainline.com

By Car
Dari London ke Oxford jaraknya adalah 62 KM. Untuk ke Oxford  dengan kereta, sila guna highway M4, M25 dan M40.

By Water
Yang ni baru aku tahu rupa-rupanya ada cara lain untuk ke sini dengan menggunakan laluan air. Sama ada dengan menaiki private boat atau Salters Steamer dari Abingdon

TOURIST ATTRACTION IN OXFORD


University Of Oxford mempunyai 38 college, antaranya seperti Trinity College, Magdalen College, Balliol College, Christ Church College, Exeter College, Jesus College, Nuffield College dan lain-lain lagi. Tapi yang famous seperti Christ Church College dan Bodleian Library (tempat penggambaran Harry Potter di Oxford). Ada kolej yang korang boleh masuk secara FREE, ada yang masuk berbayar dan ada juga yang langsung korang tak boleh masuk.

Oxford ni takdelah besar mana. Kalau jalan kaki pun boleh. =)


1) Museum Of Oxford

kisah tatie PUNYA

2) Sheldonian Theatre

kisah tatie PUNYA

3) Ashmolean Museum Of Art & Archaelogy

kisah tatie PUNYA

4) Radcliffe Camera

kisah tatie PUNYA

5) Carfax Tower 


6) The University Church Of St Mary The Virgin

(Tower kat sini adalah terbaik untuk korang panjat .. view yang cantik)



7) University Of Oxford Botanical Garden



8) Christ Church College / Christ Church Meadow



9) Folly Bridge (Boat Trips)



10) The River Cherwell

Chauffeured Punts
£25/30 minit : maximum 4 org

Self Drive 

£20/hour : maximum 5 org



Aku suggest beberapa tempat lain seperti :
++ Oxford Castle Unlocked
++ Bridge Of Sighs
++ Pitt River Museums
++ Iffley Lock

HALAL FOOD IN OXFORD


Mengenai makanan HALAL pula, aku boleh cakap, kat Oxford ni harga makanan dia lebih mahal dari London. FUH..  *berpeluh jap*

Antara yang korang boleh singgah RESTORAN HALAL DI OXFORD seperti Kebab Kid, Restoran Aziz di Cowley Road, As-Salam di Park End Street (belakang Hotel Royal Oxford), Nandos di Cowley Road dan pendek cerita, kat Cowley Road terdapat banyak restoran halal. 

Korang boleh rujuk website Zabihah untuk dapatkan list-list restoran halal di serata dunia.


Kebab Kid

Open Doner Kebab

SHOPPING IN OXFORD

Yang ni paling best, sebab ia adalah terapi STRESS. Muahahaha. Bagi kaki-kaki shopping, kat Oxford | Oxfordshire ni ibarat sebuah tempat shopping yang macam-macam adaaaa...

Bicester Village

Terletak jauh sikit dari bandar (lebih kurang 25 minit perjalanan dengan bas), kat sini adalah tumpuan masyarakat dari serata dunia. Kalau cakap je outlet di UK, rata-rata mesti bagi jawapan Bicester Village. Bicester Village ni adalah rangkaian Chic Outlet.



Oxford Campus Shop

Tak teringin ke nak menyarungkan sweater University Of Oxford? Meskipun hajat nak masuk belajar kat sana tak kesampaian, at least bila menyarungkan sweater-sweater ni dapat jugalah aura mereka. Muahaha. 

Kalau nak beli sweater atau apa sahaja produk yang ada label University Of Oxford, sila-silalah ke kedai ni. Harga memang berpatutan dan paling penting, ORIGINAL babe.

\

Cornmarket Street

Street paling aku suka sebab semua ada. Nak cari Lush, Gap, WHSmith and etc, sila cari kat sini


Oxford City Markets

Ala, lebih kurang macam carboot sale. Jualan barang antik samada baru mahupun terpakai. Eh, bukan antik je, ada juga buku, makanan, baju, scarf dan banyak lagi. Tapi agak mahal la jika dibandingkan dengan tempat lain macam Kent atau Scotland. Terletak di Gloucester Green (berhadapan dengan Kebab Kid). Arghhh, senang cerita belakang stesen bas je.. Hihihihi.


