Latest Posts

Istana Lama Oxford | Oxford Castle. Fuh.. Fuh. Berhabuk kejap blog ni. Terhenti kejap mood nak update gara-gara busy melampau semasa kat London hari tu. And now, aku dah balik!!!

Back to normal routine, update blog! Yeah.

First of all, assalamualaikum semua.  Selamat menyambut bulan Ramadan. Memang mencabar berpuasa di London. 19 Jam ++. Kalau malas nak bersahur tu gamaknya 24 jamlah jawabnya tak makan tak minum. 

Dan hari ni, aku nak bercerita mengenai Oxford Castle.

struktur lama kawasan Istana Oxford

Kat mana Oxford Castle ni? Apa yang best mengenai Oxford Castle? Berapa harga tiket masuk ke Oxford Castle ni? Macam-macam lagilah... Hopefully entry kali ni membantu korang yang tengah plan nak melancong ke Oxfordshire.

Oxford Castle terletak kat Oxfordshire. Kira-kira 1 jam perjalanan dari Kota London. Senang cerita berhampiran dengan University Of Oxford.  


Oxford Castle ni dibina pada tahun 1071 oleh Robert d'Oilly. Banyak kerja pembinaan, pemulihan dan lain-lain dijalankan kat Oxford Castle ni. Kalau diikutkan pada saiz sebenar, Oxford Castle ni sangat besar. Namun dek kerana perang dan lain-lain maka tinggallah beberapa bahagian yang kini dijadikan sebagai hotel (Malmaison) dan Oxford Castle Unlocked.

Persekitaran di Oxford Castle

Nak tengok hantu? Hanya pada Jumaat & Friday

Kedai Souvenir
Harga Tiket

Untuk tiket masuk ke Oxford Castle ini, korang boleh beli direct kat Oxford Castle Unlocked atau beli secara online di laman sesawang : OxfordCastle.

Harga tiket masuk ke Oxford Castle Unlocked adalah £8.45 (via online). Berbeza dengan harga walk in £9.95. So kalau nak jimat, beli online. 



Masa mula-mula kami dibawa oleh tour guide kami, Mr Barker. Mr Barker menerangkan tentang sejarah Istana Oxford ni. Memang seram. Di sini juga pernah dijadikan sebagai penjara. Kalau PENJARA PUDU tu pun seramnya dah menggerunkan ramai orang, apatah lagi Istana Oxford ni yang berusia ratusan tahun.

Mr Barker

Pada abad ke 14, istana ini dijadikan sebagai pejabat pentadbiran daerah dan penjara. Namun keadaan menjadi buruk pada abad ke 18 semasa perang saudara Inggeris dan yang tinggal pada masa tu hanyalah penjara. Selebihnya, musnah.

Bangunan Hotel Malmaison yang sekarang ini adalah kompleks penjara baru yang dibina pada tahun 1785, namun ditutup pada tahun 1996 untuk diubah suai sebagai hotel. 

Hotel Malmaison

Penjara Oxford

pintu masuk penjara


tingkap kecil


hukuman pancung

Jom pergi bahagian atas pula...

Pemandangan Bandar Oxford

Habis tour ke bahagian atas, kami turun kembali. Dan selepas itu, kami diberi kebebasan untuk berjalan sekitar bangunan ini dengan sendiri.













Yang bawah ni pula, aku rasa tempat warden penjara .. MAYBE.



Dan pemandangan luar yang dah di-upgradekan 



Bahagian bawah yang dijadikan sebagai chapel suatu ketika dahulu

P/s :
Chapel ni dipercayai tempat kelahiran King Arthur.

Cafe

help meeee =P

Tak puas menjelajah kat dalam istana? 
Boleh teruskan perjalanan ke Oxford Castle Mound dengan bayaran £1

Belakang aku tu Oxford Castle Mound

Memang seram. Nasiblah aku pergi siang hari. Agak-agak kalau pergi malam, mahu meremang bulu roma ni. Eh, sebut pasal penjara. Diorang ada paparkan antara muka-muka banduan yang pernah dimasukkan ke sini. Ada juga kesalahan-kesalahan ringan seperti curi ayam, curi 7 sen pun ada, curi roti dan macam-macam lagi. Aku dikhabarkan zaman dulu kala, pemerintah kat daerah ni agak kuku besi jugalah.

