Sudah lama aku teringin nak pergi perkampungan Melayu di Pulau Pinang untuk melihat sendiri kehidupan masyarakat di sana. Betulkah anak mami pakai gelang sampai ke lengan? Betul ke mereka suka menyanyi? Blablablabla. Hah, semuanya gara-gara terpengaruh filem Anak Mami. KahkahKah.
Bila aku join trip Jom Jelajah Pulau Pinang, apa lagi. Terus setujulah biarpun belum hilang penat lagi ketika itu. Sampai je rumah dari Terengganu, rehat 12 jam, kemudian dah kena pergi ke MATIC pula kebesokan harinya. Hectic kan? Tapi itulah kepuasan.
Jom Jelajah Koperasi Pulau Pinang ini adalah trip untuk menerokai keunikan dan keistimewaan tempat-tempat di bawah naungan Koperasi Pulau Pinang serta memahami apa itu Koperasi. Aku sendiri sebelum ke sini, mati-mati ingatkan koperasi tu hanyalah 'KOOP' yang kat sekolah tu. Sebaliknya banyak rupanya jasa Koperasi dalam memajukan industri dalam sesebuah masyarakat tu dan untuk hari ni aku nak cerita pasal Kampung Mengkuang Titi, Pulau Pinang.
Kampung Mengkuang Titi terletak di Bukit Mertajam Pulau Pinang dan 98% penduduknya adalah orang Melayu. Keistimewaan kampung ini adalah musim buah-buahan yang tiada penghujungnya. Setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun pasti ada musim buah.
Welcome To Kampung Mengkuang Titi, Pulau Pinang
Rombongan kami disambut meriah oleh penduduk kampung. Ibarat perarakan pengantin, begitulah kami diarak dengan begitu meriah sekali. Ada paluan kompang, bunga manggar dan juga sireh junjung sebagai salah satu tradisi masyarakat di sini dalam menyambut tetamu.
Perarakan Menyambut Tetamu
Siap ada pertunjukan Silat sekali
Group Photo
Anak Kelahiran Kampung Mengkuang Titi
Sesudah sesi suai kenal dan pembahagian anak angkat homestay, seterusnya kami menyertai sukaneka yang dianjurkan oleh penduduk Kampung Mengkuang Titi Pulau Pinang. Yang bestnya, sukaneka ini semuanya adalah permainan kampung yang saban hari makin dilupakan oleh generasi muda masa kini. Antara aktiviti-aktiviti yang kami join adalah seperti Upih, Boling Kampung, Lari Dalam Guni, Bola Beracun, Memancing Botol dan Tarik Tali.
Upih
Boling Kampung
Lari Dalam Guni
Memancing Botol
Tarik Tali
Bola Beracun
JOM TENGOK VIDEO SUKANEKA
Post by Izzati Ghafur.
Meriah gileeer! Pastinya sesuatu yang bermakna sebab rombongan Jom Jelajah Koperasi ni bukan sahaja disertai oleh media-media dan blogger tempatan, malah blogger-blogger dari luar pun join sekali. Wah, seronok gila. Haha. Malam tu kami menikmati dinner ala kampung.
Makan bersila sambil menikmati lauk pauk kampung. Dihiburkan pula dengan boria yang sememangnya trademark Pulau Pinang. Boria Mengkuang Titi ni istimewa sebab ia disertai oleh remaja-remaja kampung ni. Thumbs up!
Makan Bersila
Bertenang, jangan berebut! Haha.
Lepas makan, kami dijemput untuk menari di atas pentas. haha
Post by Izzati Ghafur.
Menginap semalaman di Homestay Kampung Mengkuang Titi memanglah tak puas. Rushing gila dan tak sempat nak mengenali keluarga angkat kami di sini.
Homestay Yang Aku dan Miza Duduk
Ruang Tamu
Bilik Tidur
Rumah Keluarga Angkat Kami
Kami dihidangkan dengan homemade cucur dan rojak Pulau Pinang yang dibuat khas oleh mak angkat kami. Terkilan juga sebenarnya sebab tak dapat belajar memasak makanan tradisi Pulau Pinang. Seperti yang korang tahu, Pulau Pinang ni famous dengan kepelbagaian makanan. Memang hancurlah diet korang kalau ke Pulau Pinang. Hehe.
Jemput Makan
Bergambar Dengan Keluarga Angkat
Lepas check out, kami dibawa mengelilingi Kampung Mengkuang Titi untuk menyaksikan industri-industri desa di sini yang ditaja oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Antara produk-produk yang mereka buat seperti pembuatan muffins, kuih bahulu, bedak sejuk yang diperbuat dari tepung beras, produk kacang soya, pembuatan maruku, dodol, madu kelulut dan banyak lagi.
Penduduk di sini juga aktif dalam aktiviti menganyam tikar mengkuang. Wahhh!!! Eh lupa pula, Kampung Mengkuang Titi terletak berhampiran dengan Empangan Mengkuang (Mengkuang Dam). Kalau rajin singgahlah. Kata mak angkat kami, pemandangan kat sana menarik.
Madu Kelulut
Amboi sampai begitu sekali
Yummy!
Hirup madu terus dari sarang pun boleh
Bedak Sejuk Seri Wangi
Dodol Kampung
Maruku
Cara-Cara Buat Maruku
Seterusnya maruku ini digoreng sebelum proses packing
Dahhh siapp!!! Sedia untuk dijual
Selain dari aktiviti-aktiviti yang aku cakap tadi, pengunjung-pengunjung di Homestay Mengkuang Titi Pulau Pinang boleh juga membuat beberapa aktiviti lain seperti jungle trekking, berbasikal mengelilingi kampung, memancing, camping dan lain-lain lagi.
Terima kasih keluarga angkat kami.
Pn Rokiah Abdullah
Jalan Satay, Kampung Mengkuang Titi
Pulau Pinang
No Telefon :
012 535 4267
Harga Penginapan Homestay Kg Mengkuang Titi :
RM50/semalam
Terima Kasih Gaya Travel Magazine & SKM
(^_^)