Latest Posts

Sejak kehilangan pesawat MH370, suramnya blog ni. Ada beberapa entri pending, tapi mood untuk berblog bagaikan hilang. Waktu tidur yang tidak menentu, menunggu dengan penuh harapan. Bangun pagi dengan harapan, semoga good news bakal menyusul kelak.

Misteri kehilangan pesawat MH370 Malaysia Airlines ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kami berdua. Benarlah kata orang, cubit peha kanan peha kiri terasa. Untuk pengetahuan kalian, salah seorang juruterbang pesawat ini adalah rakan kepada Encik H, Fariq Abdul Hamid. 

Bagi aku pula, aku berasa sedih. Kenapa Malaysia Airlines? Malaysia Airlines yang sememangnya terkenal dengan rekod cemerlang keselamatan kapal terbangnya. Sedihnya. Memang misteri sungguh kehilangan flight MH370 ini.

Aku rasa sedikit tersinggung bila membaca kritikan dan komen di laman sosial kononnya ini salah pilot, salah kapal terbang, salah itu dan salah ini. Sedapnya kalian menyalahkan orang. Bolehkah kalian cuba letakkan diri kalian di dalam situasi ini? Bukan senang nak handle sesebuah pesawat. Trylah kendalikan sebuah pesawat dan ada yang sesuka hati cakap, "Hey dah tak jumpa, announced je lah kematian". Amboi. Sedapnya bercakap. Cuba ahli keluarga korang dalam flight ni. Apa perasaan korang? *huh, geram*

Well said. Kerja Juruterbang bukanlah kerja yang mudah.
RISIKO TINGGI

Sedangkan di hospital, doktor nak mengumumkan kematian pesakit pun susah. Lagi satu, jangan membuat spekulasi bukan-bukan. Jika benar terhempas di mana bangkainya? TOLONG JAWAB wahai manusia yang kononnya 'cerdik'. Fikir sebelum bercakap. Kalau korang cerdik sangat, dimana pesawat ni sekarang?

Misteri kehilangan MH370 ini memberi impak kepada semua orang. Khususnya ahli keluarga MAS. Aku percaya dengan adanya bantuan-bantuan luar, misteri ini dapat diselesaikan kelak. Sehubungan dengan itu, aku meminta jasa baik kalian untuk sama-sama mendoakan agar MH370 ini selamat. 

Sedihnya aku apabila mendapat tahu terdapat dua bayi dalam kapal terbang ini. Apalah nasib mereka. T_T. Dah, aku taknak fikir positif. Takde siapa yang sanggup menerima kehilangan ahli keluarga. Korang doakanlah ye. Jangan berhenti berharap. PLEASE.

To Fariq, kami menanti kepulangan anda. Begitu juga Captain Zaharie Ahmad Shah, crew-crew serta para penumpang yang dirindui sekalian. We all miss you so much!

PRAY FOR FARIQ

Untuk para penulis blog, mahupun para pemilik Twitter sekalian. Janganlah menulis tanpa bukti. Janganlah menulis tanpa memikirkan perasaan ahli keluarga mangsa. Benda yang belum disahkan betul. Janganlah dek mengejar traffic uv/pv, korang bagi maklumat palsu kepada pembaca dan followers. Nampak bodoh sangat. Kalau nak share info, share sesuatu yang benar dan pasti. Bukan menulis berdasarkan spekulasi bodoh yang timbul di laman twitter dan lain-lain.

Untuk pemilik mulut. Kurangkan mengeluarkan spekulasi. Kata-kata korang mungkin menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa. Kalau korang setakat duduk rumah makan nasi lemak, tak payahlah berkata-kata. Biarlah pihak berkuasa sahaja yang mengeluarkan maklumat. Diorang lebih arif.

