Siapa TAK tergoda bila panorama sebegini terbentang di depan mata ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini pasti tertarik dengan lokasi resort ini yang terletak cantik menghadap pulau. Air lautnya juga jernih dan kebiruan. Nak pula bilik anda menghadap laut, perghhhh.. Pepagi dihiburkan dengan alunan ombak. Melihat matahari terbit sambil mata memandang Pulau Redang, Pulau Bidong dan Pulau Lang Tengah. Semua ini anda boleh rasai apabila berkunjung ke Sutra Beach Resort, Merang, Terengganu.
Ke Lobi Hotel
Actually, ini adalah kunjungan kali kedua aku ke negeri Terengganu dalam masa terdekat bagi mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di Negeri Persisiran Air ini. Untuk kali ini ia lebih lasak dan mencabar kerana ia membabitkan aktiviti sukan mountain bike. Fuhhh!!!
Macam yang aku cakap di entry Festival Candat Sotong Antarabangsa tempoh hari, negeri Terengganu sering dinobatkan negeri yang mempunyai atlit berbasikal yang hebat dan sering mengharumkan nama negeri di persada antarabangsa. Maka, kunjungan aku ke Terengganu Lingai Nature MTB Ride 2014 adalah sesuatu yang indah kerana dapat mengenali atlit-atlit ini dengan lebih dekat lagi.
Tapi hari ni, aku tak naklah bercerita pasal atlit. Pasal berbasikal-berbasikal ni semua, kita sambung di entry akan datang. Okay? Hari ni kita cerita pasal Sutra Beach Resort Merang, Terengganu. Apa yang istimewa sangat hotel ni sampai aku rasa tak nak balik?
Reception Counter
Staff Yang Friendly
Sutra Beach Resort, Merang Terengganu ini terletak di tengah-tengah antara laluan untuk ke Kuala Terengganu dan ke Kota Bharu Kelantan. Lokasi Sutra Beach Resort Merang ni sangatlah strategik. Tidak terlalu jauh dengan bandar, kiranya kalau korang mahukan sesuatu yang privasi dan tenang bolehlah menginap kat sini.
Bersantai Di Lobi
Rak Buku
Bukan itu sahaja, Sutra Beach Resort ini juga berdekatan dengan jeti untuk ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Manalah tahu kot-kot korang nak buat daytrip ke Pulau Redang tetapi nak menginap di darat, bolehlah pilih hotel ni sebagai destinasi pilihan.
Aku cukup tertarik dengan rekaan swimming pool yang terdapat di Sutra Beach Resort Terengganu ini. Dari jauh kelihatan seolah-olah airnya melimpah ke Laut China Selatan atau dalam bahasa glamournya, 'infinity pool'. Persekitarannya juga sudah cukup menenangkan. Dikelilingi pepohon kelapa dan semestinya membangkitkan lagi mood percutian dalam diri individu yang berkunjung ke resort ini.
Aku cukup tertarik dengan rekaan swimming pool yang terdapat di Sutra Beach Resort Terengganu ini. Dari jauh kelihatan seolah-olah airnya melimpah ke Laut China Selatan atau dalam bahasa glamournya, 'infinity pool'. Persekitarannya juga sudah cukup menenangkan. Dikelilingi pepohon kelapa dan semestinya membangkitkan lagi mood percutian dalam diri individu yang berkunjung ke resort ini.
Swimming Pool Sutra Beach Resort
Alahai, cantiknya
Berehat di sini
Cakkkk!! Hahaha
Jalan ke Pantai
Ku tenang, setenang-tenangnya di sini ...
Halaman
Terlupa pasal bilik dek kerana excited nak tunjuk swimming pool. Haha. Cakap pasal bilik, aku pun excited sebenarnya. Mahu tak excited dan teruja? Bilik menghadap laut. Buka pintu je dengar bunyi ombak, belum lagi lepak kat balkoni luar. Rasa macam nak terjun dari balkoni je dan berenang-renang kat laut. Hahaha.
Ehhhh, korang dah join contest BLISSSWEEP belum?
Standard Room
Sutra Beach Resort Merang Terengganu ini bertaraf 3 bintang. Tetapi kalau tengok keadaan resort ini, facilities yang ada serta keadaan sekeliling, ia seolah-olah bertaraf 4 bintang. Cukup sempurna di mata aku.
Relaxing ....
Menghadap Pulau ... Kau hado?
Sebelah malam pula, kami dijamu dengan hidangan barbeque di tepi kolam renang. Amazing!
Dinner dengan D/O Takbai Thailand
The Ladies
Dihiburkan dengan persembahan kebudayaan
Salad
Dessert
Barbequeeeee NIGHT!
Kalau malam makan di tepi kolam, pagi pula sarapan di coffee house ..
Thank You Ain sebab sudi teman iolsss..
Jom layari blog Ain Yusof
Dan kat Sutra Beach Resort Terengganu ni juga ada port lepak ala-ala zaman dulu-dulu. Entahlah aku tak pasti tempat ni untuk apa sebenarnya. *Tak sempat nak explore*. Tapi kalau nak dijadikan sebagai tempat photography macam pre-wedding photoshoot ke or gathering bersama rakan-rakan mahupun keluarga, urmmm.. macam best je. Classic dan unik.
Classic sungguh
Ini pula ala-ala bali.. Hahaha
JOMLAH KE SINI PADA MUSIM CUTI SEKOLAH NI ...
Sutra Beach Resort
Kampung Rhu Tapai, Merang,
21010 Setiu, Terengganu.
No Telefon :
09 6531111
Email :
reservation@sutrabeachresort.com.my
Website :