Latest Posts

Kalau di Johor Baru, terkenal dengan Pasar Karat Jalan Segget, begitu juga di Pulau Pinang, famous dengan Rope Walk Taman Selat. Berbeza? Alaa, sama je - Pasar Karat tetap Pasar Karat. Haha. Cuma yang membezakan ia adalah suasana dan Rope Walk Taman Selat ni 90% dalam bangunan berbanding dengan Pasar Karat Jalan Segget yang terbuka di kaki jalan.

Mana satu yang best? Dua-dua mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tapi kalau diikutkan saiz, aku rasa Jalan Segget lagi besar kot? Urm.. okaylah. lupakan pasal Pasar Karat Jalan Segget. Tolak jejauh sebab hari ni aku nak cerita pasal Rope Walk Taman Selat

Rombongan Jom Jelajah Pulau Pinang singgah di Rope Walk Taman Selat ni bagi melihat peniaga-peniaga sini menjalani aktiviti harian dengan berniaga dan juga menikmati makan tengahari di Restoran Pan Mutiara. Untuk pengetahuan kalian, kebanyakan peniaga di sini mendapat bantuan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Kalau dulu ada di antara mereka terjerat dengan tipu helah along, kini dengan bantuan SKM, diorang dapat berniaga dengan jayanya. Tambahan pula, Rope Walk Taman Selat ni antara destinasi pilihan bagi penggemar barangan bundle atau barang-barang antik.

Antara yang dijual kat sini seperti kasut, jam, kamera antik, peralatan rumah, ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Lengkap tu takdelah lengkap seperti mall, cuma kat sini bolehlah beli barang sikit-sikit dengan harga yang berpatutan dan aku cukup tertarik dengan barangan antik yang mereka jual. Jom ke Rope Walk Taman Selat, Pulau Pinang sekarang!!!! 

Wahhh, macam-macam jenis speck/sunglasses
alatan muzik seperti gitar pun turut dijual
alat kosmetik
wahh rambang mata abang tu.. haha
khidmat reflexology pun ada sekali

helmet comel
majalah, suratkhabar dan lain-lain
kasut-kasut-kasut

paling best!!!!
pentas awam
erkkk, besarnya
minat mengumpul duit lama?
barangan antik

omaiii...
suka yang ini jugak.. haha

Say Cheeseee

Nak tahu Rope Walk ni kat mana? Nahhh

Like Facebook Mereka
Koperasi Aneka Rope Walk

Operation Hour :
7 pagi - 1 petang

Maps :

Hai semua. Fuh, settle semua kerja rumah. Seharian mengemas rumah, rindu pula dekat blog. Hehe. Oh, hari ni kita akan bercakap mengenai Pulau Pinang lagi. Tak habis? Mestilah tak habis. Banyak lagi yang tertangguh. Tapi takdelah banyak seperti entry Terengganu. Hehe.

Siapa kat sini pernah pergi Penang Street Art? Ala yang banyak lukisan mural kat dinding tu la. Me? Baru first time sampai sini. Well, better late than never right? Hihi. Kami menginap di Hotel Cititel Pulau Pinang pada malam terakhir semasa Jom Jelajah Koperasi Pulau Pinang. Sampai je Hotel Cititel, terus aktiviti bebas sampailah tengahari besok.

Inilah masanya untuk kami menjelajah kawasan menarik di sekitar hotel. Nasiblah Penang Street Art ni tak jauh, so bolehlah jalan kaki sahaja dari hotel. Paling menarik, sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan yang mempersonakan. Rasa macam hidup di era 70-80an. Dengan bangunan-bangunan antik, beca-beca dan suasana itu sendiri. Hehe.

Penang Street Art  
Beca @ Trishaw
nasi kandar line clear
The Famous Nasi Kandar, Line Clear
campbell street penang
Campbell Street
Penang Street Art
Pasar Minggu
Penang Street Art
Old & Heritage Building
Campbell House Penang
Campbell House
Penang Street Art
Market
The Old Habib Building
The Old Habib Jewels Building
Hai auntie.. good morning
Tokong Cina
masjid kapitan keling
Menara @ Masjid Kapitan Keling
masjid kapitan keling
Masjid Kapitan Keling
Penang Street Art
Lebuh Armenian Antara Jalan Yang Terkenal
Penang Street Art
Kat Sini Diorang Kata Ada Ice Kacang
Penang Street Art
Jemput masuk.. ~
Penang Street Art
The Real Tourist
Penang Street Art
Jalan-Jalan Bersama Mereka
Penang Street Art
Kedai Basikal Lama
Penang Street Art
Penjual Pau, Faris.. haha
Penang Street Art
Big Cat
Penang Street Art
Berebut Naik Basikal
Chew Jetty Pulau Pinang
Dipercayai Pohon Yang Berusia Ratusan Tahun
Chew Jetty Pulau Pinang
Jom Ke Chew Jetty
Penang Street Art
Chew Jetty
Penang Street Art
The Press
Penang Street Art
Berdekatan dengan Balai Bomba
Penang Street Art
"Meh akak tolong... " haha
Penang Street Art
Geng Kaki Lima.. haha
Penang Street Art
Mana kau ni peahh, buka pintu cepat
Penang Street Art
"Nak tumpanggg.. -_-"
Penang Street Art

Dah puas tengok gambar? Kreatif kan? Dan sebenarnya banyak lagi lukisan-lukisan menarik di Penang Street Art ni, cuma kami mengejar masa yang suntuk. Insyallah kalau datang lagi Pulau Pinang, aku akan cuba menerokai lukisan yang lain pula.

