Latest Posts

Kata orang, kalau pergi sesuatu tempat seperti hutan, gunung atau gua, kita haruslah berjaga-jaga especially bab mulut. Jangan main lepas cakap, jaga bahasa dan tutur kata. Kononnya nanti ada kecelakaan bakal berlaku kelak. Benarkah? 

Kata orang lagi, kat sesuatu tempat seperti gua dan hutan, ada penghuninya yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar. Sebab tu kena jaga tutur kata dan bahasa takut nanti si penghuni ni marah dan merasuk ke dalam diri pengunjung yang datang ke sana. 

Banyak teori dan cerita mistik yang menyelubungi sesuatu tempat itu sehinggakan ada yang takut untuk ke sana dek kerana terpengaruh dengan kisah misteri di sebalik sesuatu tempat itu. Tapi apa pula kaitannya dengan Gunung Senyum, Pahang? Benarkah gunung ini mempunyai 1001 misteri?

Gunung Senyum
Gunung Senyum

Semasa Program Kembara Berakit Sungai Pahang anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pahang dengan kerjasama Tourism Pahang baru-baru ini, aku berkesempatan untuk menerokai sendiri keistimewaan yang terdapat di Gunung Senyum ini. Kata orang, jangan mudah percaya selagi belum lihat. Jadi, ayuh .. kita merungkai misteri di sebalik Gunung Senyum ini.

Gunung Senyum ni terletak di  Jengka Pahang dan setinggi 486 meter, lebih kurang 1594 kaki dari paras laut. Hutan Lipur Gunung Senyum Pahang ini dikomersialkan sebagai tempat rekreasi bagi sesiapa yang gemarkan alam semulajadi dan aktiviti lasak. 




Rombongan kami kecil sahaja, 5 orang peserta dan seorang tourist guide dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Jadi bolehlah memahami dengan lebih jelas cerita dan misteri di Gunung Senyum ni. Bolehlah nak tanya pasal itu, pasal ini walaupun pakcik tu agak ragu-ragu nak cerita pasal kisah-kisah hantu kat Gunung Senyum ni.. erkkk, takut!

Di sebalik Gunung Senyum ni ada 25 Guayang mengelilinginya, seperti Gua  Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Mayat, Gua Sisik, Gua Ular, Gua Kelam, Gua Jebak Puyuh dan banyak lagi. Tapi sayangnya kami tak sempat nak meneroka kesemua gua-gua ini disebabkan cuaca yang tidak seberapa baik.

Menurut sebahagian dari apa yang kami dengar, memang banyak misteri di sebalik Gunung Senyum ni. Mengikut kajian kat sini terdapat kehidupan zaman Mesolitik suatu ketika dahulu. Maka tak hairanlah ada kubur lama yang dianggarkan berusia ratusan tahun, yang dipercayai milik Tok Long.



Siapa Tok Long ni? Tok Long ni dipercayai telah mengahwini gadis bunian kat Gunung Senyum ini. Seperti biasa hidup dengan bunian ni banyak pantang larang dan Tok Long ni telah langgar pantang larang dan janji tersebut. Maka, mereka telah berpisah dan Tok Long cuba mencari isterinya tetapi gagal, akhirnya dia bertafakur kat gunung ini sehingga meninggal dunia.

Ada juga kisah di mana suatu ketika dahulu Gunung Senyum ini dijadikan tempat untuk belajar silat dan sehingga kini, masih ada orang terdengar orang tengah belajar silat tetapi tidak dapat lihat dari mata kasar. Sekadar mendengar bunyi semata-mata.  Seramkan?




tenangnya
jambatan gantung
taman rekreasi
Jalan Ke Gua
Kalau takut digigit nyamuk, usah datang ke sini

Gunung Senyum ini merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah dan kaya dengan tumbuhan herba yang menjalar di sebalik gua ini.  Herba-herba ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Gunung Senyum ini dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Perhilitan.