The Covered Market

The Covered Market ini pula adalah sebuah market yang besar. Kat dalam ni pun boleh tahan, macam-macam ada. Ada jual daging, ada jual roti kasut, bunga dan banyak lagi. But, dia lebih kepada makanan. Cubalah try milkshake yang dijual kat dalam ni. Sedap!! Oh ya, aku boleh simpulkan tempat ni lebih kurang macam pasar lah, cuma up sikit dan dipelopori oleh lebih 50 orang peniaga.


Clarendon Centre

Looking for shopping mall at Oxford? Silalah ke sini. Selain dari Westgate Shopping Centre, Clarendone Centre ni juga antara yang menjadi tumpuan. Persamaan Clarendon dengan Westgate adalah dua-dua ni bangunan setingkat. Tapi macam-macam brand ada. 

Kalau kat Clarendon Centre ni, dia ada H&M, The Perfume Shop, Claire's, Zara dan etc.



Itu sahajalah buat kali ni. Hopefully dapat membantu korang yang pertama kali ke Oxford. Kat Oxford ni boleh ambil bas Hop In-Hop Off, lebih senang. 

Or jalan kaki pun boleh. Terdapat jugak University Tour yang boleh korang join. Masuk ke kolej-kolej di University Of Oxford dan melihat sendiri pelajar-pelajar cemerlang ini. FYI, aku dapat tahu terdapat 100 orang pelajar dari Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti ini. WOW, bravo. 

Apa-apapun, have fun you all. Kalau ada apa-apa nak tanya, bolehlah email direct ke sweet_tatie88@yahoo.co.uk  .... :)
Bulan Ramadan ni, banyak pihak yang bermurah hati menjemput para blogger dan media untuk makan FREE dan buat REVIEW. Alhamdulillah, rezeki masing-masing.

Dan beberapa hari lepas, aku berpeluang untuk memenuhi undangan buka puasa bersama Astro kat Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Wah, teruja dapat makan-makan di samping artis-artis glamour. Lapar pun terus jadi kenyang. Muahaha. Oh ya, Astro ada banyakkkkkkkkkkkkk program menarik sempena RAYA nanti. Nak tahu tak? Nak tahu tak? Homaigoshhh, excited!

SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG

Antara yang hadir semasa Majlis Buka Puasa Astro 2014 ini seperti Fazura, Maya Karin, Zizan Razak, Aaron Aziz, Farid Kamil, Lisa Surihani, Sazzy Falak, Elfira Loy, Arja Lee, Azwan Ali dan ramai lagi. Majlis ini juga turut memperkenalkan program RAYA Astro untuk tahun 2014 ini.

SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
Table Kami ... 

Aku sendiri pun teruja nak tahu program-program menarik sempena raya nanti. Maklumlah, asal Raya je banyak cerita menarik kat TV. Ibarat magnetlah, melekat je depan TV. Kahkah!

Tapi aku taknaklah tengok sorang-sorang. Korang pun join lah sekali. Yang bestnya program yang dinamakan sebagai 'SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG : BUKA LEMBARAN BARU' bakal memeriahkan kaca TV korang bermula dari 28 Julai sehingga 31 Ogos (sebelum tu pun dah ada untuk segmen Menjelang Syawal). Memang puas hati. Tapi of courselah, seminggu yang pertama tu cerita semua lebih hangat daripada biasa.

Antara yang wajib korang saksikan seperti Nostalgila (24 Julai/Astro First), Aaron & Zizan Raya Seram Sejuk (31 Julai/Astro Ria), Pureen Chak Chak Syawal (30 Julai/Astro Ria), Manis (30 Julai/ Astro Ria), Ketupat Rendang Keju (29 Julai/Astro Warna), Hantu Selfie (3 Ogos/Astro Ria), Meletop Raya (28 Julai/Astro Ria) dan banyak lagi. Kalau aku listkan, sampai ke sudah tak habis. 

