Latest Posts

Filem yang ala-ala old school ~ "comedy-drama". The Grand Budapest Hotel, sebuah filem arahan Wes Anderson. Memang kelakar cerita ni. Hahaha. First of all, thank you Nuffnang Malaysia for the tickets. Nuffnang selalu bagi tiket wayang percuma. Jadi, kalau korang nak tiket, jomlah sertai Komuniti Nuffnang. 

Plot cerita ni sangat kelakar. Ada di hotel, di penjara dan macam-macam lagi. Tapi memerlukan penghayatan 100% dan keseluruhannya membawa korang kembali ke zaman lama iaitu pada tahun 1930an. Permulaan cerita mengisahkan seorang anak muda, berdiri dan melihat satu patung (ala-ala tugu). Then, berlakulah flashback ke masa lampau.

The Grand Budapest Hotel ni mengisahkan tentang Gustave H, seorang concierge lagenda di sebuah hotel ternama di Eropah dan mempunyai taste yang pelik (suka pada wanita tua). Gustave H mempunyai pekerja yang bernama Zero Mustafa. Zero Mustafa ni seorang yang boleh dipercayai dan sentiasa menurut arahan majikannya. Namun, pada suatu hari berlaku suatu insiden yang tidak disangka-sangka. Sampai Gustave H ni jadi seorang yang dikehendaki polis. Haaa, apa insiden tu korang kenalah tengok sendiri kat pawagam. *Lokasi The Grand Budapest Hotel ni sangat ohsemmmm, buat iolss termimpi-mimpi. Lol *

Pelakon-pelakon filem The Grand Budapest Hotel adalah Ralph Fiennes, F.Murray Abraham, Mathieu Amalric, Saoirse Ronan, Jude Law, Tom Wilkinson, Willem Dafoe, Tilda Swinton dan ramai lagi.

Keseluruhan cerita ini, saya bagi 3 bintang.

THE GRAND BUDAPEST

The Trailer Of The Grand Budapest Hotel


Thank You Nuffnang Malaysia
(^_^)
Kisah yang lepas jangan dikenang. Tapi nak kenang juga!! Untuk tatapan anda kat luar sana, yang mungkin sama macam saya. Baru first time jejak kaki ke Pasar Karat. Hahaha. Pasar Karat Johor Bahru (NIGHT MARKET) ini sangat terkenal. Sebab tu lah saya super excited bila diajak ke sini oleh Ieja Tourism tempoh hari. 

Lokasi Pasar Karat JB ni terletak di Jalan Segget, kat sini terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual. Dari pakaian, CD, kasut, makanan, kedai bundle,  koleksi antik sehinggalah binatang. Kedai Chaiwalla & Co Container Cafe pun ada. (link) Tak sah ke JB kalau tak singgah sini, at least sekali seumur hidup pun cukuplah macam saya. Haha.

Pasar Karat ini dalam nama lainnya adalah Bazaar Karat.

Laluan Kebudayaan Tan Hiok Nee


Kat sini juga ada jual binatang seperti ular, kucing dan lain-lain


katanya, wajib cubaaa.. sedap!

Dapur Jendela, Pasar Karat JB

Singgah sebentar di Restoran Dapur Jendela.
Hiasan di restoran ini sangat unik dan kreatif.


Dapur Jendela

Team Media

Entah apalah korang gosip ..

Kembali ke zaman dulu kala


sudu dan garpu pun boleh dijadikan hiasan lampu


kulit album dapur jendela .. haha

Peta Pasar Karat JB

Waktu Operasi  Pasar Karat JB

Isnin - Jumaat
6 - 12 malam

Sabtu & Ahad
7.30 pagi - 12 malam

Tempat Letak Kereta 
Jalan Dato' Onn & Jalan Syed Mohd Mufti
Hai ..  Assalamualaikum semua .. Berakhir sudah bulan March. Bulan yang menggemparkan Malaysia dengan insiden KEHILANGAN PESAWAT MH370 yang sampai sekarang masih menjadi misteri. Kononnya ada desas desus akan dijumpai balik pada 5 April ni. Ehhh, jap. 5 APRIL? Urm..

Tapi taknak cakap pasal MH370, tapi nak cakap pasal tarikh lain. Banyak sangat spekulasi, sampai dah tak tahu mana satu yang betul. PENING!!!!