Tangga yang curam
Muka excited .. haha
Dalam Gua
Stalagtait dan Stalagmait Gua Senyum
Sangat mencabar
Keadaan dalam Gua
Ada juga orang buat kerja ni kat sini
Kepenatan
Jom turun
Curam lagi
Gua seterusnya adalah ....
Nasiblah tangga tak curam seperti tadi
Sangat-sangat besar sampai aku tak jumpa seekor kelawar pun
Gua Taman Dua
Cak
Patung!! Hahaha
Kami tak sempat nak menerokai kawasan ini
Tangga tu untuk ke Makam Tok Long
Hutan Kebanggaan Negara
group photo sebelum balik
Bersyukur kerana diberi kaki yang sihat

Kat sini juga terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk pengunjung. Mana tahu lepas ni korang nak datang sini ke.. Kan? Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti chalet, asrama dan lain-lain lagi. Kat sini juga korang boleh berkhemah, merentasi hutan, berjogging dan lain-lain lagi.

Aku memang totally out. Maklumlah usia dah semakin tua. Baru jalan separuh jalan, dah penat. Nasib ada monopod, bolehlah dijadikan kayu tongkat. Hahaha. Bagi sesiapa yang nak datang ke sini, aku nasihatkan pakai seluar panjang dan baju lengan panjang. Nyamuk banyak!! Jangan lupa makan mosquito repellent. Hehehe.

P/s : Jangan lupa senyum apabila ke sini. =P

Nasi Kandar Melayu di Nilai

Kalau bicara pasal makanan, aku boleh dikategorikan sebagai cerewet tahap kedua. Hahaha. Bayangkanlah orang lain pergi Pulau Pinang ibarat syurga makanan. Berbeza dengan aku yang sanggup pergi ke sekitar Queensbay semata-mata nak cari restoran Melayu juga. T_T

To be honest, aku tak gemar makan di restoran mamak atas sebab-sebab tertentu melainkan kalau aku dah lapar sangat dan takde pilihan lain, barulah aku makan. Tak payahlah aku explain kenapa dan mengapa. 

Disebabkan hal ini aku tertanya-tanya, sedap ke Nasi Kandar tu? Camana rasa dia? Sedap sangat ke? Teringin nak makan. Tapi ada ke Nasi Kandar Melayu? Ermm, macam takde je.

Sampailah satu hari aku follow cousin ke sebuah kedai makan di Desa Cempaka Nilai yang specialtynya adalah Nasi Kandar. At first (sebelum turun kereta), aku ingatkan kedai ni kedai mamak. Dalam hati dah cakap, kempunan nasi kandar lagilah sat lagi. Hehe.

Tapi tekaanku salah. Restoran Nasi Kandar Lawood Nilai ni adalah milik Melayu dan owner dia adalah orang Kelantan. Fuh, Alhamdulillah. Akhirnya ada juga Nasi Kandar Melayu. 

Restoran Nasi Kandar Lawood
Nasi Kandar Lawood, Nilai

Restoran Nasi Kandar Lawood Nilai ini memang tidak asing lagi bagi penduduk Nilai dan kawasan sekitarnya. Kalau korang pergi time lunch, kebarangkalian nak dapat tempat duduk tu agak tipis. Restoran ini juga sering menjadi persinggahan pekerja-pekerja di airport. So, korang bolehlah nampak kakak-kakak stewardess makan or staff-staff makan tengahari kat sini.

Menu di Restoran Nasi Kandar Lawood ni simple sahaja. Aku selalu makan nasi bersama ayam goreng, kobis dan kuah kari. Walaupun simple, tetapi yang datang ... pergh ramai. Kedai ni mempunyai pelanggan tetap yang sangat ramai dan salah seorangnya adalah aku. Hehehe. =P

Restoran Nasi Kandar Lawood
Nasi Kandar Beratur versi Melayu . Haha
Restoran Nasi Kandar Lawood
Time lunch
Restoran Nasi Kandar Lawood
Time-time nak tutup pun orang masih datang dan makan

Harga makanan di Nasi Kandar Lawood sangat berpatutan. Ayam dia korang boleh minta nak half ke, nak full ke. Tapi kalau aku nasi sikit ayam full. Baru puas makan! Haha.  

