Mencari hotel yang best di Port Dickson, Negeri Sembilan? Nahhhh, saya cadangkan PNB Ilham Resort. Walaupun sebelum ini terdapat ura-ura negatif mengenai PNB Ilham yang konon-konon berhantu lah, apalah, tapi semuanya meleset sekali apabila kami 'Sahabat Media' berkunjung ke sini baru-baru ini.
Trip selama satu malam ini adalah anjuran Sahabat Media sehari selepas trip ke Putrajaya Lake Cruise. Boleh bayangkan tak betapa kelam kabutnya, balik dan packing. Haha. Nasib sempat sampai dengan selamatnya walaupun saya sampai lewat dek kerana petang tu terdapat beberapa tugasan kena uruskan.
PNB Ilham Resort Port Dickson
PNB Ilham Resort ni terletak berhampiran dengan Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado) dan berhadapan dengan Selat Melaka. Kawasannya agak terpencil ke dalam, namun jika anda sukakan privasi, this is the best place you should go.
PNB Ilham Resort ini juga sering dijadikan pilihan company-company besar sebagai lokasi team building. Yang ni nanti saya cerita kemudian k? Mengenai bilik pula, sebanyak 65 unit apartment dan bilik hotel yang disediakan buat anda semua. Selesa, besar dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan seperti bilik air, aircond, peti ais, tv, alat pengering rambut dan lain-lain lagi.
Suasana tenang di PNB Ilham
Dan, oleh kerana saya lambat sampai, saya ter-miss beberapa aktiviti seperti abseiling, repelling, aktiviti-aktiviti pantai dan lain-lain lagi. Huuuu, sedih. :(
Antara aktiviti yang saya miss, abseiling
Selain itu, kat sini juga terdapat kemudahan lain seperti gymnasium, kolam renang, snooker, BBQ hut, squash, board games, fussball, dam aji, dewan, gelanggang tenis, tower, dan banyak lagi. Memang terbaiklah jika dijadikan sebagai destinasi pilihan keluarga.
Hala tuju anda?
Pemandangan dari tingkat atas
Cuba teka mana satu bilik kami
Jujurnya, saya lebih tertarik dengan landskap kolam renang di PNB Ilham Resort ini. Bersih dan siap ada pool bar lagi. Jadi sambil berenang, kalau haus bolehlah beli minuman. Hehehe. Kedudukan kolam renang ini juga berdekatan dengan pintu keluar untuk ke pantai.
Kolam dewasa dan kolam kanak-kanak
Pool bar
Toilet
Landskap
Gymnasium
Sekarang mari tengok bilik kami ...
Saya bersyukur kerana bilik saya terletak di level yang sama dengan kolam renang, dalam erti kata lain, Pool View. Senang! Kalau malas nak mandi, lari-lari terjun ke kolam tu. OPS! Hahaha. 1011, mempunyai 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 dining table, balcony, 3 toilet dan tempat iron baju.
1011 & free newspaper
p/s : Saya tunjuk bilik saya je lah yeee =P
attached dengan bilik mandi dan tempat persalinan
by PNB Ilham Resort
katil superior
ruang tamu
meja mengosok
meja makan
eh, radio pun ada?
coffee anyone? =p
Walaupun menginap satu malam, tapi kami sempatlah explore apa yang menarik kat PNB Ilham Resort ni. Saya dapat tahu terdapat tempat snorkeling kat Pantai Tanjung Biru Port Dickson. Tak percaya bolehlah refer kat entry yang dibuat oleh rakan blogger lain, Jocko (link) dan Hazim (link). Pssst, saya pun baru tahu. Haha.
Serambi Coffee House
Selain pool bar, Serambi Coffee House juga sering menjadi perhatian. Ini kerana seni binanya diolah dari gabungan Melaka dan Negeri Sembilan. Lagi best, chef sudi buat masak Rendang Burung Puyuh di hadapan Sahabat Media semua. Sambil menyelam, sambil minum air. Thank you chef. Raya ni confirm saya buat! Haha.
live dari Chef
Rendang Burung Puyuh
Sahabat Media
No, No, bukan saya punyeee =P
Lepas makan, KITA pergi jungle trekking!!
Urm..
Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Bayaran masuk RM1/seorang
Setiap tahun, tempat ni menjadi tumpuan bagi aktiviti Raptor Watch
Jungle Trekking
Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Perigi Belanda
Pulau Masjid katanya
Beki, Me, Miza dan Qaseh
Rehat sekejap di sini
Musim Spring di PD
Dipercayai tapak kaki hang tuah
Kami dah sampai
Haihh, ada juga orang buat perkara syirik kat sini
Rumah Api Tanjung Tuan
Gazebo
Barulah nampak kebiruan laut PD
Ingatkan dah habis, bolehlah balik bilik. Rupa-rupanya tak habis lagi. Lepas jungle trekking, kami diarahkan ke Team Building Zone untuk aktiviti Rope Course. Alahai... siapa gayat habislah. Haha. Tapi satu pengalaman yang best yang tak rugi kalau cuba.
Team Building
Bergambar kenangan sebelum memulakan cabaran
Suasana PNB Ilham di waktu malam
Terima kasih Santai Travel, Sahabat Media, Tourism dan PNB Ilham Resort.
PNB ILHAM RESORT
Batu 10, Tanjung Biru,
Sri Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan
Facebook
Website
Terima Kasih Qaseh dan Hamizah kerana sudi share beberapa gambar