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia. Masih bernafas dan masih bahagia. Hahahaha.  Wishlist tahun ni masih kekal seperti dulu, semoga dimurahkan rezeki .. tak kira dalam apa bentuk sekalipun. Hehehe.

Insyallah, selepas tarikh kebesaran, saya akan buat 'satu perubahan' dalam diri saya. Semoga dipermudahkan. Perubahan apa? Fizikal? Pembedahan plastik? Semangat? Azam? Botak? Tunggu!!

Okaylah. Selamat menyambut bulan April. Tak payah nak april fool sangat ok?

Life is Short, Time is Fast
NO REPLAY, NO REWIND
So enjoy every moment you can

pola pembesaran katanyaaa. hahaha

Hehehehe.  (^_^)

Restoran Manjung Yong Tau Foo sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi jika anda berasal dari Manjung, Perak. Terkenal dan sentiasa mendapat tempat di hati penggemar yong tau foo di bandar ini. 

Namun, apabila ia membuka cawangan TERBARU di Kuala Lumpur, saya pasti inilah masa yang sesuai untuk restoran ini menempah nama di ibukota Malaysia ini. Berikutan kepelbagaian produk F&B baru seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi, jika anda belum try MYTF ni, dialu-alukanlah ke sini.

Apa yang menarik, Restoran Manjung Yong Tau Foo ini adalah resepi tradisi warisan keluarga sejak tahun 1986. Resepi ini dari keluarga Tuan Haji Rashidi kemudian diwarisi ke anak sehinggalah kini ke cucu. Rasanya tetap sama dan istimewanya yong tau foo di sini adalah terletak pada kuah dan sambal yong tau foonya yang lazat dan yang penting ia adalah YONG TAU FOO YANG HALAL.

Sebenarnya saya kagum dengan Restoran Manjung Yong Tau Foo ini, sebab ia bermula dari bawah iaitu berniaga di pasar malam, kemudian melonjak naik, mendapat sambutan hebat dari penduduk sekitar Manjung dan kini mempunyai dua cawangan iaitu, di Manjung dan Kuala Lumpur. 

Restoran Manjung Yong Tau Foo
Sistem Layan Diri @ Self-Service

Pakej Yong Tau Foo

Dalam restoran

Wajib Cuba

Okay terharu ...

Jika di sini, tak sah jika tak rasa air bandungnya. Terdapat beberapa jenis air bandung seperti D'Bandung Special, Bandung Soda, Bandung Cincau, Bandung Strawberry dan Float. Kami sempat mencuba D'Bandung Special. Perghhh ..  sedap! Kombinasi Bandung + Cincau + Air Cream memang mantap.

D' Bandung Special

Food review kali ni dihadiri blogger-blogger seperti Maha, Nazlan, Putery Memory, Atika Ramlan, Dik Bee, Beki, Mawardi Yunus, Dr Fuh, Abam Pojie, Nannie Isa, Trek Selebriti dan Potia. Sebelum makan, masing-masing sibuk bergosip dan sesudah makanan sampai .. hamek kau! Diam tak terkata. Masing-masing sibuk menikmati keenakan yong tau foo di sini. Hahaha.

Menunggu makanan

Pemilik kedai 

Dan, sebenarnya saya tidak berapa suka yong tau foo kerana kesukaran untuk mendapatkan rasa yang sedap. Rata-rata yang saya beli tawar dan seperti kekurangan bahan. Namun, kehampaan itu terisi apabila saya ke sini. Jika di luar sana, kita selalu beli yang cicah dengan sos dan disaluti dengan kacang, tetapi di sini terdapat sedikit kelainan yang mereka cuba sampaikan.

Manjung Yong Tau Foo

Sosnya memang terbaik. Pedas tapi sedap. Bagi yang tak makan pedas tu jangan risau, sebab sosnya diasingkan. Jadi terpulanglah tahap kepedasan anda. Nak pedas gila, adunkan semua sekali, tapi kalau anda seperti saya, letak sikit pun dah terasa kepedasannya. Hehe. *iolss tak makan pedas, lols*

Dan bagi menu yong tau foo, terdapat tiga jenis yong tau foo yang terdapat di sini. Antaranya adalah Yong Tau Foo Sup, Yong Tau Foo Goreng dan Yong Tau Foo Sambal Kacang. Harganya mengikut apa yang anda pilih. Setiap item berharga RM2. 