Untuk warganegara Malaysia, hal ini tiada kaitan dengan memana individu yang korang salahkan. Hentikan spekulasi merepek. Sebaliknya berdoalah untuk kesejahteraan para penumpang pesawat MH370. Itu lebih baik dari menfitnah dan menyebarkan benda palsu. MOHON kerjasaman korang. TOLONG HENTIKAN.

Terima kasih kepada semua yang membantu dalam mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370. Baik dari pertolongan jasmani dan rohani. Jangan berhenti berdoa dan berharap. Semoga semuanya selamat. Insyallah.


by Atira Ariffin.

MH370 , KAMI MERINDUI KALIAN
Menunggu dengan penuh harapan

Ya Allah ..
Andai ia di langit, Kau turunkanlah
Andai ia di laut, Kau timbulkanlah
Andai ia di darat, kau tunjukkanlah.

Amin Ya Rabbal Alamin

PESAWAT MH370 HILANG 

Tengah bersiap-siap untuk ke Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014, aku dikejutkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Huh, betul ke berita ni?

Terus check kat twitter. Betul lah! Sky news, CNN semua dah keluar pasal berita ni. Pesawat yang membawa 227 orang penumpang dan 12 crew ini dijangka landing di Beijing pada jam 6.30 pagi tetapi sehingga kini telah HILANG. Hey, ini betul-betul breaking news. Bukan troll! 

Ini yang merisaukan aku. Sebab jarang sekali kedengaran pesawat Malaysia Airlines terhempas. Kalau ada pun suatu ketika dahulu. Apa yang pasti Malaysia Airlines kini sedang berusaha mencari dan mengesan lokasi pesawat MH370 yang hilang ini.

Pesawat Malaysia Airlines B777-200 ini berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada jam 12.41 tengah malam tadi dan hilang perhubungan dengan Menara Kawalan Subang pada jam 2.40 pagi tadi. Tergamam seketika bila mendapat berita ini. Mujur bukan flight Encik H. 

Jom berdoa agar berita baik menyusul kelak. Insyallah. Sama-sama kita doakan.

Untuk mendapatkan latest update, bolehlah ke laman Twitter kerana kat sana lagi pantas dan cepat. Aku dapat tahu, salah seorang crew yang bawa pesawat ini bermula dari huruf 'F'. Apa-apapun semoga mereka semuanya selamat. 

heboh di Twitter pagi ini

PRAY FOR MH370 #MALAYSIAAIRLINES

p/s: sumpah risau
Ingin jadi 'Ninja'?? Ayuh ke Burger King sekarang! Bermula dari 3 Mac lepas, Burger King telah melancarkan promosi Burger 'Ninja' dimana korang berpeluang merasai keenakan Black Charcoal Bun Burgers dan Jumbo Franks. Semuanya istimewa dari Burger King Malaysia.

Mungkin trend masa kini, rata-rata penjual burger berlumba-lumba mengeluarkan burger yang rotinya berwarna hitam, tak terkecuali Burger King Malaysia. Hehehe. Tapi, promosi Ninja dari Burger King ini hanyalah untuk jangkamasa pendek sahaja dan dijangka berlarutan sehingga penghujung April 2014. Cepat selagi promosi belum berakhir.

Burger Ninja ini mempunyai 3 set yang berbeza iaitu Deluxe Beef Whopper Patty, Deluxe Chicken Tendergrill Patty dan Chicken Jumbo Franks. Istimewanya burger ini, ia mempunyai roti arang sebesar 4 inci yang berwarna hitam yang ditaburkan dengan sesame seeds. 

