Terlewat seketika entri mengenai Trip Ke Johor Bahru bersama Tourism Negeri Johor dek kerana kesibukan dan juga kesedihan yang saya alami sekarang ini. Walau bagaimanapun, kata Encik H, life must go on dan entri kali ini adalah kisah sambungan Trip ke Johor Bahru sempena Festival Layang-Layang Sedunia yang aku sertai baru-baru ini.
Hari ketiga Trip ke Johor Bahru, kami sempatlah ke Kampung Sungai Melayu yang terletak di Mukim Pulai Johor Bahru. Untuk pengetahuan kalian, Kampung Sungai Melayu ini terkenal sebagai lokasi migrasi pelbagai jenis burung dari serata dunia dan 100% penduduknya adalah Melayu.
Lokasi yang menarik iaitu berdekatan dengan Bandaraya Johor Bahru dan Kota Iskandar Nusajaya, Kampung Sungai Melayu ni kaya dengan hasil laut seperti kupang, ketam, udang galah dan banyak lagi dan ia menjadi aktiviti utama penduduk di sekitar kampung ini. Kalau ikut jalan laut, kampung ni terletak kira-kira lima kilometer sahaja dari Singapore.
Kampung Sungai Melayu ini dijadikan sebagai salah satu tarikan eco-tourism dan semakin mendapat tempat di hati pelancong. Antara pelancong-pelancong yang pernah datang ke sini adalah dari Australia, London, Jepun, China dan Russia.
Bertuahnya saya sertai trip Tourism Negeri Johor dan secara tak langsung mengenali dengan lebih dekat lagi Kampung Sungai Melayu ini. Mesti korang tertanya-tanya, apa yang istimewanya kat sini? dan mesti ada yang beranggapan mungkin sama dengan tempat-tempat yang saya pergi sebelum ini.
Jawapannya, kat Kampung Sungai Melayu Johor Bahru mempunyai pelbagai keistimewaan yang unik sekali. Paling penting, kat sini korang boleh merasai kehidupan kampung masyarakat di Kampung Sungai Melayu ini. Haaa, nak tahu apa yang unik? JOM.... ikuti pengembaraan ke Kampung Sungai Melayu, Johor Bahru.
Masa kami ke sini, bas kami berhenti di tepi jalan. Kira-kira 6 kilometer dari kawasan kampung yang bakal kami tuju. Kenapa? Sebab kami akan berbasikal sejauh 6 kilometer ke Kampung Sungai Melayu. FUH, memang mencabar. Tapi menyeronokkan. Sebab bukan seorang dua, tapi dua puluh basikal disediakan buat kami. *agak-agak korang, dah berapa lama aku tak naik basikal? Ce teka?*
pilih-pilih
Le Tour De Kampung Melayu .. haha
selfie selfoo
jawapannya dah 2 tahun, kali terakhir masa kat Langkawi 2 tahun lepas
Akhirnya sampai juga ke Kampung Sungai Melayu.
'Welcome to Kampung Sungai Melayu'
Aktiviti seterusnya adalah 'Crab Netting' atau menangkap ketam menggunakan bento. Di sini, kami akan menaiki bot yang disediakan di Jeti Sungai Melayu. Satu bot untuk tiga orang (termasuk nelayan). Jadi, saya se-bot dengan Sara Khalid.
Tenangnya kawasan di Sungai Melayu ini. Untuk pengetahuan korang, kat sini diorang sediakan beberapa pakej khas untuk para pelancong antaranya :
Pakej Paling Murah
Para pengunjung akan dibawa menyusuri Sungai Gading dan mengelilingi Kampung Sungai Melayu.
Pakej Kedua
Para pengunjung akan dibawa mengelilingi Sungai Gading dan terus ke Sungai Skudai bagi menyaksikan pelbagai flora dan fauna.
Pakej Ketiga
Para pengunjung akan dibawa mengelilingi Sungai Gading, menyaksikan flora dan fauna serta berpeluang untuk merasai pengalaman crab netting dan lain-lain
Sepanjang saya kat sini, antara burung-burung yang saya jumpa adalah seperti bangau, helang dam camar. Difahamkan antara yang popular kat sini adalah helang, kenyalang, undan, itik air, bangau dan banyak lagi.
Sungai Gading
Pengalaman yang best
udang ni hidup lagi tau.. fresh dari sungai
para media masing-masing tak lepaskan peluang untuk merakam momen di sini
dengan lafaz Bismillahirahmanirahim
nampak tak helang?
with my partner, Sara Khalid from Mynewshub
Selepas beberapa minit, kami kembali ke tempat dimana kami letak bento kami sebentar tadi. Huh, nervous tak terkata. Takut-takut satu ketam pun kami tak dapat. Haha.
Tapi, Alhamdulillah. Jerat terkena. Seekor ketam gemuk kami dapat.
hasil kami.. bolehlah untuk jangkamasa kejap
ketam nipah
kata Sara, acara kahwinkan ketam. Lol.
Jumlah kesemua ketam yang kami (media) tangkap pada hari tu
Huh, puas hati walaupun seekor sahaja. Maklumlah, baru first time. Begitu juga dengan Sara. Hehe. Next, kami dibawa ke sebuah rumah untuk sesi makan tengahari. *excited nak makan ketam*
Masjid Kampung Sungai Melayu
kawasan perumahan di Kampung Sungai Melayu
tertarik dengan rumah ni
ada yang berbasikal, ada yang jalan kaki dan ada yang naik lori
inilah rumah yang saya cakap tadi
anak-anak kelahiran Kampung Melayu
and SUPRISEDDDDD...
Sampai-sampai je, kami diberi kain batik (wanita) dan kain pelekat (lelaki). Katanya untuk lebih feel sebagai penduduk kampung. Haha. Bagi yang dah biasa berkain batik tu, memang pro habislah. Tapi bagi yang tak biasa jangan bimbang, mereka sedia bantu untuk pakaikan kain batik dan kain pelekat.
hehe
camwhore dulu
Kemudian, kami dihidangkan dengan lauk-pauk tradisional Kampung Sungai Melayu dan semestinya makan dalam suasana kampung. Ala, macam kenduri tu lah.
smileee
juadah tengahari
Memang best..!! Terima Kasih Tourism Malaysia Putrajaya dan Tourism Malaysia Johor kerana sudi menjemput saya menyertai aktiviti yang menyeronokkan ini. Satu pengalaman berharga buat budak bandar yang tak pernah merasa pengalaman tangkap ketam. Memang lucu bila mengenangkan pakcik nelayan tu cakap 'Bento' terus kami ingat makanan Jepun. Haha. Next time jemputlah lagi.
group picture
kami
Credit to Kampung Sungai Melayu's blog (link)
Contact Them NOW!!
okay, now jom balik. semua dah hitam legam!! hahaha