Saya punya ... hehe

Selain yong tau foo yang saya cakap tadi, terdapat juga makanan-makanan lain seperti kuey teow sup yong tau foo, mee sup yong tau foo, sotong kangkung, kuey teow kerang yong tau foo, mee goreng yong tau foo, mee bandung yong tau foo dan lain-lain. 

Selain itu, terdapat juga menu-menu lain seperti nasi ayam madu, nasi itik madu, nasi goreng (pelbagai jenis), menu berlauk dan lain-lain lagi. Yang pasti, kalau dah datang sini, haruslah try menu specialnya. Betul tak?

Mee Bandung Yong Tau Foo

Yang ni kita lupa apa nama dia .. mee bandung juga kot?

Kuey Teow Kerang Yong Tau Foo


blogger-blogger bersama owner MYTF

Memang best sesi food review kali ini. Owner Restoran Manjung Yong Tau Foo pun berkumpul demi memastikan semua berjalan dengan lancar. Owner sangat sempoi dan peramah. Tahniah Nazlan Nasir (link) kerana berjaya organize satu sesi food review bersama blogger.  Terima kasih.

sesi menandatangani buku visitor ... hehe

Dan kepada anda yang dah terliur tu, tunggu apa lagi ... JOM TRY!

Manjung Yong Tau Foo

Restoran Manjung Yong Tau Foo
The Trillium, Sungai Besi, Kuala Lumpur
(berhampiran LRT Sungai Besi & bersebelahan Bank Muamalat)

Koordinat :
3•03'36.1"N 101•42'36.0"E

Facebook :

Instagram :

Email :
manjungytf@yahoo.com

Waktu Operasi Manjung Yong Tau Foo :
Dibuka setiap hari (ditutup 2 hari dalam sebulan)
12 tengahari - 12 tengahmalam

Untuk kali keempat (termasuk Ruangan Blogger Pilihan), empunya blog Kisah Tatie mencelah lagi kat suratkhabar Utusan Malaysia. Alhamdulillah. Terima kasih Utusan Malaysia. Nak tengok yang lain-lain, click SINI

Lampiran Cuti-Cuti Bajet ini adalah di Ruangan .COM dan ia sebagai rujukan bagi Kaki-Kaki Travel di luar sana untuk bercuti secara sederhana. Haaaa, jadi saya berkongsi pengalaman setakat mana yang saya tahu. Setakat ni, article-article saya yang dah disiarkan di Cuti-Cuti Bajet adalah Kuching, Cameron Highlands dan terbaru Kampung Sungai Melayu Johor Bahru.

Article lengkap 'Syoknya Bercuti di Kampung Nelayan'

Terima Kasih Utusan Malaysia

Siapa kata blogger hanya menaip di BLOG mereka sendiri? Jika ada usaha pasti berjaya. Cewah! Hahaha. Selain itu, anda juga berpeluang menjadi contributor di Virtual Malaysia (link) dan Destination Malaysia (link). Sambil menulis di blog, sambil buat duit. Tak mahu ke?

Nak tahu cara macam mana nak buat duit melalui blog selain dari iklan, boleh baca blog Abang Hasrul di http://www.hasrulhassan.com/Dia ada bagi sedikit tips. Ehhh, bukan melalui jualan MLM ke apa ke, NO, NO AND NO. Tetapi melalui pengalaman anda sebagai traveller. Menarikkan? Jom berubah!

Blogger sekarang semakin mendapat perhatian. Selain dari periklanan di blog, blogger juga boleh sumbangkan article, menghadiri event, product review, menjadi tetamu jemputan bagi talk dan banyak lagi. Kuasa blogger semakin berkembang. Tapi janganlah pulak disalahgunakan. Kita tulis secara jujur dan ikhlas. OK?

Periklanan di blog juga semakin penting, sebab apa yang ditulis di blog akan lebih cepat tersebar dalam satu tempoh yang lama (melainkan blogger itu delete entrynya). Sekarangkan zaman IT, semuanya di hujung jari. Just google dan keluarlah apa yang anda cari. Mudah dan cepat. Jadi fahamkan kenapa perlu bayar blogger? Tak faham lagi, sila rujuk blog Ahmad Faisal, click SINI atau blog Abang Hasrul, click SINI =)

Terima kasih readers dan semua yang terlibat
Teruskan membaca kisahtatiedotcom.

Untuk cerita lengkap tentang Kampung Sungai Melayu Johor Bahru boleh click SINI .
American Airliner Plane