Sekarang, mari kita tengok artis. Ada yang sempat aku ambil gambar diorang. Ada yang aku tak sempat ambil. Apa-apapun, majlis buka puasa Astro meriah gila uolssss!!!

hanis zalikha
BFF katanyaaaa...
aaron aziz
Uolsss dah beli baju raya aaron aziz Jakel belum?
Cam tertarik dengan baju dia... 
Eh, hai ... DD mana? 

SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
Yang bertiga ni BUKAN RETISSSS... 
hahahaHAHAHAhahaha

Okay sambung tengok artis ..

azwan ali
baby AA.. amboi amboi amboi
family sazzy falak
comel gila anak diorang ni ...
hunny madu
Hunny Madu ..
fazley yaacob
Pssstt, jangan sampai Shakiddo nampak .. =P

DAN ramai lagi ....

SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
serious je masing-masing
dina era fm
Dina yang excited
lisa surihani
"Okay macam ni lah, meh saya jelaskan"
elfira loy
"Eh, yang curi makan petang-petang tu bukan saya"
SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
"Saya kan... sayakan...."
SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
"Jemputlah datang rumah saya"
hanis zalikha
"Oh, tidak mungkin Jaguhbi mengatasi populariti saya"

Nak lagi gambar artisss??? Nahhhh!!! Tataplah puas-puas.

SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG

Terima kasih sekali lagi Astro. Kenyang sangat melantak kambing. Maklumlah, tahan nafsu sepanjang berada kat London hari tu. Asyik tengok orang upload gambar kambing kat Instagram. Sekali dapat, hamek kau!!! Hahahaha.

Ini event first yang aku pergi setelah pulang dari UK. Event sebelum ni ada, tapi ampun maaf kepada siapa yang jemput. Aku tak dapat join. Jetlagged teruk gila kali ni. Ampun! Ni pun masih jetlagged lagi. Entah bila boleh pulih pun tatau. T_T

SALAM AIDILFITRI KOSONG-KOSONG
geng kami

Kepada korang kat luar sana tu, jangan lupa SAVE THE DATE. Banyak program menarik menanti korang. Tapi tak bermakna aku suruh korang melekat depan TV 24 jam tau. Kan Astro boleh record. Hehehe. Pagi sampai petang keluar, malam boleh tengok cerita-cerita hebat kat TV.

thank you Astro (^_^)
"Salah ke beli barang cetak rompak? Satu, murah. Dua, sama je rupanya. Tiga, untuk student kolej macam I, tu je yang mampu! Yang bestnya, semua orang buat kot. Kalau dah semua orang beli DVD cetak rompak, download movie kat Internet, mesti tak salahkan" - skrip

Heppp, siapa kata TAK SALAH?? Salah tu hoi.

Membeli barang cetak rompak adalah satu kesalahan besar tau tak? Lebih baik sertai ujibakat program TV terbaru, SELUDUP. Program TV yang bakal disiarkan tak lama lagi ni sedang mencari pelakon-pelakon baru untuk diketengahkan kepada umum. 

Hehehehe. Ops, terlupa. ASSALAMUALAIKUM SEMUA. 

Berminat nak jadi pelakon? Berlakon di samping pelakon-pelakon hebat seperti Tiz Zaqyah, Pekin Ibrahim, Raja Ilya dan lain-lain? Sesuatu yang vasssss... Memang dijangkakan akan meletup!

Selain dari berlakon, korang juga berpeluang memenangi wang tunai sebanyak 15 RIBU. Tak mahu ke?? Banyak tu. Fuhhhhhhhhhhhhhhhh~

Korang tak nak aku nak!!! Lalalala. =P

DRAMA SELUDUP

Ujibakat SELUDUP berlangsung dari 25 Jun hingga 3 Ogos ini. Eh, tak perlu susah payah pakai cecantik. Apa yang korang perlu buat adalah BUAT VIDEO, kemudian hantarkan ke Facebook SELUDUP : DRAMA SELUDUP.