Tapi aku diberitahu, terdapat lukisan-lukisan yang dah rosak dan luntur. Alaa, sayangnya.. Bercakap mengenai Penang Street Art, aku lupa nak cerita asal usul dan sejarah mengenai Penang Street Art ini. 

Penang Street Art adalah antara tarikan pelancong di Pulau Pinang. Ini bermula pada tahun 2009 apabila Pulau Pinang dianugerahkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ini berkaitan dengan projek 'Marking George Town'. Selain dari lukisan mural, terdapat 52 karikatur yang diperbuat daripada keluli.

Setiap lukisan dan karikatur mempunyai cerita yang tersendiri. Sehingga kini, Penang Street Art masih menjadi tarikan para pelancong yang datang ke Pulau Pinang. U can see some of the mural ni penuh dengan pelancong yang berebut nak ambil gambar including me. Kihkih.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk bergambar di Penang Street Art ni kalau berkunjung ke sini tau. Antara jalan-jalan yang terkenal adalah Lebuh Pantai, Campbell Street, Lebuh Chulia, Jalan Muntri, Lebuh Armenian, Lebuh Victoria, Lebuh Ah Quee dan banyak lagi.


"Lalu je? Tak singgah?,".  Begitulah kami kerap menggunakan Federal Highway tapi tak pernah singgah pun kat Hotel Armada Petaling Jaya ni. Tetapi entah bagaimana, baru-baru ni terdetik hati nak bermalam di sana. Semalam pun jadilah. Tambahan pula, tengah malam tu Encik H ada exam di Subang, jadi sambil menyelam sambil minum air. Kehkehkeh. Sebenarnya ada niat lain. Biasalah perempuan. Haha.

Hotel Armada Petaling Jaya ni terletak di tengah-tengah. Nak pergi Mid Valley pun dekat, nak pergi Empire Mall pun dekat. Pendek kata boleh jadi woman's bestfriend gitu. Dekat nak pergi shopping. Tu tujuan sebenarnya. Haha. Untuk ke sini korang boleh naik kereta atau naik LRT. Kalau naik LRT, turun di Stesen LRT Asia Jaya.


Hotel Armada Petaling Jaya
Serba Sedikit Mengenai Hotel Armada Petaling Jaya

Berbalik pasal trip kami ni, actually tengahari tu kami menghadiri Majlis Perkahwinan Fahmi dan Nadia di Kelana Jaya. Balik dari tu, terus check-in kat Hotel Armada Petaling Jaya ni, sebelum hantar Encik H pergi Subang Jaya. Memang lokasi strategiklah hotel ni. Tapi sayangnya, tiada swimming pool.

Parking
(Free Parking Untuk Mereka Yg Stay Di Sini)
"Hey, apa pandang-pandang?"
Lobi Hotel
Lift

Masa check-in, aku mintalah tingkat atas sikit. Kengkonon nak tengok view menariklah. Sekali dia bagi tingkat 20 terus. Hamek kau! Haha. Tapi agak syoklah, tengah orang stress dengan jem bagai, kita pula duduk di tepi tingkap sambil menghidup teh apple lipton. Haha. Layan~


Tingkat 20

Room Sweet Room

Deluxe Room

Usia Hotel Armada Petaling Jaya ni agak lama sebenarnya. Aku pun tak tahu since bila. Yang aku tahu, agak lama dan sebelum arwah abah meninggal lagi, hotel ni dah wujud. Tapi kat bawah hotel ni ada kedai tailor baju, ada restoran cina, ada kedai bunga dan macam-macam lagi. 


Pemandangan Dari Bilik

Chill and Relax. Haha

So far, hotel ni okaylah. Cuma rasa seramlah sedikit kalau nak naik lift seorang-seorang. Tapi takde menda kot. Cuma perasaan je. Katil best, suasana pun best. Bilik selesa, free wifi. Sesuai untuk business leisure. Aku tinggal seorang masa Encik H pergi exam malam tu pun, takdela sunyi mana. Bosan-bosan, naik kereta pergi jenjalan. Haha. Keseluruhannya, sesuai untuk short stay. Mana tahu Ramadan ni nak shopping raya kat Kuala Lumpur, bolehlah menginap di sini. Jauh dari hiruk pikuk kota. Hehe.

Hotel Armada Petaling Jaya
Lot 6, Lorong Utara C, Section 52,
Petaling Jaya, Selangor.
(lalu federal je senang)

No Telefon :
03 7954 6888

Email :
armada@armada.com.my

Facebook :

Website :

American Airliner Plane