Latest Posts

Melayari Cruise Tasik Putrajaya | Mengelilingi tasik, melihat sunset sambil menikmati urutan kaki di sebuah cruise memang mengasyikkan. Begitulah pengalaman selama 1 jam 30 minit di atas Cruise Tasik Putrajaya pada minggu lepas bersama selebriti tempatan, Sahabat Media dan Tourism Malaysia. 

Memang dah lama tak ke sini. Seingat saya, kali terakhir adalah masa lawatan sekolah masa darjah enam kot. About 14 years ago. Phewww, lama tu. Jadi, bila Sahabat Media buat trip ke sini, saya terus excited. Tambahan lagi, kini terdapat pakej-pakej baru di Cruise Tasik Putrajaya seperti Dining@Daun, Moonlight Cruise, Love Boat, Cruise & Learn, Cruise & Hunt dan Footloose & Cruise

Dan bagi yang tak pernah ke sini. Cruise Tasik ini terletak di Jambatan Putra, Presint 1 Putrajaya. Ala, dekat dengan pejabat Perdana Menteri (Bangunan Perdana Putra) dan Masjid Putra tu.  Kawasan sini sering menjadi tumpuan orang ramai, khususnya first timer yang baru jejak kaki ke Putrajaya.


berebut maskot.. haha

Jadi, pada hari tu, pakej yang disediakan buat kami adalah FootLoose and Cruise. Pakej FootLoose and Cruise ini unik sebab ia merangkumi urutan spa kaki, persembahan muzik dan hidangan buffet koktel. Bagi sesiapa yang nak merasai macamana nikmatnya layan urutan spa kaki sambil mengelilingi tasik, jomlah ke sini. Dengan harga RM150 seorang dan tempahan minimum seramai 30 orang, anda boleh mengelilingi tasik selama satu setengah jam. Perghhh, layan habis!
jeti
kapten kapal
Seri's Spa 

Kawasan tasik Putrajaya ini adalah seluas 650 hektar dan Cruise Tasik Putrajaya dengan rasminya menjadi anak syarikat Perbadanan Putrajaya pada 1 Julai 2013 yang menyediakan kemudahan rekreasi kepada para pelancong yang datang berkunjung ke Putrajaya.

Lebih menarik lagi, para pengunjung boleh memilih samada nak naik bot penumpang atau gondola berbentuk perahu tradisional melayu untuk mengelilingi tasik Putrajaya ini. Menarik kan? Antara bot-bot yang sering menjadi pilihan adalah Daun, Sebarau, Belimbing dan Kelah.


suasana dalam cruise
hidangan cocktail

now, jom naik  ke atas pula .. 

blogger travel, Ramble and Wander (link)

Sebelum ke Cruise Tasik Putrajaya, kami ke Doraemon Expo terlebih dahulu. Memang penatlah, ke sana ke sini. Lebih-lebih lagi saya tak join naik bas or dalam erti kata lain, drive sendiri. So, bila dapat peluang urutan spa kaki, memang awesomelah. Mana boleh lepas peluang macam tu saja. Ye dop?

Untuk Urutan Spa Kaki ini adalah dengan kerjasama Seri's Spa. Seri's Spa ni mempunyai cawangan lain iaitu di Bandar Seri Putra Bangi dan Taman Subang Bestari Shah Alam. Tapi mana nak sama pengalaman buat treatment di atas cruise dengan spa. Memang berbeza!! Nak pulak disajikan dengan pemandangan tasik yang indah dan menenangkan.. Haaa, cuba bayangkan? :)

Hehehe .. haruslah bersama anak gajah, kitepunyedotcom 
sebenarnya aku ni penggeli.. haha
"haih, macamana nak urut kaki si penggeli ni" hahaha
terima kasih Seri's Spa.. (^_^)

Selain tu, kami turut didendangkan dengan liveband  dan korang juga boleh berkaraoke kat dalam cruise. Tapi, aku tak nyanyilah. Karang karam cruise ni pula, siapa nak jawab? Hahaha.
liveband

Sambil makan, sambil menghayati pemandangan .. 