CARA-CARA MENYERTAI UJIBAKAT DRAMA SELUDUP

DRAMA SELUDUP

Undian LIKE 50 | Undian Juri 50

So EASY.. eh aku pun ada hantar penyertaan tau. Tapi sesaja je. 
Jangan pula korang gelak. Muahahaha.

Oh ya, nah .. contoh video Ujibakat DRAMA SELUDUP

bravo blogger Minda Syukri

Sebelum aku terlupa, pasti korang tertanya-tanya. Apa tu SELUDUP? Nak seludup apa? Kenapa SELUDUP? Drama terbaru? Siapa pengarah dia? BEST KE?

DRAMA SELUDUP ni diarahkan oleh Jehan Miskin. Mula ditayangkan pada hujung tahun dan akan memulakan penggambaran tak lama lagi. Drama Seludup ni mengisahkan tentang Amran (lakonan Pekin), bekerja sebagai seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata. 

Amran mempunyai seorang adik bernama Jai (lakonan Syafie Naswip) dan seorang kekasih bernama Yasmin (lakonan Tiz Zaqyah). Konflik bermula apabila Amran menghidu satu aktiviti tidak sihat di kampungnya.

Sekumpulan geng jahat melakukan aktiviti penyeludupan dengan mengupah nelayan untuk menyeludup arak, rokok dan manusia. Apakah tindakan Amran dalam menyelesaikan masalah ini? Bagaimana pergelutan antara dia dan ahli kumpulan itu? Bagaimana pula nasib Yasmin? 

Jeng, jeng, jeng ... semua jawapan ini ada di dalam DRAMA SELUDUP.

PELAKON-PELAKON DRAMA SELUDUP
PELAKON-PELAKON DRAMA SELUDUP

Dan sedikit sedutan semasa Press Conference 
DRAMA SELUDUP


Tak sabar rasanya nak menyaksikan drama terhebat ini. Aku jangkakan bakal meriuhkan kaca tv korang tidak lama lagi. Jangan lupa menyertai ujibakat DRAMA SELUDUP ni tau. 

Untuk keterangan lanjut, bolehlah melayari :

Facebook :

Instagram :

Good luck! Buona Fortuna!
Bercerita pasal hotel dah, kini aku nak story pasal cara-cara nak ke Oxfordshire. Terdapat dua cara untuk ke Oxford, korang boleh naik train atau naik bas. Tapi aku prefer naik bas. Bas kat sini bukan calang-calang bas. Keselesaan terjamin tau.

Dan terdapat beberapa bas yang dari London to Oxford, tapi aku suggest naiklah OXFORD TUBE. Ini bukanlah kali pertama aku naik bas ni. Dulu pun aku naik bas yang sama juga dan ternyata sangat berpuas hati. Selain dari tempat duduk yang selesa, korang juga boleh menikmati WIFI percuma sepanjang perjalanan dari London-Oxford-London. Best kan?

Dan bagi siapa nak pergi Bicester, agak-agak nak berjimat, bolehlah naik bas, kemudian dari Oxford naik another bus to Biscester Village. U can save more money! yipeeee.

bas dua tingkat

TICKET PRICE FOR OXFORD TUBE BAS


tak jelas mengenai harga? tukar currency di sini : XE Currency

jangan lupa PRINT tiket anda bagi yang beli online

CARA-CARA NAK BELI TIKET BAS DI LONDON | Cara-cara nak beli tiket sangatlah mudah. Kalau kat London, usually korang boleh beli via online or direct terus ke sana. But I suggest beli online. Senang. Tapi jangan lupa print tiket korang tu untuk ditunjukkan masa naik nanti.

Seperti Oxford Tube Bas, korang boleh beli masa nak naik. Memang mudah!

Don't !!
Plug
Tempat duduk bawah
Tempat duduk atas
Jom Naik Oxfordtube

So, kalau merancang nak pergi Oxford, cepat-cepat book tiket anda. Alah kalau pergi Bicester Village pun baru £18/return + £5/return .. lebih murah dari naik train or ChicOutlet Bus. Hehehe.

Nah .... terus ke laman web mereka dengan click sini : Oxford Tube Bas


~Selamat Melancong~

American Airliner Plane