Percutian Yang Menarik Di Pulau Redang | Pulau Redang Terengganu. Dah lama rasanya aku tak ke pulau. Kali terakhir Januari lepas, trip ke Krabi, rujuk sini : DESTINASI BAJET KE KRABI.
Pulau Redang pernah dinobatkan sebagai 'antara pulau tercantik di dunia' dan di kepulauan ini terdiri daripada 9 buah pulau iaitu Pulau Redang, Pulau Lima, Pulau Paku Besar, Pulau Paku Kecil, Pulau Kerengga Kecil, Pulau Kerengga Besar, Pulau Ekor Tebu, Pulau Ling dan Pulau Pinang. Setiap pulau-pulau ini mempunyai tarikan dan keunikan yang berbeza.
Jeti Syahbandar Kuala Terengganu
Kami bertolak ke Pulau Redang dari Jeti Syahbandar, Kuala Terengganu. Untuk ke Pulau Redang terdapat dua cara. Satu dari Jeti Syahbandar dan satu lagi dari Merang. Tapi bagi aku, lagi baik naik bot dari sini alang-alang dari Kuala Terengganu. Lebih kurang sama je masa perjalanan kalau tolak campur perjalanan anda ke Merang ikut darat, tunggu bot, naik bot .. blablabla dan total 1 jam 30 minit dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang.
Pulau Redang, kami datang !!!
Jom Ke Pulau Redang
dalam bot
Laguna Redang B7
Sebanyak dua bot disediakan khas buat kami, Laguna Redang B7 dan Laguna Redang B9. Laguna Redang B9 agak besar dan lebih best berbanding Laguna Redang B7. Staff-staff bot Laguna semuanya friendly. Terima kasihlah kerana sudi melayan karenah kami semua. Masa pergi semua kemain excited explore bot dan bila nak balik memasing pengsan. Haha. Lumrah kehidupan gitew!!
menyibuk di 'cockpit' .. haha
Tak cukup cockpit, kita pergi bahagian belakang. Haha.
Perjalanan ke Pulau Redang dari Kuala Terengganu tak de lah lama mana pun. Sedar tak sedar, dah sampai ke destinasi. First stop kami, adalah Pulau Pinang. Eh, bukan Pulau Pinang yang famous dengan nasi kandar tu tau, tapi ni Pulau Pinang kat Pulau Redang. Hehehe. Aku diberitahu, kalau korang naik flight Berjaya Air, dia akan mendarat di landasan di Pulau Pinang ni. Berjaya Air je tau, jangan memandai korang pergi search kat Airasia or MAS, memang takkan jumpa. Dan sila-silalah jenguk laman web Berjaya Air. Terdapat direct flight dari Kuala Lumpur ke Pulau Redang (RDN). Wah, lebih mudah dan jimat masa.
dah sampai
Pulau Pinang, Redang, Terengganu
Untuk kaki snorkeling, Pulau Pinang Redang ini tempat wajib korang pergi. Kat Pulau Pinang, Redang ni kaya dengan pelbagai jenis ikan. Kata captain bot Laguna, kalau ada rezeki bolehlah lihat penyu. Sayangnya masa kami pergi tempoh hari tak terserempak pula dengan mana-mana penyu. Maybe bukan rezeki kami untuk tengok penyu berenang secara live.
Pulau Pinang
Jeti Pulau Pinang
Aloha Redang
Terus terang aku cakap, aku bukanlah 'beach girl'. Salah satu faktor, aku takut hitam. Tapi mana boleh tahan tengok pemandangan yang memukau hati. Phewww.. Crystal blue water, white sand beach and seriously, aku rasa seperti satu kerugian jika aku tak menikmati ciptaan Allah ni. So lupakan pasal sunburn and enjoy the beautiful nature.