Lokasi Nasi Kandar Lawood terletak di Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai dan sederet dengan Sekolah Menengah Taman Cempaka Nilai. Senang je nak cari bagi first timer yang merancang untuk datang ke sini. Don't worry takkan sesat. Hehehe.

Restoran Nasi Kandar Lawood
Nasi Kandar Lawood

Kuah mana? Kuah asing. Aku lupa nak ambil gambar.
Hehehehehehe.

By the way kalau merancang untuk ke Restoran Nasi Kandar Lawood, aku tak suggest pergi time lunch. Ramai gila orang. Unless kalau korang boleh tunggu. 

Restoran Nasi Kandar Lawood
Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.

GPS 
2.778142, 101.7751709
Pahlawanku, 
Pergilah Berjuang Untuk Bangsa,
Jangan Ragu,
Namamu Tetap Dipuja.

Begitulah syahdunya lagu Pahlawanku yang kerap kali kita dengar setibanya tanggal 31 Ogos setiap tahun. Namun sejauh mana kita menghargai jasa-jasa pahlawan negara yang memerah keringat mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara kita suatu ketika dahulu? Ataupun hanya sekadar bait lagu atau ungkapan semata-mata?

Melalui mata dan pandangan aku sendiri, semakin lama semakin dilupakan terutamanya generasi muda zaman sekarang. Mungkin jika ditanya pada mereka siapa Leftanen Adnan, mereka tidak tahu siapa perwira negara yang dahulunya sanggup menggadaikan nyawa demi tanahair. Sedihkan? Itulah yang aku rasa sekarang ni.

Sehubungan dengan itu, wujudlah Muzium Tentera Darat yang berpangkalan di Bandar Tentera Darat, Port Dickson. Siapa yang tidak pernah ke sini memanglah rugi. Untuk pengetahuan korang, sejak bila Port Dickson ni digelarkan sebagai Bandar Tentera Darat sejak 29 September 2009.

Manakala bangunan muzium ini adalah hasil dari ubah suai dua buah bangunan lama di Pusat Latihan Asas Darat, mengambil masa selama 4 tahun untuk dibina, akhirnya siap dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-XII pada 28 Jun 2005.


Muzium Tentera Darat Port Dickson ini adalah muzium tentera yang terbesar di Malaysia yang diilhamkan oleh Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Md Hashim bin Hussein. Kat sini terdapat pelbagai kemudahan seperti auditorium, surau, kedai souvenir dan lain-lain lagi.

Auditorium dan replika kapal terbang

Aku suka Muzium Tentera Darat ni sebab ia lain daripada yang lain dan paling penting kat sini terdapat pelbagai info yang berguna. Kalau zaman sekolah dulu nak tahu Rahsia dan Teknik Nak Dapat A1 dalam subjek Sejarah, korang kena rajin-rajinkan kaki pergi muzium. Alhamdulillah berkesan. Kalau baca buku je memang boring. Sebab tu kena pergi dan lihat dan fahamkan. 


Tapi apa kaitannya dengan Muzium Tentera Darat Port Dickson ni? Sebab ia padat dengan maklumat yang membantu dalam memahami sejarah lampau negara kita. Kat sini juga terdapat terowong komunis. Yang ni aku tak sempat nak explore.

replika kapal terbang

Peta Port Dickson
Tugu Peringatan

Mengenai bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson pula, dari mula-mula ia dibina sehinggalah kini adalah PERCUMA. Menarikkan? Dahlah best. Eh BEST? Yup, something yang berbeza dan muzium ni setanding dengan muzium-muzium tentera kat luar negara. *Bangga*

Lokasi Muzium Tentera Darat Port Dickson pula sangat mudah untuk dicari. Kalau korang daripada Kuala Lumpur dan ke Port Dickson menerusi highway, terus je sampai ke traffic light berdekatan dengan pintu gerbang Port Dickson, belok kanan. Landmark dia senang je, ada replika truck tentera di belah kanan. Ha, masuk simpang tu dan terus sehinggalah korang jumpa Muzium Tentera Darat ini di sebelah kiri.