Jumbo Franks

Jumbo Franks dari Burger King Malaysia ini berbeza dengan hotdog-hotdog lain. Ia mempunyai sosej ayam jumbo yang dicampurkan dengan dengan sos teriyaki lazat dan dihidangkan bersama salad dan bawang panggang yang segar. Sosej ayam ini diletakkan di antara dua kepingan hirisan ayam salai yang enak.

terliur?
blogger, Maha (link) dengan rakusnya meng-ngap Jumbo Franks
hahahaha

Deluxe Chicken Tendergrill Patty

Kat sini korang boleh pilih, nak ayam atau daging. Tapi kita prefer daging. Teksturnya yang lembut, rasanya yang sedap .. huish, terliur bila mengenangnya. aduhai, mana nak cari tengah malam macam ni. T_T


Deluxe Chicken Tendergrill Patty
amboi, Nannie (link) tak pandang kiri kanan dah.

Deluxe Beef Whopper Patty
Highly recommended !!! Sedapnya tak terkata. Try tau!

menggoda sangat daging tu

haa .. yang ni  sopan sedikit. Hahaha

Dan sebelum terlupa, set-set 'Ninja' ni datang sekali dengan air anggur dan fries. Bermula dari harga RM 5.95, korang bolehlah beli sekarang. Tak perlu melenggahkan masa. Cuba hari ni jugak sebab promosi ni singkat. Pejam celik, pejam celik je dah habis. Hurm!

Cara-cara nak buat Burger Ninja

Hello assalamualaikum.

Panas betul hari ni kan? Berbahang betul. Rasa macam duduk dalam sauna. Nasib baik tadi masa balik naik commuter tak ramai orang. Kalau tak sure bau perfume original. Pengsan! Hahaha. 

Anyway, panas-panas ni best jugak pekena cendol kan? Sedapnya. Tetiba teringat cendol terkenal kat Seremban, Haji Shariff Cendol. Korang dah try belum? APA??? BELUM? ruginya..!!! 

Bagi readers di luar Seremban, kita nak bagi tahu ni. Kalau ke Seremban, singgah-singgahlah Haji Shariff Cendol. Cendol ni dah lama dan famous di bandar Seremban ni. Jauh? Jangan risau. Cawangan terbaru Haji Shariff Cendol ni adalah di Seremban 2.

Kira, kalau Exit Tol Seremban lebih kurang dalam 10 minit dengan menaiki kenderaan. Lokasi baru Haji Shariff Cendol terletak berdekatan dengan City Park Seremban 2. Bukan dekat belah balai polis tu, tapi dekat belah Petronas sebelah KFC tu. Alah, dekat-dekat dengan Restoran Oriental Seremban 2. Tak jumpa juga.. bertanyalah. Hahaha.. 

kedai cendol famous 

Haji Shariff Cendol mempunyai pelanggannya yang tersendiri terdiri daripada pelbagai kaum, Melayu, India dan Cina. Rata-ratanya adalah pelanggan tetap dari zaman berzaman. Macam kitalah, dari bapa turun ke anak. Selera kami sama. Wah, gitu!

Istimewa kat sini adalah cendol, tetapi di cawangan terbarunya di Seremban 2, Haj Shariff Cendol bergabung dengan Deen Rojak. Homaiiig, rojak yang best tu pun ada sekali. Yup, gabungan mantap! Yummy.
tauke yang friendly
suasana .. kalau kat cawangan lama sampai berdiri pun ada
as usual mine, tak mahu cendol (hijau)
WEIRD? dah biasa dah. hahaha
cendol biasa

Harga Cendol masih sama iaitu RM2. 
Murah dan Sedap

WAJIB TRY,  HARUS TRY, KENA TRY
HAJI SHARIFF CENDOL SEREMBAN
(^_^)
Deen Rojak
Mee Goreng RM4
Rojak RM4

Okay.. dah...!! Jomlah ke sana ..

Panas-panas ni tiada yang lebih masyuk melainkan dapat pekena ais
Lebih-lebih lagi cendol sedap dari Haji Shariff Cendol'

PERGHHHHHH, nak pergilah. OKBAI.
*mood tengah haus*
Mencari sesuatu yang lazat, gempal dan berkuah?
ehh, apa kontroversi sangat ayat ni? kahkahkah

Hep!! Jangan fikir kuning ye kawan-kawan. Sebenarnya hari ini aku nak cerita tentang udang galah yang terdapat di Restoran Mi Kari Udang Galah Resipi Hj Saharudin Cheras. Pernah dengar tak? 

