Latest Posts

Mencari hotel yang best di Port Dickson, Negeri Sembilan? Nahhhh, saya cadangkan PNB Ilham Resort. Walaupun sebelum ini terdapat ura-ura negatif mengenai PNB Ilham yang konon-konon berhantu lah, apalah, tapi semuanya meleset sekali apabila kami 'Sahabat Media' berkunjung ke sini baru-baru ini.

Trip selama satu malam ini adalah anjuran Sahabat Media sehari selepas trip ke Putrajaya Lake Cruise. Boleh bayangkan tak betapa kelam kabutnya, balik dan packing. Haha. Nasib sempat sampai dengan selamatnya walaupun saya sampai lewat dek kerana petang tu terdapat beberapa tugasan kena uruskan. 

PNB Ilham  Resort Port Dickson

PNB Ilham Resort ni terletak berhampiran dengan Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado) dan berhadapan dengan Selat Melaka. Kawasannya agak terpencil ke dalam, namun jika anda sukakan privasi, this is the best place you should go.

PNB Ilham Resort ini juga sering dijadikan pilihan company-company besar sebagai lokasi team building. Yang ni nanti saya cerita kemudian k? Mengenai bilik pula, sebanyak 65 unit apartment dan bilik hotel yang disediakan buat anda semua. Selesa, besar dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan seperti bilik air, aircond, peti ais, tv, alat pengering rambut dan lain-lain lagi.

Suasana tenang di PNB Ilham

Dan, oleh kerana saya lambat sampai, saya ter-miss beberapa aktiviti seperti abseiling, repelling, aktiviti-aktiviti pantai dan lain-lain lagi. Huuuu, sedih. :(

Antara aktiviti yang saya miss, abseiling

Selain itu, kat sini juga terdapat kemudahan lain seperti gymnasium, kolam renang,  snooker, BBQ hut, squash, board games, fussball, dam aji, dewan, gelanggang tenis, tower, dan banyak lagi. Memang terbaiklah jika dijadikan sebagai destinasi pilihan keluarga. 

Hala tuju anda?

Pemandangan dari tingkat atas

Cuba teka mana satu bilik kami

Jujurnya, saya lebih tertarik dengan landskap kolam renang di PNB Ilham Resort ini. Bersih dan siap ada pool bar lagi. Jadi sambil berenang, kalau haus bolehlah beli minuman. Hehehe. Kedudukan kolam renang ini juga berdekatan dengan pintu keluar untuk ke pantai. 

Kolam dewasa dan kolam kanak-kanak

Pool bar

Toilet

Landskap

Gymnasium

Sekarang mari tengok bilik kami ...

Saya bersyukur kerana bilik saya terletak di level yang sama dengan kolam renang, dalam erti kata lain, Pool View. Senang! Kalau malas nak mandi, lari-lari terjun ke kolam tu. OPS! Hahaha. 1011, mempunyai 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 dining table, balcony, 3 toilet dan tempat iron baju. 

1011 & free newspaper

p/s : Saya tunjuk bilik saya je lah yeee =P

attached dengan bilik mandi dan tempat persalinan 

by PNB Ilham Resort
katil superior


ruang tamu


meja mengosok


meja makan


eh, radio pun ada?


coffee anyone? =p

Walaupun menginap satu malam, tapi kami sempatlah explore apa yang menarik kat PNB Ilham Resort ni. Saya dapat tahu terdapat tempat snorkeling kat Pantai Tanjung Biru Port Dickson. Tak percaya bolehlah refer kat entry yang dibuat oleh rakan blogger lain, Jocko (link) dan Hazim (link). Pssst, saya pun baru tahu. Haha.

Serambi Coffee House

Selain pool bar, Serambi Coffee House juga  sering menjadi perhatian. Ini kerana seni binanya diolah dari gabungan Melaka dan Negeri Sembilan. Lagi best, chef sudi buat  masak Rendang Burung Puyuh di hadapan Sahabat Media semua. Sambil menyelam, sambil minum air. Thank you chef. Raya ni confirm saya buat! Haha.




live dari Chef


Rendang Burung Puyuh


Sahabat Media

No, No, bukan saya punyeee =P

Lepas makan, KITA  pergi jungle trekking!!




Urm..


