Latest Posts

Istana Lama Oxford | Oxford Castle. Fuh.. Fuh. Berhabuk kejap blog ni. Terhenti kejap mood nak update gara-gara busy melampau semasa kat London hari tu. And now, aku dah balik!!!

Back to normal routine, update blog! Yeah.

First of all, assalamualaikum semua.  Selamat menyambut bulan Ramadan. Memang mencabar berpuasa di London. 19 Jam ++. Kalau malas nak bersahur tu gamaknya 24 jamlah jawabnya tak makan tak minum. 

Dan hari ni, aku nak bercerita mengenai Oxford Castle.

struktur lama kawasan Istana Oxford

Kat mana Oxford Castle ni? Apa yang best mengenai Oxford Castle? Berapa harga tiket masuk ke Oxford Castle ni? Macam-macam lagilah... Hopefully entry kali ni membantu korang yang tengah plan nak melancong ke Oxfordshire.

Oxford Castle terletak kat Oxfordshire. Kira-kira 1 jam perjalanan dari Kota London. Senang cerita berhampiran dengan University Of Oxford.  


Oxford Castle ni dibina pada tahun 1071 oleh Robert d'Oilly. Banyak kerja pembinaan, pemulihan dan lain-lain dijalankan kat Oxford Castle ni. Kalau diikutkan pada saiz sebenar, Oxford Castle ni sangat besar. Namun dek kerana perang dan lain-lain maka tinggallah beberapa bahagian yang kini dijadikan sebagai hotel (Malmaison) dan Oxford Castle Unlocked.

Persekitaran di Oxford Castle

Nak tengok hantu? Hanya pada Jumaat & Friday

Kedai Souvenir
Harga Tiket

Untuk tiket masuk ke Oxford Castle ini, korang boleh beli direct kat Oxford Castle Unlocked atau beli secara online di laman sesawang : OxfordCastle.

Harga tiket masuk ke Oxford Castle Unlocked adalah £8.45 (via online). Berbeza dengan harga walk in £9.95. So kalau nak jimat, beli online. 



Masa mula-mula kami dibawa oleh tour guide kami, Mr Barker. Mr Barker menerangkan tentang sejarah Istana Oxford ni. Memang seram. Di sini juga pernah dijadikan sebagai penjara. Kalau PENJARA PUDU tu pun seramnya dah menggerunkan ramai orang, apatah lagi Istana Oxford ni yang berusia ratusan tahun.

Mr Barker

Pada abad ke 14, istana ini dijadikan sebagai pejabat pentadbiran daerah dan penjara. Namun keadaan menjadi buruk pada abad ke 18 semasa perang saudara Inggeris dan yang tinggal pada masa tu hanyalah penjara. Selebihnya, musnah.

Bangunan Hotel Malmaison yang sekarang ini adalah kompleks penjara baru yang dibina pada tahun 1785, namun ditutup pada tahun 1996 untuk diubah suai sebagai hotel. 

Hotel Malmaison

Penjara Oxford

pintu masuk penjara


tingkap kecil


hukuman pancung

Jom pergi bahagian atas pula...

Pemandangan Bandar Oxford

Habis tour ke bahagian atas, kami turun kembali. Dan selepas itu, kami diberi kebebasan untuk berjalan sekitar bangunan ini dengan sendiri.













Yang bawah ni pula, aku rasa tempat warden penjara .. MAYBE.



Dan pemandangan luar yang dah di-upgradekan 



Bahagian bawah yang dijadikan sebagai chapel suatu ketika dahulu

P/s :
Chapel ni dipercayai tempat kelahiran King Arthur.

