Happy birthday to Nuffnang. Happy Birthday to Nuffnang. Hehehe. Belum terlambat nak wish Happy 7th Birthday NUFFNANG. 7 tahun berada di persada dunia periklanan, kini Nuffnang semakin hangat mewarnai dunia blogger. Rasa macam sekejap je kan? Saya pun dah 5 tahun berada dalam dunia blog. (^_^)
Dan tahun ni, Kisah Tatie berpeluang untuk hadir meraikan Ulang Tahun yang Ke-7 Nuffnang. Terima kasih Nuffnang especially Jen yang bersusah payah call dan sms. Thank you. Bertemakan James Bond : Lost in Amazon bersempena hari jadi Nuffnang yang ke 7. Hashtag Nuffnangis007. Ohsemmnya!
Yang paling tak disangka-sangka, blog Kisah Tatie berjaya merangkul anugerah, Belog Paling Gempak Nuffnang. Alhamdulillah. Rasa macam tak percaya je bila diumumkan. First anugerah yang diorang sampaikan pada malam tu. Mahu tak blur. Hahaha. Apa-apapun terima kasih Nuffnang dan pembaca blog Kisah Tatie.
shushhh event sedang berlangsung
Sebenarnya ragu-ragu nak pergi ke tak disebabkan birthday bash Nuffnang kali ini diadakan di Barbeque Garden Kuala Lumpur Life Center. Sebuah restoran yang terang-terang tulis Non Halal. Tapi kata Jen, Barbeque Garden adalah tukang sponsor tempat sahaja, catering makanan diambil dari luar. Tambahan lagi, Jen dah call dan sms, rasa berat pula kalau tak pergi.
Tapi walau bagaimanapun, saya tak makan semasa majlis sedang berlangsung. Sebab dah terlampau kenyang dan sebelum ke sini sempatlah menjamah makanan di Mcdonalds Sungai Wang Plaza sementara tunggu Norfa dan Suri sampai. Hehehe. Harap waiter dan waitress tak salah faham. Berkali-kali mereka nak serve minuman dan makanan, tapi kami menolaknya. Perut dah kenyang, kang jadi lain nanti. Hehe.
kekal sihat bersama Spritzer. jom baca entri spritzer : link
Pelbagai aktiviti telah diadakan pada event Nuffnang Is 007. Hadiah-hadiah juga ditawarkan pun cukup menarik. Antaranya adalah Kuiz Mamee, Kuiz Jersey Boys yang bernilai 1k dan award-award seperti Belog Paling Gempak, Best Instagram Picture, Ultimate Bond, Hottest Bond Girl, Best Looking Bond, Pulse of The Party, Social Butterfly, Most Havoc Photo dan Master Griller. Happening habis!
hadiah-hadiah ditawarkan antaranya Superdry, Celebrity Fitness dll
Yang pasti majlis kali ini di sponsor oleh nama-nama besar seperti Uber, Barbeque Garden, Heineken, Mamee Chef, Tokyoninki, Traxx FM, Baby Foot, Strip, Celebrity Fitness, Corntoz, Foret Blanc, VSPhoenix Malaysia, Jersey Boys dan Wow Photobooth. Bagi Non-Muslim pula, diorang dapat free-flow Heineken dari jam 7 sehingga 10 malam.
Menariknya, para tetamu dapat Uber Credit bernilai RM200 (untuk 200 orang yang pertama) dan dengan credit ini mereka boleh naik limo yang disediakan oleh pihak Uber. Wah, bestnya. Limo ini akan mengambil dan menghantar mereka pulang ke rumah dengan selamatnya. Jom download applikasi Uber di telefon anda sekarang! Click sini : Uber
Norfa dengan Audi (kereta Uber)
meja kami
Emcee pada malam tu adalah Dj Kevin dari Traxx FM 'The Evening Buzz'. First time tengok Dj Kevin mengacarakan majlis. Santai, sempoi dan tidak meleret. Kalau nak dengar suara Dj Kevin, stay tune pada chanel radio 90.3/100.1 setiap hari pada jam 6 hingga 10 malam.
game untuk award 'Ultimate Bond'
wishing tree, antara game pada event Nuffnang is 007
dart
Paling saya suka adalah photobooth by WOW Photobooth (link). Weeee. Yang bestnya, sesiapa yang hashtag kat instagram #nuffnangis007, automatik keluar kat monitor dan terus print. Best!! Gambar pun unik. Saya diberitahu ada contest pada malam tu untuk memenangi voucher dari WOW Photobooth yang bernilai RM1000. Tapi sayangnya, saya tak menang. Hahaha.
hashtag #Nuffnangis007
sesi printing
i'm a secret agent.
hehehehe .. comel je.
Food Blogger, Hazman Fadzil
Persembahan Bond Girl
Semua berebut-rebut nak menang sebab hadiah best
Corntoz
untuk contest, #guythepinkhorse .. speck Hazman Fadzil punya.
Persembahan dari Celebrity Fitness
DAN YANG TERAKHIR ...
Nuffnang Is 007 Cake
Orang-orang kuat Nuffnang
Gaya Nuffnang
Begitulah sambutan Ulang Tahun ke-7 Nuffnang. Tahniah Nuffnang yang semakin berkembang di United Kingdom dan negara-negara lain di sekitar Asia. Semoga terus success! Terima kasih kerana memilih blog Kisah Tatie sebagai Belog Paling Gempak.
Nak tahu achievements blog ini, sila klik sini : Kisah Tatie.
award dan tuan punya blog .. hihi
Terima kasih readers and followers. Ada yang bising kenapa takde button followers kat blog ini. Jawapan saya, sesiapa sahaja boleh baca blog ini. Saya tak mengejar jumlah followers, tetapi jika anda sudi baca, terima kasih. Saya hargai sangat-sangat. Bolehlah follow instagram saya di @izzatihazrul .
antara yang ada dalam goody bag dan award
thank you Nuffnang
(award, 3 months membership of Celebrity Fitness & voucher Strip RM450)
Next, kami (dengan Norfa dan Suri) meraikan kejayaan saya di tempat makan kegemaranku. Bukan hotel, bukan restoran mewah. Tetapi gerai tepi jalan di LRT Universiti. Dah lama nak ke sini tapi tak pergi-pergi. Dulu selalulah datang sini. Alang-alang nak hantar Norfa, singgah sebentar kat sini. P/s : Char Kuay Tiaw dia best!!
my favourite char kuay tiaw
HAPPY 7TH BIRTHDAY NUFFNANG
Saya sorang blogger picisan *sedar diri*
HAPPY 7TH BIRTHDAY NUFFNANG
Saya sorang blogger picisan *sedar diri*