Alah pempahamlah dulu kala punya penyiksaan banduan macamana. Kalau direnung-renungkan apa Mr Barker tu cerita, agak kesianlah juga. Tapi apa boleh buat, zaman dah berlalu. Syukur aku hidup di zaman ini. Alhamdulillah.


http://facebook.com/kisahtatie

Jom LIKE page Kisah Tatie di Facebook

p/s : terima kasih kepada mereka yang sudi LIKE .. 

Jangan lupa suruh adik, kakak, mak, bapak, boypren, kalau kucing ada fecbook pun suruh diorang LIKE sekali. Muahaha. Thanks.=D
Cerita seterusnya mengenai TRIP TO ADELAIDE PART 2.

Entry terakhir mengenai Trip To Adelaide untuk bulan May 2014. Insyallah kalau ada rezeki akan jejak kaki ke sana lagi. Banyak lagi tempat-tempat yang tak sempat nak pergi seperti Cleland Wildlife Park, Morialta Conservation Park, Elder Park, Himeji Garden, Port Adelaide, Aldinga Beach dan lain-lain lagi. 

Semoga apa yang aku kongsi mengenai Adelaide ni semua boleh membantu korang merancang percutian ke Adelaide. Andai terkurang, minta maaf sesangat. Masa tak cukup. Andai terlebih pun minta maaf sesangat. Biasalah ter-excited nak share story.

Tapi apa yang dikongsi diharap dapat dijadikan panduan. Andai korang nak bertanya dengan lebih lanjut, bolehlah komen kat bawah ni. Insyallah aku akan jawab kemudian. =)

Yeahhh... dah nak balik...

Dan sebenarnya bandar Adelaide ni kecil sahaja. Korang boleh jalan kaki dari satu tempat ke satu tempat. Very small city and peaceful. Orang-orang kat sini okay. Kira safe untuk travel solo. Alhamdulillah. Takde apa yang perlu takut bila berada kat Adelaide ni.

Dan bagi peminat Starbucks yang suka kumpul barang-barang Starbucks seperti tumbler, kat Adelaide takde Starbucks. Janganlah dok mencari. Aku pun memula cari juga. Tapi memang takde. Rupa-rupanya orang kat sini support kedai kopi diorang. Cessss! Nak tahu lebih lanjut, klik sini : Bye Starbucks.


Bila ke Adelaide, mohon sediakan coins bebanyak. Senang untuk korang travel. Tram or bus menggunakan duit syiling. So, taknak susah, sediakan siap-siap.

Eh, kenapa aku bagi tips ni? Takde kaitan dengan gambar pun. Jawapannya, ini entry terakhir dan sebenarnya hari seterusnya ini aku main jalan je. Apa yang menarik aku ambil gambar. Tapi tak tahu nama tempat tu apa. Hahaha. Ya ampun, sorry!

Tapi next time, aku bagi information mengenai semua ni ya? Ngehngehngeh. =P


Adelaide Railway Station
dan sebenarnya aku ni pemalu. Hahahaha 

Autumn in Adelaide

Dah-dah, kang entah apa aku merapu. Hehehe. Terima kasih kerana sudi membaca entry mengenai Adelaide. Secara kesimpulannya, Adelaide sebuah bandar yang selamat, keadaannya sangat harmoni, senang cari makanan halal dan semua bangunan dekat-dekat. Save money, save budget. 

Insyallah, entry ini akan bersambung sekiranya aku ke sana lagi. 

Thank you. 


Malam seterusnya berpindah ke Stamford Plaza Adelaide. Lokasi Stamford Plaza Adelaide dengan Hotel Grand Chancellor Adelaide takdelah jauh mana. 5 minutes walk dan ada short cut (lalu belakang). Dekat sangat! Cumanya Stamford Plaza Adelaide ni lagi lebih satu bintang daripada Hotel Grand Chancellor.

Lokasi Stamford Plaza Adelaide ni berhadapan dengan Parliament House dan 3 minutes walk to Adelaide Railway Station. Paling best, dia terletak di jalan yang famous kat Adelaide, tak lain tak bukan, North Terrace. Jalan yang boleh dikatakan banyak tourist attraction.

Banyak jugak hotel-hotel yang berhampiran dengan Stamford Plaza Adelaide ni seperti Mercure Grosvenor Hotel, Intercontinental Adelaide, Oaks Horizons dan lain-lain lagi.