Kami dibawa mengelilingi tasik dan juga menghayati pemandangan beberapa tempat menarik seperti Perdana Putra, Masjid Putra, Darul Ehsan Palace, Millennium Monument, Masjid Tuanku Mizan, Jambatan Monorel, Marina Putrajaya, Jambatan Seri Gemilang, Taman Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Seri Satria dan banyak lagi.
sunset
sambil ber-facetime pun boleh
me, beki dan kitepunye
"Bergosip di atas kapal.. kau hade??"
kat atas cruise juga terdapat dua toilet 

dan yang terakhir.. Ruang Menunggu kat jeti

Pakej Lain di Cruise Tasik Putrajaya

Dining @ Daun, Putrajaya
Merancang kejutan untuk orang tersayang? Mungkin ini idea menarik untuk anda. Dengan pakej Dining @ Daun, anda boleh menikmati brunch, lunch, high tea atau dinner di atas bot. Tempahan minimum sekurang-kurangnya 15 orang. Okaylah tu, sekali belanja satu family naik cruise. 

Harga Pakej Dine @ Daun Putrajaya
Brunch RM120 (adult) RM88 (children)
Lunch  RM130 (adult) RM98 (children)
High Tea  RM120 (adult) RM88 (children)
Dinner  RM130 (adult) RM98 (children)
* adult +RM20 untuk hari Jumaat-Ahad/Public Holiday*

Waktu Operasi Dine @ Daun
10 pagi - 9.30 malam

_________________________________________________________________

Moonlight Cruise, Putrajaya
Pakej ni hanya pada hari Jumaat dan Sabtu, pada jam 8.30 malam dan 9.30 malam sahaja. Istimewa sebab anda boleh menikmati pemandangan indah sekitar Putrajaya yang dilimpahi lampu-lampu malam. 

Harga Pakej Moonlight Cruise Putrajaya 
Sight Seeing Cruise Boat RM30 (adult) dan RM25 (child)
Perahu Dondang Sayang RM20 (adult) dan RM10 (child).

Waktu Operasi :
Setiap Jumaat - Sabtu 
8.30 malam dan 9.30 malam

_________________________________________________________________

Love Boat, Putrajaya
Ini paling romantik!!!! Sila kasi hint-hint kat pasangan anda ye. Untuk pakej Love Boat ni, perahu Dondang Sayang sering menjadi pilihan buat pasangan yang mahukan kelainan bagi menghidupkan suasana romantis. Pengalaman manis sambil meraikan tarikh-tarikh penting seperti anniversary mahupun birthday takkan dapat dilupakan bagi pasangan-pasangan yang datang ke sini. 

Harga Pakej Love Boat Putrajaya
RM250/jam (Isnin-Khamis) 
 RM350/jam (Jumaat-Ahad).

_________________________________________________________________

Cruise & Hunt
Tambahkan ilmu dengan menerokai tempat-tempat menarik di sekitar Putrajaya melalui pakej Cruise & Hunt. Pakej ini sering menjadi pilihan pelajar-pelajar sekolah yang datang berkunjung ke sini. Pakej berbentuk ilmiah ini dapat membantu pelajar-pelajar sekolah bagi mendalami pelbagai peristiwa menarik di Menara Alaf Baru dan paling menarik, insentif untuk sekolah juga turut disediakan. Tempahan minimum 40 orang/pakej.

Harga Pakej Cruise & Hunt Putrajaya
Bermula dari RM30/pax

Waktu Operasi :
Isnin - Ahad | 10 pagi - 3.30 pm

_________________________________________________________________

Cruise & Learn
Bersiar-siar sambil tambahkan ilmu pengetahuan. Para pelajar akan didedahkan dengan sejarah Putrajaya dalam bentuk yang sangat menakjubkan. Pakej ini bukan sahaja untuk pelajar sekolah, malah pelajar universiti juga boleh menyertainya. Insentif untuk guru dan sekolah juga turut disediakan. Tempahan minimum 40 orang/pakej.

