Latest Posts

Memang tak munasabah harga penginapan kat Oxford ni. Bukan setakat penginapan, makanan pun jauh lebih mahal berbanding di Kota London. Aku boleh umpamakan Oxford ni seperti Shah Alam. Ha, gitulah. Mungkin disebabkan kat sini ramai student... Maybe. Entahlahhhh. Hahaha.

Apapun, hari ni aku nak bercerita mengenai Royal Oxford Hotel, Oxfordshire. Menginap di sini selama seminggu, buatkan aku hafal pukul berapa diorang pergi kelas, balik kelas, berapa minit traffic light merah, hijau... blablabla. OK, tipu je. Takde makna nak menelaah tu semua. Hahaha.


Tapi, apa yang aku tahu, hotel Royal Oxford ni terletak berdekatan dengan Railway Station dan paling best, kalau korang nak pergi Bicester Village, ada bas ke sana di hadapan Railway Station dan tambangnya hanya £2.50 je.. Murahkan? (Murahlaaa kalau nak dibandingkan dari London)

Royal Oxford Hotel

Bercerita mengenai harga, seperti aku cakap tadi memang tak munasabah dengan taraf hotel ni yang hanya 3 bintang sahaja. Kalau kat KL dah boleh menginap kat Hotel Mandarin Oriental dah. Tapi apa boleh buat.. sobsobsob. Tapi bila ditanya kenapa harganya begini, kata mereka lokasi hotel ni strategik. Berhampiran dengan railway station dan juga bandar Oxford. Oh, begitu. =B


Bagi Non-Muslim, kat bawah hotel ni terdapat restoran Korea, Bamboo Korean Food Oxford (click SINI). Bagi Muslim pula terdapat restoran arab yang berhampiran dengan hotel ini. Mudah kan? 10 minutes walk to shopping mall dan 12 minutes walk to station bus. 

kaunter reception

lobi

risalah pelancongan

award

TAPI.. TAPI ... hotel ni TAKDE LIFT !!


sekali sekala exercise ... =p

And masa aku menginap kat sini, diorang bagi FREE BREAKFAST
Tapi as usual, cereal menjadi pilihan. Nak makan lain, was-was.


Breakfast time...

Sekarang, mari tengok BILIK.
Macamana rupanya bilik kat Royal Oxford Hotel ni? 


hallway

Jenis Bilik : Double Room


Bilik yang agak luas ... 

TV and blablabla

Selfieeee.. Hahaha

Biskut tu sedappppp gila!!!
Ingat nak borong, tapi jenama Coronet ni hanya buat untuk hotel je.. isk isk

and Hot Chocolate ni pun sedap! Terbaik.
Fruits
Toilet

Pemandangan Luar : 
Said Business School, University Of Oxford


and ingat, jangan lupa ambil semua ni... PANDUAN di Oxford. Haha.


Secara keseluruhannya, hotel ni okay. Selesa! FREE WIFI, ada aircond (setengah hotel kat europe ni takde aircond.. LOL). Bilik yang luas, staff yang super friendly, clean dan senang nak pergi mana-mana.

ROYAL OXFORD HOTEL
Park End Street
Oxford OX1 1HR

Facebook :

Website :
Istana Lama Oxford | Oxford Castle. Fuh.. Fuh. Berhabuk kejap blog ni. Terhenti kejap mood nak update gara-gara busy melampau semasa kat London hari tu. And now, aku dah balik!!!

Back to normal routine, update blog! Yeah.

First of all, assalamualaikum semua.  Selamat menyambut bulan Ramadan. Memang mencabar berpuasa di London. 19 Jam ++. Kalau malas nak bersahur tu gamaknya 24 jamlah jawabnya tak makan tak minum. 