"Welcome to Stamford Plaza Adelaide ..." - katanyaaa! Hahaha


Stamford Plaza Adelaide ni lebih exclusive daripada Hotel Grand Chancellor. Safety is the first priority. Seperti hotel-hotel setaraf dengannya, nak naik lift wajib ada access card. If takde, tak bolehlah naik. 

Stamford Plaza Adelaide ni mempunyai 334 buah bilik dan FREE WIFI in public area. For Non Muslim, ada restoran terbaru untuk korang. La Boca Bar & Grill kini dibuka untuk para pengunjung. La Boca Bar & Grill ni specialty dia makanan Argentina dan weekend diorang ada BBQ Lunch Buffet. Haaa, jangan lepaskan peluang okay? For NON MUSLIM je la.. AKU? Telan air liur. Hahahaha.

Lobi
Sudut Lain kat Lobi
Cascade Cocktail Lounge
Hallway

Jenis Bilik : Premiere Room

Television
Telephone and Welcome Notes
Papan Kenyataan ... 
Mini Bar
Alarm Clock
Katil Yang Empuk
Opsss sorry for the mess
Sudut lain
Directory and In Room Dining Menu
Toiletries Set 
Toilet
Bath Tub
Pemandangan Dari Tingkap Bilik

Bilik yang selesa. Cuma pemandangan dari tingkap tidak begitu indah. Hahaha. Maybe next time, kena minta bilik yang view cantik. Kihkih. *banyaklah songeh kau Tatie*

Next, kita ronda ke tingkat paling atas.

where to go?? Pool or Gym?
swimming pool

jacuzzi
gymnasium

maps

STAMFORD PLAZA ADELAIDE
150, North Terrace, 
Adelaide, South Australia 5000

GPS 
37.0625,-95.667068

Tel No : 
+618 8376 1222

Website :

Facebook :


Sleepwalking ZzzZZzzZz. Hahaha.

Teruja seketika bila dapat merasai kehangatan 'demam bola' di England. Biarpun pasukan England tidaklah sehebat mana berbanding pasukan-pasukan lain tetapi semangat masyarakat kat sini terhadap World Cup meluap-luap. Well, biarpun kalah tetapi diorang tetap menyokong. Patriotik giteww!!

Lihat sahaja, di jalan, di mall, di kedai makan dan di mana sahaja pasti ada poster atau gambar mengenai World Cup 2014. Secara tak langsung, aku pun dah terjebak dengan demam bola. Mana taknya, korang boleh lihat, kalau ada perlawanan melibatkan England, pasti jalan-jalan tak ramai orang. Semua tergesa-gesa nak pulang awal, demi nak menyaksikan perlawanan yang melibatkan England.

Walau bagaimana pun, bola tetap bola. Meskipun pasukan Malaysia tak tersenarai, tetapi aku dapat saksikan kehangatan Piala Dunia 2014 ini turut menular di kalangan masyarakat Malaysia. Almost every night aku perhatikan ada yang sanggup tidur lewat demi nak menonton pasukan kesayangan mereka bertanding.

Ada yang jadi GILA bila pasukan yang mereka sokong tu kalah. 
Chill wey!!! Chill.

Tak perlu nak emosi sangat. Jom layan lagu Joe Flizzow sempena Piala Dunia 2014 ini. Lagu baru ni memang sedap dan kat dalam klip video lagu ni memang benar-benar terjadi setiap kali perlawanan bola berlangsung. 

Gila Bola ... Gila Bola ... Gila Bola

Jangan jadi GILA BOLEH? 
Tapi kalau Gila men-REPEAT klip video kat bawah ni takpe. Haha

For those yang tak pernah dengar, jom kita dengan lagu Joe Flizzow

Lagu Joe Flizzow - Gila Bola #gilabola

Football Mad Territory

Best tak lagu ni? Ada kaitan tak klip video ni dengan diri anda sebagai peminat tegar bola sepak? Nak lirik lagu  GILA BOLA NYANYIAN JOE FLIZZOW ni? Ohhhh, boleh.. Nahhh~

Lirik Lagu Gila Bola By Joe Flizzow #gilabola

#GILABOLA

Memang UMPHHHHHH !!!! Haavvv  Havvv havvvvoocccc!!! KehangataN lebih terasa di Football Mad Territory Celcom bersama Joe Flizzow

Layan bola, mimpi bola, JOM NYANYI LAGU GILA BOLA.

Last but not least, layari website Celcom SEKARANG : #gilabola


P/s: Bilalah agaknya pasukan Malaysia layak bertanding di Piala Dunia?

American Airliner Plane