Harga Pakej Cruise & Learn Putrajaya
Bermula dari RM18/pax

Waktu Operasi :
Isnin - Ahad | 10 pagi - 3.30pm

_________________________________________________________________

Okaylah kalau berminat ... nak merasai pengalaman sama seperti saya 
Tunggu apa lagi.. hubungi mereka sekarang

Alamat :
Cruise Tasik Putrajaya,
Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1,
Putrajaya

No Tel :
03-88885539

Email :
sales@cruisetasikputrajaya.com

Facebook :

Instagram

Terima Kasih Tourism Malaysia, Santai Travel & Sahabat Media
(^_^)

Sedar tak sedar dah 7 tahun Nuffnang bertapak di Malaysia. Kejap je kan? Tapi apa tu Nuffnang? Nuffnang adalah sebuah agensi periklanan blog yang terunggul di Malaysia. Jadi, sesiapa yang tak daftar Nuffnang haruslah cepat-cepat daftar. RUGI uolsss ada blog tapi takde Nuffnang. 

Sepanjang aku join Nuffnang, macam-macam aku dapat. Pergi event-event besar, dapat pergi tengok Premiere percuma, produk review dan banyak lagi. Yang paling best, of course.. 'tabung kesayangan', selain dari berkenalan dengan blogger-blogger ternama di Malaysia.

Kini, Nuffnang semakin dikenali dan berkembang ke tujuh buah negara dan serasi dengan title yang mereka dapat 'The World's Leading Blog Advertising Company'. Hebat tak hebat? Itulah Nuffnang yang menjadi kebanggaan blogger-blogger Malaysia.

Untuk meraikan angka '7', Nuffnang menjemput para blogger sekalian untuk join contest yang dianjurkan oleh Nuffnang. Senang je.. Simple dan easy. Wahwahwah. Caranya : anda hanya perlu beri sebab dan buat entri.

Eh, jap. Nak tahu tak? Tema kali ni lagi happening berbanding sebelum ni, iaitu "James Bond : Lost in Amazon". Homaiggg. Nak join!! Terbayang-bayang betapa meriahnya event kali ni. Tak sabar! TAK SABAR ! tak sabar.

Tapi sebelum tu kenalah nyatakan dulu 7 sebab kenapa blog anda GEMPAK. erkk.. Gempak ke Blog Kisah Tatie ni? urmm.. Entahlah wei. Aku rasa biasa.. hahaha Tapi disebabkan kena bagi sebab, maka, aku pun buat rumusan sendiri .. hentam sajalah!

1) Article aku dah beberapa kali keluar kat Utusan Malaysia, the latest beberapa minggu lepas.

the latest pasal Cameron Highlands
beberapa bulan lepas, pasal Kuching

* Tersenyum kejap bila nampak nama di penghujung cerita*

2)  Blogger Pilihan Utusan (ruangan .Com)


3) Blogger Pilihan Intrend, semasa di link terdahulu lifeaftermarriedwithhim


4) Kerap masuk Majalah/Suratkhabar 


 Boleh merujuk kat link ini, untuk tengok lain-lain gambar : Featured in Media

5) Yang ni, aku segan nak cakap.. Interview dibuat semasa lawatan ke sana tempoh hari.



6) Kerap kali mendapat jemputan untuk menghadiri event-event/produk review

Bloggers Trip ke Spritzer bersama Blogger Otai

7) Kerana saya adalah AHLI NUFFNANG SINCE 2009 .. (sejak dari blog lama)

status Glitterati

Insyallah akan terus setia bersama Nuffnang

Dah cukup tujuh sebab.. Fuhhh, penat fikir kenapa dan KENAPA. Walaupun dah hampir lima tahun aku menulis blog, tapi masih banyak yang aku kena belajar especially dari segi bab penulisan. Kalau korang nak cadangkan something ke apa ke, SILAKAN. Aku sangat-sangat menghargai. Aku hanya sekadar blogger biasa. Terima kasih kerana sudi membaca.

Berbalik pada "James Bond : Lost in Amazon" - sempena Nuffnang Tujuh Tahun, JOM sertai contest ni. Mana tahu menang kan?