Hutan Rekreasi Tanjung Tuan


Bayaran masuk RM1/seorang


Setiap tahun, tempat ni menjadi tumpuan bagi aktiviti Raptor Watch


Jungle Trekking


Hutan Rekreasi Tanjung Tuan


Perigi Belanda


Pulau Masjid katanya


Beki, Me, Miza dan Qaseh


Rehat sekejap di sini


Musim Spring di PD


Dipercayai tapak kaki hang tuah


Kami dah sampai


Haihh, ada juga orang buat perkara syirik kat sini


Rumah Api Tanjung Tuan


Gazebo


Barulah nampak kebiruan laut PD

Ingatkan dah habis, bolehlah balik bilik. Rupa-rupanya tak habis lagi. Lepas jungle trekking, kami diarahkan ke Team Building Zone untuk aktiviti Rope Course. Alahai... siapa gayat habislah. Haha. Tapi satu pengalaman yang best yang tak rugi kalau cuba.




Team Building






Bergambar kenangan sebelum memulakan cabaran

Suasana PNB Ilham di waktu malam

Terima kasih Santai Travel, Sahabat Media, Tourism dan PNB Ilham Resort.

JOM BERCUTI DI PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN SEKARANG

PNB ILHAM RESORT
Batu 10, Tanjung Biru,
Sri Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan

Facebook 

Website

Terima Kasih Qaseh dan Hamizah kerana sudi share beberapa gambar 
RESTORAN CHOLEQ KAJANG. Kali pertama dengar orang menyebut Choleq, saya ingatkan Culik. Agak panik sebentar. Haha. Tapi rupa-rupanya, ia adalah Colek atau dalam kata lain 'kuah pencicah', lebih senang macam rojak. Choleq diambil dari perkataan Colek  dari Pantai Timur seperti contoh, 'kawe suko make colek pauh'. Pehe dok? =p

kuah colek

Dan baru-baru ini satu sesi food review telah diadakan di Choleq, Reko Sentral, Jalan Reko, Kajang. Istimewanya restoran ini, dia menyajikan segala jenis colek yang ada kat Malaysia ni. Jadi siapa yang suka makan colek bolehlah ke sini. Especially orang Pantai Timur, rindu anda terhadap colek mungkin terubat. Siapa tahu? Kannnnnnnnnnnn. Lalalala.

Restoran Choleq 
Suasana dalam Restoran Choleq
kaunter bayaran
Ashtray yang comel
Basikal Tua
Encik Azimin, owner restoran ini

Terdapat 16 jenis colek yang berbeza-beza yang boleh anda try kat sini. Setiap colek ini adalah berasal dari tempat yang berlainan seperti Pasir Puteh, Seberang Takir, Tanjung Lumpur, Lubok Cina, Tanah Merah dan lain-lain. Bagaimana colek ini dipilih? Berdasarkan populariti colek di kawasan tersebut. 

Menu Choleq dan harga

Saya tertarik dengan minuman kat sini. Diilhamkan dari luar negara, kat sini menyediakan minuman 'Tower'. Para pelanggan boleh memilih jenis-jenis tower dan harganya juga berbeza. Ohsemnyaaa lahai. Ada juga tanya, nak jual ke tak. Hati berkenan betul kat tower berbentuk bola di bawahnya tu. Malangnya tak jual. 

aneka tower
3 Layer Tower 

Baguskan? Tak perlu nak berebut. Jimat masa dan banyak pilihan. Jus boleh dipilih sendiri mengikut citarasa. Tapi jus-jus kat sini semuanya sedap. Untuk yang ini kami dihidangkan dengan tiga jenis jus yang berbeza, iaitu oren, epal dan tembikai. Harga untuk 3 Layer Tower ini adalah RM50. Puas hati sebab sedap, rasa jus yang sebenar  dan dalam kuantiti yang banyak.

Nak tahu apa tu Colek??? Jom tengok ~ psssst, mohon jangan terliur!


Choleq Keropok Keping KT

Yang ni mustahil lah korang tatau. Haaa, kat sinilah bermula episod colek saya. Masa baru-baru kahwin dahulu, adalah seorang teman pesan. "Tie, kirim colek lekor". Masa tu totally lost. Tak faham! Amendalah dia ni kirim. Rupa-rupanya dia kirim kuah colek. Ohhh, now i'm anderstangggggggggggg. (cakak ganu) Choleq Keropok Keping KT ni dijual pada harga RM3.50.