Beberapa gambar yang sempat aku ambil semasa snorkeling di Pulau Pinang, Redang ini untuk tatapan korang. Hampir lemas jugaklah semasa nak cari 'lubuk ikan' ni. Berdasarkan pengalaman aku, korang kena snorkeling di bawah jambatan dan pergi ke bahagian tengah (di tempat bot turunkan penumpang). Kat situ air dalam tetapi banyak ikan. Pastikan korang tidak lebih dari kawasan yang sepatutnya. Okay? Hehehe.
Say hi to them fishy.
Cantik tak?
Smileee..
Banyaknyaaa ikan
Terokai hidupan di dasar laut
Jenis ikan yang paling banyak terdapat di sini
Cantik pula ikan kuning ni
pulau yang sentiasa menjadi pilihan untuk snorkeling
amboi, kemain cik kiah kita ni snorkeling. haha
Masa sememangnya sentiasa mencemburui kami. Tak puaslah snorkeling. Rasa kejap sangatlah pulak. *tak sedar-sedar lagi kulit dah terbakar*. Hahaha. Lama sangat snorkeling, sampai aku terlupa nak explore bahagian darat Pulau Pinang, Redang ni. Yang aku tahu kat sini terdapat kafe yang boleh korang singgah untuk alas perut. Okay dah ada alasan untuk datang balik ni. =P
Seterusnya, kami di bawa ke Laguna Redang Island Resort. Bot kami berhenti di bahagian belakang pulau. Eh, pulau apa ni? Takde pun orang mandi? - antara yang terlintas di fikiran aku ketika sampai di Laguna Redang Island Resort ni. But jangan sesekali judge a book by its cover, NEVER and NEVER. Sebabnya aku akan cerita kemudian..
Camwhore kejap
Dari sini kami dibawa ke resort dengan menaiki tram yang disediakan
Laguna Redang Island Resort
Sampai je di Laguna Redang Island Resort, kami diarahkan untuk makan tengahari terlebih dahulu. Lunch kami disediakan oleh pihak resort. Sedap tapi malangnya aku takde mood nak makan banyak. Pantai dah memanggil-manggil. Nak makan pun tak senang duduk. Haha.
Khas Untuk Peserta Candat Sotong
Opss, membazir amalan syaitan
Dan, akhirnyaaaa...
Pulau Redang, Terengganu
Ternganga sekejap masa sampai kat sini. Tu yang jadi penyebab makan tak kenyang, mandi tak basah tu. Pemandangan yang seakan-akan lukisan, cuma yang membezakan ini adalah realiti. Jika di Pulau Pinang tadi aku boleh bagi 3.5/5 stars, tetapi kat sini takde sebab untuk aku memberikan sedikit bintang. Sebab pantai ni perfect dan cantik. Wonderful.
Cantikkan?
Breathtaking view
Kat sini juga meriah dengan aktiviti-aktivi pantai
Nak aktiviti pantai? Ayuh ke sana
Redang, aku telah jatuh cinta .. 'handsome' betul Redang ni.
Jangan tiru gaya saya, mandi dengan sunglasses. haha
Dengan my ex-batchmate, Pete
Harga Diving di Pulau Redang
Lebih membanggakan, pulau ini pernah dijadikan sebagai tempat pengambaran filem 'SUMMER HOLIDAY', sebuah filem Hong Kong yang ditayangkan pada tahun 2000. Filem ini diarahkan oleh Jingle Ma dan dibintangi pelakon seperti Richie Ren dan Sammi Cheng. Hebat! Kalau nak tahu, kat sini terdapat kedai souvenir dan kedai ini antara salah satu tempat yang famous dalam cerita itu.
Tengok sampai habis
'rumah teh' yang kini dijadikan sebagai souvenirs shop
spot me if you can
Bulan terbaik untuk ke Pulau Redang adalah bulan Mac sampai September. Tapi the best month, of course April-May. Pantai cantik, langit cantik, air pun cantik. Nak ambil gambar pun cantik sebab langit biru.
Alhamdulillah, tinggal satu entry sahaja lagi berkaitan Terengganu. Tak sabar nak cerita pasal Penang pula. Hehehehehe. Terima kasih kerana sudi baca blog Kisah Tatie.