Dan hari ni, aku nak bercerita mengenai Oxford Castle.

struktur lama kawasan Istana Oxford

Kat mana Oxford Castle ni? Apa yang best mengenai Oxford Castle? Berapa harga tiket masuk ke Oxford Castle ni? Macam-macam lagilah... Hopefully entry kali ni membantu korang yang tengah plan nak melancong ke Oxfordshire.

Oxford Castle terletak kat Oxfordshire. Kira-kira 1 jam perjalanan dari Kota London. Senang cerita berhampiran dengan University Of Oxford.  


Oxford Castle ni dibina pada tahun 1071 oleh Robert d'Oilly. Banyak kerja pembinaan, pemulihan dan lain-lain dijalankan kat Oxford Castle ni. Kalau diikutkan pada saiz sebenar, Oxford Castle ni sangat besar. Namun dek kerana perang dan lain-lain maka tinggallah beberapa bahagian yang kini dijadikan sebagai hotel (Malmaison) dan Oxford Castle Unlocked.

Persekitaran di Oxford Castle

Nak tengok hantu? Hanya pada Jumaat & Friday

Kedai Souvenir
Harga Tiket

Untuk tiket masuk ke Oxford Castle ini, korang boleh beli direct kat Oxford Castle Unlocked atau beli secara online di laman sesawang : OxfordCastle.

Harga tiket masuk ke Oxford Castle Unlocked adalah £8.45 (via online). Berbeza dengan harga walk in £9.95. So kalau nak jimat, beli online. 



Masa mula-mula kami dibawa oleh tour guide kami, Mr Barker. Mr Barker menerangkan tentang sejarah Istana Oxford ni. Memang seram. Di sini juga pernah dijadikan sebagai penjara. Kalau PENJARA PUDU tu pun seramnya dah menggerunkan ramai orang, apatah lagi Istana Oxford ni yang berusia ratusan tahun.

Mr Barker

Pada abad ke 14, istana ini dijadikan sebagai pejabat pentadbiran daerah dan penjara. Namun keadaan menjadi buruk pada abad ke 18 semasa perang saudara Inggeris dan yang tinggal pada masa tu hanyalah penjara. Selebihnya, musnah.

Bangunan Hotel Malmaison yang sekarang ini adalah kompleks penjara baru yang dibina pada tahun 1785, namun ditutup pada tahun 1996 untuk diubah suai sebagai hotel. 

Hotel Malmaison

Penjara Oxford

pintu masuk penjara


tingkap kecil


hukuman pancung

Jom pergi bahagian atas pula...

Pemandangan Bandar Oxford

Habis tour ke bahagian atas, kami turun kembali. Dan selepas itu, kami diberi kebebasan untuk berjalan sekitar bangunan ini dengan sendiri.













Yang bawah ni pula, aku rasa tempat warden penjara .. MAYBE.



Dan pemandangan luar yang dah di-upgradekan 



Bahagian bawah yang dijadikan sebagai chapel suatu ketika dahulu

P/s :
Chapel ni dipercayai tempat kelahiran King Arthur.

Cafe

help meeee =P

Tak puas menjelajah kat dalam istana? 
Boleh teruskan perjalanan ke Oxford Castle Mound dengan bayaran £1

Belakang aku tu Oxford Castle Mound

Memang seram. Nasiblah aku pergi siang hari. Agak-agak kalau pergi malam, mahu meremang bulu roma ni. Eh, sebut pasal penjara. Diorang ada paparkan antara muka-muka banduan yang pernah dimasukkan ke sini. Ada juga kesalahan-kesalahan ringan seperti curi ayam, curi 7 sen pun ada, curi roti dan macam-macam lagi. Aku dikhabarkan zaman dulu kala, pemerintah kat daerah ni agak kuku besi jugalah.

Alah pempahamlah dulu kala punya penyiksaan banduan macamana. Kalau direnung-renungkan apa Mr Barker tu cerita, agak kesianlah juga. Tapi apa boleh buat, zaman dah berlalu. Syukur aku hidup di zaman ini. Alhamdulillah.

American Airliner Plane