Choleq Seberang Takir

Memang tak dapat dinafikan populariti Choleq Seberang Takir ni. Kalau kat Terengganu, dia berhampiran dengan airport. Makan sambil lihat kapal terbang landing dan take off. Masyukkan? Layan feeling sambil makan coleq. Tapi takkan nak pergi sana setiap kali mengidam? Haa, inilah jalan penyelesaiannya. Kat Restoran Choleq Kajang ni menyediakan Choleq Seberang Takir yang berasaskan ikan kembung. (Tapi kalau kat Terengganu saya lagi suka sotong.. Hihi). Untuk Choleq Seberang Takir ini, harganya mengikut saiz, dari RM 3 sehingga RM6..


Choleq Ayam Pasir Puteh

"Sedaknya," - itulah yang saya dapat gambarkan bila makan Choleq Ayam Pasir Puteh ni. Gabungan bahan-bahan seperti jemput maklah, tauhu, timun, taugeh, kacang tumbuk, kuah colek dan keropok ternyata memberikan satu rasa yang sedap dan mantap. Best!!! Wajib try bila ke sini. Harganya RM5.90


Choleq Sotong Tanjung Lumpur

Siapa pernah ke Kuantan pasti pernah singgah di Tanjung Lumpur untuk makan seafood-seafood yang segar. Begitu juga dengan colek sotong yang sememangnya terkenal kat sana. Di Restoran Choleq ini menyediakan hidangan colek sotong yang resepinya didatangkan khas dari sana. Nampak seperti sotong celup tepung biasakan? Tapi cubalah, rasanya lagi sedap! Untuk Choleq Sotong Tanjung Lumpur, harganya adalah mengikut saiz, bermula dari RM3.50 sehingga RM7.


Choleq Ayam Bomba

Rojak Ayam Bomba memang terkenal di Kota Bharu Kelantan. Kalau tanya orang kat sana, pasti mereka tahu, kedai rojak yang terletak berhadapan dengan balai bomba. Menariknya tentang rojak ini ia ada mee dan dicampurkan dengan keropok keping, jemput maklah dan ayam. Saya suka Choleq Ayam Bomba ni. Sedap. Cumaaa, tak puaslah makan satu. Ekekeke. Choleq Ayam Bomba ni berharga RM6.90


Choleq Perut Tanah Merah
Terdiri daripada perut, paru, jemput maklah, timun, taugeh, keropok dan dan lain. Campuran ini ternyata satu kombinasi yang menarik. Sedapnya sampai ke tekak bak hang. Perut lembu ini diimport dari Kelantan dan diolah dari resepi asalnya dari Tanah Merah. Harga untuk Choleq Perut Tanah Merah adalah RM5.90

Choleq Buah Alor Setar

Nama pun Choleq Alor Setar, sudah tentu berasal dari Alor Setar. Menariknya, kuah choleq ni sangat sedap. Buah-buah dicampurkan dalam satu bekas dan antaranya buah jambu, nenas, cermai dan lain-lain lagi. Sedap!!! Saya suka sangat. Harga adalah RM4.90

Dan banyak lagi Choleq-Choleq yang ada kat sini. Restoran Choleq ini baru dibuka dua bulan lepas dan kini semakin mendapat perhatian. Nak lebih meriah lagi datanglah bila ada perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan Kelantan, dimana kat sini terkumpulnya peminat-peminat bola Red Warrior atau datang pada hari Rabu dan Sabtu. Kenapa??? Datanglah. Suprised!! Cewah. Hahahaha.


Bergambar dengan tauke kedai, Encik Azimin

Komen/Review Restoran Choleq
Keseluruhan makanan, okaylah. Not bad. Saya makan seperti biasa. Berlainan dengan Mawardi yang pure Kelantanese. Sampai  bertambah-tambah. Kata Encik Azimin, orang yang selalu makan Colek, mereka tahu kenikmatan hidangan ini berbanding dengan orang yang jarang makan. Mungkinlah kot. Hehehe. Saya bagi 3 bintang untuk hidangan di sini. 

Alamat Restoran Choleq Kajang

Restoran Choleq
No1-G, Jalan Reko Sentral 1,
Reko Sentral, Kajang, Selangor.

Waktu Operasi  Restoran Choleq :
4pm- 1am
*tutup pada hari Isnin*

Facebook Choleq

Instagram Choleq

Terima Kasih Encik Azimin dan semua pekerja Choleq 
(^_^)

American Airliner Plane