Cafe

help meeee =P

Tak puas menjelajah kat dalam istana? 
Boleh teruskan perjalanan ke Oxford Castle Mound dengan bayaran £1

Belakang aku tu Oxford Castle Mound

Memang seram. Nasiblah aku pergi siang hari. Agak-agak kalau pergi malam, mahu meremang bulu roma ni. Eh, sebut pasal penjara. Diorang ada paparkan antara muka-muka banduan yang pernah dimasukkan ke sini. Ada juga kesalahan-kesalahan ringan seperti curi ayam, curi 7 sen pun ada, curi roti dan macam-macam lagi. Aku dikhabarkan zaman dulu kala, pemerintah kat daerah ni agak kuku besi jugalah.

Alah pempahamlah dulu kala punya penyiksaan banduan macamana. Kalau direnung-renungkan apa Mr Barker tu cerita, agak kesianlah juga. Tapi apa boleh buat, zaman dah berlalu. Syukur aku hidup di zaman ini. Alhamdulillah.


http://facebook.com/kisahtatie

Jom LIKE page Kisah Tatie di Facebook

p/s : terima kasih kepada mereka yang sudi LIKE .. 

Jangan lupa suruh adik, kakak, mak, bapak, boypren, kalau kucing ada fecbook pun suruh diorang LIKE sekali. Muahaha. Thanks.=D
Cerita seterusnya mengenai TRIP TO ADELAIDE PART 2.

Entry terakhir mengenai Trip To Adelaide untuk bulan May 2014. Insyallah kalau ada rezeki akan jejak kaki ke sana lagi. Banyak lagi tempat-tempat yang tak sempat nak pergi seperti Cleland Wildlife Park, Morialta Conservation Park, Elder Park, Himeji Garden, Port Adelaide, Aldinga Beach dan lain-lain lagi. 

Semoga apa yang aku kongsi mengenai Adelaide ni semua boleh membantu korang merancang percutian ke Adelaide. Andai terkurang, minta maaf sesangat. Masa tak cukup. Andai terlebih pun minta maaf sesangat. Biasalah ter-excited nak share story.

Tapi apa yang dikongsi diharap dapat dijadikan panduan. Andai korang nak bertanya dengan lebih lanjut, bolehlah komen kat bawah ni. Insyallah aku akan jawab kemudian. =)

Yeahhh... dah nak balik...

Dan sebenarnya bandar Adelaide ni kecil sahaja. Korang boleh jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Very small city and peaceful. Orang-orang kat sini okay. Kira safe untuk travel solo. Alhamdulillah. Takde apa yang perlu takut bila berada kat Adelaide ni.

Dan bagi peminat Starbucks yang suka kumpul barang-barang Starbucks seperti tumbler, kat Adelaide takde Starbucks. Janganlah dok mencari. Aku pun memula cari juga. Tapi memang takde. Rupa-rupanya orang kat sini support kedai kopi diorang. Cessss! Nak tahu lebih lanjut, klik sini : Bye Starbucks.


Bila ke Adelaide, mohon sediakan coins bebanyak. Senang untuk korang travel. Tram or bus menggunakan duit syiling. So, taknak susah, sediakan siap-siap.

Eh, kenapa aku bagi tips ni? Takde kaitan dengan gambar pun. Jawapannya, ini entry terakhir dan sebenarnya hari seterusnya ini aku main jalan je. Apa yang menarik aku ambil gambar. Tapi tak tahu nama tempat tu apa. Hahaha. Ya ampun, sorry!

Tapi next time, aku bagi information mengenai semua ni ya? Ngehngehngeh. =P


Adelaide Railway Station
dan sebenarnya aku ni pemalu. Hahahaha 

Autumn in Adelaide

Dah-dah, kang entah apa aku merapu. Hehehe. Terima kasih kerana sudi membaca entry mengenai Adelaide. Secara kesimpulannya, Adelaide sebuah bandar yang selamat, keadaannya sangat harmoni, senang cari makanan halal dan semua bangunan dekat-dekat. Save money, save budget. 

Insyallah, entry ini akan bersambung sekiranya aku ke sana lagi. 

Thank you. 


American Airliner Plane