Keretapi lama yang pernah membawa Agong yang terdahulu

Nak tahu info, just click je.. 

Kunci Kapsul Masa

Kapsul Masa.. akan dibuka lagi pada tahun 2033

Apa tu kapsul masa? Kapsul masa ni membantulah dari segi komunikasi. Kira macam wasiat dari zaman ni untuk generasi akan datang. Kot-kot korang nak sampaikan sesuatu kepada cicit-cicit bolehlah guna kapsul masa. 

Tapi Kapsul Masa di Muzium Tentera Darat Port Dickson ni berfungsi sebagai bekas untuk menyimpan barang atau maklumat bersejarah untuk disampaikan kepada generasi akan datang. Kapsul ini mengandungi surat Panglima Tentera Darat tahun 2008 kepada Panglima Tentera Darat tahun 2033, surat aspirasi keutuhan Tentera Darat, Surat BAKAT dari Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat kepada Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat pada 1 Mac 2033.

Kat sini juga terbahagi kepada beberapa bahagian seperti Era Kesultanan Melaka, Era British, Era Penubuhan Askar Melayu, Era Portugis dan Belanda, Erra Fazira ... Eh?? Hehehe gurau je. Sebenarnya banyak lagi tempat yang aku tak sempat nak pergi. Keluasan Muzium Tentera Darat ni tersangatlah luas. Macam-macam ada. 


Kalau belajar sejarah, bab ni paling aku suka

Sayangnya kata mereka, kapal ni dah rosak. Kalau tak lebih menarik
(diorang kata ada 3D dan muzik)
Ke zaman dahulu...
Cantikkan baju dia? Boleh buat idea untuk blouse.. haha

Era British ...

Era Penubuhan Askar Melayu

Urmm..

Jom Jalan-Jalan

Aku tak sempat meneroka bangunan ni

Pelbagai jenis kereta perisai dan kereta kebal

Muzium Tentera Darat Port Dickson juga telah memenangi pelbagai anugerah dan paling dibanggakan ia pernah merangkul anugerah BEST TOURIST ATTRACTION (attraction by National Identity - Heritage) oleh Tourism Malaysia. WOW, Hebat!


Apa ni eh?

Kecil je helicopter ni. Cute!

Jet pejuang

Bergambar sekejap

Nak angkut bawa balik

Dan kat sini terdapat cafe dan gerai-gerai jual makanan. Kalau lapar bolehlah singgah dan pekena Kopi Mak Okid. Kopi Mak Okid ni famous tau kat area-area Port Dickson.


Tuan Empunya Kopi Okid
Kafetaria

Selfie time

Meremang bulu roma apabila melihat susah payah mereka mempertahankan negara. Bersyukur kerana hidup di zaman ini. Harapnya keamanan ini sentiasa dijaga.

Bagi generasi muda, aku suggest korang ke sini dari buang masa dengan aktiviti tak berfaedah. Sekurang-kurangnya belajar menghargai jasa mereka yang terdahulu. Bukannya kena bayar pun. FREE. Jangan anggap aman selamanya aman. JOM ke sini pada musim cuti sekolah ni.

Muzium Tentera Darat
Batu 4, Kem Sri Rusa
71050 Port Dickson

No Tel
06 647 1266

Website

Email
admin@armymuseumpd.gov.my

Operation Hour :
Rabu - Ahad 10 pagi - 5 petang
American Airliner Plane