Restoran yang mempunyai kelainan daripada restoran lain yang terdapat di ibu negara ini, sebab keistimewaannya terletak pada udang. Yang bestnya, korang boleh memilih saiz udang yang korang nak. Dari L ke XXL dan harga mestilah berbeza. Tapi tak mengapa, sebab sebaik sahaja udang ni selamat 'di-ngap' korang akan melupakan tentang harganya. Wah, gitu!

perbezaan saiz dan harga

Terubat rindu di hati terhadap ayahanda apabila pekena Mee Kari Udang Galah. Mana taknya, kalau makan udang pun, mesti masak lemak, masak cili, masak butter. Tapi terlupa pasal Mee Kari Udang Galah yang dulu menjadi kegemaran ayahanda. Nasib baik terjumpa restoran ni, terubatlah sedikit rindu setelah sembilan tahun lamanya tak makan Mee Kari Udang Galah.

Bercakap pasal udang galah, kat Restoran Mi Kari Udang Galah RHS ini bukan sahaja menyajikan mee kari udang galah, malah korang juga boleh try menu lain seperti nasi arab udang galah, nasi briyani udang galah, mee rebus udang galah dan mee bandung udang galah.


Restoran yang terletak di Jalan Dwitasik Bandar Sri Permaisuri Cheras ini adalah resepi turun temurun keluarga Haji Saharudin. Udang di sini semuanya segar-bugar dan bagi memastikan kualiti kesegarannya, udang-udang ini diimport dua hari sekali dari 'lubuk udang' terkenal di tanahair.

suasana di restoran mee kari udang galah
cashier

Selain dari udang galah, kat sini juga terdapat menu lain seperti hidangan roti Malaysia - roti canai, roti bawang dll, nasi berlauk (yang dihidangkan mengikut hari dari jam 12pm-3pm), pelbagai jenis nasi goreng, kuetiow dan lain-lain lagi. Terpulang kepada selera korang nak makan apa hari tu.

istimewanya kat sini
nasi berlauk kami iaitu pada hari Khamis.

Lauk hari Khamis di Restoran Mi Kari  Udang Galah RHS :
- nasi putih
- ketam masak cili Singapore
- ayam masak kurma
- tempe dan tauhu goreng
- sawi jepun sos tiram
- sambal belacan

komen : semua sedap kecuali sawi jepun sos tiram agak masin sedikit.

me, nannie dan nazlan
mee kari , mee rebus dan mee bandung
UDANG GALAH

komen : perfecto!!! sedap sangat. dah nama pun specialty kan?

mee kari

mee rebus

mee bandung

warna warni sungguh. haha
Masam Manis
Kedondong, Lime and Asam

Chocolate Milkshake

Orange's Eleven
orange, pineapple, lychee and longan

Grape. I Joe
Grape, Lychee, Longan and Soda
Lychee Ais

Jus Tembikai

Selain tu, bagi yang mahukan suasana sejuk, kat sini juga ada bilik ber-aircond.
extra charges? NOOOO, its free. pilihlah nak duduk kat luar ke dalam



semuanya di Restoran Mi Kari Udang Galah Resepi Haji Saharudin



Dan semestinya produk dari Koperasi, Garam Gunung Pureline juga turut dijual kat Restoran Mi Kari Udang Galah ni. Haaa, best ni!! Dengar cerita, banyak khasiatnya. Jom try.



TAK TERLIUR KE TENGOK UDANG GALAH YANG SEXY TU?
hahahaha.

Alamat Restoran Mi Kari Udang Galah 
No 18, Jalan Dwi Tasik 2,
Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Facebook :
Mi Kari RHS

email :
meekariug@yahoo.com

American Airliner Plane