Nuffnang Is 007, 22 Mac 2014
Barbeque Garden, KL Life

Cara nak sertai senang sahaja..

Melalui Blog
 Blog '007 SEBAB BELOG ANDA GEMPAK' sebagai tajuk anda dan senaraikan sebab. Jangan lupa sertakan permalink di sini : NN

Melalui Instagram
Upload gambar kat atas ni (gambar Nuffnang ni), dan senaraikan 7 sebab belog anda gempak dan jangan lupa tag #Nuffnangis007 dan @nuffnang. Jangan lupa sertakan permalik di sini : NN

Mudah dan Simple

Ehhhh, jap !!! Jangan lupa download Applikasi Uber dalam telephone anda. Sebab Uber akan memberikan sepasang tiket khas kepada setiap Nuffnanger, okay ni excited sebab naik LIMOOOOOO!!! Fuyoooooo! Gempak gila.

Download  NOW!!!

Okay cepat!!! sebab 100 jemputan sahaja.. Siapa Cepat, Dia Dapat!
Selamat Hari Jadi Nuffnang .. =)

Hi semua. Hari ni saya nak story pasal hotel yang kami menginap sewaktu Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang tempoh hari. Tak lain, tak bukan Renaissance Hotel Johor Bahru

Menginap di sini selama 4 hari 3 malam sedikit sebanyak membantu saya menyelami keistimewaan yang terdapat di sebalik nama 'Renaissance Permas' ini. Hotel Renaissance ini terletak di Permas Jaya yang tidak jauh dari Bandaraya Johor Bahru. 

Renaissance Johor Bahru

Untuk pengetahuan kalian, bangunan ini telah lama dibina, tetapi terbengkalai sekejap sehinggalah Hotel Renaissance mengambil alih dan kemudiannya siap pada tahun lepas. Masih baru dan fresh. Hotel yang mempunyai 345 bilik ini terletak berdekatan dengan Jusco Permas Jaya.

Setiap bilik mempunyai kemudahan seperti high speed internet, TV Flat Screen 42 inci, mini bar, one push button DTS(Delighted to Serve) dan lain-lain lagi. Menyentuh pasal dining pula, saya tahuuuu.. Bagi penggemar makanan, biasanya tertanya-tanya  'Apa yang special kat sesebuah hotel itu'.

Kat sini terdapat beberapa pilihan seperti Cafe BLD yang menyajikan international buffet, Restoran Wan Li yang menyajikan makanan Kantonis dan Dim Sum, R-Bar,The Chocolate Cake Company dan The Poolside Bar. 

penyambut tetamu
lobby hotel

group photo

Saya juga sempat ke sauna yang terletak di level 6. Dah penat-penat cover story Festival Layang-layang, kini masa untuk memanjakan diri. Wahhh, curlasssttt!

Sauna Room



Grand Ballroom

ruang legar

grand ballroom Renaissance Hotel

Hotel Renaissance JB mempunyai kemudahan seperti :
* 11 multi-purpose function rooms
* 7 meeting rooms 
* Executive Boardroom
* Club Lounge
* Grand Ballroom 

Jom ke bilik pula ..

ruang lift

dan pemandangan dari bilik ...

tak pasti sekolah apa.. maybe Sekolah Permas Jaya kot

Next, kami dibawa bersiar-siar sekitar dalam hotel ..

Executive Lounge


King Pool View Room


Pemandangan dari Swimming Pool Area


Swimming Pool Area


Ruang Dining


Terima kasih Tourism Malaysia Putrajaya dan Hotel Renaissance Johor Bahru. 

Jarak Hotel Renaissance dengan Tourist Attraction
Danga Bay 18km
Legoland 35 km
Sanrio Hello Kitty Town 40 km
Johor Bahru City Square 14 km
Lapangan Terbang Senai 22.7 km

Alamat Hotel Renaissance Johor Bahru : 
No 2, Jalan Permas 11, 
Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru

Facebook :

Website : 

Renaissance Hotel Johor Bahru 
"Live Life To Discover"

American Airliner Plane